Friday, 22 June 2018

Restoran Nasi Kerabu Sepang

Bermula dari rumah sakarang miliki restoran .. Nasi kerabu Sepang menjadi pilihan utama penduduk bandar baru salak tinggi, Putrajaya, nilai, cyberjaya.. Jom try!

Address : Restoran Nasi Kerabu Sepang
A081, Jalan 7, Kosmoplek, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 sepang Selangor 
0172838319 / 0132471718 hubungi no ini utk keterangan lanjut...



















Friday, 18 May 2018

Premium Original Taste Nasi Kerabu Sepang


Sibuk dengan keje.... baru perasan besday sue hari ni... terima kasih rakan taulan di alam maya yg wish besday sue...

asben sue tanya... 

"besday ayang nak kek ke?"

"hmmm... tak payah nak suprise dgn kek sangat lah bang... zaman kejutan dah habis dah... surprise2... terkejut dgn surprise hari jadi laaaa...skrg zaman anak ramai... tak sempat dah nak buat2 terkejut... bizi dgn anak sekolah... bizi dgn bisness medical dan bizi dgn bisness nasi kerabu... lagi pun sorang anak sambut besday dua tiga kali setahun... sambut kat sekolah.. kat transit.. dgn family (kat Hotel).. hadoiiii tengok kek warna warni pun dah nak muntah.. tunggu lah lepas ni.. kot2 ayang rasa kempunan untuk dpt 'KEJUTAN' dari abg.. kang ayg bagitahu yea..." 

hahaha


Nasi Kerabu.... Nasi Kerabu... Nasi Kerabu pertama di Malaysia yang guna beras basmathi... sgt special pembungkusannya... harga berpatutan... makan kenyang molek... ramai yg sudah berpuashati... anda bila lagi?

Service kami???... service yang terbaik kami persempahkan... bye!!




OPEN ORDER
PREMIUM ORIGINAL TASTE NASI KERABU SEPANG

πŸ’žSET KENYANG - RM6.50 (MAKAN KETIKA LAPAR BERHENTI CONFIRM KENYANG)πŸ˜‹
Nasi penuh, telur masin 1/4, ayam potong 12 / ikan sederhana.

πŸ’žSET EXTRA KENYANG - RM8 (MAKAN KETIKA LAPAR BERHENTI KENYANG GILERR🀣)
Nasi Extra, telur masin separuh, ayam potong 12 / ikan kembung besar spt di restoran2 utk alacarte. 

πŸ’žπŸ˜œπŸ’žπŸ€“πŸ’žπŸ˜πŸ’ž
Admin Starry i Resources.
0172838319 Suzi 0132471718 Safi
Instagram : Nasi_Kerabu_Sepang
                     #nasi_kerabu_sepang







Thursday, 17 May 2018

KAMIL 2018 - Pra Jais



Alhamdulillah.. Kecil2 cili api... umur lima tahun dah berani nasyid wakil sekolah... Tahniah dekna..










Terima kasih cikgu ain dan cikgu wawa... pilih dekna nasyid wakil sekolah..
kemain seronok lagi naik bas dgn kawan2... tidur kat homestay dgn kawan2...

mama dan ayah ikut bas... plan nak bawak dekna tido kat hotel lepas berlatih mlm tu...tapi dekna nak tidur dgn kawan2... tak sangka pulak dekna boleh berpisah dgn kami...sebab dekna tak pernah berpisah tidur dgn salah seorang dari mama dan ayah... 



setiap kali balik sekolah... sue akan tanya perkembangan kat Pra JAIS.

Selalunya jawapan dekna best.. seronok... tapi kali ni dekna mintak tukar ke sekolah PASTI balik....

Haaaa sudahhh... berpeluh sue dibuatnya... PASTI dah tak ada kosong... 

dekna selalu cakap... cikgu Ayu baik... Cikgu Farah baik... nape dekna nak tukar sekolah?

bulan 5 baru cikgunya bersuara... dekna dan 2 org kawanya selalu balik lambat... kadang2 setengah jam ke sejam lebih menunggu atuk van. kadang2 sampai tertido... alahai kesiannya...

tugas ibu bapa... perlu pantas bertindak dan menyelesaikan masalah anak2...

balik lambat... dekna penat menunggu...naik van bercampur dgn budak sekolah rendah... adakah itu punca dekna nak tukar sekolah?

sue ni bukan jenis suka terminate org sesuka hati... tapi.. kalau bab anak kecil sue tak akan tolak ansur... sue tak boleh paksa driver van untuk ikut jadual sekolah anak sue... tp sue kena pilih driver van yang boleh ikut jadual sekolah anak sue...

survey punya survey.. Alhamdulillah... jumpa dgn Cik Tika ni...

Hari pertama dekna nak naik van cik tika... sue ke kelasnya utk pastikan dekna tak salah transporter.

sekali Cik tika cakap.. tengah kira2 budak depan kelas... sekali Hanna tarik bajunya...

"Cik Tika... saya naik van cik tika.."

Cik tika tengok tag nama... "ahha betul"... hahaha

maknanya... dah lama dekna pendam untuk tukar transporter... tp tak pandai nak bersuara..

"dari mana dekna kenal cik tika?"

dekna cakap..." hari2 dekna tengok cik tika ambik kawan dekna"

... hahaha.

mama belum kenal cik tika... dekna yang kenal dulu... hik3
seronoknya dekna... satu van warna baju sama..


Sue pernah jadi guru tadika... jadi sue sangat faham situasi dan penatnya seorang anak kecil kena bersekolah... naik turun van... bila ada aduan .. sue akan terus bertindak... peace..





Thursday, 5 April 2018

Pneumococal - Adik Raina


Memandangkan adik raina pernah kena jangkitan pada paru2... sue dan husben ambil keputusan untuk ambil vaksin Pneumococal...  

kalau tanya dari sudut hati sue... sue tak berani nak ambik vaksin untuk baby... tak semua vaksin serasi dgn baby... ada yang dapat kesan sampingan sehingga membawa kacacatan seumur hidup. itu yang paling sue takut... biasanya sue ambil yg diwajibkan oleh KKM shj...

untuk kes adik raina kali ni special sikit... demi untuk kesihatan dan adik raina.. ikhtiar sue dan asben untuk adik raina sihat sepenuhnya... kami ambik vaksin pneumococal lebih kurang RM1000 termasuk consultant di klinik private.

Pastu...Doc pakar kanak-kanak rekeman untuk baby yang suka travel ambik vaksin Influenza.
ini adalah ikhtiar sue dan asben... 
Alhamdulillah.. selesai cucuk ketika adik raina umur setahun..
vaksin pneumococal kena ambil 3 kali dalam waktu yang berbeza..
setiap kali cucuk.. sue bykkan berdoa spy adik raina sihat walafiat.. Alhamdulillah... 
adik raina tak pernah demam setiap kali kena cucuk.

untuk kakak dan dekna.. kami tak berani nak bagi vaksin tambahan lagi... sebab antibodinya masih lagi kuat dan tak pernah kena penyakit yang berbahaya... pesan sue... kalau bawak anak2 travel, pastikan diorang banyak minum air masak.. biar kerap kencing drp badan lemah disebabkan kurang air....
sue masih lagi takut untuk bagi vaksin pada yang sihat... yang paling sue takut... elok2 sihat elok2 sempurna... ambil vaksin menjadi tidak sihat tidak sempurna... sudah tentu kecewa kan?

adik raina perlu ambil vaksin pneumococal atas nasihat Pakar kanak - kanak...

KESAN SAMPINGAN VAKSIN
petikan dari sumber : Mengapa Golongan anti vaksin.....

1) Pengambilan vaksin boleh memberikan kesan sampingan serius sehingga menyebabkan kematian. Hakikatnya kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Namun terdapat kes gangguan usus besar di Amerika Syarikat akibat pengambilan vaksinasi rotavirus; kes ini hanya satu daripada 20,000 bayi.Sejak Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan dijalankan, Di Malaysia, kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000. Imunisasi berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan selepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-mana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
2) Vaksin mengandungi bahan berbahaya. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia sebaliknya mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain. Pengawet di dalam sesetengah vaksin berfungsi untuk menstabilkan vaksin serta mencegah pembiakan bakteria dan kulat dalam vaksin. Pengawet yang selalu digunakan ialah thiomersal (atau thimerosal) yang mengandungi sejenis raksa yang dinamakan ethyl merkuri. Raksa ini tiada kaitan dengan sebarang kesan methyl merkuri yang bersifat toksik kepada sistem saraf. Thiomersal yang digunakan dalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam kuantiti yang amat sedikit. Sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik menunjukkan bahaya bahan ini. Bahan penstabil berfungsi mencegah komponen vaksin dari melekat di dinding botol vaksin dan mengekalkan keselamatan serta keberkesanan vaksin di dalam keadaan dan suhu yang pelbagai. Gelatin dan lactose-sorbitol adalah contoh bahan penstabil. Adjuvan ditambah ke dalam vaksin untuk meningkatkan tindakbalas sistem ketahanan tubuh terhadap vaksin. Adjuvan yang sering digunakan adalah garam aluminium (dikenali sebagai alum). Pengambilan aluminium dari vaksin adalah lebih rendah berbanding dengan pengambilan harian dari makanan atau ubat-ubatan seperti antasid. Kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan selalunya berkait dengan vaksin yang mengandungi aluminum berbanding vaksin yang tiada kandungan aluminium, namun kesan ini selalunya ringan. Vaksin juga mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti.
3) Vaksin mengandungi bahan haram seperti DNA khinzir. Sesetengah vaksin sememangnya mengandungi gelatin khinzir sebagai stabiliser tetapi jika muzakarah ulama telah mengeluarkan fatwa suntikan vaksin dibolehkan dan harus atas beberapa faktor, mengapa kita perlu meraguinya lagi? Menurut syarak juga, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Tambahan lagi kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan yang memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi sebagai ikhtiar dan menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.
4)Beberapa ibu bapa merasakan jika anak orang lain sudah diberi suntikan maka memadai bagi anak mereka untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin. Hakikatnya mereka bakal mendedahkan anak-anak orang lain kepada bahaya jika anak mereka tidak divaksin. Ini dipanggil imuniti berkumpulan. Jika semakin ramai mempunyai mentaliti seperti anti vaksin, lama kelamaan kesan imuniti ini akan hilang. 
Anda golongan yang mana? Gambar: quietmike.org
Jadi, atas alasan apa anda menolak vaksin? Sudahlah menolak vaksin, anak sakit yang perlu dikurantin pula dibawa keluar ke tempat awam. Mungkin ada sebahagian ibubapa akan mempertahankan pilihan mereka menolak vaksin atas faktor pernah berpengalaman menjaga anak yang sakit akibat divaksin. Mereka memperjuangkan pemberian vaksin adalah pilihan individu. Bukankah pengambilan vaksin juga satu ikhtiar bagi melindungi keluarga anak persekitaran daripada jangkitan penyakit berbahaya? Tepuk dada tanyalah selera.

amboiii... tak nak naik dgn kete mama yea... seronoknya naik kereta dgn ayah..
















Sealent Gigi


Sealent gigi..


Sue ni.. Kalau bab pujuk anak2 jumpa doc gigi.. Alhamdulillah.. Berjaya.. Kalau tang diri sendiri.. Hadduuu mak aiiii... Goyang luntut oiiii... itu yg checkup 10tahun sekali tu... 
bila dipikir2 balik... dekna yg umur 5tahun pun elok jea simen gigi... sue pun kuatkan langkah jumpa doktor gigi jugak... hehehe

Klinik gigi Warisan adalah doktor ke 6 yg sue buat rawatan gigi utk family. sue selalu tukar2 doktor gigi sehingga lah sue rasa serasi dgn consultant yg doktor bagi. bila sue dah rasa doktor kat sini sgt bagus consultant... lepas ambik #the_sufi_sisters dari sekolah terus bawak jumpa doktor gigi...

sambil doktor tampal tu... sue tanya doktor pasal lingkaran celahan gigi yg warna kuning... sebab sue takut lama kelamaan gigi akan berlubang..

doktor pun explain.. "awak sorang jea yg peka pasal ni... ramai customer sy explain... semua tak faham... dan rasa tak penting... kuning yg menjalar tu kesan sisa makanan yang tak tanggal disebabkan berus (Gigi belum berlubang)... jika dibiarkan lama kelamaan gigi akan berlubang... saya galakkan semua gigi geraham diletak SEALENT... doktor akan cuci hilangkan kotoran dulu.. pastu letak sealent.. InsyaAllah risiko gigi untuk berlubang tu sangat kurang..."

(ibarat seperti kesan karat pd mozek... mozek tak berlubang tp ada kotoran karat pd mozek)

Alahaiii... nape lah byk2 doktor yg sue jumpa... sorang pun tak rekemen untuk buat benda ni.. semua doktor cuma buat tampalan bila gigi rosak jea...bila sue dah tahu bab sealent ni... semua bajet melancong untuk hujung tahun ni... sue gunakan utk repair gigi... sekarang sue wajibkan anak2 buat sealent utk semua gigi yg belum rosak termasuk lah gigi geraham susu... gigi geraham susu sgt penting.. sebab umur 10 atau 11tahun baru rosak...jadi.. kena jaga betul2.

 pastu.. sue hasut husband supaya repair semua gigi... hahaha... kalu nak habiskan duit... lebih baik kita habis kan berjemaah... makan berjemaah.. sekarang repair gigi berjemaah lah yea... ngeng3

jenuh jugak paksa asben buat rawatan gigi... asben sue malu nak jumpa doktor sebab giginya teruk... kah3

sue cakap kat asben.. "bang... ooo...bang... buat apa nak malu... doktor akan seronok tengok customer dia gigi rosak teruk dan dalam poket byk duit... sebab doktor perlukan sale... sale seorang doktor gigi ialah gigi customer yg teruk... kalu gigi customer yang datang tu elok2 jea... kecewa lah doktor, sebab sale nya kurang...macamana doktor nak bertahan untuk bayar kedai.. nak bayar pekerja.. expensess klinik... pesakit gigi yang teruk macam abang ni adalah sangat penting untuk seorang doktor gigi dan boleh buat klinik ini jadi success.."kah3

semalan asben sue jumpa doktor habis beratus la... hari ni jumpa lagi untuk repair yg lain pulakkk... hahaha... baru lah habis duit berjemaah... yes!!!

rawatan gigi ni sgt tinggi kos nya... untuk dekna shj dah cecah rm1500... termasuk rawatan akar gigi susu depan... cuci gigi... tampal gigi geraham. lepas ni kena rawatan akar untuk gigi geraham pulak...

 sama jugak si kakaknya... dalam dok paksa gosok gigi setiap pagi dan malam tu... boleh pulak gigi geraham kekal kakak dah berlubang... melompat sue terkejut bila doktor cakap gigi geraham kakak kena tampal. lepas tu.. sue mintak doktor buat checkup keseluruhan dan buat sealent mana yg patut... lepas ni kena buat rawatan akar untuk gigi geraham atas tulak... dah rosak teruk tak boleh diselamatkan dah...

gigi kakak jenis yang berlapis... faktor genetik... gusi yang kecil sudah tumbuh gigi kekal... itu yg jadi berlapis... memang tak boleh nak buat apa.. standby duit untuk kakak pakai braces bila dah besar nanti... gigi berlapis dan terlalu rapat ni berisiko mudah rosak sebab susah nak cuci bersih2.

Image result for fissure sealant gigi
nampak tak gigi yang lekuk2 dalam tu.. berisiko untuk berlubang tu cepat... walaupun dah berus setiap hari tetap ada sisa-sisa halus makanan dan jadi warna kuning. doktor akan cuci bersih2.. pastu letak sealent... lekuknya dah kurang.. InsyaAllah dah boleh makan coklat.. ngeng3...



setiap kali #the_sufi_sisters sibuk nak pakai bedak.. lipticks.. sue akan bebel... 
korang kecik lagi tak payah mekap... jaga gigi dulu... kalau gigi cantik.. cantik lah senyuman korang. kalau gigi buruk.. buruk lah raut wajah korang. mama tak nak korang jd macam mama dulu... 

orang tua sue hanya benarkan gosok gigi satu kali sehari shj (setiap pagi jea).. kalau gosok gigi sebelum tidur nanti gigi jadi rapuh dan jongang... sebab tu gigi sue byk rosak sebab kalau gosok gigi sebelum tidur nanti kena marah... hahaha... tak pe... sue tak salah kan orang tua.. sebab orang tua tak ada ilmu tentang penting nya penjagaan gigi... kita yang dihantar sekolah oleh orang tua... dah ada ilmu penjagaan gigi... kita kena sedaya upaya selamatkan gigi anak2 kita..

tata... titi.. tutu...
jgn lupa checkup gigi untuk anak2 yea...