Pages

Thursday 24 November 2016

Nur Sufi Raihannah - Puteri ke 3 blogger SUEperb MaMa

Assalamualaikum...
Nama saya Nur Sufi Raihannah..
Nama kakak saya yg sulung..
Nur Sufi Hadaina
Nama Kakak sy yg no 2..
Nur Sufi Dhiahanna

Hari ke 18.. Asben baru sempat daftar nama anak.. Aduhaiii.. Sibuknya asben sue ni...

Utk pilih nama ni.. Memang susah.. Tak kira lah.. Nak pilih Nama anak ke... Nama syarikat ke... Memang susah tauu... 
Bg nama membawa maksud yg baik.. Takut makruh sebab memuji anak...
Bagi nama yg tak ada maksud mcm nama sue ni... 
Rossuzilawatey... Ishhh.. Kesian jugak...
Tp nama sue ni ada maksud yg tersendiri "Rossuzi... Lawa.. Terrrr..." Haaaa... Gitulah lebih kurang maksudnya.. Wakaka

Ada satu contoh nama org indon..
Namanya "Kasut".. Kat indon kasut disebut sepatu... Kat malaysia kasut di sebut kasut.. Bila si penama kasut dtg kat Malaysia... Hadoiii.. Gelak Nak terkencing org kaunter nak panggil namanya "Kasut"..


Hasbunallahawanikmal wakil..
Kita sebagai ibubapa sudah cuba yg terbaik utk beri nama yg terbaik pd anak2 kita...

Peaceeeeyoooo.... 

Dipetik dr fb abdghaniharon...

NAMA YANG MEMUJI DIRI 

Bila nak menimang anak,banyak orang mula memikirkan nama, hendak nama yg baik,yang sedap bunyi sebutan,dan sebagainya. Tetapi ada orang terlupa dlm mencari nama yang baik pun,ada yang dihukum makruh atau yang tegur oleh nabi.
Jom kita dalami sikit hal ini.

Dimakruhkan memberi nama yang mengandung arti keberkatan, kebaikan atau yang menimbulkan rasa optimis, seperti nama Aflaha (beruntung), Naafi‘ (bermanfaat), Rabaah (keuntungan), Yasaar (kemudahan) dan lain-lain. Sebabnya bila seseorang bertanya,"Rabaah ada ke tidak?"Lalu dijawab tidak ada kerana memang dia tiada disitu.Rabaah bermaksud keberuntungan,seolah kita menyebut tiada keberuntungan.Jadi dlm situasi begini,nama sedemikian tidak sesuai dan dimakruhkan.Alasannya  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
و لا تُسَمِّيَنَّ غُلَامَكَ يَسَارًا وَ لاَ رَبَاحًا وَ لاَ نَجِيحًا وَ لاَ أَفْلَحَ, فَإِنَّكَ تَقُولُ : أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ فَيَقُولُ: لاَ
“Jangan kamu namai hamba sahaya (atau anak) kalian dengan nama Yasaar, Rabaah, Najiih dan Aflaha. Sebab apabila kamu bertanya, “Apakah dia ada?” Jika ternyata tidak ada maka akan dijawab, “Tidak ada.” (HR. Muslim no. 2137)
Begitulah juga contoh bagi nama yg semisalnya,yg nampaknya baik tetapi bila dlm situasi tertentu menjadi maksud tidak baik.Bukan saya yg kata,nabi yg sebut dan dimisalkan. Elakkan nama begini,bukan shj yg dimisal dlm hadis tetapi nama yg yg semaksudnya,yg bersifat baik,berkat tetapi dlm situasi tertentu menjadi maksud menafikan kebaikan,keberkatan atau seumpamanya.

Dimakruhkan juga memberi nama yang mengandungi tazkiyah iaitu pujian terhadap diri sendiri, seperti Barrah yg bermaksud 'wanita yang baik dan berbakti' dan Mubaarak yg bermaksud 'yang diberkati', padahal boleh jadi orangnya tidak demikian.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu,
أَنّ زَيْنَبَ كَانَ اسْمُهَا بَرّةَ، فَقِيلَ: تُزَكّي نَفْسَهَا، فَسَمّاهَا رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم زَيْنَبَ
Dulu Zainab bernama Barrah, sehingga orang mengata 'dia memuji dirinya sendiri'. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menangganti namanya dengan Zainab. (HR. Bukhari 6192 & Muslim 5732)
Dalam hadits, Muhammad bin Amr bin ‘Atha ia berkata,”Putriku aku beri nama Barrah. Lalu Zainab binti Abu Salamah berkata kepadaku, ’Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melarang menggunakan nama ini. Dahulu aku bernama Barrah, lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku, “Janganlah kamu memuji diri sendiri! Sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa yang baik di antara kamu.” (HR. Muslim)

Jadi nama yg memuji diri seperti Barrah yg membawa maksud wanita yg baik dan berbakti ditegah oleh nabi,maka kita kena mengambil kira nama lain juga yg memuji diri agar tidak diguna kpd anak cucu.Saya tidak mahu memberi contoh bimbang ada menjeruk hati.Kalau dah tersilap kerana tidak mengetahui, maka kita ambillah sunah nabi yg mengubah nama tersebut,kalau tak terubah pada kad pengenalan pun,ubahlah pada panggilan.Saya hanya menyampaikan,tak setuju,tak suka,terpulanglah.Saya berpegang kpd prinsip 'Sampaikan dari aku walau satu ayat' yg merupakan pesan dari nabi.

Nabi juga menunjukkan contoh supaya nenukar nama yg buruk, yg jelek kpd yg lebih baik.
Ibnu Umar menceritakan,
أَنَّ ابْنَةً لِعُمَرَ كَانَتْ يُقَالُ لَهَا عَاصِيَةُ فَسَمَّاهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَمِيلَةَ
Salah satu putri Umar bin Khattab ada yang diberi nama Ashiyah (wanita pembangkang). Kemudian diganti oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan nama Jamilah. (HR. Ahmad 4785 dan Muslim 5727)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengubah nama-nama yang dilarang. Beliau mengganti nama Ashiyah dengan Jamilah, Hazn (sedih) dengan Sahl (mudah), Barrah dengan Zainab, Jatssamah dengan Hassanah, Syihab diganti dengan Hisyam, dan Harb diganti dengan Salam. (Mausu’ah al-Fiqh al-Islami)

Semasa menjadi guru,saya menemui banyak nama pelajar yg buruk maknanya,tetapi saya tak mahu sebut disini.Mungkin banyak dari kita kini lebih berhati-hati pada nama yg bermaksud buruk,tetapi kita terlupa atau tidak mengetahui bahawa nabi juga melarang nama yg memuji diri.
Dah terbuat, dan hukumnya makruh, tetapi sedapatnya tidak diulangi kpd anak cucu yg akan datang.
Wallahua'lam abdghaniharon






Sunday 20 November 2016

Majlis Konvokesyen Pasti Kids BBST 2016

Hujung tahun ni musim konvokesyen kanak2 tadika di seluruh Malaysia..
Tak lengkap rasanya tadika kalau kanak2 tak ade gambar konvokesyen kan?

Memandangkan sue berpantang pd hari ke 14.. Sue ingat tak nak bawak hadaina ke konvonya.. Tiba2 Cikgu Lia wasap mintak bawa Hadaina hadir ke konvo pada hari ni.. Sebab hadaina dapat Hadiah no 3 drp 22 org pelajar kelasnya... Dan hadiah peningkatan pembelajaran tahun 5..

Alhamdulillah... Sue memang tak sangka daina dpt hadiah sebab sue tak sempat nak mengajar latihan utk daina kat rumah.. Dah habis exam baru nak beli buku latihan matematik... Hahaha..

Lagi pun... Sue tak boleh terima langsung silibes umur 5thn yg terlalu tinggi dgn usianya..

Jadi.. Sue tak bg penekanan langsung pd daina.. Biar lah cikgunya bg penekanan shj... Balik rumah kakak boleh main mcm biasa... Main kat ruang parking.. Tengok kartun kat laptop.. Tengok tv siaran ceria... Berjoget.. Melompat... Sue biarkan jea utk kakak bebas bermain...

Bila dah habis exam.. Bawak kakak ke giant.. Ada jualan buku murah.. Buku latihan rm3.. Rm1.. Kakak daina tunjuk minat nak belajar.. Ayahnya pun belilah.. Ada yg kakak study.. Ada yg kakak koyak.. sue biarkan jea.. Ayahnya bebel lah sikit... Hehehe

Pada sue.. Kanak2 yg suka koyak buku ni kanak2 yg normal.. Hahaha
Kalu org dewasa yg suka koyak buku... Haaaa... Tu mesti ada masalah mental...

Amboiii... Seronok dpt mekap dan bergambar...

SejutaTerima kasih buat cikgu2 Pasti Kids BBST yg sudi mengajar dan melayan kerenah hadaina..
Terima kasih lg sekali buat cikgu lia, cikgu Allyn, cikgu ain, cikgu miza, cikgu iza.. 






Kakak gayakan tudung ala Top Medol Scarf

Tak sangka kakak senyum jea naik pentas.. Tak nangis spt biasa... Hahaha




Ini kakak dgn kwn2nya yg 6thn..
Yg sebelah kakak tudung pink tu wafa..
Cikgunya cakap.. Tahun 2017 wafa dah tak de..
Daina akan jd ganti tmpt wafa... Garang2... Ala2 ketua kelas gitu... Hahaha

Jommm.. Tambah ilmu mendidik anak2...
Petikan dr google... ;)

"Kenapa Anak Kecil Anda Suka Conteng Dinding, Mereka buat apa yg kita larang & suka buat esperimen sendiri....KENAPA MEREKA NAKAL?...hihi."
Dah le emak pak dah disediakan buku dan kertas, anak kita masih suka menconteng di dinding.
Dah le emak pak kata jangan panjat bahaya, dipanjat juga si anak nakal kita tu.
Dah le kata situ bahaya....hihihi di buatkan juga sianak tu.
Pening emak pak nu. Mungkin anda masa kecil dulu....lagi TERUK drp anak anda!!

Doc nak bagi tau mengapa ini terjadi??



1. Waktu Imaginasi

Doc & anda sbgai Ibubapa harus sedar, 2/3 waktu anak2 dlm sehari adalah untk BERIMAGINASI. Dunia IMIGINASI anak kecil sangat luas, sedangkan melukis untuk meluah Perasaan IMAGINASI di saiz kertas adalah terhad. Maka melukis di dinding yg luas pilihan mereka, tangan mereka bebas ke kanan, ke kiri, ke atas & bawah. Ia memberikan pengalaman berimaginasi secara kreatif tanpa batasan di dinding dgn posisi yg selesa. Klu boleh jangan halang anak menconteng di dinding... biar je le, sebab itu adalah ekspresi diri mereka. 

Selalunya anak yg visual & otak artistik suka melakukan perkara spt ni. Perkembangan moto skil mereka akan kembang dgn pesat sekali.Mereka bangga mempamirkan karya mereka. Sampai satu tahap...anak ni akan berhenti perangai ni. Klu dihalang, maka sesuatu ketidakpuasan akan bersarang di hati anak kecil tu.


2. Anak-anak Suka Meniru

Doc & anda tau kan... anak2 suka MENIRU apa emak ayah mereka buat. Tpi mereka tak mengetahui saiz mereka membahayakan mereka. Ada yg suka ingin menolong emaknya membasuh atau keluarkan kain basuhan drp machine basuh. Ada yg angan2 mengoreng telur ayam wlaupun dipecah2 telur ayam atas lantai dan dilenyet dilantai.....mamanya hot terangat sangat!!


3. Bereksperimentasi


Ada anak yg MENCUBA atau EXPERIMEN suatu yg baru tpi risiko bahayakan dirinya amat tinggi yg anak tu tak tahu. Terutama mencuba menjolok sesuatu dlm socket elektrik, main pisau yg tajam yg mungkin lukakan diri atau rakan. Tpi bagi mereka...ia suatu yg BARU dan MENYERONOKKAN.

Tips Untuk Elak Anak Nakal


1. Pendekatan Yang Sabar

Lakukan Pendekatan yg perlu KESABARAN yg tinggi. Berikan nasihat2 bijak dgn kata2 lembut sehingga anak dpt berfikir lebih baik. Jalan kekerasan adalah terakhir spt kata-kata yg nadanya tinggi atau dgn beri pukulan ringan je untuk takutkan sikecil tu.


2. Tauladan Dari Ibu Bapa

Ibu bapa sendiri kena le Tunjukkan Tekad yg kuat dan contoh tauladan yg baik supaya kita jadi ikutan mereka. Seperti bercakap lembut, tidak marah2 dan maki hamun yg menjadi kebiasaan dlm sesuatu keluarga tu. Elakkan ye.


3. Ganjaran Hadiah

Buat Perjanjian akan berikan hadiah jika anak tidak nakal. Jgn disertai dgn kebohongan. Anda mesti kotakan hadiah yg dijanji bila kenakalan tu mereka hentikan.




Thursday 17 November 2016

Polisitemia Pada Bayi Baru Lahir - Bayi Kuning


lepas bersalin pun... kena standby kos jugak... sebab sue berdarah O.. risiko anak kuning tu sgt tinggi... haaaa... kalu anak kena masuk wad... memang sue kena masuk sekali sebab nak bg susu badan...

hari ke 9... Anak sue masuk wad jugak... bila bacaan kuning semakin naik...
15.4 ---> 14.4 ---> 16....

Kami pilih kpmc lagi...

Redha dan pasrah shj...
9 hari dlm pelukan sue... tiba2 terpaksa letak baby dlm bekas kaca tanpa alas...
Baby menangis teruk... kesian sgt2... Berkaca lah mata sue...
kena wad lampu atas bawah.... uhhuk3

Si adik masuk wad... satu keluarga kena masuk wad tauuu...
si kakak dan si dikna tak boleh ditinggal kat pengasuh...

Kesiannya...
First trial.... letak Adik dlm katil kaca... menangis teruk...
nurse panggil utk susukan adik...
sue ingatkan lepas susu... adik akan tido lena... tak delah rasa berat hati nak tinggal kat nursery....
sekali... tengok lah matanya... tak nak pejam langsung...
minum susu sampai muntah kenyang sgt... tp xnak tido takut kena tinggal...
menyusu kat rumah tak nak bukak mata langsung...


Hari pertama kena lampu atas bawah...

Polisitemia Pada Bayi Baru Lahir

— Masalah Bayi Baru Lahir, Masalah Kesehatan Anak
Polisitemia adalah suatu keadaan dimana terjadi peningkatan jumlah sel darah merah akibat pembentukan sel darah merah yang berlebihan oleh sumsum tulang.

PENYEBAB
Resiko terjadinya polisitemia ditemukan pada bayi yang:
- Postmaturitas
- Ibunya menderita tekanan darah tinggi (hipertensi) - Ibunya merokok
- Ibunya menderita diabetes
- Tinggal di daerah pegunungan
- Terlalu banyak menerima darah dari plasenta sebelum tali pusar dijepit pada proses persalinan.

GEJALA
Polisitemia menyebabkan darah menjadi kental dan menyebabkan berkurangnya kecepatan aliran darah ketika darah melalui pembuluh yang kecil.
Jika penyakitnya berat, bisa menyebabkan pembentukan bekuan darah di dalam pembuluh darah.

Kulit bayi tampak kemerahan atau kebiruan.
Bayi tampak lemas, pernafasannya cepat, refleks menghisapnya lemah dan denyut jantungnya cepat.

DIAGNOSA
Diagnosis ditegakkan berdasarkan gejala, hasil pemeriksaan fisik dan hasil hitung jenis darah.

PENGOBATAN
Membuang darah bisa membantu mengurangi kelebihan sel darah merah,tetapi juga menyebabkan berkurangnya volume darah dan memperburuk gejala polisitemia.
Karena itu dilakukan transfusi ganti parsial untuk membuang sebagian darah bayi dan menggantinya dengan plasma dalam jumlah yang sama.


Hari kedua.. Lampu atas jea...

Disebabkan sue bg fully breastfeed...
Kitorang buat keputusan.. Masuk wad sekali utk 1 keluarga..
Ambik bilik familly room..
Pakat lepak kat sini...
Keje sue pump susu jea... Utk hantar stok ke baby..
Doc tak benarkan bagi susu direct.. Sebab doc nak tengok kuantiti susu yg baby dpt mencukupi atau tak... Salah satu kuning baby susak nak turun adalah disebabkan kurang susu... Baby sue ni.. Alhamdulillah.. Susu cukup.. Nurse pun heran.. susu yg sue hantar sentiasa cukup... 

Terima kasih byk2 untie nita... 
2kali dtg ziarah baby..
Rezeki baby ni sgt murah.. Blm lahir lg dah dpt duit rm100 dr untie nita...
Hari ni dtg ziarah lg... Terima kasih lg sekali...

Tak lupa jugak... Terima kasih byk2 Eida.. 
Byk membantu sue dlm pantang... 

Jasa kalian sue ingat sampai mati...
Terima kasih...

Tata.. Titi.. Tutu..





Menu Berpantang Style SUEperbMaMa 2016


Menu berpatang sue... Rahsia tauuu..
jgn cakap kat org tua2...jgn cakap kat emak masing2 tau... kalu org kampung yg dulu2 tahu ini menu berpantang sue... confirm diorang ingat sue dah sewel.... hahaha

Menu ni utk kita2 yg remaja2 dan awal2 dewasa jea... pssstttttt... Rahsia tauu....

Menu 7 hari pertama selepas bersalin...

sup sayur ikan haruan + nasi sesenduk kecil + semangkuk buah betik yg masak ranum...

ini resepi rekaan asben sue...
tumis bawang putih... campak brocoli... lobak putih.. lobak merah...
masukkan ikan haruan yg siap dicuci bersih...

maksudnya... cuci buang semua lendir2 yg ada pd kulit ikan haruan...
cuci guna limau nipis... biar tinggal isi ikan semata2...

makan nasi sedikit utk elakkan sembelit... bykkan buah dan sayur...

resepi ini khas utk penyembuhan luka bersalin...
bila badan kita terima zat dan protien yg cukup... InsyaAllah luka cepat sembuh...

sue abaikan... kata2 org tua dulu2...
tak boleh makan sayur.. berangin la... bentang laa....
Pada sue.. kalu luka lambat sembut... kena jahit balik... kena jangkitan kuman... haaaa... yg tu memang boleh buat sue bentang... nauzubillah..

Ini resepi minggu kedua...
ikan selar bakar... sayur goreng, bawang putih yg ditumis dgn minyak zaitun...
menu org sakit... kena lah pakai minyak mahal sikit kannnn....

semangkuk buah mangga yg masak ranum...

hohoho... menangis org tua kat kampung tengok sue mkn buah dlm pantang.... hik3..

ini menu time berkampung kat hospital...
Baby masuk wad sebab kuning... 3hari 2mlm...

kuih pulak... sue belasah je kuih lapis yg warna pink selang seli dgn putih tu...
kadang2 terlepas ngannga pulak mulut ni... asben suap kuih lapis keladi...
alahai sedap pulak... apa lagi belasah lah seketul dua... hahaha
makin ngannga mulut... makin besar pulak asben suap kuih talam keladi nih...
makin sedap tekak... makin kenyang pulak perut nih... hahaha

alah balik dr hospital checkup kuning anak...
tengah panas terik tu... asben beli pulak buah ni...
uihhhhh... sejuknya tekak.... try sepotong... manis gilerrrr..
apalagi... belasah lah 4 potong....
 Alhamdulillah... Nikmatnya rezeki yg Allah bagi...

Badan sue ni... alahan sikit menu berpantang org tua dulu2..
nak mkn nasi putih dgn ikan kering bakar.. air setengah segelas... 
ishhh... mau sue masuk wad sebab pitam... badan tak cukup zat dan kurang air dlm badan...

Org tua dulu2 memang tak boleh makan buah dan sayur dlm pantang... diorang bersalin tak ada koyakan atau luka yg kena jahit.... zaman skrg ni... sape yg tak kena jahit lepas bersalin tu memang bonus lah... mejoriti semua akan merasa jahitan luka bersalin... uhhuk3..



Hari ke 8 berpantang...


Selamat mencuba bg ibu2 yg berpantang...
tata... titi... tutu..




Wednesday 16 November 2016

Pengalaman Bersalin Anak ke 3 di KPMC Kajang

Pengalaman bersalin anak ke tiga ni... memang lain dr yg sebelum ni..



bila sampai 37minggu.. doc bgth berat baby dah 3.2kg... itu pun doc kira tipu2 sikit (doc pakar yg cakap)... hadoiii...

sue dengar 3.2kg... "doc... sy nak induce lah... makin ditunggu.. makin besar nih... nak tunggu due kang... mau cecah 4kg... mati sy nanti.."

mula2 ingat nak induce masa 37minggu... tp asben belum settle keje2 tendernya... pikir punya pikir... tunggu lah 38minggu 5hari... time tu asben dah settle kejenya... doc pun bagi greenlight... layannn..
dalam kepala memang set nak kena INDUCE lah pd 11.11.16..

Induce adalah Perancangan kami... Tapi segalanya Allah sudah Takdirkan... kontra dgn perancangan kami....

06 Nov 2016 (Ahad)... asben kena siapkan tender kat officenya... sue dan anak2 ikut sekali lah....
sue jaga anak2 asben siapkan kejenya...

alah balik ke rumah tu... tiba2 sue rasa sakit lain mcm... tp sue tak nak ke kpmc lg sebab tak turun tanda...

asben pun cakap... "ayang.. jgn bersalin lagi... esok pagi abg ada meeting penting... tak ada sape yg boleh ganti tempat abg tu... meeting tu hanya abg jea yg tahu A-Z.. boss pun tak tahu jln cerita projek tu..."

sue pujuk baby dalam perut... "Adik... adik jgn keluar lg yea... tunggu ayah habis meeting esok pagi dulu..."

asben habis meeting pukul 11am.. turun merokok kat bawah katanya...

sue pulak melayan customer online... customer mintak quotation secepat mungkin... tengah dok deal2 harga.. 11.15am tiba2 air ketuban pecah...

terus call asben utk balik segera.... sambil2 tunggu asben tu... sue kemaskan keperluan anak2... makanan ringan... laptop utk diorang hilangkan bosan... laptop sue pun tak lupaaa... ingat nak buat quotation kat hospital sambil tunggu contruction....

sampai hospital pukul 12.45pm... Bidan cek.. dah bukak 4cm... terus masuk labouroom...
"Alamak nurse... sy tak sempat siapkan 1 quotation jea lagi... customer tengah tunggu ni... boleh bawak laptop dlm labourroom tak?" hahaha..nurse gelak...

"laptop tak boleh... awak dah nak bersalin nih..."

Hadoi... stress sue...


Berat baby 3.4kg
panjang 53cm

nak bawak masuk laptop tak lepas... susu kambing dan kuih jea yg boleh bawak masuk..
nurse monitor guna mechine...

pukul 2pm... 

"Puan ada rasa sakit tak?"
"erkkkk... sakit mcmana tu?.. sakit mcm baby tendang nak keluar ke?"
"ahha... "
"sakit baby nak tembung keluar tu... 2 bulan yg lepas dah rasa sakit mcm tu....."
hahaha... nurse tergelak...

"skrg puan sakit tak?"
"tak sakit lagi... tp sy takut giler nak bersalin nih..." hahaha


Bab beranak ni kannn... korang pegilah tanya mak2 yg dah bersalin 15org anak... tetap rasa takut nak bersalin weiiiii....

asben ngan anak2 dok kat sofa luar sementara tunggu Familly Room kosong...
agak bosan dlm labouroom...
sue suh asben bawak anak2 masuk kejap..
mcm2 soalan lah yg diorang tanyanya...
"mama... baby nak keluar ikut mana?" dikna tanya...
"perut mama xde lubang pun..." erkkkkk

tak tahu nak jawab mcmana kat budak kecik nih....

pukul 2.30pm... Doc Pakar Haizal datang cek perut...
cek perut... baby masih tinggi... air ketuban pecah... keadaan baby jugak senget...
utk cepatkan bukaan... Doc pecahkan air ketuban...
dlm masa setengah jam... 4cm ke 6cm..

sue mintak asben buat air selusuh express..
baca Alfatihah jea....
pastu sembur kat tempat nak beranak... dan minum sikit...
time asben buat jampi tu... boleh pulak laki bini gelak2 besar dlm labouroom...hahaha
bengong nurse kat luar.... tak sakit2 lg ke patient sorang nih.... kikikiki

sorang2 nurse dtg cek....
"releks jea puan nih... tak sakit ke?.. mcm tak sakit jea..."
"uikkk... nak bersalin nurse oiii... giler tak sakitttt... nih tengah tahan sakit nih..."

mulut sue tak berhenti membaca ....

Image result for ayat nabi yunus

sekali bidan tanya...
"puan nak ubat tahan sakit tak? ubat tu sekali dgn cepatkan bukaan rahim la... cucuk kat punggung..."

bila dah pecahkan air ketuban... arghhhhh sakit gilerr..
asben dtg... "abg... ayg dah serik dah mengandung..." hahaha

pukul 3.45pm sue ambik ubat tahan sakit... 
pukul 4pm dah bukak 10cm...

Bidan dan nurse duduk kat kerusi...
"kalu rasa nak push... dah boleh start "push"..."
"haaa sudahhhh... nak beranak dah ke aku nih???"

arghhhh... takutnyaaaa...

Sblm doc dtg...sue sempat call emak... mintak emak doakan supaya mudah bersalin...
emak sue ingat nak buat solat hajat... tp dah nak masuk waktu asar.... bila dengar suara sue dok gelak2... emak ingat sue sakit tipu2...hahaha..

emak rehat sekejap tunggu asar... lepas solat asar bacalah yasin ...
sedang elok habis baca yasin sambil berdoa utk mudahkan sue bersalin... pukul 4.40pm asben call dah bersalin...
punyalah emak sue terkejut... masa sue tengah push tu... time tu lah emak sue baca yasin dan berdoa...


Doc Pakar Haizal dtg...
Bagi salam dan baca Bismillah....
"puan boleh start pushhh skrg..."
"nurse... alihkan tiang lampu yg kat kaki sy nih...kang sy teranjang kang..." 
hahaha... nurse gelak...
"kuat sgt ke nak terajang..."

sue tak sempat nk mkn tengahari... tenaga dah hilang...
Doc pakar pun decide utk vacum...

"kita akan bantu dgn vacum.."
dgn doa nabi yunus... push yg pertama keluar kepala...
tarik nafas... sambung bacaan doa nabi yunus sekali lagi..
push sekuat hati sambil berzikir "Allahu Akbar" utk keluarkan bahu baby pulak...

Ya Allah.... sakitnya... terasa spt Separuh Nyawaku Pergi... uhhukkk...

sakit gilerrr weiiii....

Doc angkat baby tunjuk jantina kat sue dan asben...
Doc meneruskan sesi sulam menyulam... nurse bersihkan baby...

sambil tu sempat jugak sue borak...
"apa nama selapuk putih kat badan baby doc..?
-" itu bening namanya..."

Doc Pakar tanya... "Ros, you medical supplier?"
"ahha... "
"dah nak settle semua... baru tahu you medical supplier... tak pernah supply brg kat sini ke?"
"Tak pernah... malu.... (hahaha) sy supply ke kerajaan jea buat masa ni... sebab fokus pd barang yg sy import sendiri utk kritikal department"

setengah jam lepas bersalin sempat lg borak pasal bisness... hahaha

SUEperb MaMa yg otaiiiiii.....

Proff hulurkan tangan mengucapkan tahniah pd asben sblm meninggal labouroom....



azan dan iqomat utk anaknya yg baru lahir...

Alhamdulillah... anak ketiga terus pandai menyusu dlm labouroom...
memang teruja betul tengok... ingatkan anak mat saleh jea lepas beranak terus menyusu...
rupa2nya... anak sue pun pandai menyusu jugak... hahaha

asben sue cakap...
"Kuat betul jiwa org perempuan nih...  tengah sakit2 bersalin tu... terus boleh mnyusukan anak... kalu org lelaki... tengah dok sakit2 mcm tu... tak nak susukan anak dah..."

ehemmm2...
"tak semua org perempuan kuat tauuuu... tapi yg pastinya... isteri abg ni salah seorang wanita yg sgt kuat.... "

sebenarnya... asben sue nak puji isterinya... tp berkias sikit... dia cakap utk umum...
"org perempuan.."

hahahaha

wefie dulu sblm keluar labouroom...

dah boleh transfer ke bilik....asben suap nasi dgn penuh keimanan... hahaha..
nampak tak mukanya senyum tuuuuu.... hahaha

alas perut dah terisi.... sue mintak asben buatkan quotation yg pending tu....
tp tak de rezeki utk job tu... sebab customer mintak quotation utk buat bandingan harga shj... huhuhu

tak pelah... Sale tu rezeki supplier lain...
Rezeki sue yg terindah.... hadirnya seorang lagi puteri dlm kehidupan sue... sementara menunggu kematian..

baby fully nyusu badan... jadi baby tak masuk nursery...
24jam dgn sue...
serius.... sue memang tak cukup tido dan tak boleh rehat...
sebab kakak dan dikna terlalu teruja dpt adik...
kejap nak cium... kejap nak peluk... huhuhu


Ada yg bertanya.. tak malu ke bersalin dgn doc lelaki? Aurat tu...
kenapa tak book doc pakar perempuan jea...

Pada pendapat sue lah....
Sue berurusan dgn doc O&G utk hal bersalin shj... bukan utk menggatal... suami pun ada di sisi...
dlm keadaan uzur tu... Doc lelaki tengok pun tak berselera ehhh....
lagipun segala urusan persediaan utk bersalin bidan perempuan shj yg uruskan... doc dtg sekadar menyambut bayi... 

ok... bab aurat pulak..
aurat wanita sesama lelaki...semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan... (utk elakkan berzina)
aurat wanita sesama wanita... dr pusat hingga luntut... (utk elakkan berlaku lesbian)

tempat peranakkan masih lagi aurat sesama wanita.. tp kenapa kita dedahkan kpd doc wanita ketika nak bersalin??
krn terpaksakan?... krn keperluan kan? bukannya sesuka hati nk tayang alat sulit kan?

begitu jugak sue... sue cuba utk book Doc pakar wanita...tp patientnya yg terlalu ramai... nak bukak buku mengandung pun ambik masa 1 bulan ari tu...

jadi... sue pergi MO Dr Mimi... lepas checkup 3 kali...
Doc Mimi pass sue ke (Proff) Doc pakar Haizal... sebabnya trade rekod sue bersalin sblm ni dgn arwah  Proff doc jamil... ada kes vacum dan forcep...

bila guna alat bantuan utk bersalin ni... lebih baik sue ikhtiar dgn Doc Pakar yg Available....


kakak tengok sue susah nak bangun utk ke tandas...
nak bangun terpaksa dibantu oleh ayahnya...
drp rasa sakit... sue jd tergelak tengok kakak terkepit2 ngeri kat sofa tengok sue dan darah yg byk...

si Dikna pulak...
"mama.. dikna ada cita-cita.."
"Apa cita-cita dikna?"
"Dikna nak jadi Doctor bila besar nanti... kalu mama sakit.. nanti dikna cek mama.."

huhuhuhu... touching mama... bila ayat mcm tu keluar dr mulut anak yg umur 3tahun setengah..

nurse dtg check tekanan darah kat bilik...

"steady lah puan bersalin...senang jea..."
"haaaaaa!!!!.. saya rasa separuh mati... awak boleh cakap sy steady..." huhuhu

Layanan mesra nurse KPMC... hantar pesakit dan baby sampai ke kereta...
terima kasih Doc dan nurse2 KPMC!!

kos bersalin memang tinggi utk keluarga sue... terpaksa pilih family room...senang nak bawak anak2 tido sama2 sambil melayan contruction... anak2 sue nih jenis susah dgn org... tak boleh nak tinggal sesuka hati... terpaksalah angkut semua sekali...

Keluargaku adalah Bintang Hatiku...





hari ke 5... dah start keje dr rumah..

baby berdarah 0 positif...
risiko kuning sgt tinggi...
ulang alik hospital dlm pantang...


Syukur Alhamdulillah... Allah bagi kami kekuatan berdikari 300%... urusan bersalin sambil menguruskan 2 org kanak2 berjalan dgn lancar....

Terima kasih Ya Allah... memudahkan urusan kami sekeluarga...
sue cikidout dulu... nak main dgn baby kejap...
tata... titi.. tutu...