Pages

Thursday, 1 January 2015

Solat Sunat Musafir


Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.
.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر

“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)
.
Dalam hadis lain dari Sahabat Anas RA disebutkan:

وعن أنس قال كان النبي صلى الله عليه وسلم لا ينزل منزلا إلا ودعه بركعتين

Dari sahabat Anas berkata: “Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah tinggal di suatu tempat tinggal kecuali Baginda meninggalkannya dengan dua rakaat.”
.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ

وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

“Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)
.
Sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi 2 marhalah (96 kilometer); Maka disunatkan baginya mendirikan solat sunat Musafir dua rakaat. Pada umumnya cara melakukan Solat Sunat Musafir adalah sama seperti solat-solat sunat biasa yang lain.
.
.
.

Cara Melakukan Solat Sunat Musafir

.
  1. Lafaz niatnya:-
.
2. Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:
Rakaat pertama: Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua: Al-Ikhlas Surah atau An-Naas
,
3. Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)
.
4. Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir) berikut:


Maknanya:-

Ya Allah! Dengan pertolongan-Mu daku melawan musuh, dengan pertolongan-Mu daku menjelajah dan dengan pertolongan-Mu daku berjalan. Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu akan kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini serta apa yang Dikau redhai dari segala perbuatan. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana yang jauh. Ya Allah! Dikaulah yang sebenarnya menyertai daku dalam perjalanan ini dan pengganti (wakil) kepada keluarga dan harta yang ditinggalkan. Kerana itu sertakanlah dalam perjalananku ini, keselamatan dan kesehatan, dan tinggalkanlah pada keluarga dan hartaku kebaikan. Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung dengan-Mu daripada kesukaran perjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak pinak. Semua yang kembali, semua orang yang bertaubat dan semua orang yang beribadat, kepada Tuhan kami mereka memuji, dengan Rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!

.
5. Doa memulakan perjalanan
Setelah berada di dalam kenderaan, sebelum berlepas, bacalah doa berikut;
Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.





















 

********************

giliran ziarah org tua belah kelantan pulak...
tarikh yg asben pilihan 25 dec 2014... yessss!!! tepat waktu banjir..
tp banjir tahun ni.. banjir yg luar biasa... kesan banjir tu... ibarat spt stunami...
semua harta benda rosak... 

asben sue nak tak berani nak balik sbb semua jalan darat tutup... emak sue pun tak bagi balik jugak, sbb bahaya... tp sue nekad utk balik, sbbnya... rasa bersalah pulak jika cancelkan musafir ni..
maklum lah... kita kat sini serba lengkap... sedangkang org tua dikampung terputus hubungan...
terputus bekalan elektrik.. air... internet... telefon...

inilah gaya anak2 bertuah kami... org sibuk mengemas nak balik kelantan, diorang sibuk buat aksi ganas.. basikal diatas atas kerusi, pastu dua2 panjat naik basikal... hadoiiii, pening3..
Kul 1 pagi baru dpt tido... bangun pukul 3.30pagi... mandikan diorang... terus berkejar ke airport..
nasib baik ada kak yan bagi parking free kat airport selama 7 hari...

kakak dan adik yg sgt excited...
kitorang naik flight ni sbb nak tunaikan permintaan Si daina...
setiap kali nampak kapal terbang... mesti sebut nak naik kapal terbang..
bila si adik dah pandai bercakap... si adik pun turut mintak jugak...
so, berkoban lah tiket rm500 satu family tiket pergi balik...

senyum dimulut... gundah gelana dihati...
dlm kepala dok pikir... boleh sampai ke tak umah emak ni...


flight nak mendarat jea... bunyi kamera hp... klik klik klik...
semua org dlm flight ambik gambar nak update kat fb... hahaha
sekali tengok air kuning tu... kecut perut jugak lah...

beli tiket teksi kat kaunter...
kaunter ckp tak boleh masuk bandar kota bharu sbb air banjir dah melimpah...
plan nya nak naik bas ke tanah merah..

kitorang buntu kejap...

ticket teksi dah beli... RM30... tp teksi xnak gerak..

kitorang tukar tiket ke machang pulak... rm75..
tambah duit rm45...

teksi pertama tak nak bergerak... bgth kat teksi kedua,
"hantar jea kitorang setakat mana yg boleh..."
niat hati suenya... nak sampai ke rumah emak... taknak tido dihotel atau tak nak balik KL semula..
nekad!!

tak ada selera nak mkn kat airport... sue beli bungkus nasi lemak utk asben,
karipap, pulut pagi dan nasi goreng... makan dlm teksi...

teksi tu cuba redah... jln pertama yg masuk ditutup...
try jalan kedua ditutup jugak..
try jalan ketiga pun ditutup jugak...
driver teksi try jalan keempat pulak... ???

sue dgn anak2 kat belakang ni... dok mengunyah... hahaha
dlm hati nekad nak sampai kat umah emak... tp perut lapar weiii..
pastu terlelap... sedar2 dalam hutan rimba.. dikelilingi pokok getah...

oooo... rupa2nya driver teksi bawak masuk jalan kampung...

Alhamdulillah... sampai ke machang...
pastu melintasi simpang 4 kusial pulak... air sudah melintasi jalan....
driver teksi kena hantar kitorang cepat.. sblm jalan ditutup..

sampai jea kat rumah... emak sue terkejut beruk kitorang sampai... hahaha..
 
bila sampai rumah... elektrik tak ada...
air bergantung kpd tangki yg cukup utk 2 hari shj..
internet dan telefon tak de line..
 
haaaa... jem otakkkk...
 
emak sue bg tugasan kat kitorang...
cari stok ayam utk berniaga... sbb bekalan ayam difelda kemahang terputus...
dalam felda kemahang ni... semua org ada duit tp tak ada bekalan makanan...
memandangkan emak sue berada dalam kelompok org berduit..
maka, sistem perniagaan mesti di teruskan...
 
sambil tengok2 air banjir tu... kita jumpa tempat ayam prosess segar..
emak sue dpt meneruskan peniagaan nasi berlauknya spt biasa...
 
kitorang yg hidup di felda kemahang ni... aman damai, langsung tak tahu nasib mangsa banjir di tanah merah... sbb kitorang terputus hubungan..
utk ke tempat mangsa banjir pun tak boleh, sbb minyak kereta terhad...
semua stesen minyak dan ATM ditutup...
 
adik sue yg kat rawang bergegas balik felda utk hantar makanan, sardin, bihun,
ikan bilis, biskut, roti... sekali sampai rumah terkejut beruk... tengok emak sue dok goyang kaki kira duit hasil niaga... hahaha..
 
hari kelima kat sana... barulah air di simpang 4 kusial dah surut..
kami dptkan bekalan petrol di machang...
 


keadaan rumah yg serba kekurangan di landa banjir..
 
inilah perigi tempat kitorang dptkan bekalan air...
tu asben dok membasuh baju anak2... hehehe...
 
kakak ckp... "mama, nak mandi dalam periuk kera"
kitorang terpinga2... mana pulak dia dpt perkataan periuk kera nih... haishhh..
 
nasib baiklah anak2 sue tak meragam tak ada elektrik...
kakak mcm memberontak lah... sbb tak dpt bukak laptop...
si adik pun mengamuk jugak sbb tak dpt bukak hp...
satu keje kitorang kena menyanyi live kat diorang...
kering tekak jugak lah... kalu dah kena ulang sampai lima enam kali...
 

 
selfie lah dulu...
beratur panjang nak isi minyak di machang...
 
mcm2 ragam mangsa banjir nak dptkan bekalan elektrik utk on hp masing2...
yg besar dukung yg kecik utk pasang charger hp kat cable yg tinggi...
 
sue pulak terima call dr Pak Kiyai shj yg bertanya kabar sue dan nasihatkan jgn balik KL selagi banjir tak surut... call yg lain terpaksa direjeck sbb nak jimat bateri hp..
 
hp asben dpt bukak internet... hp sue pulak tak dpt...
ishhhh... stress sungguh xdpt nak reply sapaan msg dan wasap kengkawan...
 
"abg, tlg tengok tablet ayg nih... kat mana rosaknya, tak boleh internet laaa..."
asben pun berenti kete kat tepi jalan... godek2 tablet sue...
dia try call hpnya.. "Sila membuat bayaran utk meneruskan panggilan telefon anda.."
"ayg nih, wak malu abg jea... bill telefon tak bayar, pastu kecoh tak boleh internet.."
 
"Lurp" kena potong rupanya... hehehe
 
internet slow nak bayar guna maybank2u... ATM dan kedai celcom tutup...adehhh...
hiduplah mcm katak dibawah tempurung tanpa information terkini... 
 
 
Kolah di masjid Machang yg kering...
nasib baik asben sue tinggi... boleh guna air ni utk cebok si kakak dan adik...
 

air banjir surut jea...
para peniaga teruskan perniagaan masing2..
utk cari rezeki semula... rezeki sebelum ni hilang di telan banjir...
Keropok Goreng Celup Tepung...
memang sedap!
yg menanam ubi... keluar ke tepi2 jalan utk menjaja hasil tanaman masing2...
hari ke 4 kitorang di klate... bandar tanah merah masih lagi ditutup..
byk kereta, motor dan bas yg tenggelam air tersadai di tengah2 jalan...
Masjid di tepi sungai ni adalah salah satu tempat mangsa banjir selamatkan diri...
diorang semua berada kat atas bumbung...
 
pastu, kami ke rantau panjang pulak...air banjir dah mula surut...
 

di pekan rantau pajang...
ramai peniaga2 menjual brg2 lelong... biasanya separuh harga...
utk brg yg tenggelam air...
 

hehehe... kitorang pun beli set pinggang mangkuk Luminac yg tenggelam banjir...
harga asal rm100 (harga bebas cukai)... dah tenggelam dibanjir rm50 jea... boleh lah kan...
 

perut pun lapar nih...
beli lokcing dulu... mkn dlm kete...

 
bekalan ais dpt dr siam...
para peniaga air cendol dpt niaga mcm biasa...

anak2 mangsa banjir yg seronok main air...

tersempak pulak dgn nasi air siam ni...


memang sedap!!
meggi goreng pun ada...


teh o ais rm0.50 secawan... memang murah...
 

stok lilin pun dpt dr siam... warna warni dan wangi...
ini gerai mak cik yg jual goreng pisang...
mak cik ni berniaga goreng pisang setiap kali musim banjir sbb tak boleh nak menoreh...
terharu sue tengok diorang... tak pernah bersilang kaki menunggu bantuan...
diorang akan berusaha utk teruskan kehidupan...

ini pulak gerai putu halba...
peniaga ini pun salah seorang dari mangsa banjir...
semua perkakas rumahnya musnah...

diorang bersatu dibawah satu bumbung utk mencari rezeki....
 
mlm2 inilah aktiviti kitorang..
mkn ubi rebus bertemankan lilin...
langsung tak tahu perkembangan mangsa banjir...
terputus hubungan... kembali ke zaman kehidupan 60an..
 
kenyang makan ubi rebus mlm tu.... tido pun lena...
bertemankan lilin dan ubat nyamuk...
tiba2 terdengar sayup2 suara abg kandung sue memberi salam...
argghhh... mimpi kot... sambung tido...
asben sue pun sama... dia tengah mimpi boss nya hantar bantuan banjir kat kitorang...
dengar suara abg iparnya bg salam... dia abaikan jugak, sbb ingat mimpi...
sekali kena sergah kat abg kandung sue ikut tingkat...
kebaboo lah terkejut... hahaha..
 
abe ngah sue pun explain...
ini bantuan dari jemaah islam di bangi utk warga kusial yg tengah lapar.. tak boleh keluar kampung sbb banjir...
 
kitorang pun anggguk2 kebingungan... sbb dah rasa macam lama sgt tido... rupanya baru pukul 12mlm... huhuhuhu.. lambatnya cerah... takut anak2 mengamuk jea...
 
ikuti next entry utk tengok apa yg ada dlm lori tu...
 
tata.. titi.. tutu... sue nak lunch duluuuuu...




  .


No comments:

Post a Comment