Pages

Monday 24 June 2019

Majlis Akikah Ahmad Sufi Aisar 2019



Assalamualaikum
Majlis akikah Ahmad Sufi Aisar Mohd Safie.. Berlaku tanpa dirancang. Last minit punya keje. 36 jam buat keputusan sebelum majlis bermula.. Kitorang mesti settle kan persiapan  Majlis dlm masa 24 jam. 



19hb Asben confirm utk jemput kengkawan dtg mkn nasi kerabu.. 20hb Sue wasap lah peminat nasi kerabu.. Alhamdulillah.. Ramai yg confirm nak dtg.. Bila ramai nak dtg.. Pukul 6pm Asben balik keje.  Sue pun cakap kat Asben.. Baik buat akikah.. Settle dah perkara yg sunat muakad.. Asben jawab.. "sungguh.. Abg setuju.."

Pukul 6pm.. Terus search kat Facebook.. Cari kambing akikah yg siap masak.. Call sana sini semua full.. Alhamdulillah jumpa lah catering kat sabak bernam MZAG yg terima tempahan 20hb utk majlis pada 22hb.. Ngeng3.. Pukul 7.30pm Asben transfer full payment.

Dah settle tempah 2 ekor kambing.. Sue nak group marhaban pulakkk... Apa lagi.. Gegar lah kak mek dan datin (kak min).. Alhamdulillah.. Dpt lah group marhaban yg akikah dekna dulu..




Di hari Jumaat yg mulia.. 2 ekor biri2 disembelih utk akikah Ahmad Sufi Aisar Mohd Safie 


Plan asalnya.. Nak akikah kan aisar kat mekah.. Tp tak sedap hati jugak lah.. Melengah2 kan perkara yg dituntut.. Nan ke mekah masa aisr 3 bulan.. Tembung dgn musim haji.. Habis jea musim haji.. Aisar dah 6bulan.. Tak boleh terus booking tarikh.. Kena tengok tempoh period sue pulak.. Takut period di mekah dan madinah pulak.. Hati dah tak sedap bila melengahkan akikah..

Start pukul 8mlm tu.. Sibuk call nak cari canopy pulak.. Drp pukul 8 sampai pukul 12.. Laki bini call semua no yg ada kat fb.. Semua penuh.. Huhuhuhu.. Sue tak lena tido canopy punya pasal..

Lepas solat Isyak.. Sue buat solat hajat spy Allah permudahkan urusan majlis ni..
Bangun pagi.. Asben dah mula stress pasal khemah..

"hmmm.. Nak buat majlis last minit.. Ini lah jadinya.. Khemah tak ada...."

Sue diam.. Asben sambung lagi..

"yea lah.. Salah abg jugak.. Setuju dgn ayg punya idea.. Skrg buat majlis tak proper"
Sue diam.. Sue tahu Asben punya perangai.. Buat sesuatu mesti proper.. Sue punya perangai.. Yg penting perkara wajib selesai..
Lepas subuh jea td.. Sue terus msg kat nini.. Bahagian pelamin baby.. Dalam hati.. Masih lagi berdoa spy majlis berjalan dgn lancar dan hati suami sejuk bagaikan salji dikutub utara.. Huhuhuhu..  Nak buat majlis.. Suami isteri tak boleh gaduh.. Kitorang pulak berdua.. Tak ada sedara mara yg free nak menolong.. Huk3

Kak nini cakap.. Dia baca wasap sue.. Dia nak jawab "semua dah penuh.." katanya.. Tiba2 terdetik di hatinya.. Tak sampai hati nak cakap mcm tu.. Timbul rasa kasihan..
Alhamdulillah.. Kak nini layan utk sewa tray.. Sewa khemah.. Dah sewa buaian baby.. Syukur3...

Terima Kasih byk2.. Datin min.. Kak mek.. Yg byk bagi contact no.. Alhamdulillah.. Syukur sgt dikelilingi oleh insan yg berhati mulia..

Bab buaian pulak.. Kak nini tak sempat nak pasang.. Sue cakap.. Sy nak sewa brg biar sy DIY sendiri jea.. Huhuhuhu.. Janji ada buaian baby.. Baru lah ada perbezaan majlis birthday dan majlis akikah..

Kunci segala urusan ialah "Berserah Segala Urusan Pada Allah" - InsyaAllah... Allah shj yg mampu lembutkan hati seseorang.. 

Sue risau nak buat majlis sebenarnya.. Takut org tak dtg.. Kesian kat makanan yg tak habis.. 

Malam sebelum majlis.. Semua dah tido.. Sue hanya mampu buat solat hajat 2 rakaat Spy makanan yg kami sediakan mencukupi dan tidak membazir. Sebab kehadiran tetamu tak terjangkau dalam kiraan kita. Cuba bayang.. Yg mana jemput sue yg confirm dtg.. Semua cancle last minit.. Sue dah stress takut makanan membazir..

Asben cakap.. "urusan kita laksanakan akikah 2 ekor kambing.. Abg tambah 6 ekor ayam.. Habis ke.. Tak habis ke.. Itu bab rezeki.. Rezeki ni urusan Allah.. Kita tawakal jea lah..."

Hasbunallahawanikmal..

Sue tenang sekejap...

Kak mek dan datin kasminee ada lah org kuat di belakang tabir.. 

Kalau sue wasap mintak pertolongan.. Beliau cepat membalas dan bagi jawapan..

Datin min.. Saya nak marhaban.. Bagi contact no.. Alhamdulillah.. Call mlm jumaat.. Pagi Jumaat puan Salmah confirm boleh buat marhaban dgn group yg kecil.  Lebih kurang 10 org.. Syukur3.. 
Pada sue.. Berapa org jumlah ahli kumpulan itu tak penting.. Yg penting adalah semangat dan suara yg mantap. 

Bab buai pulak... 

" kak mek.. Nak sewa buaian baby!! .. "
Berdesut dia bagi no hp.. Kak nini..

Alhamdulillah . Allah ketemukan dgn kak nini sebagai perantaraan utk menyelesaikan masalah khemah, food tray, buaian baby.. 

Terima Kasih sue ucapan kpd 
"Dirgahayu Impian Hall"
Kerana menyelesaikan masalah kami.. 
Service yg cepat dan layanan yg sgt mesra. 

Berurusan dgn Dirgahayu Impian Hall selesai dlm masa 1 hari jea.. 

Lepas subuh wasap.. Cakap kat kak nini, nak sewa buaian, khemah dan food tray.

Alhamdulillah..  Rezeki dipermudahkan Allah.. Pukul 9pagi ambik food tray.. 
Pukul 4pm ambik buaian.. Pukul 7am pasang khemah..

 Majlis Akikah tanpa marhaban.. Rasa sunyi sangat.. Tetamu dtg tertanya2.. Sepinya.. Ini majlis tahlil arwah ke? Birthday party ke?

Alhamdulillah.. Segalanya sudah ditakdirkan Allah.. Tempahan siap dalam masa 24jam. Selepas buat keputusan jamuan raya bertukar majlis akikah pada 20hb Khamis 6pm.

1)Tempah 2 ekor kambing siap masak - settle pada 20hb khamis 7.30pm, transfer duit.

2) marhaban - settle 10am Khamis mlm jumaat.

3) food tray - settle pada Jumaat 9am

4) buaian - settle pada Jumaat 3.30pm

5) khemah - settle pada Jumaat 7pm

6) kek 7biji, talam berlauk 1 biji, roti 10buku sampai pagi Sabtu. Tempah pada hari Jumaat.

Nasi kerabu dan nasi hujan panas.. Sue buat sendiri dgn asben. Lauk shj tempah luar. Nasi sue masak 3 periuk serentak.. Tak guna periuk besar. Agak2 nasi dah nak habis.. Sue masak lagi..

Alhamdulillah.. Semua siap!

Cuma agak kalut sebab tak menang tangan utk buat air, tambah lauk, masak nasi baru sebab tak ada pembantu. Ada jiran lama Sue (kak zarina isteri ustaz fazrul).. Dtg nak menolong.. Tp sue tak pandai nak bagi tugas pada kengkawan sendiri.. Segan sgt..

Padahal sue tak makan tak sempat minum air sampai lah pukul 3am.. Itu pun minum air teh yg di buat mlm td kat tepi sinki.. Minum sambil cuci beras masak nasi.. Ingatkan sue jea mcm tu.  Asben sue pun sama.. Hahahaha . Sambil dia tadah air filter sambil minum teh gelas yg sama Sue minum jugak.. Hahahaha .

Pukul 4pm.. Mintak dekna ambik kan nasi.. Sue duduk sambil borak dgn client yg dtg (zurwani). Sue makan nasi minyak dengan kuah kari shj sebab lauk dah habis..

Patut lah semua cakap sedap.. Sue makan nasi dgn kuah kari shj pun bertambah.. Ini kan pulak kalau mkn dgn isi kambing kan?

Alhamdulillah.. Tak ada bau kambing langsung.. Kuah pekat.. Syukur3.. Allah ketemukan dgn Katering yg ikhlas dlm bekerja.







Ketika majlis dibanjiri tetamu.. Alhamdulillah.. Biya memilih utk tido... Syukur sht.. Allah permudahkan urusan kami... Biya ni kanak2 yg sgt sensitif.. Kalau org tak layan dia.. Biya akan merajuk menyorok belakang pintu bilik.. 

Aisar pulak tertido atas dukungan tetamu.. Tertido dlm keadaan lapar isap jari sendiri.. Alahai.. Kasihannya.. Alhamdulillah.. Aisar tak meragam Seolah2 memahami kesibukan mama dan ayahnya.. 

Salah seorang regular customer nasi kerabu.. 



















Terima Kasih sahabat handai.. Jiran tetangga sue.. Kehadiran tuan puan sangat Sue sanjung tinggi.. 


















 






Sekian sudah kisah Ahmad Sufi Aisar.. Aisar bermaksud Mudah/senang. 



Doakan #the_sufi_familly mudah dalam segala hal ibadah krn Allah di dunia hingga akhirat. Amin3.









Wednesday 19 June 2019

Fotoshoot Raya 2019 - Tips ambil gambar raya dengan anak2 kecil








Alhamdulillah.. Dapat simpan gambar #the_sufi_familly... Di abadikan dalam frame dan letak kat office Media Smart Healthcare..

18 May 2019 adalah besday sue yang ke 37.. Celik mata pagi.. Asben tanya

"Ayang nak hadiah ape?"

"Ayang nak potret raya family.."

"okey.. Jom bersiap pakai baju raya.."

Kenapa sue tak mintak gelang emas bagai.. Gelang emas boleh mintak lain kali.. Muahaha.. Tapi.. Nak kumpul satu family ambik gambar sama2 ni jauh lebih susah drp nak beli barang kemas.. Sebab ia melibatkan byk pihak.. Nak2 melibatkan anak kecil yg bawah umur.. Suami isteri memang kena byk bersabar..

Syukur Alhamdulillah.. Anak2 bagi kerjasama dgn baik... Terutamanya Biya.. Dari rumah pakai tudung sampai lah siap ambik gambar.

Daripada awal perkahwinan lagi Sue teringin nak ambik gambar family setiap tahun. Tapi masa tu Sue tak yakin dengan kerenah kakak dan dekna utk bagi kerjasama.

Tahun ni tahun pertama kitorang mencuba nasib utk bergambar 1 family kat kedai.. Alhamdulillah.. Berjaya...

Tips untuk ambik gambar dengan anak kecil :

Malam dah bercakap dgn anak2.. Esok nak ambik gambar raya.. Semua dikehendaki bagi kerjasama..

1)tak boleh merajuk

2)tak boleh bergaduh..

3)semua kena ikut arahan yang tepat dari mama dan ayah.. Kalau mama kata duduk.. Kena duduk..

4)ambil gambar waktu pagi, tengahari budak2 dah penat..

5)siap pakai baju raya.. Terus ke kedai ambik gambar.. Jgn cuba tambah aktiviti lain.. Sebab emosi anak2 boleh berubah dalam masa 1 saat.

6)ibu dan ayahnya kena sentiasa ceria.. Anak2 akan ikut ceria.. Jgn marah dan garang sebelum ambik gambar.. Kalau anak2 buat salah.. Pejam mata jea dulu.. Lepas ambik gambar baru marah.. Itu pun kalau perasaan marah ada lagi.. Muahahaha

Alhamdulillah.. Pada hari raya pertama kami makan dgn tenang dan kenyang sebagai tanda kesyukuran selepas melaksakan ibadah puasa.. Tak perlu sibuk2 nak ambik gambar dah..

Sehari sebelum raya.. Kami shopping baju raya lelong.. Muahahaha.. Baju kanak2 rm35 sepasang.. Baju sue rm75 dan baju Asben Rm50.. Jadi lah utk pakai pagi raya otw balik kelantan.




Fesyen budak kampung.. 






Hmmm..  Bezakan gambar studio dan gambar ambik sendiri kan? .. Ngeng3 . 







Friday 14 June 2019

KAMIL 2019



Pertandingan Nasyid PRA JAIS.

Tahun lepas dekna nasyid di barisan belakang.. Alhamdulillah . Tahun ni.. Dekna diberi kepercayaan menjadi ketua.. Terima kasih cikgu ain yang beri kepercayaan kepada Hanna.

Seronok sangat dekna dpt mekap. 





Tahun lepas dekna tak pandai lagi erti kalah menang.. Tahun ni.. Dekna dah ada sikap daya saing yg tinggi.. Jadi dekna berharap dgt utk menang.. Tambah lagi dekna jd ketua.. Dekna berharap sgt kejayaan milik kumpulannya.. 



Tapi.. Adat bertanding.. Ada kalah ada menang..  












Tahun dekna nasyid berada di barisan belakang.. Masa tu umur 5thn.. Tak tahu erti menang atau kalah.. 

Tahun dekna dilantik dan diberi kepercayaan sebagai ketua.. Keinginan utk menang tu sgt tinggi.. Data saing pun  Sgt tinggi.. 

Cikgu dan kumpulan dekna sudah berlatih bersungguh.. Tp rezeki kemenangan tidak menyebelahinya.. 

"Mama.. Menang tak kumpulan dekna" 

"menang.. Kumpulan dekna sgt hebat.. Dekna dan cikgu dah buat yg terbaik.." 

"Mama.. kumpulan dekna dpt no berapa?" 

"pertandingan ni tak kira no.. Pengadil kira.. Sape yang wakil sekolah dia menang.." 

Dekna bersorak dgn seronoknya.. 

Sue terpaksa tipu utk menjanda hati anak kecil...