Pages

Friday 30 December 2016

Rawatan Kaki - SPA Pedicure

Jom manjakan diri.. Cantikkan diri utk pandangan suami...


Kali ni sue nak kongsi pengalaman buat Pedicure.. Iaitu rawatan kuku kaki dan SPA kaki... Memandangkan.. Ini pertama kali sue buat rawatan kaki.. Sue 'yes' jea apa yg customer service offer...

"Nak utk massage"
"Yes"
"Nak utk kilatkan kuku"
"Yes"

Tengok bill rm132... Hambekkkk kauuu.. Terkejut beruk jap.. Masa call dia bgth harga basic rm75.. Dah sampai SPA foot.. Harga jd mahal sebab dok "yes" semua benda lah... 

Tak pe.. Ambik pengalaman...

Kita sebagai superwormen nih.. Kat opis mop lantai sendiri.. Balik rumah settlekan keje2 rumah pulak.. Cuci lantai.. Mop lantai.. Menyapu... Huhhh.. Mau nya kuku kaki tak rosak..


Sue cakap kat asben.. Nak buat rawatan kuku kaki.. Asben pun terus bawak ke alamanda.. 

Spt biasalah.. Nak buat spa nya sue sorang jea.. Semua kena tunggu okeyyy...
Nasib baik dpt yg dlm bilik...

Yg putih 2 terpacak tu.. Kaki sue kena steam lepas scrub dan pakai masker...

lepas buat spa kaki... Alahai lembutnya kulit kaki... Rasa mcm kaki anak dara dulu2lah... Rasa sayang kaki nak bawak masuk dapur weiii..

********

"Manicure" merupakan rawatan kuku tangan di mana ia melibatkan proses membersih, membentuk dan merawat kutikel kuku anda. Ini penting bagi memastikan kuku tangan anda sihat dan kuat. Sewaktu proses manicure, tangan anda akan diskrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan merangsang peredaran darah. Selalunya manicure turut melibatkan pewarnaan kuku, namun Lynn Beauty House tidak menawarkan servis tersebut khususnya kepada Muslimah. Proses manicure bukan sahaja dapat mencantik dan menyihatkan kuku serta tangan anda, tetapi ia juga sangat merehatkan dan menenangkan.

"Pedicure" adalah sama dengan manicure cuma perbezaannya ia adalah untuk kaki. Kaki merupakan satu anggota badan yang sering diabaikan oleh wanita dalam penjagaan kecantikan. Semasa pedicure, kuku kaki anda akan dibersih dan dibentuk bagi mengelakkan kuku rosak. Seperti manicure, kaki anda akan diskrub dan diurut bertujuan melegakan otot dan melancarkan aliran darah. Selain itu, kaki akan dibersihkan bagi melegakan kaki rekah dan melembapkan kulit.