Pages

Wednesday 24 July 2019

Eczema


Anak2 sue tak boleh lari dari masalah eczema.. sebab sue dan Asben memang jenis kulit kering... anak2 pun eczema laaaa...

betapa teruknya eczema aisar masa seminggu lepas lahir.. ruang tamu rumah yg berwap jadikan kulit kepala dan dahi aisar jadi ada biji air.. bila pecah akan jadi kupingan kuning dan berbau busuk.. 

Makin hari makin teruk keadaan kulit Aisar... 
asben pun pasang aircond kat ruang tamu... bila ada aircond... lain pulak ceritanya... biji2 air dah tak ada... tapi kulit jadi kering.. merekah.. dan gatal.. 

aisar jadi tak lena tido... asyik nak garu jea.. tido setengah jam manangis sebab kesan yg digarunya berdarah dan pedih..

Aunty Chiness jiran sebelah office datang dukung aisar... pastu tengok eczema penuh kat badan aisar.
aunty terus video call anaknya kat JB untuk tunjuk lotion kedai ubat cina.. Lotion ni hanya ada di kedai ubat cina shj.

masa pergi kuala pilah.. tak sempat nak berhenti beli kat kedai ubat cina... 
Pusing sana.. Pusing sini..  Tengok jam pukul 6pm.. Kedai ubat cina dah tutup.. 

Nak dikatakan rezeki Aisar... 
esokkan tu... aunty kedai sebelah dtg hantar lotion... sue nak bayar... aunty tak nak ambik duit dan tak bagitahu berapa rm sebotol... 

".. Bila Allah sudah takdirkan rezeki seseorang hamba tu.. Rezekinya akan dtg dgn pelbagai cara.." 

sue hanya mampu balas dgn sebekas biskut famous Amos dan asben bagi sebekas Durian D2 sebagai tanda berterima kasih... 

dalam bekas putih tu...pelembab kulit dari klinik pakar kanak2 kat kajang...
tak tahu jenama ape... tapi sangat berkesan utk kulit bayi yg kering dan sensitif...


ini betis aisar yg eczema..
sapu jea lotion Celamine siang hari.. lepas mandi petang, sue sental sikit dgn towel utk hilangkan kuping... pastu malam pakai pelembap Baby  tebal2...

jangan sekali2 korang try letak apa2 krim yang dijual di internet atau mana2 kedai/kios sesuka hati utk bayi tanpa rujukan pakar.

jgn mudah terpengaruh dgn iklan dan promoter. ibu2 ni.. kalau bab anak tak sayang duit... main beli jea.. try krim tu.. try krim ni... silap hari bulan boleh mati sel kulit. apa2 pun rujuk lah pakar kanak2 dulu...

sue pernah try "lotion buds".. benda mahal.. 1 tube kecil harganya rm50 lebih... lotion tu elok utk kakak2nya sebelum ni... sue sapu kat aisar malam tu... kawasan eczema jadi merah dan aisar mengelupur keraskan badan tak boleh tido... mungkin pedih tapi tak boleh cakap... 
sue bukak baju aisar... masukkan aisar dlm besen yg  ada air suam... aisar pandang sue dan senyum...

pengajarannya... tak semestinya yg mahal itu sesuai utk semua lapisan kulit...

masa lahir aisar mandi dgn sabun Buds... sebotol kecil rm50... kulit jadi eczema...
pastu... doc mintak tukar ke cetaphil yg tak ada buih.. lepas guna cetaphil... kulit kering semakin teruk... baru sue ingat... kalau guna cetaphil kat muka sue... muka jd kering dan pedih.

sakarang aisar tak guna apa2 sabun... Alhamdulillah... kulit aisar semakin sembuh...






Amalkan cara hidup berjiran dgn bertegur sape... Info dikongsi bersama.. 
hati akan jadi tenang...

Jgn time susah baru nak cari jiran... Nanti jiran lariiiikkkk... 

Monday 22 July 2019

Beyblade

Biya main bayblade dgn abang Aqil.. Kakak2nya pun teringin nak main jugak.. Walaupun itu mainan utk budak lelaki.. Pada sue tak jadi masalah utk budak perempuan bermain jugak.. Sebab permainan ini tidak lasak..


Nape laaa.. Kilang mainan bayblade tak buat bentuk princess menari.. Hahaha.. 

Confirm laku gila kan? .. 
Ibu bapa mana boleh tahan tengok anak perempuan menangis manja nak mainan.. 

Gara2 teruja dengar biya sebut perkataan baru.. "tarik... Lepas kannn..." 

Mama hadiahkan #the_sufi_familly bayblade.. 

Selama 8 tahun lebih sue ada anak.. Tak pernah sue masuk Toyrus.. 
Sebab Asben pernah cakap... "jgn sekali2 ajar anak masuk Toysrus . Situ harga potong leher.." 

Sue ingat harga potong leher tu double dr pasar malam jea.. Rupa2nya.. Harga tak masuk akal Sue langsung.. 

Surprise Egg.. Harga rm20 - ke Rm50.. Makkk aiii.. Gila mahal.. 

Sue tak nafikan.. Kualitinya berbeza dgn kualiti pasar malam.. Tapi permainan kat situ tak sesuai utk #the_sufi_familly.. Sebab diorang ni tak pandai menyimpan.. Beli yg rm100 dia jaga mcm harga barang rm10.. Beli yg rm5 pun dia jaga mcm barang tu nilai rm10.. 

Jadi.. Korang rasa? 

Patut beli utk harga berapa? 

Tapi.. Kali ni.. Sue nak belanja anak2 bayblade.. Ayahnya bawak masuk Toys Rus.. Habis kena ketuk weii.. 

Bayblade sorang satu dan stadium Rm300.. Terhangguk2 sue kat situ kejap.. Ngeng3... 

Berbelanja sedikit utk anak2 tak ada masalah lah kan.. Drp anak2 sibuk dok berebut mainan org lain.. 



Dah siap beli bayblade.. 
Jalan2 kat kios depan tu.. Ada jual mainan mcm puzzle ni.. Siap ada bateri boleh gerak semua.. 

Biya turun dari stroller.. Senyum tengok alat ni.. Bila ajak balik tak nak.. 
Nak dukung dia lari.. Bila dibawa ke mainan ni.. Biya senyum.. Ayahnya pun beli lah satu set benda ni.. 

Dah beli bayblade tak pandai nak main.. dah pandai main tak pandai nak kira menang kalah lah pulak... sape menang sape kalah? nak kira markah macamana pulak ni?

macamana nak menang kalah kalau stadium pun pasang salah..aduh mak aiii... hahaha

wasap lah Aqil.. tanya tentang pengiraan main bayblade..
katanya.. sape yg terkeluar dia kalah.. yg menang dpt  markah.
sape pecah dia kalah... yg menang dpt 1 markah..
sape yg stop pusing cepat dia kalah... yg menang dpt 1 markah.
pastu... aqil bagi gambar cara pasang stadium dgn betul... hik3

Banyak kelebihan main bayblade dgn anak2 :
ketika bermain kita mendidik anak2 spy berlapang dada sekiranya kalah... 
"kalah atau menang.. itu adat bertanding.."
memang fitrah semulajadi anak2.. asyik nak menang jea... kalau kalah menangis..
masa ni lah.. kita nak didik diorang spy terima kenyataan kalau kalah..

Syarat sebelum mulakan permainan:
jangan bergaduh 
jangan keluarkan kata2 negatif 
jgn terlalu sensitif...

"sape2 yg tak mematuhi syarat... dia tak dibenarkan bertanding.. "

#ingatmama #ingatsinga

Sibuk macamana pun dgn keje.. Hiburkan hati anak2 tidak dilupai... 
bermesra dgn anak2 dpt pahala.
Tata.. Titi.. Tutu.. 


Thursday 18 July 2019

Me'Nate - Steak Daging Wagyu



Steak Daging wagyu... 
Satu set ni rm290.. 
Order 2 set.. 1 utk sue dan 1 utk client sue...
Asben ambik set ayam sebab tak makan daging.. 

Cerkira.. Cerkira.. 
Tambah rm150 lagi utk 1 set steak ni.. Dah jadi harga korban.. Arghhh...

Sue tak tahu apa itu daging wagyu.. Kalau daging ayam.. Dgn daging kambing.. Boleh lah sue beza kan...  Bila dah makan tu.. Gigit daging jea daging rasa lembut.. Wowww.. Memang beza wei.. Bezaaaaaa... 

Sebenarnya.. Semua orang mampu mkn daging wagyu ni.. Nak2 utk merasa sekali seumur hidup setiap makanan halal yg Allah ciptakan... Tetapi ia diketegori Membazir dan kehidupan yg mewah jika tiap2 hari makan daging wagyu sehingga tak berminat utk daging lembu biasa.. Sebab harganya terlalu mahal..

Daging wagyu tak ada bau lembu langsung.. Tak pasti lah sebab dah di bekukan punca hilang bau.. Atau dah di perap juga punca hilang bau.. Yang paling tak sangka.. Inilah satu2 nya jenis daging yg sue makan tak masuk celah gigi.. Dan tak sembelit.. Hehehe

Dah lama sue ajak Asben utk try mkn kat sini..
Alhamdulillah... 18 Jul 2019 jadi Rezeki sue dan client dpt mkn daging wagyu kat Me'Nate.. Syukur3  

Dah kenyang tersandar.. Asben tak bagi sue bayar.. Cepat2 Asben pegi bayar.. Sebab harga nya boleh buat sue terkejut beruk.. Muahahaha




Kenapa daging Wagyu tinggi harganya $$$. Fakta yang ke-2 ramai tidak tahu.

Kenapa daging Wagyu tinggi harganya?

Jika anda mencari daging lembu yang terbaik di pasaran, anda mesti memilih 100% Fullblood Wagyu Beef. Ini merupakan baka 100% Wagyu asli tanpa dikacuk dengan baka lain.

Ciri ciri daging ini mempunyai tekstur marbling yang tinggi (lapisan lemak tak tepu di antara dagingnya), rasa yang penuh nikmat, dan khasiat kesihatan yang lebih baik berbanding daging daging yang lain. Oleh kerana kualiti ini yang tiada pada baka lembu lain, lembu ini diternak khas dan dikawal pemakanannya agar berkualiti tinggi dan harganya agak tinggi berbanding daging komersial yang lain.
1.Tekstur Marbling yang menakjubkan.
Daging Wagyu terkenal dengan tekstur marbling yang unik. Marbling ini memberi rasa yang penuh nikmat juga meninggikan nilai potongan daging tersebut. Marbling adalah petunjuk pada kualiti daging wagyu.

Semakin banyak marbling, semakin tinggi skor marbling dan semakin tinggi harga potongan daging tersebut. Marbling adalah lapisan lemak di antara daging yang memberikan rasa lemak dan enak apabila dimasak kepada daging tersebut.

Marbling juga membuatkan daging ini cair dimulut dan lembut apabila dimakan.

2.Faedah kesihatan terbaik.
Daging lembu Wagyu mempunyai faedah kesihtan yang baik. Nisbah monounsaturated fatty acids (MUFA) dalam daging ini adalah lebih tinggi daripada jenis lain. Kandungan MUFA yang tinggi membantu mengawal dan mengurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL.

Ia juga dikatakan dapat meningkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding daging lain, tiada kolesterol, mencegah penyakit barah (kanser) dan juga membantu kawalan insulin (sesuai untuk penyakit kencing manis atau diabetes).

3. Keunikan.

Sememangnya 100% Fullblood Wagyu Beef adalah kategori potongan daging mewah. Ini kerana, kuantiti daging ini hanya boleh didapati secara terhad. Sebagai contoh, daging wagyu dari ladang ternakan Blackmore Wagyu Australia, hanya 30 ekor lembu wagyu disembelih sebulan untuk pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hanya satu pembekal sahaja dilantik di Malaysia untuk pasaran di sini. Bayangkan stok yang masuk ke Malaysia terhad dan stok yang sama dibahagi bahagikan antara restoran dan hotel.

4. Penjagaan yang sangat teliti.
Ternakan lembu Wagyu ini memerlukan penjagaan khas dan kesabaran. Baka khas ini dilahirkan dengan ‘marbling gen’ iaitu komponen unik DNA untuk membentuk tekstur marbling  pada daging.

Untuk pembentukan yang sempurna, ternakan ini dibesarkan dengan teliti, mengurangkan tekanan terhadap ternakan sebanyak mungkin, dijaga oleh penternak yang pakar, dan diberikan diet khas. Wagyu hanya diberi makan bijiran berkualiti tinggi, protein sayuran, dan makanan ternakan khas.

Diet khas ini menuntut kos yang agak tinggi berbanding ternakan lembu konvensional yang lain yang selalunya diberi makan jagung.

Rupa rupanya keadaan tenang, penjagaan yang baik dan persekitaran tidak stress adalah kunci utama pembentukan marbling yang baik.

Sue tak reti apa itu daging wagyu.. Pada sue simple jea.. Bau lembu itu daging lembu.. Bau kambing itu daging kambing.. Senangkan? 

Bila masuk Me'Nate ni.. Baru sue tahu harga berbeza mengikut jenis daging.. 

Asben rekeman ambik 2 set daging wagyu.. Siap makan tu.. Asben cepat2 bayar kat kaunter.. Dia tak bagi sue bayar.. Sebab harga nya boleh buat sue terkejut beruk kat situ.. Muahahaha


Daging Wagyu ni.. Memang jauh mahal dari harga daging biasa.. Sekilo boleh cecah ribuan ringgit... 
*********




Pertama kali sue jumpa client sue yang ni.. pada tahun 2005..

Masa tu sue buat sale medical naik bas.. Galas bag besar.. Masa naik turun bas Sue pakai selipar tumit nipis.. Bila sampai depan pagar hospital sue pandang kiri kanan pastu tukar pakai kasut tumit tinggi yg dlm bag. 

Jumpa client hospital pakai baju punjabi yg belajar kat KUSZA dulu.. Sebabnya sue tak pandai dressing ala2 sale rep.. Masa tu tak reti langsung pakai baju keje.. 

Naik teksi dari rumah emak kat kemahang turun di tanah merah.. Sampai tanah merah.. Tukar bas utk ke kota Bharu... Dah sampai stesen bas di kota Bharu.. Sue jalan kaki ke hospital . Sebab nak jimat duit rm5. 

Bila sampai jea kota Bharu.. .. Mesti sue cari client ni dulu.. Sebab client ni support dan bagi maklum balas yg positif utk org baru spt sue. 

Soalan pertama yg Sue terima dgn client ni dulu.. 

"you jual ventilator ni.. Ada teknikal support ke?" 

Sue tak tahu nak jawab ape.. Tulis kat buku nota.. Pastu Balik opis tanya boss soalan boss tu.. 

Boss gelak.. "jual alat mestilah ada teknikal support." . Hahahaha 

Sampai ke hari ni sue rasa lagi kebodohan tu.. Ngeng3.. 

Maklumlah.. Baru habis kat kusza belajar bahasa Arab.. Hafaz ayat Al Quran dan Hadis.. Tiba2 join company medical.. Mau tak sangap Mula2 tu.. 

ALHAMDULILLAH.. Allah bagi merasai nikmat daging wagyu..




Tuesday 16 July 2019

Kisah BiYa - "Speech Delay"



lambat bercakap boleh memberi kesan kepada tingkah laku. 

sekarang biya dilevel faham dgn arahan.. tapi tak boleh nak luahkan dgn perkataan dr mulutnya..
contoh : " Biya ambil remote"
biya akan ambik remote dan hulur kat tangan ayahnya..

sekarang biya Susah untuk bagitahu apa yang dia nak ceritakan : Contoh : biya mengadu.. dekna tarik baju nya.. 
"ma.. ngok ni.. na ghik ju bi..na wakkk"
sue tak faham..
biya pun tunjuk gaya.. baju nya kena tarik.. baru lah sue paham..

sekarang biya terima arahan dengan betul.. tapi nak sampaikan kehendakny terpaksa dgn gaya bercakap yg pelat dan guna bahasa isyarat. baru lah sue faham..

Kesan negatif " Speech Delay"
 1) jika biya sekolah umur 4thn tapi masih lagi tak boleh bercakap dgn jelas dalam kelas... kengkawan tak faham apa yg biya sampaikan... cikgu tak faham apa yg biya adu kan..
biya akan stress dan mula memercilkan diri...biya akan mula asingkan diri... makin lama makin kurang bercakap... lama2 akan hilang kayakinan diri... 

2) jika dibiarkan tanpa terapi... risiko utk ulang ayat balik.. contoh : "hai.. biya." 
biya akan ulang balik ayat tu "hai biya.." 

(setakat ni.. Alhamdulillah... biya akan balas balik dgn "Hai ayah"...)

3).. dia akan kurang berinteraksi dgn org lain.. sebab dia tak mampu bercakap... tak mampu nak luahkan apa yg dia nak.. last2 dia akan memecilkan diri... sebelum bersekolah.. biya tak nak berkawan dgn kakak2nya... asyik nak berkepit dgn ayah jea...bila dah start sekolah.. biya mula bermain dgn kakak2nya..

speech delay boleh memberi kesan negatif kpd :
tingkahlaku.. penggunaan bahasa... interaksi sosial..

Dekna dulu pun sekolah masa umur  2thn setengah sebab petah bercakap.. Dekna yg tak sabar nak sekolah bila  tengok kakaknya pergi sekolah.. Biya pulak kena ke sekolah sebab lambat bercakap.. 





Biya dah dpt surat pengesahan doc tentang "speech delay".. Skrg kena buat terapi dan follow up dgn hospital. hmmmm.. ini lah punca yang paling besar tak niaga nasi kerabu... sebab tak nak Aisar pun tarabai jugak...


Sebak sue tengok video ni... Hanya satu dalam seribu.. Pengasuh yang manjakan anak asuhan spt ini.. Tak terbalas dgn wang ringgit.. Hanya mampu berdoa.. Semoga Redha Allah dan Syafaat Rasulullah mengiringi keluarga kak ti di dunia hingga akhirat.. 

Kenapa biya seronok kat rumah bersama Mama, ayah, dan dirumah ibu? 

Kerana.. Kerana.. Hanya kami dan keluarga kak ti shj yang faham kehendaknya.. Dan faham apa yg disampaikan.. 




setelah diteliti.. dipikir2.. kat mana silapnya... baru kami perasan bila tengok aisar mumbling.. masa biya umur 3 bulan.. biya tak mumbling mcm baby yang lain... biya diam dan menangis jea..

Bermula Nov 2018.. Sue dan Asben stop jual nasi kerabu.. Pastu fokus kpd melatih biya bercakap.. Alhamdulillah.. Biya Dah berdisiplin.. Tak tengok hp kecuali waktu mkn shj. 

Kalau hantar taska.. Takut biya jd semakin baby... Sebab berkawan dgn baby yg umur 3 thn ke bawah.. Kang balik rumah tiru gaya baby bercakap.. Tiru gaya baby makan mulut comot.. Tiru merangkak... Haduiii... Lagi parah..


Bila sue plan nak hantar ke tadika ketika usia biya 2thn setengah pulak.. Sue kena hantar betul2 ke tadika yg boleh monitor biya spy biya tak tertinggal dgn pelajar yg umur 4,5 dan 6thn.. Maklum lah budak 2tahun setengah dlm kelompok kanak2 4,5,6 tahun... Ketinggalan yg Sue maksudkan bukan dr sudut pembelajaran tp dari sudut berada dalam group.. Contoh : pelajar lain tengah makan.. Biya sibuk main ke lain.. Pelajar lain dlm kelas.. Biya bermain kat tangga.. Kalau tak seiring mcm tu.. Maknanya biya ada ciri ciri autism.. Alhamdulillah.. Biya seiring dgn rakan sekelas.. memang normal lah umur 2thn setengah.. Pelajar lain menulis.. Biya menconteng.. Muahahaha... 

minggu lepas siap boleh tinggal kat sekolah.. minggu meragam tak ank sekolah.. alahaiiii.. biya.. biya..



ceria dalam kereta utk pujuk biya seronok ke sekolah..



sue hantar sampai ke dalam kelas.. Biya protes baring sambil minum susu.. Mungkin biya terkejut tengok kawan2 baru..

Dah hampir setengah jam.. Sue dah mula give up.. Rasa nak bawak biya balik jea.. Tp Sir confirm boleh handle biya.. Bagi biya main mainan.. Semua biya tak layan.. Biya terus menyusu dan tak nak bangun.. Sue punya teknik pujuk kanak2 ni hanya dgn pelukan jea.. Tp sue tak boleh peluk biya.. Sebab tengah dukung Aisar.. Sekali dtg salah seorang birthday girl yg pakai baju princess.. Tlg pegang botol biya menyusu.. Usap kepala dan dada biya.. Pastu sue suruh aqilah ajak biya menari... Biya terus bangun dan letak botol sue dan menari.. Nak geng princess jugak yg pujuk.


Hari kedua.. Sue hantar sampai dlm kelas.. Tp biya tak nak masuk.. Sekali lagi sue jem nak pujuk sebab tengah dukung Aisar.. Biasanya.. Pujuk kanak2 dgn pelukan jea.. Termenung sekejap..  Sue mintak Aqilah yg pujuk.. Gaya aqilah pujuk biya.. Sama sebijik dekna layan biya. Tlg bukak kan kasut.. Tlg buka kan bag.. Ajar biya letak botol susu kat pantry..


Sue pernah jd cikgu tadika di Klang pada tahun 2004.. Abgnya umur 4tahun.. Adiknya umur 2tahun setengah yg tak pandai bercakap... Ikut abg nya pegi kelas.. Tak dipaksa belajar. Tp adiknya akan ikut arahan spt abg nya ikut arahan.. Setiap kali nak keluar kelas.. Abg nya akan pimpin tangan adiknya.. 

Hari pertama biya sekolah adalah hari birthday party Aqilah.. Baju princess Aqilah menarikkan perhatian biya.. 


Biya tak pandai ambil makanan sendiri..
Sebab tu sue cari sekolah yg siap hidangkan makanan.. Mangkuk sama.. Makanan mesti semua sama.. Sebab biya dah biasa kat rumah semua sama dgn kakak2nya... Kat situ biya akan belajar makan.. Tengok kawan2 makan dgn sedap nya. Biya akan makan jugak walaupun sedikit. Hari pertama biya di smart reader, aqilah suap biya makan..
.

Tujuan ke sekolah.. Biar pandai arahan dan peraturan jea... Org baris dia baris... Org menulis.. Dia pegang pencil.. Itu shj.. Yg penting pandai makan.. Makanan kena sama.. Itu sgt penting.. Kalau anak2 dah biasa makan lain dari yg lain.. Takut2 kebiasaan nanti.. Bila sampai rumah.. Kita masak lain dia nak makan benda lain.. Panas hati oiiii.. Semua makan cococruch dgn susu.. Biya akan belajar makan cococruch dgn susu... Biya tak suka sebenarnya.. Tp bila tengok ramai2 makan.. Semua jd sedap..

Biya wajib sekolah spy biya biasa dgn org luar.. Skrg ni biya cuma berani bercakap dgn Mama... Ayah.. Kakak.. Dekna.. Ibu asuhan.. Ayah Wan.. Skrg Sue nak latih biya spy berani menjawab pertanyaan org luar.. sebab genap biya 3thn.. biya kena jalani ujian "autism" dgn nurse. aduhhh.. gara-gara "Speech Delay".. dah kena buat test...


Pilihan sekolah atau taska pulak.. Memandangkan pengasuhnya sgt baik dan bukan senang nak jumpa org baik.. Tak sampai hati sue nak hantar Biya ke taska.. Lagi pun, biya di besar kan di rumah pengasuh memang susah nak serasi dgn taska. .. 

sekarang ni.. biya kena bergaul dgn ramai org spy biya tahu lebih byk perkataan dan berani untuk menjawab semua soalan dari nurse.

Kalau sue hantar Biya ke taska.. Biya akan bergaul dgn kanak2 bawah 4tahun.. Risiko biya akan tiru gaya baby makan yg comot.. Gaya baby merangkak.. Ooo.. Tak sesuai..

Kalau nak hantar ke tadika.. Tadika mana yg sanggup terima biya yg umur 2tahun setengah?
Kalau tak dimonitor dgn betul.. Silap hari bulan.. Biya akan mengacau budak2 lain nak belajar. Sebab budak umur 2thn setengah ni cuma tahu nak main jea..
Sir tanya biya..
"esok biya nak dtg school?"
Biya angguk...
"Biya nak belajar ke nak main?"
Biya jawab.. " nak main".. Hahaha jawapan yg jujur..

Kalau nak hantar ke pakar therapist speech delay... Masalah yg paling besar ialah.. Masa.. Nak hantar hari minggu.. Bukan senang utk kejar appointment dengan tepat oiiii.. Ada 3 org lagi yg perlu di uruskan. Lagi pun.. Kalau jumpa pakar.. Sudahnya.. Doc pakar akan cakap.. Kena hantar sekolah spy lebih byk bergaul.. Itu lah kesudahan yg Sue baca dalam group Facebook speech delay.



Memang kesihan tengok biya.. Terlalu kecil nak sekolah.. Tapi.. Lagi kasihan jika biya dibiarkan hanyut dgn kelemahan dirinya sendiri...

Tahun depan biya 4 tahun.. Kalau tahun depan baru start sekolah.. Biya akan ketinggalan dari groupnya dan menyusahkan cikgu.. Kanak2 lain dah pandai beratur.. Dah pandai mkn sendiri.. Dah pandai pegi tandas.. Tp biya masih lagi sikap baby nya..



Perubahan pada biya lepas sekolah :

bila Jatuhdah tak menangis manja..
kurang berkepit dgn ayahnya,
Ayahnya dah boleh masak kat dapur..
Pandai main dgn kakak2nya
Pandai tengok TV sendiri..


Friday 5 July 2019

Ulang Tahun Nur Sufi Hadaina - 8thn

Alhamdulillah..

Sekejap Jea masa berlalu.. Kakak daina dah 8thn. Masa Jalan2 kat sogo.. Kakak mintak jam.. Sue ternampak jam kartun yg rm20. Sue mintak Asben belikan sorang satu.. Utk kakak, dekna dan biya.. Sudah jadi kebiasaan.. Sambut hari jadi nya seorang.. Tapi semua dpt hadiah yg sama. Sebab tak sampai hati nak tengok hati anak2 yg lain terluka.





Jeng Jeng Jeng. . Sue sebagai seorang insan yg sgt bajet dalam perbelanjaan... Beli apa pun semua nak murah.. Yg mahal itu membazir. Itu sue punya konsep. Kakak tunjuk nak jam yg dlm cermin (jam org dewasa).. Sue tak bagi sebab diorang jenis yg tak pandai nilai barang yg mahal dan murah. Balik rumah tak simpan elok2 pun.. Hilang sana sini..

Sue wajibkan semua pilih yg tergantung rm20 jea... Beli lah jam yg rm20 setiap seorang.. Balik rumah.. Semua jam tu rosak.. Yg paling kasihan tali jam tangan kakak terputus dan mereput..

Kakak mintak nak pakai jam tangan biya ke sekolah wlpn jam tu rosak. (Masa tak betul).

Lepas hantar barang hospital.. Sue dan Asben singgah ioi City mall.. Siap makan tu.. Sue singgah di kios yg jual jam rm15.. Sue nak beli utk kakak.. Nak ganti jam nya rosak.

Asben tak bagi beli..

"ayang.. Ayang tahu tak anak kita tu dah besar.. Kakak nak jam yg betul.. Yg boleh tengok masa dgn tepat.." krik2.. Krik2..

"laaa.. Buat apa nak beli jam yg mahal.. Diorang bukan reti jaga dan simpan dgn elok pun.. Sepah sana sini.. Beli yg mahal kang.. Hilang kat sekolah laaa.. Kang abg jugak yg marah nanti.. "

"Kalau hilang tu.. Tak pe lah.. Marah tetap marah.. Sebab nak ajar diorang jaga barang sendiri.."

Bermula lah mencari jam utk kakak dan dekna dalam ioi City mall.. Dari satu kedai ke kedai.. Masuk lah kedai CASIO.. Ada jumpa jam yg rm187 satu.. Utk biya masih lagi beli jam di kiosk yg harga Rm20.. Sebab biya tak pandai jaga barangnya.. dpt jea jam, biya terus kopek tertanggal habis.. Aduhh...

"mahalnya bang.. Kalau hilang tu.. Membazir jea..

"alah.. Pakai duit abg.. Bukan duit ayg pun.."

Erkkkk... Suka hati laaa...

Balik rumah.. Tak putus2 sue pesan kat diorang..



Jangan buka jam kat sekolah..
Jangan bagi orang pegang..
nak mandi atau ambik wuduk pun pakai jea jam tu.. Jangan bukak!
ingat tauuuu... hilang jam casio ni.. 3 tahun ayah takkan beli jam lagi... faham!!

Memang bagus guna jam yg ada jarum... bukan jam digital.. sebab sambil diorang berhias sambil diorang balajar tengok jam. Dalam masa yg sama.. Kita sudah mengajar anak2 tengok jam..