Pages

Friday 28 November 2014

Anak Kucing - Susu botol

Ya Allah...

sue nih jenis yg tak suka kucing... memang geli gelemang lah...

Teringat masa kat kusza dulu... sue cukup takut nak makan nasi kat kedai atau kat kantin..
sbb takut kucing... kalau kucing jantan dan betina bergaduh... (bergaduh yg asmaradana tu...gaduh2 gatal gelenya tuuu..) sue akan mulakan beraksi luar kawalan... sue akan menjerit sekuat hati sampai satu dewan makan tu senyap... pasti ambik air sirap.. siram kat kucing tu... tak cukup air sirap sue... air sirap kawan punya, sue siram kat kucing jugak... memang ngeri sungguh bila kucing bergaduh...

pernah sekali tu, sue makan sorang2 kat medan selera di seroja... tengah syok2 makan nasi masak lemak telur... bunyi kucing bergaduh... Ya Allah... tensionnya... sue terus tinggalkan nasi... bayar dan lari masuk kete... uhhukkk3... dalam hati.. Alhamdulillah selamat... selamat dr ape pun sue tak tahu... Adehhh.. kucing jea.. bkn anjing pun...

sekarang pun, kalau pegi kedai makan... sue akan intai dulu... ada kucing tak... kalu ada kucing sue takkan makan kat kedai tu sorang2.. kecuali sue bersama dgn org yg berani dgn kucing...

kalau kereta sue dlm parking kat rumah... ada kucing bergaduh, sue takkan keluar rumah... sampai kucing tu pergi jauh la... punch card merah pun merah laaaa... yg penting xkena serang kat kucing... ngeri sungguh tengok kucing bergaduh..

apa yg sue takut.. itu lah yg datang bertenggek kat sue... Ya Allah... tension betulll...
ada 3 ekor anak kucing dok menangis kat opis sue ni.... ibunya hilangkan diri... dia bawak sekor jea... 2 ekor lg dia tinggal... 2 ari dok menangis... kesian sungguh!

semua org kat opis ni kesian... tp tak de tindakan yg diambil..
yg si geli geleman ni lah gi cari botol susu utk kucing...
tanya budak yg keje kedai veterinar tu...

"susu utk kucing ada tak?'
"bg susu kambing kak"
"lurp!... mahal tu dik... kalu susu dutchlady boleh tak?
"biasa bg susu kambing kak... susu lain sy tak pernah bagi..."
"boleh lah... botol susu satu... susu kambing sebotol.."


RM15

balik opis... kitten tu dengar sue naik tangga... dia pun melalak lagi... huhuhu..
sabar... sabar... aku first time nak bg ko susu cing... ko tunggu erk... aku tengah geli geleman nih...
huhuhuhu

gigil satu badan sue nak bg kitten ni susu...
geli siokkkkk... huhuhuhu

org yg cukup faham sue ni takut ngan kucing ialah Fadilah Muhhammad dan Fadillah Zainal Abidin..
huhuhu... diorang sanggup tak makan kat kantin di kusza dulu... semua pakat angkut makanan makan sama2 kat bilik... kenangan terindah bersama korang...

ni sue tengah dok pikir... sabtu dan ahad cuti... kalu tinggalkan kat opis ni kang... mati kitten nih..
x minum susu... nak wak balik rumah kitten ni kotor... sbb ibunya tak xcucikan...
lagi pun kitten ni sakit mata... mcm tak sihat... hmmmm... nak hantar nursery kucing rm12 satu malam... 2 ekor rm24 satu malam.. mampuihhh... byk tuh.. 

skrg ni hujan tengah lebat... nak suruh budak nursery tu cucikan kitten ni dan bagi ubat mata...
sue nak cuci sendiri???... ohhhh tidakkkkk...geli siokkkk!!
ni pun xde selera makan selepas pegang kitten nak bg susu sakni... huhuhu

Ya Allah... apa lah hikmahnya... dah sue kena take care 2 ekor kitten ni...
apa lah hikmahnya... sue yg tak suka kucing dah kena jaga kucing pulakkkk... uhhukk2..

Mcmana boleh lahirnya rasa kasihan sue pd kucing sedangkan sebelum ni sgt tak suka kucing??
mungkin sbb, bila sue sudah menjadi ibu... rasa kasihan sangat pd anak2 kecil yg rindukan ibu ayah yg berjauhan... kasihan bila tengok anak2 lapar... rasa berdosa bila kecewakan anak2 yg sekadar mintak mainan yg bawah rm10...  (jika permintaannya tidak melampaui batas...) rasa berdosa bila buat anak derita rindu...
dulu sue seorang yg gila kerja... hard workers... siang malam keje... hari minggu keje intertained client... sehingga xde masa utk diri sendiri... dlm kepala masa tu.. SALE.. SALE.. SALE...
bila dah ada anak... baru lah sue keje berpada2... biar sedikit asalkan BERKAT... drp byk, tp keluarga terabai... duit pun tak pernah cukup... sbb BERKATnya tak ada..

Alhamdulillah... Allah ketemukan client sue yg tidak melampaui batas... menghormati waktu sue dgn family.. setiap client kita... kita kena bahagikan 2 ketogori :
1) customer support kita krn kita mencari rezeki
2) customer mangkuk hayung - customer ni biasanya sukakan hiburan... profit rm3k, intertaiment sampai RM10k.. cuba bayang, jika kita layan customer jenis ni.. confirm company akan lingkuk, akaun pun jd negatif..

Alhamdulillah client sue semua ketegori no 1... 

***************
Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu..
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).”[HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhukuntukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.”Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci..
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Dipetik dr : http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/05/26/mueeza-kucing-kesayangan-nabi-muhammad-saw/





Thursday 20 November 2014

Sabar dalam menguruskan orang yang uzur


Entry kali ni sue nak abadikan 2 pengajaran hidup..
1) perhubungan sue dgn org tua
2) perhubungan sue dan anak2




minggu lepas sue balik kelantan... selepas terima kunci SU7100C dlm pukul 1pm... asben sue sambung keje utk meeting dgn client... sampai kul7pm kat rumah... terus sumbat barang dlm kereta utk dihantar ke pantai timur..
******
apa yg paling seronok outstation ke pantai timur ni ialah ALL IN ONE..
 boleh ziarah org tua sue..
boleh ziarah nenek sue yg dah uzur... 
tak perlu bayar hotel...
tak perlu utk belanja makan... semua free!!
kos kat minyak dan tol shj...







































ini tugasan pertama utk SU7100C... alangkah indahnya jika delivery mcm ni tiap2 bulan...
boleh ziarah org tua sue tiap2 bulan... feeling "SS"...

kul 4am.. sampai di rumah emak sue kat kelantan...  rehat seharian hari sabtu... makan tido jea...
celik2 mata lepas tido tengah hari tu..
emak sue hantar keripap dan cakoi goreng kat tempat lepak tido kitorang...
kena rehat cukup2... ahad kena start keje... 
kul 4pm siap kerja... terus bertolak balik sepang...
asben kena siapkan tender yg closing esoknya..
anak2 sue dok dlm kete 14 jam... perghhhh...
dlm kete diorang tido.. dah sampai rumah tu.. terus buat quotation utk customer..
diorang segar bugar... huhuhu
layan si kakak tu... kejap nk kencing... kejap nak susu.. 
sampai kul 5am baru sue dpt tido... uwwaaaaa...
pagi isnin... ayahnya keje... sue teruskan keje dr rumah... huhuhu
memang mencabar buat keje sambil jaga budak...
boleh cepat kena lemah jantung sue...
********************
lepas balik musafir kali ni... sue terima pengajaran yg sgt besar...
iaitu cara2 menguruskan org tua yg uzur...

emak sue sediakan tilam dan di alas dgn tikar ...
kat kepala katil tu... ada makanan ringan..

turun jea katil... emak sue buat tandas khas utk nenek sue..
tak perlu pakai pempers... nak mandi 40 kali sehari pun xpe... 
tak perlu nak usung2 nenek sue...



apa yg buat sue terharu dgn sikap emak sue ialah...
pagi2.. sebelum start perniagaan nasi kerabu dan nasi berlauknya...
emak sue akan mandikan... pakaikan baju... pakaikan bedak...
pastu bg sarapan...

ketika mandikan tu... nenek sue akan menjerit2 marah2 emak sue sbb nak balik rumahnya...
sedangkan kat rumahnya xde org yg sanggup nak jaga..
nenek sue akan pukul emak... pastu cubit lengan emak... 
emak sue gelak2 jea... wlpn byk luka kesan cakaran..
nenek sue balingkan barang2... mcm budak2...

nenek dah penat bebel... marah2... maki2 sikit...
yea lah... org tua dah uzur...
nenek sue akan merajuk tak nak makan.... dah penat merajuk..
bila perutnya lapar... dia akan makan sendiri... hehehe
sambil membebel... "merajuk pun xde org nak layan... tak de org nak hantar balik kampung... kalu tak makan... perutnya lapar..."
sambil membebel habis nasi sepinggan...

 sebelum tido... nenek sue membebel lagi..
"kesian kat anak aku ni... aku pukul dia... aku marah dia... aku cakar dia... kesian anak aku ni.."
pastu lena dlm bebelannya...

kak sini.. emak sue tunjukkan pd sue...
menguruskan org tua ni senang jea...
pastikan tempat tido dan tandas berdekatan.. itu jea..
yg jd penatnya sbb nak kena usung... nak kena tukar pampers...
pasal makan... apa yg kita makan... terus bg kat nenek jugak...
org tua perutnya dah kecut... mcm budak2...  makan sikit tapi kena kerap...

baik layanan kita pada ibu bapa kita... baiklah layanan anak pada kita kelak...

anak2 akan ikut apa yg kita buat..
pagi ni tersentap jugak lah sue dgn mulut anak sulung sue ni...
 "banyaknya barang kakak nak bawak gi rumah ummi, seronok ke bawak brg banyak2?"
"ahha.. seronok... mcm mama bawak brg byk.."

lurp!... itu pun daina boleh ikut... Astagfirullahalazim...

memang kena jaga tingkahlaku depan anak2..
nak tengok layanan anak2 terhadap kita di hari tua kelak...
tengok lah layanan kita pd ibu bapa kita sekarang...
kalau hari ini kita buang ibu... satu hari nanti... terimalah anak pun akan buat perkara yg sama...

sue pernah bersembang dgn seorang client di hosp kemaman...
sue sgt kagum dgn beliau... sbb beliau jaga ibunya..
anak2 beliau semuanya hantar pengasuh... 
ibunya bebas keluar rumah utk berkawan... utk solat berjemaah di masjid...
beliau pulak terkejut dgn sue... sbb outstation dgn family...
10 minit sebelum sampai ke destinasi... sue akan susukan anak dulu...
pastu asben ngasuh anak... sue jumpa client...
sebelum jumpa dgn beliau... sue sembang dgn seorang mak cik  di kantin..
bila jumpa dgn client sue tu... sue tengok mukanya sama dgn mak cik kat kantin td...
rupanya itu ibunya...
so, si anak adalah client sue.. asben sue lepak makan semeja dgn emak client sue...
susunan pertemuan yg memang tak dapat sue lupakan...
 
setiap kali sue jumpa org yg menjaga org tua... sue memang kagum...
sebabnya nk menguruskan org tua sgt susah... memang kena byk sabar..
belum kira permintaannya yg bukan2 pulak...
hatinya pulak sensitif..
jaga anak lg senang... agak2 anak meragam, kita boleh marah utk pengajaran dia...
tp ngan ibu bapa kita memang tak boleh marah langsung..

kat mana kita nk lepas kan marah tu...
memang kena simpan marah tu... dan berdoa spy Allah padamkan api amarah tu dgn sendiri dihati kita.. itu jea caranya..

zaman sekarang... ramai anak2 suka ambik kesempatan pd ibu bapa utk dijadikan pengasuh...
maklumlah, bayaran pengasuh skrg ni memang mahal... nk ambik org gaji takut dera anak..
time ibu bapa sihat... berebut nak jaga ibu..
beranak jea.. balik kampung...ibu yg jaga si anak dalam pantang...
dah habis pantang... tinggal lah si ibu terkontang kanting...
beranak lagi... balik kampung lagi.. ibu jaga lagi...
bila ibu sakit... si anak yg dah habis pantang.. call adik lelaki utk uruskan si ibu yg sakit pening..
sebabnya.. anak lelaki yg wajib jaga ibu...
pastu anak pompuan ni.. beranak lagi.. balik rumah ibu lagi...
bila si ibu dah uzur... semua akan mengeluh tak nak jaga...

itu lah fitrahnya INSAN yg bermaksud MUDAH LUPA..
iaitu si anak mudah lupa jasa org tuanya...

haaaaa... ini dia anak sulung sue... peaceeee..
tengah nak ambik gambar dia ni..
"mama... tepi sikit... ada kete belakang mama tu...nanti kang kena langgar"
padahal kete dok parking jea situ... hahaha
tiap2 pagi, daina akan mintak singgah kedai...
nak beli ais krim la... nak beli coklat la...
nak beli roti la...

sue memang layan jea... sebagai bekalan...
si adik suka bawak bekal... pagi2 sue akan masak mee goreng... atau bihun goreng... atau nasi goreng... atau spegeti... kadang2 ayahnya yg masak..
 sambil buat utk anak tu... sue bawak bekal utk sue jugak...
patut lah duit sue jimat skrg ni... hahaha...
breakfast bawak bekal... brg dapur asben yg beli... tinggal beli utk mkn tengah ari jea...
   yg kakak xnak bawak bekal... sbb ummi masak lg sedap katanya... adehh.
jd, beli lah makanan ringan pagi2...

Tujuh Golongan Manusia Doa Mereka Mustajab di Sisi Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Rasulullah SAW  menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Diantara berbagai macam doa yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, ada doa yang dikabulkan dan ada pula doa yang tidak dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, seseorang hamba yang berdoa harus memahami keutamaan dan adab-adab ketika berdoa.
Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Ketiga : Doa orang yang dianiaya.
Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.
Keenam : Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya

Huraiannya :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anak tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang  dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan kezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya kepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, “Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”
 Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.

Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suara rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Keenam : Doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata.
 Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Seorang anak yang soleh adalah anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kedua ibu bapanya semasa kedua ibu bapanya masih hidup. Apabila kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dia sentiasa bersedekah, membuat amal kebajikan dan mendoakan untuk mereka. Doa anak yang soleh mustajab disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita terus berdoa dan memohon kepada Allah SWT semoga doa-doa kita ditunaikan dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sekiranya kita termasuk salah satu daripada tujuh golongan yang dimakbulkan doa-doanya maka janganlah kita lepaskan peluang untuk perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah SWT.

Seorang mukimin yang banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tidaklah sama dengan mukmin yang kurang berdoa. Kerana setiap doa yang kita panjatkan kehadrat Ilahi insya Allah akan ditunaikan-Nya samaada cepat atau lambat dan berdoa itu sendiri adalah ibadah yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Teruskan berdoa jangan mudah berputus asa.

info dr blog Secangkir Air Secubit Garam.

Thursday 13 November 2014

Sunnah Rasulullah S.A.W ketika berkenderaan dan miliki kenderaan baru





Ketika menunggang tunggangan atau kini menaiki kereta atau kenderaan lain ada sunnah, adab dan akhlak. Jadi kita boleh ubah kenderaan yang dipermudahkan Allah S.W.T ini kepada sesuatu yang sangat berfeadah. Faedah pertama yang Allah S.W.T tunjukkan kepada kita dalam firman Nya :

“Dia menjadikan untukmu kapal dan ternakan yang kamu untuk dinaiki suapaya apabila kamu duduk di atasnya kamu akan ingat nikmat Tuhan mu.”

Allah mengingatkan hamba-hambanya yang memafaatkan nikmat Nya supaya ingat bahawa Allah yang sediakan semua kemudahan tersebut. Kemudian syukurilah nikmat itu. Apabila kamu menungganginya maka bacalah :

“Maha suci Allah yang memudahkan kami, Kami takkan dapat melakukannya sendiri. Sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali”
Inilah adab dan sunnah mengenai kenderaan :

i. Jika seseorang membeli kereta baru disunatkan untuknya ketika mula-mula menaiki kereta itu untuk membaca Bismillah.
ii. Kemudia bersyukur kepada Allah dengan membaca :
“ Segala puji bagi Allah atas kurniaan rezeki di luar kemampuan dan kekuatan ku”

iii. Sebelum mula memandu,menyentuhnya atau sebelum pindah milak, disunatkan untuk membaca :
“ Ya Allah, berikan aku kebaikannya dan kebaikan penciptaannya dan jauhkanlah aku dari kejahatan dan kejahatan penciptaannya”

Sunnah membaca doa ini supaya diberkati dan dipelihara oleh Allah.

iv. Menolong orang lain
Nabi S.A.W telah mengajar kita amalan sunnah yang sangat penting. Sabda baginda kepada sahabat :
“ Barangsiapa yang mendapat nikmat tunggangan maka mandaatkannya untuk mereka yang tak dapat”

Ini bermaksud sesiapa yang ada kenderaan harus menolong mereka yang tak ada supaya kita tak lupakan orang yang memerlukan. Contohnya anda sedang memandu dan jiran anda perlu menumpang atau anak-anak jiran perlu menumpang untuk ke sekolah dengan anak anda. Ini merupakan fikrah saling membantu antara satu sama lain kerana bukan semua orang memilikki kenderaan.

v. Rasulullah S.A.W mencuci dan membersihkan tunggannya sendiri
Nabi S.A.W pernah ditawarkan menaiki tunggangan dan duduk di depan. Baginda sedang berjalan ketika itu.

orang itu berkata : “Naiklah wahai Rasulullah”
Nabi S.A.W bersabda kepadanya : “Kau naiklah”
Dia menjawab : “Wahai Rasulullah, naiklah”
Baginda bersabda : “Tidak.Tuan tunggangan itu lebih berhak ke atas tunggangannya”
Lihatlah betapa mulianya adab baginda. Memadangkan kau tuannya, kaulah yang berhak duduk di depan melainkan kau berikannya kepada ku.
Lalu orang itu berkata : “Wahai Rasulullah, aku berikannya kepada kau “

Kemudian barulah Nabi S.A.W duduk di tempat hadapan itu. Kita boleh praktikkan adab ini ketika menaiki kenderaan orang lain. Kita tak patut terus duduk. Kita sepatutnya tunggu sampai diberitahu di mana kita boleh duduk. Inil adalah untuk memuliakan pemilik kenderaan tersebut.

vi. Manusia biasa meluangkan masa selama 2 tahun dalam kereta.
Nabi S.A.W ketika berada di atas tunggangan, baginda mengajarkan kita sesuatu. Perkara yang boleh dimanfaatkan adalah jika kita berada lama dalam kereta kita boleh mendengar bacaan Al-Quran. Sesetengah orang boleh hafal Al-Quran kerana mendengar kaset dalam kereta. Sesetengah yang lain pula mendengar syarahan kitab-kitab dalam kereta. Terapat banyak cara untuk memanfaatkannya jika kita sentiasa dekat dengan sunnah Nabi S.A.W.

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Kebaikan tiada pada menunggang kuda atau unta dengan laju, maka bertenanglah dan tungganglah dengan aman”

vii. Ganguan
Antara perkara penting yang perlu di sebut adalah gangguan pencemaran bunyi, kemarahan dan antara tempat sering terjadinya perkara-perkara di mana manusia menjadi marah adalah dalam kereta. Terutamanya bila berhadapan dengan jalan yang sesak teruk. Keadaan kesesakan trafik membuatkan manusia sangat tertekan hinggakan membawa kepada perbuatan mencemuh dan mencaci. Nabi S.A.W menegah kita dariapada mencaci. Jika berhadapan dengan kesusahan contohilah perkatra yang terjadi kepada sahabat yang sedang menunggang keldai bersama Nabi S.A.W, belia terjatuh lalu menyumpah syaitan. Kemudian Nabi S.A.W menoleh kepadanya dan bersabda :

“ Jangan mencaci syaitan kerana jika kau lakukannya, ia hanya akan membuatnya lebih besar sebesar sebuah rumah. Sebaliknya, sebutlah Bismillah.Jika kau sebut Bismillah, ia akan menjadi kecil sekecil seokor lalat”

Manusia yang kemarahan lalu mencaci dan menghina membuatkan jalan-jalan dipenuhi oleh syaitan dan syaitan suka menimbulkan kemarahan. Jadi jika anda berhadapan dengan kesesakan, sebutlah Bismillah.

viii. Bagaimana nak menilai diri anda ?
Perkara ini sangat penting berkaitan dengan kenderaan. Sesetngah orang menganggap bahawa nilai seorang manusia adalah pada hartanya. Sedangkan niai manusia adalah pada personaliti dan adabnya. Kerana Nabi S.A.W tak memandang semua ini. Baginda pernah menunggang unta, kuda, baghal dan keldai. Namun kini manusia bersusah payah untuk membeli kereta-kereta mewah kerana percaya ia akan menaikkan nilai diri mereka. Perasaan seperti ini tidak seharusnya ada dalam diri manusia.
Secara kesimpulannya, kita boleh mengamalkan banyak adab dan sunnah Nabi S.A.W ketika berada dalam kenderaan yang dipermudahkan Allah S.W.T untuk kita. Kenderaan kita itu boleh bertukar menjadi wasilah untuk kita mengikuti baginda. Setiap jam yang kita luangkan dalam kenderaan akan menambahkan kasih sayang kita kepada Rasulullah. Sekaligus menambahkan kasih sayang kita kepada Alllah S.W.T dengan mencontohi sunnah Nabi S.A.W.

manitis air mata sue... bila Bendera Islam dan Logo Yayasan Majlis Ta'lim Alfatihah Nusantara di turunkan dari WPW7677.. lambang ini lah yg membezakan kereta sue dan kereta org lain...


"Bendera Rasulullah"

 Bendera Rasulullah diturunkan di pagi Jumaat yg indah dihadapan pejabat
sue buat service UBS System.. 14 Nov 2014
akan dipasangkan di SU7100C.. pd 14 Nov 2014 selepas penyerahan kunci..
selepas sentuhan pertama sue SU7100C

**teringin sungguh sue nak bergambar bertenggek kat atas kereta WPW7677.. tapi... tapi..
kang org cakap "buang tebiat nak mampuuuuuuussssss"


sue letak lah anak kat atas tu...sue bertenggek kat tepi jea...


asben sue tanya... "ayang dah bersedia ke nak lepaskan kodok hijau kesayangan ayang ni?"
sue hanya senyum dan tak toleh kebelakang lagi... terus masuk opis..









alahai... senget lah pulak yea... hehehe































sue bekalkan helaian doa ni utk asben sue baca ketika terima kunci kereta SU7100C...

WPW7677 beralih ke SU7100C iaitu SUZI


Alhamdulillah... setelah penat berjimat cermat... akhirnya berbuah hasilnya... 

Alahai MYVI ku cayang... selamat lah engkau dgn owner baru... aku yakin owner baru mesti lebih take care dari aku... uhhuk3.. 


selamat tinggal WPW7677.. kenangan terindah bersamamu.. :(
ini kerete firts car sue...

sue jenis yg sgt setia... tak suka tukar2 kereta... atau pindah2 rumah...
tak suka tukar2 selipar atau handbag... tak suka lompat2 company..
sue akan pakai sehingga habis haulnya...

WPW7677 ni... sue diberi rezeki oleh Allah.. utk memilikinya pd thn Feb 2007..
masa tu lepas setahun keje di first company...
sue dah berenti keje setahun setengah di company lama ni pun..
masih ada yg bersangka... sue tinggalkan company lama dgn bawak lari kereta company sekali...

adehhh... penat ikat perut tiap2 bulan utk bayar kete ni... tp org fitnah kita bawak lari kete company...
so, utk elakkan diorang terus memfitnah... terus dpt dosa fitnah...
baik trade in... ambik kete lain... hapuskan segala kenangan yg berbau ex-company ...
kalau WPW7677 ini kereta company... takkan sue boleh trade in pulak yea...

terlalu banyak kenangan bersama mu WPW7677..
dgn miliki kereta ni lah... sue buka langkah utk jumpa client...
lebarkan kerjaya dlm marketing sebagai Medical Supplier...
inilah kete utk angkat barang hantar ke client...
dah sampai di hospital, angkut brg letak atas troli utk dibawa naik lift ke tingkat 4..
 kadang2, naik turun sampai 4 kali.. 
 tarik troli... tarik troli...
 sekali sekala terasa jugak troli yg tarik sue...
pusing belakang... barang jatuh tergolek2... malu tu xyah cakap lah kan...
tebalkan muka... betul kan brg2... susun semula atas troli... tarik lagi...
tak nak hantar guna lori sbb nk jimatkan duit syarikat company lama dulu...

cuba korang bayang... sanggupkah korang buat keje mcm ni?
masa sue jd kuli dulu... sue angkat barang.. susun atas troli mcm tu... pastu heret naik tingkat 4,
buat sorang2.. sanggupkah????
kebanyakkan staff baru tak boleh terima cara sue keje ni...
tp nak dpt result top sale mcm sue dapat... tp keje nak goyang kaki...

dari mula2 sue jd kuli... sue tak pernah anggap angkat barang itu beban...
tp sue anggap... angkat barang itu "ilmu"..
hantar barang ke customer... itu "ilmu"...
tarik troli itu "ilmu"...
bila kita anggap semua itu ilmu... baru kita akan pandai menguruskan sesuatu job itu dr A to Z.
bila kita boleh buat keje A to Z... barulah kita layak utk buka company sendiri...

skrg dah wak bisness sendiri... asben lah yg tolong hantar barang... hehehe

pernah sue train staf baru ikut cara sue keje... sbbnya dia nak jd mcm sue katanya...

diorang cakap... "mcm ni ke cara akak keje... saya rasa mcm org bodoh.. pakai smart2 pastu angkat barang mcm destpatch"..

okey... "kamu di intiview dan akan dilatih utk miliki apa yg sy miliki... kalu kerje remeh ni tak mampu buat mcmana nak handle projek2 besar? sbb... rosaknya projek2 besar disebabkan salah laku general workes... bila kamu pandai buat kerja bawahan... general workes tak akan dpt perbodohkan atau kelentong kamu..."

*fikir2kan lah sblm menjadi boss* 


Kenangan terindah bersama mu WPW7677
mengangkat sue drp kerani cabut ke SALE MANAGER..
(kereta adalah penyebab...segalanya atas TAKDIR ALLAH)
setelah dipikir2 dlm pelbagai sudut...
1) emak, ayah sue dan mertua dah semakin tua... jd, kena selalu ulang alik sepang-kelantan dan sepang - perak.. kalau kereta yg dah 8thn ni... agak2 berapa lama sgt boleh bertahan... kalu nak beli tahun depan... lagi parah... tak de rebet... pastu kena GST pulak...

2) sue jumpa client... kadang2 client hilang confident krn sue naik kereta myvi... ada tu customer sue cakap.."ko settlekan order yg rm500 tu... itu pun belum tentu boleh supply ke tak..."
hihihi... sue okey jea kena kutuk mcm tu... masa mula2 kena kat SM dulu... jumpa customer di kelantan... ada pekerja kerani lelaki kat situ perli... "dah berapa guni wak balik duit keje kat KL"
setakat perli merli nih... asam garam dlm kehidupan jea...

3) pengalaman asben sue pulak... kesian jugak asben sue kena kutuk ngan client dia...
masa tu bossnya naik kete asben sbb malas nak drive dalam KL..
pastu customernya sound bossnya "kalau ko nak main golf dgn aku, jgn naik myvi pulak"

4) ramai yg sangka WPW7677 ada kereta company lama sue... sedih sgt!

tak dinafikan... org hilang confident bila kita berwatakkan miskin...
nak tak nak... kena tukar kereta...
takut tu... memang takut lah... tawakkal jea lah...
harap2 dgn kereta ni... Allah permudahkan lagi rezeki dan panjangkan umur utk settlekan hutang ni..
tak nak lah mati dlm keadaan hutang... uhhukk3

hantar barang area klang velly.. rm250 kalu naik tingkat 4..
jd, kami akan hantar sendiri... pastu konvoi 2 kete.. asben dok depan sue dok belakang..
kalu sue dok depan kang... adalah tragedi langgar anjing serentak...
kereta tengah laju... motor sebelah sue... sue terpaksa kekalkan kelajuan utk elakkan terlanggar motor... dan utk elakkan anjing tu langgar motor sebelah sue...
 jd anjing tu pun langgar tayar depan sue... jatuh tergolek terguling2...
tengok kat cermin belakang... asben sue langgar lagi sekali...
berlaku sepantas kilat...
kami teruskan perjalanan utk hantar barang... wlpn laki bini dah langgar lari anjing itu...
***************

bincang punya bincang ngan asben...
sue mintak asben jea yg tukar kereta... sbb asben selalu intertaint client...
asben sue tak nak tambah komitent... sbb keretanya dah 7thn..
salah sorang kena mengalah... sue lah mengalah utk tukar kereta..
kalau ikutkan sue... lebih baik asben pakai kereta baru... sue pakai myvi 1.3..
myvi 1.0 trade in...
tp asben sue tak minat MPV...susah keluar masuk KL...
sue pulak suka MPV.. sbb senang nak angkat barang dan balik kampung...
bila sue dah beli kereta ni.. harap2.. asben dpt bertahan selama 5thn lah..
jgn tukar kereta... takut jd mcm sekarang...
kereta serentak cukup haul..

seelok2nya... satu family ada kereta baru dan ada kereta yg dah habis bayar..
jadi komitment tak tinggi lah...
kalau dua2 kereta baru... dua2 dah 9 thn... dua2 nak kena service selalu...
botak weiii... botak weiii...

Sue cuba utk ikuti hadis ini...

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!
 ***********
memandangkan sue ni berpendapatan kecil keje sbg handle akaun UBS system
dan bisness yg kecil kecilan jea..
sue pun ikutlah ajaran pakcik ni...
sebelum ni sue dah buat.. beli rumah flat utk tampung pembiayaan rumah teres 2 tingkat...
kali ni sue buat... beli rumah kedai utk tampung pembayaran bulanan kereta pulak...
semoga perancangan ini menjadi tersusun rapi... Aminnn..
HabusnaAllahawanikmal wakil..


kenapa sue tulis lakaran disini?
sue terlalu penat nak bercakap perkara yg sama sbb ramai yg bertanya...
 * bagaimana sue menguruskan kewangan...
* dan lakaran ini jugak, utk dijadikan rujukkan bila Daina & Hanna bila dewasa kelak...

pesanan sue satu perkara jea... pendapatan kecil tak ape asalkan berkat...
mcmana nak berkat... Tak boleh boros!!

kalau sue boros... confirm company tak boleh bertahan lama...
lupakan baju yg branded... lupakan kasut yg mahal... lupakan handbag yg mahal..
lupakan alat solek yg mahal...
satu lg yg sgt penting... jgn beli perhiasan2 yg mendekokan rumah...
kalu duit xberapa nak banyak mcm sue ni... pastu suka deko2 pulak...
duit segunung pun boleh habis..
jd... sue pantangkan diri sue sendiri utk deko2kan rumah... sekian!

baca betul2 cerita ni... ada kuiz dan hadiah dihujung cerpen pendek ni...
***********************
 dalam prosess pembelian kereta ni pun kita kena bijak cari rebet..
sambil termenung kat opis.. sue wasap kat asben... kereta Grand Livina ada rebet RM6k..
asben tanya bossnya... bossnya peminat kereta nissan..
bossnya terus call sales rep nissan... sales rep tu ckp ada rebet rm8k-9k...
fight punya fight dpt rebet rm9k..
sales rep (perempuan) terus dtg jumpa asben dan mintak dokumen yg berkaitan... sue terus email document.. dan dia terus prosess loan tanpa bayar booking rm500 di CIMB

dok 5 minit tu.. sue jumpa sale rep nissan yg lelaki kat opis sue..
gatal mulut tanya pasal nissan... dia ckp bg semua dokumen... dia nak prosess...
mula2 dia bg rebet rm 6k.. tp bila dia tahu sales rep perempuan tu bg rebet rm9k
dia pun boleh bg rebet rm9k jugak...
dlm kul 8pm... rales rep ni call... mintak dokumen dan bayar booking rm500..
sue dah ckp.. "kwn asben sue prosess loan tanpa bayar booking..."
sekali lagi sue ulang...  "kwn asben dah prosess loan dgn cimb..."
dgn suara sedikit merayu... dia mintak sue beli dgn dia...
adehhh... serba salah... nak beli ngan sape ni?
tengah dok serabut memasak... anak2 merengek ngada2..
dia pulak call desak mintak dokumen... 
sue pun forward lah dr email sales rep cimb ke sales rep maybank..
kat email tu pun sales rep boleh tahu... yg sue dah prosess loan dgn cimb..

dok 2 hari loan bank lulus... serentak lulus... Cimb dan Maybank...

sebagai customer.. kita akan pilih mana jalan yg termudah...

kes 1
sales rep loan cimb.. terima WPW7677 tanpa ke puspakom..
sales rep loan maybank... kena bawa WPW7677 ke puspakom.. mcm leceh sikit..
kang banyak pulak cekadaknya... nk kena repair itu... repair ini la...
tanya asben yg pernah jual kete.. kereta yg bawah 10thn tak perlu ke PUSPAKOM..

kes 2
sales rep loan cimb bg 50% diskaun utk bodykit
sales rep loan maybank tak ada 50% bodykit rm3500..
bila sue ckp.. sue dpt 50% dr sales rep lain... baru dia nak bg 50%..

kes 3
sales rep loan cimb bg rebet rm9k
sales rep loan maybank bg rebet rm6k..
bila sue ckp pasal perbandingan ni... barulah sales rep maybank nak bg rm9k..

kes 4
interest cimb lebih murah dr interest maybank..


tak mungkin sue akan beli 2 kereta yg sama...
dlm persaingan ni ada yg menang... ada yg kalah..
sue yakin...
yg menang tak dapat byk komisyen sbb sue trade in WPW7677 boleh tahan jugak lah nilainya...
yg kalah... tel sue dgn nada yg sedikit tegang... dan boleh terjejas silaturahim dgn saudaranya...

WPW7677 adalah kereta pertama sue yg sgt berjasa pd sue...
mestilah sue pilih sape yg nak beli dgn harga yg mahal...

persoalannya???
kalau korang sebagai customer... aka.. berada ditempat sue...
sale rep cimb atau sale rep maybank yg korang pilih?

 bg komen yg menarik di pm fb sue...
pengomen yg bertuah... sue akan hadiah kan sehelai shawl chiffon...

*Note:
kalau lelaki yg menang.. sue tetap bg shawl jugak...
yg dah kawin... boleh hadiahkan shawl tu kat isteri...
 yg belum kawin boleh hadiahkan pd tunang atau kekasih...
semoga dgn hadiah tersebut dpt mengeratkan kasih sayang suami isteri.
yg belum kawin.. semoga cepat2 kawin..

*************************************

sue sendiri banyak kali terima kekalahan dlm urusan supply brg2 hospital...
sblm sue bukak company... ramai client sue nk support...
bila sue dah buka company... hanya 1/3 shj yg support...
tp sue pandang kelemahan pd diri sue... mungkin sbb jenis product yg sue bawa tu berbeza...
mungkin sbb harga... mungkin sbb yg ketara adalah.. sue kurang jumpa customer...
sue terlalu cinta pd UBS system... sayang nak tinggalkan keje UBS system..
masa utk customer dan oustation tak ada... lagi pun, luas mana sgt langkah bisness women yg ada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua anak ni...
tp sue tak melenting pd customer... Alhamdulillah... ada yg tak beli brg medical...
dia rekemen kpd department lain utk beli alat tulis... Alhamdulillah, rezeki jugak..
cuma dlm bentuk yg berbeza...  cuba ikuti nasihat si anak yatim piatu ni...
"tiada yg menang... tiada yg kalah.. cukup lah Allah yg membalasnya.."
lebih kurang mcm tu la... sue xfaham sgt loghat indon dia tuu... hihihi
10 kali sue tengok... 10 kali menangis sbb ketabahan budak ni...


 sape yg beli kereta WPW7677 sgt beruntung tau...
kereta ni banyak bawak lucky kpd tuannya... amiiinnn..



 WPW7677 beralih ke SU7100C
no plat keningau, sabah.. hahaha... gara2 nak ambik nama SU tu SU lah... 71 tu ZI.. jadilah SUZI.. kikiki
bayar lah rm310 utk no plate ni... :)
tiap2 bulan kejar penyewa rumah kedai tu utk bayar kereta...


setiap rezeki tak pernah datang bergolek...
mesti kena usaha... besar modal besar risikonya...

surah Alam Nasyrah - ini lah surah yg sue amalkan masa mula2 menempuh alam pekerjaan...
setiap kesusahan diiringi dgn kesenangan... diulangi sekali lagi...
setiap kesusahan diiringi dgn kesenangan... yakin dan Istikomah! nekad!!!

biarlah sue abadikan gambar sue posing kat sini yea...
kereta WPW7677.. sue guna ketika bujang hinggalah dpt anak 2 org...





Bendera Rasulullah diturunkan pd pagi jumaat 14 Nov 2014..





tata.. titi.. tutu..

 ikuti entry seterusnya..
Doa mendapat kenderaan baru...