Monday, 27 January 2014

Pengalaman - Keretapi Senandung Langkawi


Thomas and his freinds..

Assalamualaikum...

kali ni SUEperb MaMa nk kongsi pengalaman naik keretapi pulak... alahai keretapi jea punnn... kecoh pulakkkkk...

ishh... giler tak kecoh... ini kali pertama pengalaman naik keretapi Fist Class tau...
Class : Premier Night Standard Class
RM141 utk 1 bilik..
ada 2 katil

ini gambar kali pertama naik kereta api pd thn 2002
masa tu sue jd askar wataniah kusza
No prebet 6123235  :)
latihan di PULADA


 betapa excitednya..
asben sue nak shopping baju anak2 utk dipakai sepanjang percutian yg pendek ni.. hahaha
hari sabtu pagi... kami round 3 buah pasaraya.. nk beli baju jln2 punya pasal...
pecah rekod.. mlm karang nk naik train pulak.. memang nk tercabut kaki lah... penaattttt


train pertama yg kami naik ERL di kota warisan (Salak Tinggi)
ada jenaka muda.. offer nk tlg ambik gambar kami berempat...
Alhamdulillah... terima kasih derrrr... bkn senang nk jumpa org baik tau...

mulut kakak dok pok pek.. pok pek..
"kakak naik Thomasss.."
semua org gelak dlm train tu..

3 beranak ni... firstime naik train tau... hahaha

dah sampai KL sentral...
umpan anak2 naik kete mainan pulak.. sbb sue dah penat dukung hanna...

kul 9.30 tepat boleh masuk Keretapi  Senandung Langkawi
first classsss... siap ada sinki..
memang sgt sesuai utk org yg ada anak kecil mcm kami ni...
senang nk tukar pampers..

sinki tu boleh ditutup utk dijadikan meja makan..

kakak dan adik yg sgt seronok naik thomas..

ishhh... mama pun excited jugak weiiii...

ini kantin.. tmpt minum dan lepak2..


naik keretapi senandung langkawi ni.. rasa penat sikit nk menjawab segala soalan2 anak sulung kami..
mungkin sbb kakak x nampak train berenti dan sampai spt naik ERL.. itu yg menyebabkan kakak tak faham kot..

"kakak nak naik thomas"
"kakak... kakak skrg dlm thomas.. cuba kakak tengok kat luar tu.. nampak bergerak tak?" ayahnya explain..

dok 5 minit... kakak ulang soalan sama lagi...
cukup 10 kali soalan sama.. ayahnya dukung pegi tunjuk kat kerabak ke satu gerabak.. hahaha baru diam...

diam bkn sbb faham.. tp sbb takut bunyi bising... hahaha

****************

kul 3.15am.. kami sampai di taiping... semua kepenatan...
syukur sgt2... anak2 meragam sikit jea..


kami tido di Hotel Taiping Perdana - disponsor oleh adik sue.. :)
kami masuk cuci kaki jea..
Adik Hanna... cikucakkkk.. aaaaa

bangun2 pagi... breakfast n lepak2..
bubur utk adik hanna
"mee kaki" utk ayahnya..
hahaha... nama mee kaki sbb ada kaki kakak berjuntai kat gambar tu...
nama sebenar mee tu.. adalah mee goreng mamak...

haaa... ini yg paling...
Steam Mantau Manis
sepatutnya makan dgn kaya..
tp kami mkn dgn kari lagi bestttt...
rasanya spt kuih pau yg dikukus pastu di goreng...
memang lembut...
nasi lemak pilihan sue

tidak ketinggalan minuman kegemaran sue...
kopiiiiii... i loikeeee...

aksi hanna ini yg menarik perhatian pengunjung hotel...

sebenarnya bkn aksi hanna yg menarik perhatian... hahaha
yg org heran... nape lah mak bapak budak ni tak kisah dgn anak yg dok merangkak sana sini.. hahaha


sebenarnya kami nk latih hanna spy jd berani... berani utk terokai apa yg ada disekeliling selagi tidak melampaui batas..
bersiap utk checkuot..

haaaa... ini tujuan kami ke taiping sebenarnya..
percutian yg tersingkat buat masa ini.. muahaha
adik sue nk hijrah ke klang velly..
nk drive sorang2 takut... nasib baik dpt abg ipar yg baik hati...
boleh tolong.. hahaha

 2 beradik.. 

memandangkan.. sue tak dapat  nak jelajah habis kawasan tasik taiping ni...
sue pun membebel laa.. geram kat asben sue yg tak suka jln2..
*** penaaatttt gillerrr sampai jln pun dah xberapa nk betul... muahaha.

singgah tasik utk ambik gambar tepi longkang ni jea...
hadoiiii... mau nya sue x bebel...
sue nak bebel tp nk tergelak... hahaha
 dpt bergambar kat tepi longkang pun longkang lah...

 baru jalan 5 langkah... asben dah ajak balik..
memang sue bebel la..






sekian sudah percutian terpendek dr SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu...



Friday, 24 January 2014

Rangsangan Sentuhan Ibu

"Rangsangan Sentuhan Ibu" - dicopy dr fb utk simpanan dan rujukan SUEperb MaMa!!

Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai berkata, sentuhan lembut seorang ibu merupakan pemangkin kepada perkembangan sosial bayi. Pada peringkat usia dua bulan, senyuman dan sentuhan ibu semasa menyusu, memandi, menyalin lampin atau memakaikan baju adalah detik bayi mengenal siapa ibunya.

* Bayi tersenyum lebih kerap...

Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dalam dunianya dan sudah bersedia untuk mempelajari tentang dunia yang sebenar kelak nanti.

* Bayi cuba mencapai kepada ibunya

Apabila bayi cuba mencapai kepada si ibu, bayi mungkin cuba
memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya; untuk merapatinya atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu. Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak. Semasa anak
membesar, tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar akan pergerakannya dan cara membuat pergerakan yang bermakna.

* Bayi bergelak ketawa

Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya kerana merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang. Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda, ia merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda. Dengan berbunyi-bunyi manja pada waktu kehadiran anda, bayi menunjukkan bahawa mereka mengenali anda, dan sedang berhubung dengan anda. Dalam erti kata lain, bunyi-bunyi tersebut menandakan kegembiraannya dan juga sebagai tindak balasnya bagi kasih sayang, sentuhan dan perhatian yang anda berikan.

* Tatapan mata bayi menjadi lebih lama

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara bayi kepada anda yang meningkatkan kasih sayang antara anda dan si manja. Pandangan mata yang kemudiannya berkembang menjadi tatapan yang lama, merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat anda sedari. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda, dan
lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya. Melihat muka anda yang telah dia kenal seolah-olah mampu menenangkan si manja. Ada kalanya anda juga mendapati si manja seolah-olah sedang termenung ke arah anda. Ini adalah kerana bayi sedang cuba mengingat muka anda dan mengenalpasti bagaimana rupanya kasih sayang dan keselesaan."


***************
setiap kali hantar anak ke rumah pengasuh... rasa kesian kat anak2.. mcm tak cukup belaian ibu bapa..
utk mama jd suri rumah... hmmm... mama tak pandai lah kalu tak keje sayang... tak pandai nk mintak duit ayah.. uhhukkk... mama suka ada income sendiri... senang nk membeli apa yg mama suka..
biasalah lah kan... singa mesti ada perancangannya sendiri... tak boleh dihalang keinginannya... :(

apapun.. setiap kali balik keje kami akan cuba sedaya upaya utk bg kasih sayang semaksima mungkin... oraitttt!!!

kalau ayah balik lambat kang... mcm ni lah ghupernya...
masing2 menangis mintak ayahnya peluk...
 

 mintak pelukan manja...
 mintak dukung..
ayah nk solat pun susah...
 
**tang mama peluk ayah tu... xde picture yea.. muahaha...
kamera jd blankkkk... hihihihi
 


menangis... tak dpt cabut topi... hahaha

akhirnya berjaya juga cabut topi..


makan sama2 yea..


adik hanna senaman..


time pakai baju jea... kakak mesti nak ayah yg pakai kan...
sebab??? lepas pakai baju dpt lompat tinggi2... hahaha


ambooiiii.. garang mcm singa lah adik hanna nih...
nak turun basikal sendiri tp takut... nak marah blm pandai lagi...
menangis dan jerit kuat2 jea lah yea... hahaha


belajar bersabar yea sayang... muah!!


tata.. titi... tutu...
perkongsian dr SUEperb MaMa!!! muahhh! hugh!

Wednesday, 15 January 2014

Restoran Nasi Arab

Restoren Aroma Hijrah

Assalamualaikum...

perkongsian jalan2 cari makan lagi... kali ini kami makan kat ---->>


RESTORAN AROMA HIJRAH
 

minuman yg kami pilih..
kedondong asam boi dan air tembikai..
 
kami pilih tempat duduk yg bersila..
ala2 meja org arab...
 


suasana yg romantik dgn kilauan lampu kuning dan alunan muzik..
 

kami pilih tmpt duduk bersila... ingatkan lebih aman...
rupanya lg parah..
kakak dan adik lagi mengganas la... adoiiii...
diorang ingat kat rumah kot...
sbb bersila mcm suasana kat rumah...
adussss
 

hidangan pilihan kami..
Roasted Mandy Lamb dan Roasted Mandy Chicken..
 
Allahamdulillah... memang sodap!!!
 
 
tata.. titi... tutu...
JJCM dr family SUEperb MaMa!!!
Muahhhh! hugh!
  

Tudung Bawal Satin bercorak... retail dan borong dipage ---->>>  Post by ROSSEcouture.

Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibubapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera utk pembaca blog SUEperb MaMa..

kali ni sue nak kongsi pasal bilik tido pulak yea...
lepas sue baca entry penulis blog ummu humaira
"Asingkan anak-anak tido dari bilik ibubapa? kenapa?"

kmd sue link ke fb... asben sue pun baca...
kami tak perlukan perbincangan.. kami terus buat kata putus.. HANANA kami mesti ada bilik sendiri!!!

apa yg ditulis oleh blogger Ummu Humaira betul 100%... sue sgt sokong dan sue sgt berterima kasih kpdnya krn sudi tulis dan sharing...
sue sendiri pernah berdepan dgn anak kecil sebegini ketika sue keje sambilan sebagai guru tadika pd thn 2005..
kebanyakan kanak2 lelaki yg khatan di usia kecil cepat terjebak dgn  masalah ini...

kes pertama
ada yg raba anggota badan cikgu (tp bukan sue yg terkena yea..) itu cikgu lain yg dicabul oleh murid tadika umur 6thn..

kes kedua
2 beradik lelaki dan perempuan, mandi bogel.. si adik yg berumur 4thn mengacuka anunya kepada kakaknya yg berumur 6thn..

kes ketiga
2 kanak2 perempuan yg berumur 5thn dan 8thn berada dlm bilik berkunci sambil membuat aksi lesbian.. (pengasuh bertindak mengintai dari tingkap krn curiga dgn perbuatan kanak2 ini yg kunci bilik)

kes keempat
ada juga sahabat karib sue cerita... yg bekerja sbg ustazah di sabah..
terserempak dgn 2 anak murid lelaki tahun 3 berada dibawah meja sambil membuka seluar masing2 mengacukan kemaluan masing2...

adakah ini punca video lucah atau aksi ibubapanya ketika anak tido? tepuk dada tanya perbuatan sendiri...

kalu bkn video lucah --->>> ini bermakna tidak asingkan tmpt tido..
hal ini memang masalah berat!!!!melibatan akhlak kanak2..

disangka anak tido rupanya tidak tido... percaya lah.. anak2 memang tido.. yg menyaksikan drama lucah itu adalah rohnya.. percaya atau tidak??
jasad kanak2 shj tido.. sedangkan rohnya tidak tido... spt yg dinyatakan dlm penulis blog ini --->>Pusat Rawatan Rohani dan Tips dan Doa utk anak

petikan dr blog diatas... (bg yg malas nk bukak link yea...hihihihi)
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,”.
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”.. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…


pernah sue bgth pd asben... bisikan kata2 yg baik pd ubun2 anak2 ketika tidur... asben sue tak percaya... hahaha... katanya karut..
sue minta asben sue test sekali... panggil nama Nur Sufi Hadaina di ubun2nya.. mata daina bergerak2 tanda respone... asben sue terkejut..

maknanya ibubapa kena jaga tingkahlaku ketika anak tido... buruk kita buat depan anak2 tido.. buruk lah resultnya... baik kita baca diubun2nya... baik lah resultnya... InsyaAllah... kita hanya berikhtiar utk jd tauladan yg baik pd anak2 kita shj... selebihnya kita serahkan pd Allah...

asalnya sue nk tunggu 4thn baru nak asingkan tmpt tidur sbb nk jimat elektrik... guna aircond... muhahaha... memandangkan penulis blog Ummu Humaira dah bg nasihat yg berguna... kami pun latih utk asingkan dr sekarang...

2 hari selepas link ke fb 10 jan 2014
ari ahad kami terus beli katil baru khas utk Hanana kami..
  
 beli langsir kat nilai square..
 
 rm200 jea utk saiz slidding..
 
 beli cadar katil..
 
amboi... seronoknya kakak dan adik main guling2 kat katil sendiri...
 
skrg kami cuba set dlm minda daina..
 
"mana bilik kakak?"
daina akan tunjuk biliknya...
 
"kakak suka tak bilik ni?"
"suka"
 
"cantik tak bilik kakak?"
 "cantik"
 
bila sampai time tido...
"ayah jom tido..." sambil tunjuk ke bilik master room
adussss... masih gagal lagi... hahaha..
 
 
nasihat dan perkongsian yg baik itu mesti dimulakan dr skrg...
 tatat.. titi.. tutu..
 
 
 

Thursday, 9 January 2014

Rack Baju SUEperb MaMa


Assalamualaikum...

kali ni sue nak kongsi pengalaman salah seorang dari customer sue yg hantar gambar guna Rack SUEperb MaMa...

 nak cari baju pun senang...
belek-belek ---->>> taddaaa..
 
kemas!!! besi yang kukuh dan dpt susun baju sepadat yang mungkin
 
 
para mama yg jelitawan jgn lupa miliki RACK SUEPERB MAMA
~tak perlu lipat kain
~tak perlu kabinet baju yg boleh jadi sarang lipas n tikus
~tak perlu buka tutup almari --->> risiko pintu almari jatuh terkena kaki...
~masa terluang dpt layan anak2 dan suami
~badan pun dpt berehat setelah 10 jam keje tanpa baring langsung..
 
ini chat dr customer sue...
 
apapun... segalanya milik Allah.. idea yg bernas milik Allah...
sue cuma laksanakan dgn perkongsian di google dan membuat jualan shj..
sama2 lah kita bersyukur krn Allah sudah membuka jalan utk kita melaksanakan keje2 harian dgn mudah... :)
 
 
masa bersama keluarga itu lebih bernilai dari harga RACK SUEperb MaMa!!
jgn lupa whatapp sue utk dptkan rack ni...
hp : 017-2838 319
 
 dapatkan Inner yg murah di Instagram ROSSECOUTURE
Instagram
 
 Inner murah... baju murah... tudung murah... hanya di ROSSEcouture.