Pages

Thursday 13 November 2014

Sunnah Rasulullah S.A.W ketika berkenderaan dan miliki kenderaan baru





Ketika menunggang tunggangan atau kini menaiki kereta atau kenderaan lain ada sunnah, adab dan akhlak. Jadi kita boleh ubah kenderaan yang dipermudahkan Allah S.W.T ini kepada sesuatu yang sangat berfeadah. Faedah pertama yang Allah S.W.T tunjukkan kepada kita dalam firman Nya :

“Dia menjadikan untukmu kapal dan ternakan yang kamu untuk dinaiki suapaya apabila kamu duduk di atasnya kamu akan ingat nikmat Tuhan mu.”

Allah mengingatkan hamba-hambanya yang memafaatkan nikmat Nya supaya ingat bahawa Allah yang sediakan semua kemudahan tersebut. Kemudian syukurilah nikmat itu. Apabila kamu menungganginya maka bacalah :

“Maha suci Allah yang memudahkan kami, Kami takkan dapat melakukannya sendiri. Sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali”
Inilah adab dan sunnah mengenai kenderaan :

i. Jika seseorang membeli kereta baru disunatkan untuknya ketika mula-mula menaiki kereta itu untuk membaca Bismillah.
ii. Kemudia bersyukur kepada Allah dengan membaca :
“ Segala puji bagi Allah atas kurniaan rezeki di luar kemampuan dan kekuatan ku”

iii. Sebelum mula memandu,menyentuhnya atau sebelum pindah milak, disunatkan untuk membaca :
“ Ya Allah, berikan aku kebaikannya dan kebaikan penciptaannya dan jauhkanlah aku dari kejahatan dan kejahatan penciptaannya”

Sunnah membaca doa ini supaya diberkati dan dipelihara oleh Allah.

iv. Menolong orang lain
Nabi S.A.W telah mengajar kita amalan sunnah yang sangat penting. Sabda baginda kepada sahabat :
“ Barangsiapa yang mendapat nikmat tunggangan maka mandaatkannya untuk mereka yang tak dapat”

Ini bermaksud sesiapa yang ada kenderaan harus menolong mereka yang tak ada supaya kita tak lupakan orang yang memerlukan. Contohnya anda sedang memandu dan jiran anda perlu menumpang atau anak-anak jiran perlu menumpang untuk ke sekolah dengan anak anda. Ini merupakan fikrah saling membantu antara satu sama lain kerana bukan semua orang memilikki kenderaan.

v. Rasulullah S.A.W mencuci dan membersihkan tunggannya sendiri
Nabi S.A.W pernah ditawarkan menaiki tunggangan dan duduk di depan. Baginda sedang berjalan ketika itu.

orang itu berkata : “Naiklah wahai Rasulullah”
Nabi S.A.W bersabda kepadanya : “Kau naiklah”
Dia menjawab : “Wahai Rasulullah, naiklah”
Baginda bersabda : “Tidak.Tuan tunggangan itu lebih berhak ke atas tunggangannya”
Lihatlah betapa mulianya adab baginda. Memadangkan kau tuannya, kaulah yang berhak duduk di depan melainkan kau berikannya kepada ku.
Lalu orang itu berkata : “Wahai Rasulullah, aku berikannya kepada kau “

Kemudian barulah Nabi S.A.W duduk di tempat hadapan itu. Kita boleh praktikkan adab ini ketika menaiki kenderaan orang lain. Kita tak patut terus duduk. Kita sepatutnya tunggu sampai diberitahu di mana kita boleh duduk. Inil adalah untuk memuliakan pemilik kenderaan tersebut.

vi. Manusia biasa meluangkan masa selama 2 tahun dalam kereta.
Nabi S.A.W ketika berada di atas tunggangan, baginda mengajarkan kita sesuatu. Perkara yang boleh dimanfaatkan adalah jika kita berada lama dalam kereta kita boleh mendengar bacaan Al-Quran. Sesetengah orang boleh hafal Al-Quran kerana mendengar kaset dalam kereta. Sesetengah yang lain pula mendengar syarahan kitab-kitab dalam kereta. Terapat banyak cara untuk memanfaatkannya jika kita sentiasa dekat dengan sunnah Nabi S.A.W.

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Kebaikan tiada pada menunggang kuda atau unta dengan laju, maka bertenanglah dan tungganglah dengan aman”

vii. Ganguan
Antara perkara penting yang perlu di sebut adalah gangguan pencemaran bunyi, kemarahan dan antara tempat sering terjadinya perkara-perkara di mana manusia menjadi marah adalah dalam kereta. Terutamanya bila berhadapan dengan jalan yang sesak teruk. Keadaan kesesakan trafik membuatkan manusia sangat tertekan hinggakan membawa kepada perbuatan mencemuh dan mencaci. Nabi S.A.W menegah kita dariapada mencaci. Jika berhadapan dengan kesusahan contohilah perkatra yang terjadi kepada sahabat yang sedang menunggang keldai bersama Nabi S.A.W, belia terjatuh lalu menyumpah syaitan. Kemudian Nabi S.A.W menoleh kepadanya dan bersabda :

“ Jangan mencaci syaitan kerana jika kau lakukannya, ia hanya akan membuatnya lebih besar sebesar sebuah rumah. Sebaliknya, sebutlah Bismillah.Jika kau sebut Bismillah, ia akan menjadi kecil sekecil seokor lalat”

Manusia yang kemarahan lalu mencaci dan menghina membuatkan jalan-jalan dipenuhi oleh syaitan dan syaitan suka menimbulkan kemarahan. Jadi jika anda berhadapan dengan kesesakan, sebutlah Bismillah.

viii. Bagaimana nak menilai diri anda ?
Perkara ini sangat penting berkaitan dengan kenderaan. Sesetngah orang menganggap bahawa nilai seorang manusia adalah pada hartanya. Sedangkan niai manusia adalah pada personaliti dan adabnya. Kerana Nabi S.A.W tak memandang semua ini. Baginda pernah menunggang unta, kuda, baghal dan keldai. Namun kini manusia bersusah payah untuk membeli kereta-kereta mewah kerana percaya ia akan menaikkan nilai diri mereka. Perasaan seperti ini tidak seharusnya ada dalam diri manusia.
Secara kesimpulannya, kita boleh mengamalkan banyak adab dan sunnah Nabi S.A.W ketika berada dalam kenderaan yang dipermudahkan Allah S.W.T untuk kita. Kenderaan kita itu boleh bertukar menjadi wasilah untuk kita mengikuti baginda. Setiap jam yang kita luangkan dalam kenderaan akan menambahkan kasih sayang kita kepada Rasulullah. Sekaligus menambahkan kasih sayang kita kepada Alllah S.W.T dengan mencontohi sunnah Nabi S.A.W.

manitis air mata sue... bila Bendera Islam dan Logo Yayasan Majlis Ta'lim Alfatihah Nusantara di turunkan dari WPW7677.. lambang ini lah yg membezakan kereta sue dan kereta org lain...


"Bendera Rasulullah"

 Bendera Rasulullah diturunkan di pagi Jumaat yg indah dihadapan pejabat
sue buat service UBS System.. 14 Nov 2014
akan dipasangkan di SU7100C.. pd 14 Nov 2014 selepas penyerahan kunci..
selepas sentuhan pertama sue SU7100C

**teringin sungguh sue nak bergambar bertenggek kat atas kereta WPW7677.. tapi... tapi..
kang org cakap "buang tebiat nak mampuuuuuuussssss"


sue letak lah anak kat atas tu...sue bertenggek kat tepi jea...


asben sue tanya... "ayang dah bersedia ke nak lepaskan kodok hijau kesayangan ayang ni?"
sue hanya senyum dan tak toleh kebelakang lagi... terus masuk opis..









alahai... senget lah pulak yea... hehehe































sue bekalkan helaian doa ni utk asben sue baca ketika terima kunci kereta SU7100C...

4 comments:

  1. Hi..follow u #42.Sudilah follow mine balik

    ReplyDelete
  2. hi... okey... i follow u back...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerna berkongsi ilmu yang berguna ini...memang dlm kehidupan kita perlu sentiasa mengamalkan doa2 dlm apa jua aktiviti seharian..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ilmu ini :)

    ReplyDelete