Pages

Sunday 14 April 2013

Bayi kuning


Assalamualaikum pembaca blog sueperb mama!!!...

Entry kali ni sue nk kongsi pengalaman bayi kuning yg berpanjangan...
hari ni hari yg ke 35 sue berpantang... Nur Sufi Dhiahanna tak abih2 lg kuning... bila ditekan kat kulitnya masih keluar kuning lg...

jom ikuti perkembangan kuning bayi kami!!!!

masa mengandung kan hanna... sue amalkan minum susu kambing... sbg ikhtiar utk bayi tidak kuning...
tp itulah takdir Allah... kita hanya berusaha.. Allah yg tentukan hasilnya... kami diuji dgn hanna mengalami kuning yg berpanjangan... "hasbunallahawanikmal wakil"

masa hari ke 8 selepas kaliharannya... Tahap kuning hanna "14" bersamaan "238"
nurse kat kpmc suruh masuk wad.. kami bincang punya bincang... ikut pengalaman yg Daina dulu...
kalu masuk wad time rendah nanti kena masuk lagi sekali... sbb sue berdarah O Daina berdarah AB...
jadi kami buat keputusan x masuk wad.. dah balik rumah 3 ari... nurse dtg rumah.. membebel2 suruh ambik darah kat klinik kesihatan... hari yg ke 11 tinggi kuning hanna cecah "17" bersamaan "305"..
doc paksa utk masuk wad jugak... so, kami putuskan masuk wad kat kpmc sbb keesokkannya ada kenduri akikah...

 kalu masuk wad kat hospital kerajaan... kami xboleh bawak balik hanna pd hari kenduri...
masuklah wad kat kpmc 3 ari 2mlm... jumlah bil RM513. tak pelah... janji tuan punya majlis ada dlm majlisnya... hihihi

ini wad kanak2 kat kpmc

hanna isap jari memikirkan nasibnya tido tanpa pelukan mama...
"aku nk melalak sekuat ati mlm ni... tanda protes kat mama dan ayah..."

sayang hanna... jgn nangis yea... hanna kena kuat tau..
mama dan ayah balik nk wak persiapan akikah hanna..
esok kami ambik hanna...

ayah balik dulu yea... 
mama dah letak hanna tu...
mama dah tak toleh2 kebelakang dah...
kalu toleh kang... tak jd balik mama... :(

hari pertama hanna masuk wad kena lampu atas bawah...
perghhhh... mcm kena panggang anak mama nih...
ketegori kuningnya sgt tinggi nk banding dgn usianya dah 11 ari..
sepatutnya hari yg ke 11 kuning dah abis...
hanna pulak... tak turun2 kuningnya...
mcm2 petua mama dan ayah ikhtiarkan spy hanna tak masuk wad..
sebenarnya mama tak sampai hati nk tengok hanna tergolek sorang2 dibawah lampu yg silau tu...

mama dan ayah mandikan dgn bunjut cina la...
mama minum air glokus la...
mama mkn buah anggur la...
mama minum susu kambing la... 
kuning hanna masih di tahap "305" selama 3 ari... tak nak turun langsung...
akhirnya mama terpaksa serahkan pd yg pakar jugak...
nurse ckp... hanna menangis teruk mlm tu...
mama dah agak dah... sbb hanna minum susu ibu... dah 11 ari hanna cium bau badan mama..
tiba2 kena tinggal... mau tak melalak...

hari kedua guna lampu atas jea..
sbb kuningnya dah turun ke "238"..
apa pun tetap tinggi... sbb hari ke 13 sepatutnya kuning dah hilang...
kena ambik darah lg pd hari ke 20... kuning hanna masih lg "205"

bila hanna dah sebulan kuning masih lg '205'c 
apa lagi.. doc pakar pead kpmc arahkan utk ambik darah 3ml kat lengan dan bg sample air kencing... 
melalak la hanna.. utk test ni RM140...

darah yg diambil td utk cek jika ada masalah kat hati atau ada jangkitan kuman kat mana2 organ lain...
kecur hati mama bila dengar doc ckp mcm tu...
time ambik darah tu... mama x sampai ati nk tengok... 
ayah yg temankan hanna ambik darah...
mama jaga kakak daina kat luar...

perbezaan darah adalah punca kuning hanna..
sue darah O.. hanna darah A+

selain tu... sue ada ambik ubat utk sembelit...
sue xsedar langsung ubat ni adalah herba...
kandungannya kunyit... halia... lengkuas...hmmm mcm2lah... 
hadoiii... hari ke8 baru sedar benda ni adalah herba..
tak nak mkn ubat hospital kononnya ada bahan kimia...
rupa2nya termakan herba lah pulak...
hmmm... lari mulut rimau masuk mulut buaya... uhhukk3..

hati ibu mana tak remuk bila tengok anak masih kuning ketika usianya cecah sebulan....
result darah dan air kencing pulak kuar dlm masa seminggu...
tak putus2 mama berdoa spy anak mama ni sihat..


12 apr.. kami ke kpmc.. utk ambik result hanna..
rasa berdebar mengalahkan nk ambik result SPM...
bila dah jumpa doc pakar..
...........................................
" Rossuzilawatey.... anak u normal"
"betul ke doc??? tp billirubinnya tinggi sampai 16?"
"anak u kuning di sebabkan breast milk (susu ibu)... kuningnya akan turun dlm masa 30 ari hingga 40 ari.."
"Alhamdulillah Ya Allah.."
"jadi... mama jgn risau... jgn bg mkn apa2 kecuali susu ibu shj... jgn jemur... jgn bg madu.. sy ulangi... anak u kuning yg normal.. tak bahaya"



Alhamdulillah... dah dpt tahu kuning hanna kuning yg tak bahaya... 
baru lah tidur mama lena... makan mama pun kenyang....
terima kasih Ya Allah...

total bill kali ni RM83..


jom kita ikuti artikal tentang bayi kuning...


Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:
  1. Jaundis fisiologikal
  2. Jaundis patologikal
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.
Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis
Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.


Apa Itu Jaundice (Kuning)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis ‘jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning!). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan!).


Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :
1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.
2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Apakah Penyebab Lain Jaundice
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).
Antara penyebab lain :
* Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum
* Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
* Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
* Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
* Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
* Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)
* Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
* Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)


Adakah Jaundice Merbahaya?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena yang mana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Rawatan
1. Terapi lampu (phototherapy)
Terapi lampu adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara menggunakan terapi lampu dengan berkesan :-
* Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm – 50 cm daripada bayi
* Buka semua baju bayi kecuali lampin
* Tutup matanya
* Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
* Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
* Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian
* Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat
* Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan
2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi.
ET ialah satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi. Itu untuk seorang bayi! Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Cahaya Matahari vs. Phototherapy?
Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?
Ada yang berkata, “kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun…” atau “buat apa kau nak siksa budak kecik tu… masuk hospital… letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini… letak je bawah matahari….”
Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.
Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibubapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.
Kenapa phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
* Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
* Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
* Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
* Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehidrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehidrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehidrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah
* Keputusan untuk mengadakan exchange transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah
* Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.





sekian sudah perkongsian bayi kuning berpanjangan dari SUEperb MaMa!!
tata... titi.. tutu....


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

14 comments:

  1. awak masa dia kena amik darah 3ml n sampel air kencing tu bby kena tahan wad tak? baby saya hrini dah 19 hari tp still kuning. sy takot kalau masuk wad lagi ;( brp lama baru bby awak hilang kuning spenuhnya? maaf ya brtya banyak. terima kasih sgt klau awak sudi jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ambik sample darah dan air kencing tu tak kena masuk wad.. masa tu sy kat private hospital... kalu gov tak tahu lah cam ner procedur nya... sebulan lebih baru habis kuning...

      Delete
    2. anak saya ambik drh dan air kencing dekat gov. xkena admit pun

      Delete
  2. Tak perlu kos jutaan ringgit utk pembedahan.Dah cuba rawatan secara holistik diPusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre.Tak rugi mencuba kerana caj rawatan hanya RM70 shj.Masalah biliatary,G6PD,Jaundice pun boleh dirawat. 019 6676236 -Dr Wan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam doc.. pembedahan ape yg doc maksudkan tu? cuba doc bg link pakej utk rawatan yg doc sediakan...

      Delete
    2. Rawatan utk jaundia mcm mana doc?

      Delete
  3. Sy nk tanya,masa ank awak kuning disebabkan susu ibu,berapa lama hilangnya ye?awak bg mkn ape je?mksd sy,petua2 yg digunakn.baby saya kuning disbbkn susu ibu jgk,da 34 ari masih ade lg kuningnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu kuning sbb susu ibu... tak payah bg mkn apa2 kat baby... biarkan jea.. sbb itu kuning yg tak merbahaya... :) nanti kuning tu akan hilang sendiri...

      Delete
    2. Anak awak aritu bpe lma hilangnya?rse lmbt btol nk tgk kuningnya hilang..sdey n risau rasa..

      Delete
  4. Rasa kes baby eiman saya pun sama ni.. tp still x ambil darah untuk check masalah hati atau organ² yg lain.. saya pun mkn herba utk buasir.. hr ke 13 baru tahu ubat tu pun sama mcm jamu...hr ni dh masuk ke hr 14.. bacaan jaundice eiman 297 pd hr ke 13..

    ReplyDelete
  5. visit www.hometherapyy.com

    facebook.com/phototherapyy
    &
    instaram.com/hometherapyy

    Rent Charges:
    RM400 for 3D2N (60hours)

    Additional Charges:
    RM50 for Jaundice Meter Rents
    RM70/day for extended days

    ReplyDelete
  6. Saya pun alami perkara sama. Baby sy premature, sb asyk turun naik,turun naik. Warded 3 hari,mase warded sedih sb terpksa berpisah dgn yg sulung,susu pn drop sb dr tak bg ambik apa2 ubat,sy pulak tak sempat nk berurut lg,dr paksa bg fm,tp sy refuse..discaj sb sb turun,tp lepastu naik balik.cukup 21 hari(sb premature baby), kene refer ke pakar. Alhamdulillah lepas jmpe pakar die kate semua ok,xpyh buat test ape2.syukur sb xsanggup tgk baby kecik kene cucuk amik drh lg 😌😌

    ReplyDelete
  7. Ank sya dh 12hr ambek drah tuk kuning..bacaan naik turun..bila sya pegi k.k bacaan 300 lebih..pastu kena pegi hospital duk bawah lampu..bacaan turun 200 cam..tp mcm susah nk turun bacaan ke bawah sekali..sya risau..😔

    ReplyDelete
  8. Susu Kambing Segar Rawang
    Insyallah Kami Tak Pernah Putus Stok !!!
    Produk Sangat Berkualiti & HALAL!!!
    💫100% Segar Dari Ladang
    💫100% Tulen
    💫100% Tiada Bau
    💫100% Tiada Pengawet
    💫100% Tiada Pemanis
    💫100% Tiada Perasa Tambahan
    READY STOCK
    🌸 250ML/Satu Botol
    -Self Pickup tiada minimum buy
    -9:00Pagi - 12Mlm setiap hari
    🌸 Penghantaran Boleh Deal Tepi:-
    -Pembelian minima 10 botol
    -susu segar tidak boleh dihantar melalui Pos
    🌸10-50 Botol = Rm6.00/Satu
    🌸51-100 Botol = Rm5.50/Satu
    🌸101-Ke-Atas = Rm5.00/Satu
    🌸Boleh Waze "Susu Kambing Segar Rawang"
    https://waze.com/ul/hw284z8w7z
    Hubungi Saya Sekarang
    Ms Delaila
    www.wasap.my/+601110019338/SusuKambingSegarRawang

    ReplyDelete