2015 Nur Sufi Hadaina akan ke sekolah utk umur 4thn... penghujung tahun 2014 sue dh start google..
sekolah kanak2 yg menitik beratkan unsur2 keislaman...
kadang2 korang tengok SUEperb MaMa ni rock... yup, memang sebelum ni dikenali sbg "Ustazah Rock" nama tu semakin terhapus krn sue bukan aliran pendidik..
utk anak2 pulak... sue memang nak titik beratkan agama... hidup dalam kelompok aliran agama islam.. itu target pertama sue... survey punya survey... google punya google...
jumpa lah sekolah PASTI Kids BBST...
lagu ni sue jumpa time godek mak cik google pasal PASTI..
sue dah dedahkan daina dgn lagu ni kat lap top sejak 2 bln sebelum ni...
spy daina set kat kepalanya warna pakaian PASTI yg akan dipakainya...
05 Jan 2015 sampailah masa nak hantar daina ke PASTI... ayahnya yg hantar... memang menangis laaa.. so, cikgu2 kat situ memang berpengalaman menguruskan kanak2 yg manja...
tengah harinya sue intai si kakak... Alhamdulillah, daina sgt seronok main... mama pun senang hati nak keje...
Daina suka berkepit ngan cikgu Fatin...
cikgu ckp... daina ni suka berkawan dgn cikgu2 jea...
mungkin daina terbawa2 lagi suasana di rumah pengasuhnya..
ada umi... aboh.. abg.. kakak fathini.. fekoh.. aloiii...
dlm masa yg sama... cikgu train daina spy berkawan dgn rakan taulan...
pukul 11.30 sue tinggalkan daina dgn senang hati.. dan confident hantar report kat asben..
kakak suka kat school PASTI tu..
pukul 5 asben ambik daina...
Daina murung... marah bila ditegur...
kami terpinga2... tak tahu nak pujuk mcmana...
kalau dah daina start duduk silang panggung tu...
hadoiiii... mati kutu kitorang...
bawak gi jalan2 kat pasar mlm... Alhamdulillah, ok balik...
daina kembali ceria...
hari kedua di school PASTI pulak...
dpt msg dr group... baju sekolah dah boleh ambik bg ibu bapa yg dah bayar yuran...
yuran tahunan rm565... yuran bulanan utk pagi rm145... transit ptg rm130...
yuran tahunan rm565... yuran bulanan utk pagi rm145... transit ptg rm130...
cepat2 sue pergi sana... nak pastikan daina lebih seronok bila dpt baju PASTI nanti...
tengok lah... betapa seronoknya daina dpt baju seragam...
sue tinggalkan daina dgn kengkawannya...
terus transit sampai petang...
hari kedua daina dah seronok dan tak murung lg...
cikgu dah dah faham kehendak daina...
daina jenis yg tak pandai berkawan...
tp nak selalu didampingi..
tak boleh tinggal dia sorang2.. nanti dia manangis...
makan pun masih bersuap...
hari ke tiga...
dgn hati girang nya... mama pulak hantar kakak gi school...
sembang anak beranak dlm kete otw ke school..
"mama, boleh hantar gi rumah umi tak?"
"kakak dah besar... kakak kena pegi school... umi balik kampung.."
"aboh ada tak?"
"aboh balik kampung.."
"fekoh?"
"fekoh pun balik kampung.."
"kakak fathini?"
"kakak fathini pun balik kampung"
daina diam sekejep...
"kakak kan dah besar... kakak kena gi school... baru kakak jd anak yg baik... yg bijak.. baru Allah sayang.. Rasul sayang.. mama ayah sayang..."
sampai depan pintu PASTI... daina mula wak dramanya...
terus menangis... ustazah cepat2 dukung dan pujuk..
mama pun tersentuh hati... yea lah...
kesian kat daina... rindukan keluarga pengasuhnya...
apa boleh buat... skrg dah sampai masa daina kena belajar utk explore perkara baru...
mama pun pegi lah kerja dgn linangan air mata... cehh,
sedih mcm aku pulak yg rindu kat umi...
kesian sgt kat daina... sbb mcm paksa daina lupakan pengasuhnya..
rasa bersalah sgt...
tp pengasuhnya dah nak pencen dr mengasuh.... daina pulak dah layak utk ke sekolah...
memang kena paksa la... keras kan hati sue ni....
tengah hari sue pegi kat PASTI lagi utk tengok mood daina....
daina dah merajuk dgn sue...
merajuk sbb sue tak hantar ke rumah umi pagi td...
puas pujuk,..
sue pujuk utk hantar jumpa dgn umi... daina cakap tak pandang muka sue..
nampak sgt daina merajuk...
kesian sgt...
sue dukung bawak masuk kete... kakak mengamuk... cikgu tlg dukung.. pun mengamuk...
alih2 kakak nak keluar kereta utk masuk dlm school balik... tp tak nak sue dukung... nak cikgu yg dukung... betul2 marahkan sue sbb paksa lupakan uminya... huhuhuhu
cikgu pun heran dgn sue...
biasanya ibu bapa yg manjakan anak ni...
sbb anak tunggal... tp daina ada adik... dimanjakan spt anak tunggal...
sue memang cukup kesian jika kanak2 mengalami tekanan sbb "RINDU"
perasaan rindu itu datang dari Allah...
kanak2 tak ada kudrat utk tunaikan perasaan rindunya itu...
kita ibubapa lah yg perlu tunaikan kehendak rindunya...
kerana... "Anak itu Amanah"
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap anak-anak.”
Alhamdulillah... dpt cikgu yg penyanyang...
sanggup melayan kerenah anak didik yg manja ni...
umur 4thn.. masih berdukung dan makan bersuap... adehhh!
1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.
Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka.
Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.
2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud; “Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”
Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
3) Umur anak 15 hingga 21 tahun Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.
Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/DidikanakcaraRasulullah/Article/index_html#sthash.UL2L1esG.dpuf
Semoga cikgu2 PASTI beroleh keberkatan duina dan akhirat...
Aminnnn...
No comments:
Post a Comment