Pages

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Monday, 22 December 2014

Johor Premium Outlet

Alhamdulillah... jalan-jalan luaskan padangan..



 cer dengar betul2 part ni 0.25... hihihi... ciri2 isteri seolehah..

Jom shopping di JPO..
ni asyik2 parkson... asyik2 sogo... asyik2 alamanda... cuba bukan pandangan sikit dgn langkah yg lebih jauh sikit...

balik keje kul 6.00pm.. asben call ckp nak gi JPO...
dlm hati.. Alhamdulillah, nasib baik ada cash kat tangan RM100 dan dlm current akaun ada RM100..
yeah! boleh shopping...

 
pukul 10.30am dah sampai JPO..  
 
 round2 dulu... tengok keadaan sekeliling JPO...
sue imagine rupanya mcm bangunan tinggi... shopping complek mcm KLCC.. atau pavillion..
rupanya meleset jauh dari sangkaan... dia mcm kedai2...

sue tengok brand pelik2... sue kenal brand POLO jea.. hahaha
tengok dr luar sale 70%... terus terkam masuk kedai... tanya harga lepas sale 70% RM499... ada yg beribu ribu gaban.. memang terkejut beruk lah sue... bawak cash RM100 nak shopping lah konon...
asben tergelak.. tp dia kontrol la kannn.. tergelak kat bini dia... nak shopping RM100 kat JPO.. hahaha

sue sendiri pun nak tergelak jugak bila bukak purse sendiri dan bandingkan dgn harga2 kat JPO... kah3

asben belanja sue handbag kulit... yg asben hulur ni RM499 selepas 50% sale.. sue tolak sbb mahal sgt.. mcm membazir jea... sue nak yg harga RM100-150 jea...  wlpn guna duit asben... tp sue tak nak lah asben rasa beban bila bawak sue gi shopping...

tu sebab asben sue tak takut bawak bininya masuk kedai2 branded.. dia tahu bininya bukan gila branded... bukan gila koleksi handbag... beli utk keperluan bkn utk koleksi...

keluar masuk dua tiga buah kedai... jumpa lah handbag yg warnanya belum pernah sue pakai lagi sebelum ni... warna hijauuuuu.... hureyyyy!! cuba beralih color... asyik pink jea...
dgn confidentnya... sue akan bawak handbag ni sepanjang thn 2015... kikiki
 

 
harga asalnya rm539... selepas less... rm161.70... haaaaa... harga ni ok... tak membazir..
kalu org tanya harga handbag berapa... kita jwb harga asal... bukan harga selepas sale... hehehe




 

 pastu beli baju anak2..3 helai sorang..

asben sue offer nak belikan sander utk sue... su tolak... yea lah, offernya kasut rm200 lebih,
sedangkan sue ni pakai kasut yg rm50 jea... rasa mcm membazir sgt beli yg mahal2...
alih2.. nak seret kat kaki jea pun...
sander yg sue pakai baru beli lg... rm50, harga asal rm89..
 
JPO ni sesuai utk org gila shopping... atau suka window shopping...
org yg boros pun sgt sesuai dtg sini... harga memang kebabow utk org kaya2 jea...
kalau diperhatikan... kereta yg keluar masuk dari JPO... bmw.. mecerdes... volvo.. velfire.. estima...
perghhhh... memang tmpt org kaya shopping...

daina dah penat berjalan... mintak naik kete sewa yg beroda... berlari lah sue nak sewa kete kat tmpt INFORMATION... berbekalkan RM100 dlm purse, dgn ber-spek mata hitamnya...

"Ms, berapa harga sewa utk kereta kanak2?"
"RM130 utk singgle... rm230 utk 2 kanak2"

lurp... mak aiiiii.... mahalnyaaaa..

 baik sue beli kete kanak2 kat KL terus... siap ada elektrik lg... baru rm150-rm200... perghhh... nasib baik sue pakai spek hitam... dapat kontrol bijik mata sue terbeliak terkejut beruk... kete sewa sampai rm130... memang JPO ni layak utk org kaya2 jea...

daina dah mengamuk nak ais krim pulak... ayahnya pun beli lah ais krim..



 

rm10 sebekas ni... huhuhu..  harga mcm tuti fruiti...
nasib baik asben yg gi beli... kalu sue yg gi beli?????

tempat shopping yg terbuka... memang elok sgt pakai spek mata hitam tau..
tambah2 lagi sue ni selalu terkejut beruk dgn harga2 brg kat situ kan...
hmmmm... memang sesuai lah pakai spek mata hitam...
 
warna handbag keje SUEperb MaMa utk thn 2015.. pakai lah sampai lunyai selama setahun..
org bisness sendiri ni shopping setahun sekali jea... bila semua payment dah masuk, baru berani nak usik duit company tu... yea lah duit masuk jea.. kena rolloing balik... nak usik rm100 pun takuttt...
Carlo Rino... yg buat sue teruja.. siap ada batu tu... muahahaha... jakung sungguh sue nih... kah3..
warna dan patern pilihan asben sue...
 



 

 
baru 2 jam round2 dlm tu.. dah 2 kali terkejut beruk... sebelum masuk kali ketiga... baik cabut duluuuu... lagi pun, shopping bawak anak2 ni.. menguji kesabaran sikit... alih2 sambung shopping kat alamanda jer laa.....

kasut yg sue pakai tu.. yg pink tu... yg kat gambar atas tu... tertinggal kat JPO... yg sebelah kiri tak masuk kete... atau pun hanna campak sebelum sue tutup pintu kete... nasib baik sue bawak selipar scholl, wak backup kalu sakit kaki jalan lama nanti... baru beli sebulan... tertinggal sebelah... huhuhu.. frush gilerrrrr... nyesal tolak offer asben nak belanja selipar td...
 
"abg, offer abg yg nak belanja ayg selipar td, ada lg tak?"
"tak de.." jwbnya dgn selamba...
 
uuwwwaaaaaaa... nyesal tolakkkkkkk rejeki td...
td tolak rejeki sbb tak nak bazirkan duit laki... sbb selipar sue elok lg... tp skrg dah hilang sebelah... :(

Destinasi seterusnya ke Taman Tema Hello Kitty..

sebelum nak masuk tu, kitorang lunch dulu... kat Kenny Roges.. 
"ape yg best yea ayah..?"
kakak buat lagak mcm dia yg nak membayar yea... hahaha
 
sue tengok harga yg nak masuk taman tema hello kitty...
 
"abg, nak masuk hello kitty tu RM55 satu kepala ke?"
"ahha... memang mahal nak masuk situ..."
"tak yah lah bang, membazir jea... budak pun dah penat... kang main sekejap dah nak keluar... tak berbaloi habis rm220 satu famili main satu jam jea.."
 
so, pujuk lah kakak daina dgn masuk kedai hello kitty...
 
beli mainan ni rm69...  yg ni lg elok dr habis rm220 masuk taman tema hello kitty tu...


 ni kawasan luar taman tema hello kitty..




 

 dalam kedai badman

 bergambar jea kat luar... pastu terus balik rumah...

esokkan tu... asben ajak gi alamanda lagi...
katanya nak beli seluar kejenya... rupa2nya nak beli sender utk sue... hihihi.. Alhamdulillah..
hilang yg rm50 tu... dpt ganti yg rm100... syukur2...
 tapi.. kalu sender yg pink tu tak hilang... sue ada 2 pasang kasut yg sama ngan handbag... huhuhuhu
 

 yg hijau asben beli utk sue... yg merah sue beli utk emak sue... hehehe
org pompuan keje utk diri sendiri... org lelaki keje utk family... kikikiki..


standby duit byk2 yea kalu nak ke JPO... jgn jd mcm sue... dtg bawak RM100... balik pun ada lagi RM100.. hahaha

tata.. titi... tutu..

 
 
 
 



Sunday, 21 December 2014

Bahaya Sinaran Matahari



Assamualaikum... Salam sejahtera buat pembaca setia blog SUEperb MaMa...



kali ni sue nak share tentang pentingnya spek mata hitam... hehehe...

spek mata besar ni adalah impian sue masa bujang lagi... tp masa tu confident level sue sgt rendah..
malu nak pakai...

tp selepas diberi sokongan dan galakkan oleh asben sue... beranilah nak pakai spek besar ni...


kenapa kena pakai spek mata?

sue ni selalu drive tengah hari time panas2 terik tu... sue kena balik rumah pengasuh utk hantar susu hanna... terkena cahaya UV tu... mata senak dan berair...

lagi satu... aircond kereta kena tepat pd mata... mata putih jd kering dan kuning... jenuh dok tenyeh ngan airmore nak bagi lembab...

skrg, letak airmore jarang2 jea... sbb pakai spek mata time drive...

haaaa... 2 sebab utama ni punca sue kena jd spekky...
sue rasa korang pun alami masalah yg sama kan?

jom serbu kedai spek mata...
 
ini spek mata masa mula2 dpt kete myvi... thn 2007.
(foto hari ini)
spek ni masih elok lagi... cerminnya jd gelap kalau kena cahaya...

spek mata ni pulak sempena kete SU7100C
 hujung tahun dec 2014 aka 2015

 
 

laki bini dok try spek...
habis satu almari dok try...
kecik besar kecik besar je jual jual tu pandang... kalau kitorang tak jd beli...
hahaha

haishhh... susah jugak nak pilih spek yea...
nak pastikan match dgn muka tu... jenuh pakai bukak lah...
 


kakak tak suka lah yg ni ayah...
patern zaman P Ramlee... tak up to date langsung....
 

haaaa... yg ni kakak suka... spek mcm mama...

mlm2 sue dan asben akan letak timun kat mata... nk bg mata lembab..
setiap kali sue tutup mata sebab silau depan daina...
daina akan ckp "mama sakit mata ke? nanti kakak bg timun kat mama erk.. letak kat mata"
hahaha

akhirnya kitorang pilih yg ni...
suka ke... tak suka ke... senget ke... selesa ke tak...
hadap lah spek ni sepanjang berkereta SU7100C..
 
 
************
jom layan bahayanya sinaran UV
 


Bahaya Sinaran Matahari UV

Radiasi UV adalah sebahagian daripada spektrum elekromagnetik (cahaya) yang memancar daripada matahari ke permukaan bumi. Ianya mempunyai gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat oleh mata biasa. Gelombang ini diklasifikasikan sebagai UVA, UVB atau UVC.

UVA adalah gelombang yang paling panjang di antara ketiga-tiganya iaitu 320-400 nanometer. Sementara UVB adalah di antara 290 hingga 320nm. Dengan gelombang sinaran yang lebih pendek, sinaran UVC kebanyakannya diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke permukaan bumi.

Namun begitu, UVA dan UVB yang menembusi atmosfera sangat memainkan peranan terhadap kehidupan bumi seperti mengakibatkan penuaan kulit pra-matang, kerosakan mata (termasuk katarak), dan kanser kulit. Ianya juga boleh melemahkan daya imunisasi, mengurangkan daya untuk melawan penyakit serta berbagai masalah lagi.

SINARAN UVA
Kebanyakan dari kita sentiasa terdedah kepada UVA yang banyak sepanjang hayat kita. Sinaran UVA adalah menyumbang sebanyak 95% daripada kesan radiasi UV yang mencecah permukaan bumi. Walaupun ianya ianya kurang terik berbanding UVB, sinaran UVA adalah 30-50 kali lebih tersebar luas berabanding UVB. Ianya hadir dengan intensiti yang lebih kurang sama semasa siang hari sepanjang tahun dan boleh menembusi awan dan cermin.



UVA yang boleh menembusi kulit lebih dalam berbanding UVB, telah diketahui sebagai penyebab penuaan kulit serta kedut (photoaging), namun para saintis percaya bahawa ianya tidak menyebabkan merosakkan yang teruk di kawasan epidermis (lapisan kulit paling luar) di mana kebanyakan kanser kulit terjadi.

Namun begitu, kajian telah mendapati bahawa UVA boleh merosakkan sel kulit yang dipanggil 'keratinocytes' yang terdapat di lapisan bahagian dasar epidermis. UVA adalah penyumbang serta memulakan pembentukan kanser kulit.

Sinaran UVA adalah penyebab utama kepada kegelapan kulit.

SINARAN UVB
UVB adalah penyebab utama sunburn dan cenderung untuk merosakkan kulit di permukaan lapisan epidermik. Ia juga memainkan peranan utama dalam pembentukan kanser kulit dan membantu dalam penggelapan serta penuaan kulit. UVB tidak boleh menembusi cermin sepenuhnya.

Secara ringkasnya, sekiranya anda berada di bawah terik matahari, anda akan terkena kedua-dua sinaran UVA dan UVB. Namun, sekiranya anda berada di bawah bayang-bayang pokok, payung atau di dalam kereta, anda akan hanya bebas daripada terkena sinaran UVB, namun sinaran UVA akan tetap mengenai anda.

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN
Pastikan anda sering terlindung daripada sinaran UVA dan UVB dalam kedua-dua keadaan samada di luar atau di dalam rumah. Sekiranya anda berada di luar rumah pastikan anda sentiasa berada di bawah teduhan bangunan, pokok atau payung.

Memandangkan UVA mampu untuk menembusi cermin, gunakan lapisan perlindungan 'tinted' pada tingkap kereta atau rumah anda. Lapisan ini mampu untuk menghalang sehingga 99.9% sinaran UV.

Sekiranya berada di luar rumah, sentiasa memakai pakaian yang sesuai dan boleh mengurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Gunakan topi dan cermin mata gelap yang boleh melindungi mata anda daripada kesan sinaran UV. Topi dan cermin mata gelap boleh melindungi bahagian kulit anda yang sensitif seperti muka, tengkuk dan kawasan di sekeliling kelopak mata.



Akhirnya untuk melindungi kulit muka dan bahagian yang terdedah dan sesitif, gunakan 'sunblock' losyen yang bersesuaian. Untuk perlindungan terhadap UVA dan UVB yang berkesan, pilih 'sunblock' losyen yang mempunyai faktor SPF (Sun Protection Factor) 15 dan keatas. SPF 15 boleh melindungi sehingga 93% sinaran UVB, SPF 30 sehingga 97% dan SPF 50 sehingga 98%. Yayasan Kanser Kulit (Skin Cancer Foundation) menetapkan bahawa SPF 15 atau keatas adalah mustahak bagi melindungi daripada kanser kulit.

Nota: Untuk maklumat tentang produk-produk House Of Healin, sila layariwww.myhealin.com

Friday, 12 December 2014

Doa Memasuki Kedai atau Pasar

Nasihat menasihati... Ingat mengingati itulah tujuan utama blog SUEperb MaMa ditubuhkan...


sedar tak dalam kehidupan harian kita yg terlalu sibuk... sibuk mengikuti peredaran zaman..

di sini sue nak kongsi amalan yg sgt senang dan memang patut kita amalkan setiap hari... sbb tiap2 hari kita masuk kedai..

dgn kesibukan harian mungkin kita tak sempat berzikir beribu2 setiap.. tapi sedar tak kita dah byk buang amalan doa harian kita yg sepatutnya jadi ibadah .

setiap hari kita masuk KEDAI...  kita wajib masuk kedai makan setiap tengah hari untuk lunch bagi yg bekerja... kedai runcit suri rumah wajib masuk sbb nak beli barang dapur...

haaaa... satu lagi sue nak ingatkan :
baca doa cukuplah didalam hati atau dgn mulut terkumat kumit tanpa suara shj..
tak perlulah nak tadah tangan kat depan kedai org... kang kena belasah kat tuan kedai, ingat kita ni baca jampi serapah kat kedai dia pulak...

Aktiviti harian kita masuk kedai akan menjadi ibadah sekiranya kita niat krn Allah dan menbaca doa masuk kedai :

Dari ‘Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ دَخَلَ السُّوق فَقَالَ : لا إِلَه إِلَّا اللَّه وَحْده لا شَرِيك لَهُ، لَهُ الْمُلْك وَلَهُ الْحَمْد، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيّ لا يَمُوت، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيْء قَدِير، كَتَبَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ – وفي رواية: وبنى له بيتاً في الجنة –
 
“Barangsiapa yang masuk pasar kemudian membaca (zikir):

 لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
 “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyii wa yumiit, wa huwa hayyun laa ya yamuut, bi yadihil khoir, wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir

[Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dialah yang maha hidup dan tidak pernah mati, ditangan-Nyalah segala kebaikan, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu]”,

maka Allah akan menuliskan baginya satu juta kebaikan, menghapuskan darinya satu juta kesalahan, dan meninggikannya satu juta derajat – dalam riwayat lain: dan membangunkan untuknya sebuah rumah di surga – ”[1].
 
Hadits yang mulia ini menunjukkan sangat besarnya keutamaan dan pahala orang yang membaca zikir ini ketika masuk pasar[2].
 
Imam ath-Thiibi berkata, “Barangsiapa yang berzikir kepada Allah (ketika berada) di pasar maka dia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang Allah Ta’ala berfirman tentang keutamaan mereka,
{رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأبْصَارُ، لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ}
Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, mendirikan shalat, dan membayarkan zakat. Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. (Mereka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas” (QS an-Nuur:37-38)[3].
 
Beberapa faidah penting yang terkandung dalam hadits ini:
– Yang dimaksud dengan pasar adalah semua tempat yang didatangkan dan diperjual-belikan padanya berbagai macam barang dagangan[4], yang ini mencakup pasar tradisional, pasar modern, super market, mall, toko-toko besar dan lain-lain.
 
Pasar adalah tempat berjual-beli dan tempat yang melalaikan orang dari mengingat Allah Ta’ala karena kesibukan mengurus perdagangan, maka di sanalah tempat berkumpulnya setan dan bala tentaranya, sehingga orang yang berzikir di tempat seperti itu berarti dia telah memerangi setan dan tentaranya, maka pantaslah jika dia mendapat pahala dan keutamaan besar yang tersebut dalam hadits di atas[5].
 
– Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tempat yang paling dicintai Allah adalah mesjid dan yang paling dibenci-Nya adalah pasar”[6].
 
– Seorang muslim yang datang ke pasar untuk mencari rezki yang halal, dengan selalu berzikir (ingat) kepada Allah Ta’ala dan meninggalkan segala sesuatu yang diharamkan-Nya, maka ini adalah termasuk sebaik-baik usaha yang diberkahi oleh Allah Ta’ala, sebagaimana sabda Rasululahshallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sungguh sebaik-baik rizki yang dimakan oleh seorang laki-laki adalah dari usahanya sendiri (yang halal) [7].
 
– Zikir ini lebih utama jika diucapkan dengan lisan disertai dengan penghayatan akan kandungan maknanya dalam hati, karena zikir yang dilakukan dengan lisan dan hati adalah lebih sempurna dan utama[8].
 
– Ada hadits lain yang mirip dengan hadits ini, cuma dalam hadits tersebut ada tambahan di akhir zikir tersebut di atas: laa ilaaha illallahu wallahu akbar…, hadits tersebut adalah hadits palsu, sebagaimana keterangan syaikh al-Albani dalam kitab “adh-Dhaa’iifah” (no. 5171).
Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, MA

***************
haaa. dah tahu kan kelebihan doa ni... jom gi shoppingggg..
taddddaaaaa... shopping handbag sempena cuti umum Keputeraan Sultan Selangor...
ganti handbag utk keluar bersama dgn anak2...
handbag biru tu umurnya dah 2thn... beli tu masa ngandungkan hanna...
skrg dah koyak2 setiap bucu handbag... huhuhu.. naik segan dah galas...
dah sampai masa kena tukar... gi cari kak IOI City Mall... xde yg berkenan...
balik cari kat alamanda... Alhamdulillah... sue suka sgt... pinkiyyyy... i loike..
memang puas hati giler lah dpt color pink nih... diskaun 50%... rm109 boleh la kannn...
bajet utk pakai setahun or dua tahun... pastu dispo...
Tak yah nak beli kabinet utk letak handbag.. kalau yg jenama yg susah nk rosak pun bosan jugak... takkan 5thn nak bawak hanbag sama.. dah habis musim pun masih pakai handbag sama ke????.... hohohoho... bosan weiii...

 
"ayg nak beli handbag COACH ke?"
"hmmm... tak minat sbb mahal sangat... beli handbag mahal pun, alih2 koyak jugak.. baik beli yg sederhana... dah rosak buang jea..."
 
 
 
hahaha... SUEperb MaMa masih lg dgn pinkkii nya...
kikiki.... tata... titi... tutu...


jgn lupa print doa masuk pasar pastu letak dlm dastboard kete... cauuuu duluuuuu...



Monday, 29 July 2013

Shopping Raya di Jalan Tar

Assalamualaikum... shopping raya yg tak sudah2 ni...

Jom layan lagu ni sambil baca celoteh SUEperb MaMa...
 



Raya tahun ni... kami shopping kat Jalan TAR...


selalunya shopping baju raya kat butik2 dibangi... PKNS bangi... warta bangi... Metro Kajang..
sbbnya shopping last minit... so.. main rembat jea.. tak kira harga dah... janji ada baju raya..

asben sue suka shopping last minit... katanya baru ada feel nak raya.. hahaha.. feelnya dtg bila pilih baju raya sambil dengar lagu raya... haduiiiii...

sue pulak suka shopping awal2.. sbb kalu beli lambat nanti dah abis yg cantik2... kang tinggal yg lebih2 pilihan org pulak...

tp kena ikut lah rentak asben.. kang jd bini derhaka pulak kan... layan jea la..
thn ni kami dikirakan shopping awal la... iaitu 10 hari sblm raya... selalunya esok nk balik kampong... mlm tu kami shopping..

thn ni memang jimat sikit... Allah ketemukan dgn harga yg murah2 jea..
cuba bayang.. baju kat butik harga RM199... kat Jalan TAR RM110 jea..
bezanya kat butik baju nampak cantik sbb penyusunan dan ada cahaya lampu yg main peranan...
padahal sama sebijik laaa....

cuma sanggup tak sanggup nk berpusu-pusu.. bersesak-sesak di jalan TAR jea..

memangdangkan niat kuar shopping baju raya kali ni utk SUEperb MaMa... apa lagi..
lepas sahur sue terus berkemas... hahaha... semangat nih...
kul 8 dah kuar rumah dr sepang... sampai kat Jln TAR.. kira masih ada parking dan blm jem teruk lagi la...

pukul 10am.. dpt jumpa baju sue sepasang... Alhamdulillah... sambil2 berjalan ngan anak yg berderat2 ni.. jumpa jugak baju mama oiiiii...
kami tak survey harga atau jenis fesyen sangat..
sbb kejap lagi... confirm sesak...
so, terus beli dgn harga RM110..
kalu termahal ke... termurah singgit dua tu... anggaplah sedekah...
komisyen utk jurujual...
 
yg ni pulak RM80.. kami tak jadi belilah ...
sebab esok nak ke butik bangi pulak... nak beli design butik yg tersendiri..
 
 niat nak beli warna biru... alahai... pink jugak yg jd pilihan...
asal jea pink... sue nampak cantik... asal jea cantik sue nampak pink....


 rehat sekejap..
kakak Daina nak isi minyak jap...
penattt... haussss..
kakak kan dukung ayah... hahaha
 
lepak tersandar weiii... penat berjalan sambil dukung baby yg umur 4 bln nih...
nk tahu rasanya mcmana..
try dukung beras yg 5kilo setengah...
hmmm.. dpt lah rasa camner yea..
ayahnya dukung kakak...
kalu biarkan kakak berjalan... sampai ke subuh esok tak dpt beli baju pun...
 
 
pukul 12pm... kesesakan dah melanda..
kami bersiap utk balik.. wlpn baju sue baru dpt sepasang...
tak sanggup utk bersesak2 kat dlm kedai tu...
dlm keadaan dukung anak kecik ni...
 ohhhh tidakkkk...

alah balik tu... terserempak baju peplum yg kiut miut ni...
apa lagi... ayahnya pun beli la...
 

"hmmm... labuhnya ayahhh.."
 

"engok niii..."
 

"Kakak suka tak?"
"Shuke"
 

"hureyyy... kakak dpt baju raya lagi.."
 
Baju raya Kakak Daina dan Adik Hanana yg pertama..
Hadiah dari Cik suenya...

 
ni pun baju kakak jugak... pegi ke giant nk beli brg dapur... jumpa pulak baju ni..
beli lagi utk kakak daina..
 

keesokkan tu...
pegi ke bangi nak beli baju mama sehelai lagi kononnya...
 
jumpa tudung Syria utk kakak... hmmm... beli lagiiii...
 

 
kami masuk ke butik bangi pulak...
ada la yg sebijik2 partern ni...
memang sama... memang nampak cantik sbb di iron dan dipakaikan kat patung..
warna pun sama... pendek kata barang sama lah... tengok harga RM179...
 
pergggghhh... ingatkan nk beli kat butik utk elakkan dpt baju bundle...
rupa2nya... butik pun beli baju bundle jugak... bukan ada design sendiri pun...
tak jadi beli la...
 
ari isnin sue masuk keje... asben gi keje singgah kat jln TAR belikan baju utk sue..
tp tak dapat ngan harga RM80 dah... sbb taukenya tak de... beli ngan pekerjanya RM100...
huhuhu... terbang RM20... tak pe lah... mungkin itu komisyen pekerjanya...
apa pun.. Alhamdulillah sgt2 sbb tak terbang RM80 kat butik dibangi tu...
 

org dok sibuk beli tudung Fareeda...
sue malas nk beratur berjam-jam nk tunggu...
beli jea lah tudung ni... RM75..
janji jahitannya kemas..



kasut kakak yg sgt simple...
ayahnya dah bosan la tengok kasut kanak2 yg berenda sana... bereben sini..
skrg beralih ke style yg simple jea...
 
...................................................................
wlpn kita dah bekerja.. ada duit sendiri...
kita jgn biarkan suami kita menanggung dosa sbb tak bagi nafkah pakaian buat isteri..
kalau suami lupa hal ni... tlg ingatkan suami...
 si isteri kena tuntut...kita bkn nk bebankan suami pun..
islam dah suruh tuntut... kita tuntut lah...
kebanyakkan para suami lupa hal ni...
alasannya isteri dah ada duit sendiri... 
 
duit bini... duit bini oiiii...
tanggungjawab... tanggungjawab oiii....
 
setahun sue tuntut 4helai jea...
baju raya puasa dan baju raya haji... sekali raya sue tuntut 2 helai..
................................................................
 
ada kisah seorang wanita kaya... ada bisness sendiri...
suaminya tak pernah belikan baju utk nya...
beliau pun tak pernah mintak...
tp terdetik disudut hatinya...
"diakhirat kelak saya nak tuntut kat Allah tentang nafkah pakaian dr suami.."
hahaha...
wanita ni seorang yg teliti tauuuu..
diam tak bermakna halal... hahaha..
si suami jgm ambik mudah yea...
 
yg mana suami2 tak pernah beli baju utk isteri sblm ni...
cepat2 beli yea...
kalu yg dah tertunggak bertahun2 tu... cepat mintak halalkan...
sbb Timbangan Allah Timbangan yg Adil
................................
hadis nabi
...............................
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah."
 
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.

 ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.

 iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.

 iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

 v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.
 
 
 
 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di