Assalamualaikum...
kali ni sue nk kongsi pengalaman gangguan mimpi ngeri..
mungkin ramai yg pernah alami perkara ini tp buat tak endah jea..
seminggu sue tinggalkan rumah sbb cuti beraya balik kampung..
sue ingat lg pesanan Doctor Manan kat sue.. pastikan setiap pintu bilik rumah sentiasa terbuka dan seminggu sekali masuk bilik kosong utk menyapu atau mengemas.. sebab seminggu sudah cukup utk jin berkampung dlm bilik atau rumah yg kosong..
kami tinggalkan rumah 9 hari..
selalu sue org pertama masuk rumah.. sue akan baca Bismillah, doa masuk rumah dan beri salam pd malaikat yg menjaga rumah...
lepas percutian ni... sue lupa sape yg masuk dulu... sampai rumah dlm pukul 12 tengah ari.. wak keje rumah kejap... ptg tu sue tido... terus diganggu dlm mimpi.. makhluk aneh serang sue spt hesteria..
memang seram... ooo... sue pikir mungkin mainan tido siang hari...
mlm tu sue tido... tersedar pukul 12mlm.. mimpi ni lagi ngeri sue pulak hesteria serang emak sue... (haishhhh... main kasar nampak...) sambung tido balik... kul 5 pagi mimpi seorang lelaki dtg serang lagi... ini tak boleh jadi... mesti ada yg tak kena...
pastu hanna pulak tiba2 teresak2 manangis dlm mimpi... bila bangun dari tido masih lg teresak spt dah lama menangis dlm mimpi... kesian sgt... sue etnagh solat... hanna teresak2 peluk ayah...
siang sue pegi keje mcm biasa... rasa takut sgt nk tido mlm nanti... mimpi buruk apa lagi yg nk kena hadap ni...
Tok Kiyai sue dah pesan... baca ayat kursi 40x setiap... Jin takkan kacau...
hadoiii... kalau bangun pagi baca 40x ayat kursi... alamatnya sue masuk keje kul 10...
nak masak utk hanna.. nk kemas beg baju anak2.. nk iron baju.. kemas rumah... nasib baik asben iron baju sendiri... nk singgah kedai beli jajan kakak... nk hantar anak ke rumah pengasuh...
naik kete myvi jea.. kalu BMW boleh lah laju2... ini myvi cabut jea... adehhhh..
memang xsempat lah nk baca2 sendiri..
masa kat opis ari isnin... sue terfikir air SHIFA.. terus contact company tu.. haaaa.. dang tu jugak sue beli sekotak... minum sebotol kat opis... balik rumah bg anak2 minum...
bagus nya air shifa ni... korang boleh baca kat entry sebelum ni yea...
copy link Kelebihan Air SHIFA
Kenapa sue pilih air shifa? kenapa tak beli jea air anugerah ke.. air bacaan2 yg jenama lain?
sue pilih air shifa sebab sue kenal org yg membuat pengisian Al Quran dlm air SHIFA ni... tiada keraguan bila sue nak minum.. itu sbb utamanya..
Alhamdulillah... selepas minum air shifa... dah 3 mlm tido sue lena tak ada gangguan lagi...selain tu kena teruskan amalan2 sendiri...
contoh yg Doctor Manan bg kat sue..
garam masakan kat rumah kita tu kena dibacakan yasin..
mandi dgn air limau nipis yg dah dibaca ayat kursi atau yasin...
Pesanan sue... jika kita diuji dgn gangguan makhluk halus cepat2lah cari penawarnya..
jgn lah cepat menuduh org itu org ini hantar santau la... dengki la.. jgn cepat menfitnah..
Copy link
Tips mengelak dari gangguan jin semasa tidur
1.Mengambil wuduk
2.Astaghfirullah 3x
3.Al-Fatihah x1
4.Surah Al-Ikhlas x3
5.Surah Al-Falaq x3
6.Surah An-Nas x3
7.Ayatul Kursi x7
Hembuslah tapak tangan anda dan sapu ubun-ubun kepala hingga hujung kaki sambil berzikir Allahu akbar
Ini lah Doc Abdul Manan yg sue maksud kan.. Doctor ni panggil sue "Suzie" hahaha
nama glamour kat sekolah dan kusza dulu..
1) 12 tanda-tanda wanita dicintai Jin
TANDA TANDA KETIKA PESAKIT SEDANG TIDUR
Gangguan jin bukan sahaja berlaku ketika pesakit sedar malah ia mengganggu lagi ketika pesakit tidur.
a)Sukar tidur ataupun tidur yang selalu terganggu dapat memberiakn kesan kepada kesihatan pesakit.
b) Sering terkejut semasa tidur dan apabila ini berlaku,pesakit berasa cemas,letih,berpeluh peluh,mengalami degupan jantung yang kencang dan ketakutan.
c)Mengalami fenomena seperti ditindih,iaitu pesakit dalam keadaan sedar dan mampu berfikir tetapi tidak boleh bergerak.Hati dapat berkata -kata tetapi mulut bagai dikunci.
d)Mengalami mimpi yang buruk buruk dan ia berlaku secara berulang ulang ataupun bersambung sambung .Antara mimpi yang biasa diceritakan oleh pesakit adalah:
Mimpi melihat makhluk hodoh dan menakutkan seperti hantu.
-> Mimpi melihat binatang binatang seperti ular,kucing,,anjing,tikus dan serigala yang selalunya berwarna hitam.
->Mimpi berada di tempat yang sunyi seperti tanah perkuburan,gua batu kapur,gereja ataupun hutan belantara.
->mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
->Mimpi dihidangkan makanan dan biasanya pesakit makan hidangan dalam mimpi.
->Mimpi melihat budak kecil berkepala botak dan menyusukan pula budak itu.
->Mimpi berada ditempat penuh kotoran seperti kawasan pembuangan sampah dan tandas.
->Mimpi bertemu dengan orang yang menjadi rahib agama seperti paderi,sami Hindu ataupun siam ataupun berimej Islam seperti berjubah dan berserban.Ia sebenarnya penipuan jin jin sahaja.
->Mimpi diancam dengan benda benda tajam seperti paku dan keris.
f)Menangis,merintih,ketawa ataupun menjerit jerit ketika tidur.
g)Mengetap-ngetap ataupun berlaga gigi.
h)Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'aam 6:112) |
No comments:
Post a Comment