Pages

Monday 3 February 2014

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum...
kali ni sue nk kongsi pengalaman menguruskan majlis pertunangan...
iaitu majlis pertunangan adik sue..

layan lagu ni yea sambil membaca entry SUEperb MaMa kali ni...

pasti akan membuat kalian tersenyum mengenangkan saat terindah dulu2.. muahaha
 

si dara menunggu rombongan dr pihak lelaki...
 tema purple...
(sama dgn tema sue tunang dulu... hihihi)
 
hidangan yg emak sue sediakan...
 dalca (sayur gulai kari)
 ayam goreng berempah
 solok lada
 pencuci mulut
siro labu
 tembikai
 tapai
 burung puyuh
kerabu jantung pisang... alahai lupa nk ambik gambar la...
 
 mak andam yg tak bertauliah...
jgn lupa dptkan shawl spt yg sue pakai di ROSSEcouture
 
 daina cayang cik sue...
cik sue cayang daina...!!!
 
 inilah jongkako majlis pertunangan adikku..
 Alhamdulillah... kami cuba buat yg terbaik spy emak dan ayah tersenyum gembira...
aminnn...
 
kakak n adik
 
mlm pertunangan tu kami sibuk gubah hantaran...
keje memang lambat siap disebabkan anak2 kecik yg mengacau... hahaha
 
 
 
 
 
 
 
 alhamdulillah... siap juga akhirnya...
simple tp cantik kan? :)





 
ini hantaran dipihak lelaki...






 
 ini barisan pihak perempuan bincang utk tarikh akad nikah dan majlis walimatul urus..
ini barisan pihak lelaki...

 
 
 

 tetamu menjamu selera
 tetamu bergambar
 ayah n menantunya
 emak n menantunya
 
menguruskan majlis pertunangan adik sue..
menjadikan kami merasai saat malu2 kucing spt dulu... muahaha
maka, izinkan kami utk berselfie yea... wakakaka

 8 kali mekap tunggu rombongan lelaki lambat sampai sbb juru cakapnya ada emergency..
terpaksa datang berasingan.. pastu sesat..
sepatutnya bertunang pukul 2pm..
 
 akhirnya selamat bertunang pd pukul 8pm..
 cincin merisik disarung oleh kakak sulungnya...

 
cincin bertunang disarung oleh ibu tercintanya..
 ayah sue sarung cincin kpd bakal menantunya... hahaha
 
sekarang????
Alhamdulillah... kami dikurniakan oleh Allah 2 org puteri sebagai Umat Rasulullah dan Amanah dariNYA...
Terima kasih Allah... :)
 
kita sebagai insan hanyalah mampu menasihati dan berdoa..
sampai satu tahap kita kena redha dgn Takdir Allah... jika kita terus membantah.. maka kita seolah2 melawan takdir Allah..
 
Pesanan Pak Kiyai sblm sue berkahwin dulu..
"Jika sue bertemu dgn seorang lelaki... maka mudah utk jln bersatu menjadi suami isteri.. tiada pergaduhan... itulah petanda selepas perkahwinan... InsyaAllah bahagia lah selama2nya... jika sue bertemu dgn seorang lelaki yg sukar utk bersatu menjadi suami isteri... banyak pergaduhan... maka itulah petanda selepas perkahwinan... selepas kahwin pun akan bergaduh selama2nya.. bkn sy (Pak Kiyai) yg ckp tp ulama' yg cakap..."
 




Takdir manusia telah ditulis sejak di dalam rahim ibunya

Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya:" Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadianya atau tidak? Maka apabila Allah hendak menyempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawapannya) maka ia menulis seperti yang diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

Lihatlah di sini bahawa kejadian kita dahulun...ya telah disempurnakan dan dituliskan oleh malaikat dengan izin yang Maha Esa.Tidak terfikirkah betapa uniknya kita??Alhamdulillah sy di antara manusia yang diciptakanNya untuk hadir ke dunia ini,sebagai manusia yang sempurna dan sebaik-sebaik kejadian.

Berikut adalah peringkat-peringkat kejadian manusia menurut al-Quran yang digambarkan secara ringkas:

*Nutfah(selepas persenyawaan) --->A'laqah(segumpal darah) --->Mudghah (seketul daging) --->Tulang yang dibaluti daging ---> Embrio ---> Peringkat peniupan roh

(iaitu di mana berlakunya perjanjian antara manusia dengan Khaliq seperti yang

dinyatakan di dalam surah al-A'raf ayat 172)

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulb (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"Mereka menjawab,"Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini"

Kesimpulannya,ingatlah bahawasanya ada empat perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sebelum seseorang itu lahir ke dunia iaitu:
>>Nasib (celaka atau bahagia)
>>Jantina
>>Rezeki
>>Ajal



sekian sudah ukiran cinta dr SUEperb MaMa!!!
tata.. titi.. tutu...