Pages

Showing posts with label Kisah Kami. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kami. Show all posts

Tuesday, 6 January 2015

PASTI Kids BBST



2015 Nur Sufi Hadaina akan ke sekolah utk umur 4thn... penghujung tahun 2014 sue dh start google..
sekolah kanak2 yg menitik beratkan unsur2 keislaman...

kadang2 korang tengok SUEperb MaMa ni rock... yup, memang sebelum ni dikenali sbg "Ustazah Rock" nama tu semakin terhapus krn sue bukan aliran pendidik..

utk anak2 pulak... sue memang nak titik beratkan agama... hidup dalam kelompok aliran agama islam.. itu target pertama sue... survey punya survey... google punya google...

jumpa lah sekolah PASTI Kids BBST...

lagu ni sue jumpa time godek mak cik google pasal PASTI..
sue dah dedahkan daina dgn lagu ni kat lap top sejak 2 bln sebelum ni...
spy daina set kat kepalanya warna pakaian PASTI yg akan dipakainya...

05 Jan 2015 sampailah masa nak hantar daina ke PASTI... ayahnya yg hantar... memang menangis laaa.. so, cikgu2 kat situ memang berpengalaman menguruskan kanak2 yg manja...



tengah harinya sue intai si kakak... Alhamdulillah, daina sgt seronok main... mama pun senang hati nak keje...

 
 Daina suka berkepit ngan cikgu Fatin...
 cikgu ckp... daina ni suka berkawan dgn cikgu2 jea...
mungkin daina terbawa2 lagi suasana di rumah pengasuhnya..
ada umi... aboh.. abg.. kakak fathini.. fekoh.. aloiii...
 dlm masa yg sama... cikgu train daina spy berkawan dgn rakan taulan...
 
 pukul 11.30 sue tinggalkan daina dgn senang hati.. dan confident hantar report kat asben..
kakak suka kat school PASTI tu..
 
pukul 5 asben ambik daina...
Daina murung... marah bila ditegur...
 
kami terpinga2... tak tahu nak pujuk mcmana...
 
 kalau dah daina start duduk silang panggung tu...
hadoiiii... mati kutu kitorang...
 
bawak gi jalan2 kat pasar mlm... Alhamdulillah, ok balik...
 
 daina kembali ceria...
 
hari kedua di school PASTI pulak...
dpt msg dr group... baju sekolah dah boleh ambik bg ibu bapa yg dah bayar yuran...
yuran tahunan rm565... yuran bulanan utk pagi rm145... transit ptg rm130...
cepat2 sue pergi sana... nak pastikan daina lebih seronok bila dpt baju PASTI nanti...
 

 tengok lah... betapa seronoknya daina dpt baju seragam...

 sue tinggalkan daina dgn kengkawannya...
terus transit sampai petang...
hari kedua daina dah seronok dan tak murung lg...
cikgu dah dah faham kehendak daina...
daina jenis yg tak pandai berkawan...
tp nak selalu didampingi..
tak boleh tinggal dia sorang2.. nanti dia manangis...
makan pun masih bersuap...
 
hari ke tiga...
dgn hati girang nya... mama pulak hantar kakak gi school...
 
sembang anak beranak dlm kete otw ke school..
 
"mama, boleh hantar gi rumah umi tak?"
"kakak dah besar... kakak kena pegi school... umi balik kampung.."
"aboh ada tak?"
"aboh balik kampung.."
"fekoh?"
"fekoh pun balik kampung.."
"kakak fathini?"
"kakak fathini pun balik kampung"
 
daina diam sekejep...
 
"kakak kan dah besar... kakak kena gi school... baru kakak jd anak yg baik... yg bijak.. baru Allah sayang.. Rasul sayang.. mama ayah sayang..."
 
sampai depan pintu PASTI... daina mula wak dramanya...
terus menangis... ustazah cepat2 dukung dan pujuk..
 
mama pun tersentuh hati... yea lah...
kesian kat daina... rindukan keluarga pengasuhnya...
apa boleh buat... skrg dah sampai masa daina kena belajar utk explore perkara baru...
 
mama pun pegi lah kerja dgn linangan air mata... cehh,
sedih mcm aku pulak yg rindu kat umi...
kesian sgt kat daina... sbb mcm paksa daina lupakan pengasuhnya..
rasa bersalah sgt...
tp pengasuhnya dah nak pencen dr mengasuh.... daina pulak dah layak utk ke sekolah...
memang kena paksa la... keras kan hati sue ni....
 
 
tengah hari sue pegi kat PASTI lagi utk tengok mood daina....
daina dah merajuk dgn sue...
merajuk sbb sue tak hantar ke rumah umi pagi td...
puas pujuk,..
 
sue pujuk utk hantar jumpa dgn umi... daina cakap tak pandang muka sue..
nampak sgt daina merajuk...
kesian sgt...
sue dukung bawak masuk kete... kakak mengamuk... cikgu tlg dukung.. pun mengamuk...
alih2 kakak nak keluar kereta utk masuk dlm school balik... tp tak nak sue dukung... nak cikgu yg dukung... betul2 marahkan sue sbb paksa lupakan uminya... huhuhuhu

 cikgu pun heran dgn sue...
biasanya ibu bapa yg manjakan anak ni...
sbb anak tunggal... tp daina ada adik... dimanjakan spt anak tunggal...
 
sue memang cukup kesian jika kanak2 mengalami tekanan sbb "RINDU"
perasaan rindu itu datang dari Allah...
kanak2 tak ada kudrat utk tunaikan perasaan rindunya itu...
kita ibubapa lah yg perlu tunaikan kehendak rindunya...
kerana... "Anak itu Amanah"
 
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap anak-anak.” 
Alhamdulillah... dpt cikgu yg penyanyang...
sanggup melayan kerenah anak didik yg manja ni...
umur 4thn.. masih berdukung dan makan bersuap... adehhh!
 
1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.
 
Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka.
 
Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.
 
2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud; “Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”
 
Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
 
3) Umur anak 15 hingga 21 tahun Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.
 
 Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.
 
  4) Umur anak 21 tahun dan ke atas Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka.
 
Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/DidikanakcaraRasulullah/Article/index_html#sthash.UL2L1esG.dpuf
 
Semoga cikgu2 PASTI beroleh keberkatan duina dan akhirat...
Aminnnn...
 






Sunday, 21 December 2014

Bahaya Sinaran Matahari



Assamualaikum... Salam sejahtera buat pembaca setia blog SUEperb MaMa...



kali ni sue nak share tentang pentingnya spek mata hitam... hehehe...

spek mata besar ni adalah impian sue masa bujang lagi... tp masa tu confident level sue sgt rendah..
malu nak pakai...

tp selepas diberi sokongan dan galakkan oleh asben sue... beranilah nak pakai spek besar ni...


kenapa kena pakai spek mata?

sue ni selalu drive tengah hari time panas2 terik tu... sue kena balik rumah pengasuh utk hantar susu hanna... terkena cahaya UV tu... mata senak dan berair...

lagi satu... aircond kereta kena tepat pd mata... mata putih jd kering dan kuning... jenuh dok tenyeh ngan airmore nak bagi lembab...

skrg, letak airmore jarang2 jea... sbb pakai spek mata time drive...

haaaa... 2 sebab utama ni punca sue kena jd spekky...
sue rasa korang pun alami masalah yg sama kan?

jom serbu kedai spek mata...
 
ini spek mata masa mula2 dpt kete myvi... thn 2007.
(foto hari ini)
spek ni masih elok lagi... cerminnya jd gelap kalau kena cahaya...

spek mata ni pulak sempena kete SU7100C
 hujung tahun dec 2014 aka 2015

 
 

laki bini dok try spek...
habis satu almari dok try...
kecik besar kecik besar je jual jual tu pandang... kalau kitorang tak jd beli...
hahaha

haishhh... susah jugak nak pilih spek yea...
nak pastikan match dgn muka tu... jenuh pakai bukak lah...
 


kakak tak suka lah yg ni ayah...
patern zaman P Ramlee... tak up to date langsung....
 

haaaa... yg ni kakak suka... spek mcm mama...

mlm2 sue dan asben akan letak timun kat mata... nk bg mata lembab..
setiap kali sue tutup mata sebab silau depan daina...
daina akan ckp "mama sakit mata ke? nanti kakak bg timun kat mama erk.. letak kat mata"
hahaha

akhirnya kitorang pilih yg ni...
suka ke... tak suka ke... senget ke... selesa ke tak...
hadap lah spek ni sepanjang berkereta SU7100C..
 
 
************
jom layan bahayanya sinaran UV
 


Bahaya Sinaran Matahari UV

Radiasi UV adalah sebahagian daripada spektrum elekromagnetik (cahaya) yang memancar daripada matahari ke permukaan bumi. Ianya mempunyai gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat oleh mata biasa. Gelombang ini diklasifikasikan sebagai UVA, UVB atau UVC.

UVA adalah gelombang yang paling panjang di antara ketiga-tiganya iaitu 320-400 nanometer. Sementara UVB adalah di antara 290 hingga 320nm. Dengan gelombang sinaran yang lebih pendek, sinaran UVC kebanyakannya diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke permukaan bumi.

Namun begitu, UVA dan UVB yang menembusi atmosfera sangat memainkan peranan terhadap kehidupan bumi seperti mengakibatkan penuaan kulit pra-matang, kerosakan mata (termasuk katarak), dan kanser kulit. Ianya juga boleh melemahkan daya imunisasi, mengurangkan daya untuk melawan penyakit serta berbagai masalah lagi.

SINARAN UVA
Kebanyakan dari kita sentiasa terdedah kepada UVA yang banyak sepanjang hayat kita. Sinaran UVA adalah menyumbang sebanyak 95% daripada kesan radiasi UV yang mencecah permukaan bumi. Walaupun ianya ianya kurang terik berbanding UVB, sinaran UVA adalah 30-50 kali lebih tersebar luas berabanding UVB. Ianya hadir dengan intensiti yang lebih kurang sama semasa siang hari sepanjang tahun dan boleh menembusi awan dan cermin.



UVA yang boleh menembusi kulit lebih dalam berbanding UVB, telah diketahui sebagai penyebab penuaan kulit serta kedut (photoaging), namun para saintis percaya bahawa ianya tidak menyebabkan merosakkan yang teruk di kawasan epidermis (lapisan kulit paling luar) di mana kebanyakan kanser kulit terjadi.

Namun begitu, kajian telah mendapati bahawa UVA boleh merosakkan sel kulit yang dipanggil 'keratinocytes' yang terdapat di lapisan bahagian dasar epidermis. UVA adalah penyumbang serta memulakan pembentukan kanser kulit.

Sinaran UVA adalah penyebab utama kepada kegelapan kulit.

SINARAN UVB
UVB adalah penyebab utama sunburn dan cenderung untuk merosakkan kulit di permukaan lapisan epidermik. Ia juga memainkan peranan utama dalam pembentukan kanser kulit dan membantu dalam penggelapan serta penuaan kulit. UVB tidak boleh menembusi cermin sepenuhnya.

Secara ringkasnya, sekiranya anda berada di bawah terik matahari, anda akan terkena kedua-dua sinaran UVA dan UVB. Namun, sekiranya anda berada di bawah bayang-bayang pokok, payung atau di dalam kereta, anda akan hanya bebas daripada terkena sinaran UVB, namun sinaran UVA akan tetap mengenai anda.

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN
Pastikan anda sering terlindung daripada sinaran UVA dan UVB dalam kedua-dua keadaan samada di luar atau di dalam rumah. Sekiranya anda berada di luar rumah pastikan anda sentiasa berada di bawah teduhan bangunan, pokok atau payung.

Memandangkan UVA mampu untuk menembusi cermin, gunakan lapisan perlindungan 'tinted' pada tingkap kereta atau rumah anda. Lapisan ini mampu untuk menghalang sehingga 99.9% sinaran UV.

Sekiranya berada di luar rumah, sentiasa memakai pakaian yang sesuai dan boleh mengurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Gunakan topi dan cermin mata gelap yang boleh melindungi mata anda daripada kesan sinaran UV. Topi dan cermin mata gelap boleh melindungi bahagian kulit anda yang sensitif seperti muka, tengkuk dan kawasan di sekeliling kelopak mata.



Akhirnya untuk melindungi kulit muka dan bahagian yang terdedah dan sesitif, gunakan 'sunblock' losyen yang bersesuaian. Untuk perlindungan terhadap UVA dan UVB yang berkesan, pilih 'sunblock' losyen yang mempunyai faktor SPF (Sun Protection Factor) 15 dan keatas. SPF 15 boleh melindungi sehingga 93% sinaran UVB, SPF 30 sehingga 97% dan SPF 50 sehingga 98%. Yayasan Kanser Kulit (Skin Cancer Foundation) menetapkan bahawa SPF 15 atau keatas adalah mustahak bagi melindungi daripada kanser kulit.

Nota: Untuk maklumat tentang produk-produk House Of Healin, sila layariwww.myhealin.com

Wednesday, 3 December 2014

Oyen & Opok


Bila sue terbaca entry ni..
Rasulullah Sangat Sayangkan Mueeza (Kucing Rasulullah)

terbuka hati sukakan kucing... yup! sue ingin menyayangi kucing mcm rasulullah sayangi mueeza,.
haaa... baru sue ingat, nenek sue dan arwah atuk.. sgt suka kan kucing... nenek suka bercakap dgn kucing... beranak pinak lah kucing kat umah nenek sue dulu...

2 ekor kitten ni sue bg nama... Oyen&Opok!
Oyen tu sbb semua bulu badannya warna oren..
Opok tu sbb badannya bertompok..

bermula dgn Oyen & Opok ---> minat sukakan kucing kerana kasih dan kasihan...
tambah pulak baca kisah Rasulullah dgn Muezza... lagi bertambah minat utk menyayangi kucing..
hilang segala rasa geli geleman... takut... dan rasa kucing tu kotor...
hilang... hilang... hilang rasa yg begitu.. hilang sekelip mata...
(Allah boleh mengubah RASA dihati atau dalam diri manusia sekelip mata)
jika kita inginkan kebaikan... kena sentiasa berdoa utk kebaikan... hanya Allah yg memakbulkan.. :)
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat." (Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).

balik keje...
 sue bawak oyen & opok gi klinik veterinar..
utk beli ubat mata..

sue nak cuci sendiri mata kucing... sue geli sgt..
upah utk cuci rm5 dan ubat titis kat mata rm7

pastu bawak balik rumah...
mula2 adik hanna nangis... pastu tengok sue bg susu.. 
adik hanna pulak yg suka bg susu kat oyen & opok..

adik hanna ni memang takut dgn kucing... sebelum ni adik hanna akan menjerit sekuat hati bila tengok kucing dtg kat dia..
mungkin masa tu... masih ada aura sue yg takut dgn kucing lekat kat hanna...
skrg hanna tengok sue bg susu botol kat Oyen & Opok.. hanna pun jd berani jugak...
tiap2 pagi... hanna akan cakap "mama... iauwww.. cucuu.. iauwww... cucu"
hanna bgth kat sue... bagi susu kat iauwwww..

apa lagi.... bedung dulu sblm bg susu!!! hahaha
pagi isnin... Si Oyen mati...
hanya Allah je ayg tahu sebabnya.. sue dah cuba sedaya upaya utk bela dan manjakannya...

petang rabu Si Opok pulak yg lemah.. tak nak menyusu...
pagi ni Si Opok pulak kembali pd Allah..

sedih sgt kehilangan Oyen & Opok...

sepanjang belanya... bangun pagi sue akan bg susu kat oyen&Opok sblm masak bekal utk hanna..
balik rumah time lunch susukan oyen&opok sblm sue makan..
balik keje... sampai2 rumah... bg susu lagi kat Oyen&Opok..
sebelum tido adik hanna sgt suka luangkan masa utk bg susu kat oyen&opok...

pagi ni... adik hanna tengok sue tak bg susu kat Oyen&Opok...
adik hanna dtg kat sue.. "mama.. iauwww.. cucu... iauwww... cucu"
"alaaaaa... dik, iauwww dah xde.. dah tak gerak... dah tak boleh minum susu"
adik hanna termenung tak paham apa2... uhhukk3..

begitulah kematian...
kematian utk 2 ekor kitten ni... matinya tanpa dihisab...
sedangkan... kematian SUE adalah kematian akan dihisab...


selepas kamatian... setiap saat kita didunia akan dihisab...
mata berkelip pun akan dihisab...
 jika kita tak bersyukur krn mata kita mampu berkelip...
maknanya.. kita akan dihisab sebagai insan yg tak bersyukur...
itu baru bab mata... mulut? telinga? tangan? kaki? jiwa? perasaan?
belum kira bab solat kita yg terlewat krn urusan dunia...

 sedangkan kita ke dunia utk menjadi HAMBA ALLAH... bukan HAMBA DUIT...
"Perkara pertama yg dihisab selepas kematian adalah SOLAT"
sama2 lah kita perbetulkan SOLAT kita...


Semoga kita kembali kpd ALLAH dalam keadaan SOLAT kita sudah sempurna...
Amiin... WASALAM..





 





Friday, 28 November 2014

Anak Kucing - Susu botol

Ya Allah...

sue nih jenis yg tak suka kucing... memang geli gelemang lah...

Teringat masa kat kusza dulu... sue cukup takut nak makan nasi kat kedai atau kat kantin..
sbb takut kucing... kalau kucing jantan dan betina bergaduh... (bergaduh yg asmaradana tu...gaduh2 gatal gelenya tuuu..) sue akan mulakan beraksi luar kawalan... sue akan menjerit sekuat hati sampai satu dewan makan tu senyap... pasti ambik air sirap.. siram kat kucing tu... tak cukup air sirap sue... air sirap kawan punya, sue siram kat kucing jugak... memang ngeri sungguh bila kucing bergaduh...

pernah sekali tu, sue makan sorang2 kat medan selera di seroja... tengah syok2 makan nasi masak lemak telur... bunyi kucing bergaduh... Ya Allah... tensionnya... sue terus tinggalkan nasi... bayar dan lari masuk kete... uhhukkk3... dalam hati.. Alhamdulillah selamat... selamat dr ape pun sue tak tahu... Adehhh.. kucing jea.. bkn anjing pun...

sekarang pun, kalau pegi kedai makan... sue akan intai dulu... ada kucing tak... kalu ada kucing sue takkan makan kat kedai tu sorang2.. kecuali sue bersama dgn org yg berani dgn kucing...

kalau kereta sue dlm parking kat rumah... ada kucing bergaduh, sue takkan keluar rumah... sampai kucing tu pergi jauh la... punch card merah pun merah laaaa... yg penting xkena serang kat kucing... ngeri sungguh tengok kucing bergaduh..

apa yg sue takut.. itu lah yg datang bertenggek kat sue... Ya Allah... tension betulll...
ada 3 ekor anak kucing dok menangis kat opis sue ni.... ibunya hilangkan diri... dia bawak sekor jea... 2 ekor lg dia tinggal... 2 ari dok menangis... kesian sungguh!

semua org kat opis ni kesian... tp tak de tindakan yg diambil..
yg si geli geleman ni lah gi cari botol susu utk kucing...
tanya budak yg keje kedai veterinar tu...

"susu utk kucing ada tak?'
"bg susu kambing kak"
"lurp!... mahal tu dik... kalu susu dutchlady boleh tak?
"biasa bg susu kambing kak... susu lain sy tak pernah bagi..."
"boleh lah... botol susu satu... susu kambing sebotol.."


RM15

balik opis... kitten tu dengar sue naik tangga... dia pun melalak lagi... huhuhu..
sabar... sabar... aku first time nak bg ko susu cing... ko tunggu erk... aku tengah geli geleman nih...
huhuhuhu

gigil satu badan sue nak bg kitten ni susu...
geli siokkkkk... huhuhuhu

org yg cukup faham sue ni takut ngan kucing ialah Fadilah Muhhammad dan Fadillah Zainal Abidin..
huhuhu... diorang sanggup tak makan kat kantin di kusza dulu... semua pakat angkut makanan makan sama2 kat bilik... kenangan terindah bersama korang...

ni sue tengah dok pikir... sabtu dan ahad cuti... kalu tinggalkan kat opis ni kang... mati kitten nih..
x minum susu... nak wak balik rumah kitten ni kotor... sbb ibunya tak xcucikan...
lagi pun kitten ni sakit mata... mcm tak sihat... hmmmm... nak hantar nursery kucing rm12 satu malam... 2 ekor rm24 satu malam.. mampuihhh... byk tuh.. 

skrg ni hujan tengah lebat... nak suruh budak nursery tu cucikan kitten ni dan bagi ubat mata...
sue nak cuci sendiri???... ohhhh tidakkkkk...geli siokkkk!!
ni pun xde selera makan selepas pegang kitten nak bg susu sakni... huhuhu

Ya Allah... apa lah hikmahnya... dah sue kena take care 2 ekor kitten ni...
apa lah hikmahnya... sue yg tak suka kucing dah kena jaga kucing pulakkkk... uhhukk2..

Mcmana boleh lahirnya rasa kasihan sue pd kucing sedangkan sebelum ni sgt tak suka kucing??
mungkin sbb, bila sue sudah menjadi ibu... rasa kasihan sangat pd anak2 kecil yg rindukan ibu ayah yg berjauhan... kasihan bila tengok anak2 lapar... rasa berdosa bila kecewakan anak2 yg sekadar mintak mainan yg bawah rm10...  (jika permintaannya tidak melampaui batas...) rasa berdosa bila buat anak derita rindu...
dulu sue seorang yg gila kerja... hard workers... siang malam keje... hari minggu keje intertained client... sehingga xde masa utk diri sendiri... dlm kepala masa tu.. SALE.. SALE.. SALE...
bila dah ada anak... baru lah sue keje berpada2... biar sedikit asalkan BERKAT... drp byk, tp keluarga terabai... duit pun tak pernah cukup... sbb BERKATnya tak ada..

Alhamdulillah... Allah ketemukan client sue yg tidak melampaui batas... menghormati waktu sue dgn family.. setiap client kita... kita kena bahagikan 2 ketogori :
1) customer support kita krn kita mencari rezeki
2) customer mangkuk hayung - customer ni biasanya sukakan hiburan... profit rm3k, intertaiment sampai RM10k.. cuba bayang, jika kita layan customer jenis ni.. confirm company akan lingkuk, akaun pun jd negatif..

Alhamdulillah client sue semua ketegori no 1... 

***************
Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ï·º memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ï·º menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ï·º suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ï·º hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ï·º pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ï·º menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu..
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ï·º pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).”[HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ï·º pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhukuntukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ï·º menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ï·º berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ï·º ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ï·º bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.”Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ï·º berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci..
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ï·º Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ï·º terhadap haiwan.
Rasulullah ï·º ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ï·º juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Dipetik dr : http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/05/26/mueeza-kucing-kesayangan-nabi-muhammad-saw/





Thursday, 20 November 2014

Sabar dalam menguruskan orang yang uzur


Entry kali ni sue nak abadikan 2 pengajaran hidup..
1) perhubungan sue dgn org tua
2) perhubungan sue dan anak2




minggu lepas sue balik kelantan... selepas terima kunci SU7100C dlm pukul 1pm... asben sue sambung keje utk meeting dgn client... sampai kul7pm kat rumah... terus sumbat barang dlm kereta utk dihantar ke pantai timur..
******
apa yg paling seronok outstation ke pantai timur ni ialah ALL IN ONE..
 boleh ziarah org tua sue..
boleh ziarah nenek sue yg dah uzur... 
tak perlu bayar hotel...
tak perlu utk belanja makan... semua free!!
kos kat minyak dan tol shj...







































ini tugasan pertama utk SU7100C... alangkah indahnya jika delivery mcm ni tiap2 bulan...
boleh ziarah org tua sue tiap2 bulan... feeling "SS"...

kul 4am.. sampai di rumah emak sue kat kelantan...  rehat seharian hari sabtu... makan tido jea...
celik2 mata lepas tido tengah hari tu..
emak sue hantar keripap dan cakoi goreng kat tempat lepak tido kitorang...
kena rehat cukup2... ahad kena start keje... 
kul 4pm siap kerja... terus bertolak balik sepang...
asben kena siapkan tender yg closing esoknya..
anak2 sue dok dlm kete 14 jam... perghhhh...
dlm kete diorang tido.. dah sampai rumah tu.. terus buat quotation utk customer..
diorang segar bugar... huhuhu
layan si kakak tu... kejap nk kencing... kejap nak susu.. 
sampai kul 5am baru sue dpt tido... uwwaaaaa...
pagi isnin... ayahnya keje... sue teruskan keje dr rumah... huhuhu
memang mencabar buat keje sambil jaga budak...
boleh cepat kena lemah jantung sue...
********************
lepas balik musafir kali ni... sue terima pengajaran yg sgt besar...
iaitu cara2 menguruskan org tua yg uzur...

emak sue sediakan tilam dan di alas dgn tikar ...
kat kepala katil tu... ada makanan ringan..

turun jea katil... emak sue buat tandas khas utk nenek sue..
tak perlu pakai pempers... nak mandi 40 kali sehari pun xpe... 
tak perlu nak usung2 nenek sue...



apa yg buat sue terharu dgn sikap emak sue ialah...
pagi2.. sebelum start perniagaan nasi kerabu dan nasi berlauknya...
emak sue akan mandikan... pakaikan baju... pakaikan bedak...
pastu bg sarapan...

ketika mandikan tu... nenek sue akan menjerit2 marah2 emak sue sbb nak balik rumahnya...
sedangkan kat rumahnya xde org yg sanggup nak jaga..
nenek sue akan pukul emak... pastu cubit lengan emak... 
emak sue gelak2 jea... wlpn byk luka kesan cakaran..
nenek sue balingkan barang2... mcm budak2...

nenek dah penat bebel... marah2... maki2 sikit...
yea lah... org tua dah uzur...
nenek sue akan merajuk tak nak makan.... dah penat merajuk..
bila perutnya lapar... dia akan makan sendiri... hehehe
sambil membebel... "merajuk pun xde org nak layan... tak de org nak hantar balik kampung... kalu tak makan... perutnya lapar..."
sambil membebel habis nasi sepinggan...

 sebelum tido... nenek sue membebel lagi..
"kesian kat anak aku ni... aku pukul dia... aku marah dia... aku cakar dia... kesian anak aku ni.."
pastu lena dlm bebelannya...

kak sini.. emak sue tunjukkan pd sue...
menguruskan org tua ni senang jea...
pastikan tempat tido dan tandas berdekatan.. itu jea..
yg jd penatnya sbb nak kena usung... nak kena tukar pampers...
pasal makan... apa yg kita makan... terus bg kat nenek jugak...
org tua perutnya dah kecut... mcm budak2...  makan sikit tapi kena kerap...

baik layanan kita pada ibu bapa kita... baiklah layanan anak pada kita kelak...

anak2 akan ikut apa yg kita buat..
pagi ni tersentap jugak lah sue dgn mulut anak sulung sue ni...
 "banyaknya barang kakak nak bawak gi rumah ummi, seronok ke bawak brg banyak2?"
"ahha.. seronok... mcm mama bawak brg byk.."

lurp!... itu pun daina boleh ikut... Astagfirullahalazim...

memang kena jaga tingkahlaku depan anak2..
nak tengok layanan anak2 terhadap kita di hari tua kelak...
tengok lah layanan kita pd ibu bapa kita sekarang...
kalau hari ini kita buang ibu... satu hari nanti... terimalah anak pun akan buat perkara yg sama...

sue pernah bersembang dgn seorang client di hosp kemaman...
sue sgt kagum dgn beliau... sbb beliau jaga ibunya..
anak2 beliau semuanya hantar pengasuh... 
ibunya bebas keluar rumah utk berkawan... utk solat berjemaah di masjid...
beliau pulak terkejut dgn sue... sbb outstation dgn family...
10 minit sebelum sampai ke destinasi... sue akan susukan anak dulu...
pastu asben ngasuh anak... sue jumpa client...
sebelum jumpa dgn beliau... sue sembang dgn seorang mak cik  di kantin..
bila jumpa dgn client sue tu... sue tengok mukanya sama dgn mak cik kat kantin td...
rupanya itu ibunya...
so, si anak adalah client sue.. asben sue lepak makan semeja dgn emak client sue...
susunan pertemuan yg memang tak dapat sue lupakan...
 
setiap kali sue jumpa org yg menjaga org tua... sue memang kagum...
sebabnya nk menguruskan org tua sgt susah... memang kena byk sabar..
belum kira permintaannya yg bukan2 pulak...
hatinya pulak sensitif..
jaga anak lg senang... agak2 anak meragam, kita boleh marah utk pengajaran dia...
tp ngan ibu bapa kita memang tak boleh marah langsung..

kat mana kita nk lepas kan marah tu...
memang kena simpan marah tu... dan berdoa spy Allah padamkan api amarah tu dgn sendiri dihati kita.. itu jea caranya..

zaman sekarang... ramai anak2 suka ambik kesempatan pd ibu bapa utk dijadikan pengasuh...
maklumlah, bayaran pengasuh skrg ni memang mahal... nk ambik org gaji takut dera anak..
time ibu bapa sihat... berebut nak jaga ibu..
beranak jea.. balik kampung...ibu yg jaga si anak dalam pantang...
dah habis pantang... tinggal lah si ibu terkontang kanting...
beranak lagi... balik kampung lagi.. ibu jaga lagi...
bila ibu sakit... si anak yg dah habis pantang.. call adik lelaki utk uruskan si ibu yg sakit pening..
sebabnya.. anak lelaki yg wajib jaga ibu...
pastu anak pompuan ni.. beranak lagi.. balik rumah ibu lagi...
bila si ibu dah uzur... semua akan mengeluh tak nak jaga...

itu lah fitrahnya INSAN yg bermaksud MUDAH LUPA..
iaitu si anak mudah lupa jasa org tuanya...

haaaaa... ini dia anak sulung sue... peaceeee..
tengah nak ambik gambar dia ni..
"mama... tepi sikit... ada kete belakang mama tu...nanti kang kena langgar"
padahal kete dok parking jea situ... hahaha
tiap2 pagi, daina akan mintak singgah kedai...
nak beli ais krim la... nak beli coklat la...
nak beli roti la...

sue memang layan jea... sebagai bekalan...
si adik suka bawak bekal... pagi2 sue akan masak mee goreng... atau bihun goreng... atau nasi goreng... atau spegeti... kadang2 ayahnya yg masak..
 sambil buat utk anak tu... sue bawak bekal utk sue jugak...
patut lah duit sue jimat skrg ni... hahaha...
breakfast bawak bekal... brg dapur asben yg beli... tinggal beli utk mkn tengah ari jea...
   yg kakak xnak bawak bekal... sbb ummi masak lg sedap katanya... adehh.
jd, beli lah makanan ringan pagi2...

Tujuh Golongan Manusia Doa Mereka Mustajab di Sisi Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Rasulullah SAW  menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Diantara berbagai macam doa yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, ada doa yang dikabulkan dan ada pula doa yang tidak dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, seseorang hamba yang berdoa harus memahami keutamaan dan adab-adab ketika berdoa.
Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Ketiga : Doa orang yang dianiaya.
Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.
Keenam : Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya

Huraiannya :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anak tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang  dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan kezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya kepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, “Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”
 Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.

Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suara rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Keenam : Doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata.
 Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Seorang anak yang soleh adalah anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kedua ibu bapanya semasa kedua ibu bapanya masih hidup. Apabila kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dia sentiasa bersedekah, membuat amal kebajikan dan mendoakan untuk mereka. Doa anak yang soleh mustajab disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita terus berdoa dan memohon kepada Allah SWT semoga doa-doa kita ditunaikan dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sekiranya kita termasuk salah satu daripada tujuh golongan yang dimakbulkan doa-doanya maka janganlah kita lepaskan peluang untuk perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah SWT.

Seorang mukimin yang banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tidaklah sama dengan mukmin yang kurang berdoa. Kerana setiap doa yang kita panjatkan kehadrat Ilahi insya Allah akan ditunaikan-Nya samaada cepat atau lambat dan berdoa itu sendiri adalah ibadah yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Teruskan berdoa jangan mudah berputus asa.

info dr blog Secangkir Air Secubit Garam.