Pages

Monday, 22 July 2013

Yoga Untuk Bayi

Assalamualaikum...

Entry kali ni sue nak kongsi cara yoga utk bayi...

nak tiru yoga ala-ala org putih ni... memang tak sampai hati lah...
http://www.anehdidunia.com/2013/02/mengerikan-cara-yoga-untuk-bayi.html



bukan setakat baby yg termuntah...
sue yg tengok ni pun hamper termuntah..
pening weiii..
dipusing2... dilipat2...
ohhhhh... tidakkkkk...
 

jadi kita Yoga Al Ghazali lah...
iainya akan lebih berkesan dari sudut rohani dan jasmani...

sambil nyanyikan zikir tu..
sambil urut badan si kecil anda.....
jika si kecil tak de response..
 
ulangi lagi...

 sampai lah si kecil anda bg reaksi yg positif...
 
Surah Ra'ad : Ayat 28
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”.
 Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:
1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq


Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud:
‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’
 
dlm blog ni.. ada video daina berzikir menyebut Allah.. Allah... Allah...
semenjak lahir... sue selalu zikirkan Allah... Allah... Allah... ditelinga Hadaina.

 utk si adik pulak sue zikir yg panjang sikit...
sbb sue tengok si adik lebih agresif dr kakak...


inilah kasihnya seorang ibu...
Dodoian Ibu...

 

New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga!!!

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pe...rtolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Sunday, 21 July 2013

Tempat-tempat menarik di klate part II


Assalamualaikum...


Cik Siti Wan Kembang.. ooo.. cik siti wan kembang... SUEperb MaMa dtg nak shopping product2 org klate niiii... nak makan air tangan orang Kelantan ni...

sebelum ke Kelantan tu...
bolehlah belajar cakap Kelantan kat lagu ni dulu..
senang nak tawar menawar dalam loghat Kelantan...

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra menjadi mercu tanda keagungan Islam di bumi Kelantan. Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.
Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.
Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
info dipetik dari : http://www.come2kelantan.my/place/masjid-beijing-rantau-panjang
 
 

memang unik...
lokasi masjid ini terletak ditepi lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang..
sekitar 2km drp Pekan Rantau Panjang..
 

ni otw ke kota bharu pulak..
berhenti sekejap beli nenas..
 
 

sampai sudah Pasar Besar Siti Khadijah...
 

pasar ini simbol pelancongan negeri Kelantan...
peniaga2 di sini dimonopoli oleh kaum hawa...
 

yg buat sue teruja...
kat sini ada jual bunga2 yg Wangi utk dibuat mandian...
 

bunga tanjung... bunga melor...
 

lada besar ini hanya di Kelantan shj..
susah nk jumpa kat tmpt lain...
memang sedap utk buat solok lada..
biasa dipanggil lada siam.
 

suasana yg meriahhh..
 

rumpai laut... ygdibuat kerabu..
"kerabu sarang"
 

kulat sisir
 

ini gerai kuih muih..
mejoriti kuih muih kat sini siap dibungkus...
 

Bahan2 mentah Lai Chi Kang...
 

kuih2 kampong..
 

ini kuih Tahi Itik..
haaaa... jgn terkejut ada nama kuih mcm tu...
Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.
info dipetik dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_tahi_itik
 

sue lupa nama kuih ni...
 

cendol... sagu..
 

makanan kering org klate..
agar2 kering..
 

lempuk durian..
 

ini dodol Kelantan..
memang manis meleting la...
 

ini salah satu kedai kat atas pasar Siti Khadijah..
boleh dibeli untuk dibuat buah tangan..
 

Ini Kuih Ladu...
pernah dgr x kuih ladu? klu org india kuih laddu tu sejenis manisan tp klu org klate plk kuih ladu tu makanan org dlm pantang / ibu lepas bersalin...rasa dia?
hmmm... sue blm makan lagi..
sbb kuih ni dibuat dari lada hitam... utk panaskan badan..
skrg dlm bln puasa.. susu pun dah start kurang.. kalu badan panas nanti Air Susu Ibu lagi la kering..
tu yg dok tersadai lagi tu...
 

kat sini jugak byk jual keropok2 kering...
 

buah kanji
 

buah Nona
 

Taddaaaa... ini puteri2 kami..
Tqvm aunty Ika bg hadiah baju sorangg satu kat puteri2 kami...
ni kakak yg tengah baik keranahnya...
 

ni time mood tak berapa nak baik...
tinggalkan adiknya... pastu kakak bertenggek ngan ayah..
hmmm... mcm ni lah menguruskan anak yg berderet2 ni... hahaha
 
 Haaaa... ni ada citer best lagi sekali...
ada kwn asben sue join kitorang jln2 kat KB ni...
berenti solat kat masjid tepi jln tuu...
pastu masuk kete balik utk sambung destinasi kami..
bila sampai di KB.. kami pun nk mkn mlm la...
tiba2 kwn asben ni... terkial2 cari seliparnya...
semua org dok tertunggeng2 cari seliparnya...
sampai kesudah tak jumpa...
dia ckp dia pakai selipar masa masuk kete tadi... bila nk kuar seliparnya tak de...
hadoiii... asben sue pun kuar lah jln kaki ayam ke restoren tuuu...
dan bg seliparnya kat Mek Ayu ni haaaa...
ishhhh... mcmana boleh jadi gitu..
tuan masuk kete... seliparnya tak masuk..
hahaha..
 
 
sekian sudah musafir familly SUEperb MaMa di Kelantan Tanah airku...
tata... titi... tutu...
 
 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
 
 
 
 
 
 


Friday, 19 July 2013

Singa Mengaum Kembali dalam siri kedua Analisis kerjayaku

Assalamualaikum...

terasa ringan tangan ini untuk tulis tentang pengalaman kerja sue lagi sekali selepas penulisan pertama dulu...
http://sueperbmama.blogspot.com/2012/11/career-analisis-kerjayaku.html

sblm ni sue ada tulis tentang perletakkan jawatan sue SMSB
http://sueperbmama.blogspot.com/2013/04/akhirnya-resign-jua-genap-8thn.html

Setelah 8 thn dlm medical.. onak duri kehidupan sale rep semua dah rasa...
8thn sue dilatih buat dua kerja dalam satu masa... iaitu buat AKAUN + SALE.
sehingga ke hari ini... sue tak boleh tinggalkan salah satu... jika tinggalkan salah satu... otak sue akan beku sebelah... lama kelamaan akan jadi org blur2.. mesti kena buat dua2... bila keluar opis outomatik sue akan berfikir tentang sale...
bila masuk opis... outomatik sue akan berfikir utk uruskan akaun syrk..

lepas pantang sue keje sbg Akaun Executive sepenuh masa.. tiba2 rasa otak jd beku sebelah... hadoiii... kena wak sale jugak nih... nak active kan otak sebelah lagi...
................................................

Ramai pulak customer2 sue call dan terkejut dgn keputusan yg sue resign dr SMSB...
semuanya bg semangat spy sue teruskan lagi service dalam bidang medical..

biarlah sue abadikan sokongan dan kata2 semangat  yang diberikan oleh customer kpd sue kat sini... bila Hadaina dan Dhiahanna dah besar nanti... boleh ambil pengajaran dari pengalaman hidup mamanya.

---> Panggilan yg pertama sue terima dr En Khalid, seminit selepas sue publish kat blog..
"apo keputusan yg dah demo buat nih?"
"sy dah penat..."
"berapa sue dpt gaji kat SMSB"
"RM????.??"
"abis tu? apa yg demo nok lagi? gaji dah byk.."
"bila byk sgt tekanan sehingga hilang rasa ikhlas bekerja krn ALLAH... duit bukan ukuran lagi... tp keberkatan dan ketenangan yg sy cari.."

---> Panggilan kedua dari putrajaya...
"sue, bila ko masuk keje?"
"sy dah resign dr SMSB, MA call direct senior kat sanalah saya dah email penyerahan kerja sblm bersalin ari tu"
"kenapa ko resign?... kenapa ko xjumpa aku dulu?"
** menitis air mata krn masih ada yg ingatkan sue...

---> panggilan ketiga dari kuantan...
"sue, kenapa awak berenti dr SM, awak kan org paling lama kat sana.."
"jodoh pendek.."
"abis tu awak wak ape skrg?"
"saya keje bahagian akaun.. sambil tu wak sale medical la slow2.. sbb semua kena setup drp zero balik ni"
"awak bg profile company dan bisness card awk kat saya... ada bajetkan sy tolong nanti.. "
"terima kasih MA... saya masih tunggu product dr oversea ni... utk OEM brand SUEMED"
"bagus sue... dulu sue sbg manager product skrg sue adalah MANAGER HEALTHCARE"
"terima kasih bg semangat kat saya..."

panggilan keempat kota bharu... ini merupakan order pertama yg sue dpt order... Alhamdulillah..
"sue, awak dah resign dr SM ke?"
"ahha... kalu mcm tu... sy nk beli brg ngan awak lah... buatkan quotation utk ******....."
"okey..."
**perhgggg... mcm lipas kudung cari product.

Selepas sue jumpa client diputrajaya... menitis air mata sebak... kerana masih ada yang sudi membantu..
ikhlas sue ckp... sue memang tak nak bukak company sendiri... sue memang tak suka jadi boss... tp dah tiada pilihan.. terpaksa layan jugak..

sekang sue mula dr bawah balik spt sue mula2 keje di SMSB... cuma... permulaan sue kali ini lagi teruk bila komisyen ditunda dari June ke sblm raya... Yuppp.. memang perit... nasib baik ada simpanan...
wlpn ada yg nak invest tp sue sgt takut utk berhutang...

ada customer kecewa sue keluar dr SM tanpa bgth...
sue menyepikan diri utk muhasabah diri... sape suka mula dari bawah kali kedua.. semua org nak duduk kat atas untuk makan untung atas angin... semua org nak makan atas angin!!

tapi... apa yg sue hadapi hari ini... sue kena mula dr bawah kali keduaaaaa tauuuuu!!!
memang terduduk lah... tak cukup terduduk... sampai terbaringlah... tak cukup terbaring... hmmm.. memang tergolek lah...

ketika tu... sue muhasabah diri mencari kesilapan dalam diri sendiri...
menyepikan diri utk mencari hikmah disebalik kejadian...

tak dinafikan, pastinya ada pihak yg berkecil hati dgn sue sebab keluar dr SM tanpa bgthnya...
sedangkan dah 8thn beliau support sue..
beliaulah yg support sue menjadikan sue Top Sale Dispo Selama 8thn!!!

sue menyepikan diri utk mengelakkan telinga ini mendengar fitnah2 dr penghasad dengki... 

 

hinggalah sue dengar lagu ni...
sampai bila sue nak terus jatuh tersungkur akibat fitnah dan iri hati org lain.. 


mulakan dengan zikir harian..
 
 
 surah AlFatihah yg sue amalkan ketika mula2 keje di SMSB..


 
diiringi dgn Surah Insyirah..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا diulangi sekali lagi,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap

 
SUEperb MaMa bangkit kembali dalam dunia medical...
ketepikan segala tomahan2 manusia yg pengecut...
yang inginkan kesenangan dgn menjatuhkan org lain...
.............................................
 
okeyyy... bila sue dah siapkan setting akaun bersystem UBS di company White Solution...
Akaun pun dah bersystematik... yg penting skrg disiplinkan diri utk ikut system...
hmmm... kepala pun mula beralih utk fikirkan SALE pulak..
maklumlah...
..............................................
 
tiap2 ari kita berdoa spy Allah murahkan rezeki kita...
kalu kita bertahan kerja sbg kerani jea... tak ikhtiar utk sale langsung..
mcmana rezeki nak bertambah...
pastu salahkan majikan tak naikkan gaji... tak cukup tu...
salahkan Allah pulak tak bagi rezeki lebih...
jgn salah kan Allah... sbb segala kesalahan ada dlm diri kita sendiri!!
nak tak nak... kena buat SALE utk tambahkan rezeki seiring dgn doa harian kita...
 
dlm keadaan terguling tuuuu...
Allah ketemukan dgn product dari kilang di Taiwan...
bermulalah episode : "Aku Import Barang Dari Taiwan"
 
perghhh... ini memang ambik risiko yg besar..
tapi... hasbunallahawanikmal wakil...



PRODUCT Oooooo PRODUCT....


sue dah biasa import barang masa keje dulu... OEM semua product brand sendiri..
apalagi... google sana sini.. cari manufacturing kat oversea.. tak nak kacau yg supplier ex-company dulu...yakin dgn "Bumi Allah Luas... Rezeki Allah Melimpah Ruah"

akhirnya Allah ketemukan jua dgn manufacturing tuuuu..


ini salah satu productnya...
 
 
Alhamdulillah... satu per satu Allah buka jalan... yg tinggal sekarang "gerakkan tangan dan kaki... Allah pasti bagi rezeki" YAKIN!!!
 
 
muncul kembali bukan untuk bersaing... tapi sekadar mencari rezeki sementara menunggu kematian..
 

ada juga yang bertanya...
"mcmana awak uruskan masa untuk buat sale dan akaun dlm satu masa?"
"itulah anugerah Allah yg sgt bernilai kpd saya..."



Terima Kasih Ya Allah!!! kerana lapangkan dadaku dalam UjianMU..
SUEperb MaMa tak bijak... tapi... SUEperb MaMA smart!!!
tata... titi... tutu...

 


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di





Thursday, 18 July 2013

Nilai rambut bayi yang dicukur

Assalamualaikum...

entry kali ni adalah sambungan entry sebelum ni... iaitu ---->>>
---->>> http://sueperbmama.blogspot.com/2013/04/cukur-rambut-bayi.html

jom kita layan SUEperb MaMa agihkan sedekah mengikut nilai emas rambut Hanana..

ini gambar hanna yang dah tumbuh rambut baru...
setelah sue timbang rambut yg dicukur dlm nilai emas RM360... Hanana lahir ketika emas tengah mahal... memang meloncat lah nk membayarnya... hahaha..


haiii... Allah dah gantikan rambut baru utk saya!!!
 
wajah baru dgn style rambut baru!!!
 
si kecik Hanana ni memang suka senyummm...

senyum lagiiii... chakk!!

eh2... gelak pulakkkk...

amboiiii... sukanya dioooo...


kepada siapa kita nak agihkan duit tu?
senang jea... utk lebih sekata penerimanya...
sue sponsor makanan ringan utk tetamu ketika kenduri kawin kakak ipar sue..
jadi... boleh dikatakan sekampung terima sedekah dr nilai rambut Hanana..
hehehe...
 
belilah jajan...
 
paper bag ni... asben sue yg sponsor..
inilah pengantinnya...
 
memang meriah kedurinya...
 
pengantin malu2... hik3..

kalu dah jadi pengantin... tak kiralah tua ke... muda ke...
memang malu2... kikiki..
............................................................................................

biarlah sue simpan kenangan komunikasi si kecil kami kat sini yea...


 




sekian sudah... perkongsian cara pengagihan nilai rambut bayi style SUEperb MaMa!!
tata... titi...tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Wednesday, 17 July 2013

Tempat -tempat menarik di Kelantan


Assalamualaikum...

Entry kali ni sue nak cerita tentang kemeriahan negeri Cik Siti Wan Kembang...
salah satu destinasi yg menarik adalah Rantau panjang... sehingga ada yg beri gelaran Syurga Membeli Belah...

setiap kali balik Kelantan sue mesti singgah di pasar ni...


korang jgn lah imagine tmpt ni secantik KLCC.. sbb tmpt ni tak de aircond... beratapkan zink  jea...


model entry sue kali ni... mcm biasa lah... adik sue sendiri!!!
 haaa... ini dia model SUEperb MaMa!!!
 kat rantau panjang ni... memang terkenal dgn barangan mainan kanak atau dewasa..
iaitu.. teddy bear.. anak patung peluk...
 tudung memang murah2...
lagi pun tudung wanita ni bermusim...
sekejap selimpang sana... selimpang sini... confirm rugi kalu beli yg mahal2..
so, baik shopping kat rantau panjang...
 kat sini semua barangan dari Thailand...
shopping kat sini sama dgn shopping golok...
 kraf2 tangan dr Thailand pun bermusim...
musim ni bunganya ala2 kain net dan daiwai..
memang cantik!!!
 skrg musim peplum... memang berlambak... boleh dikatakan setiap kedai ada jual baju atau kain peplum..
RM15 sehelai... itu blm tawar menawar harga lagi...
kebiasaan pelancong suka membeli dodol sebagai buah tangan utk rakan taulan..
 jeruk2 pun adoooo...
 adik sue akan beli bawang jeruk setiap kali balik Kelantan utk dijual kat taiping....
 makanan ringan pun kebanyakan dari siam...
 sekarang musim tudung bemanek..
kalu nak beli yg berjenama tu confirm harga RM200 - RM300..
sedangkan nk pakai dlm masa setahun jea... lepas tu keluar patern baru pulak...
so, lebih baik beli kat rantau panjang yg harganya RM30 - RM50 shj..
tp, kalu duit dah berkepuk... layan jea lah tudung yg berjenama..
 krongsang jugak jd buruan pelangcong...
memang separuh harga murahnya...
ori ke.. tak ori ke... itu belakang kira...
sebabnya... dua2 akan berkarat...
yg ori akan berkarat... yg tak ori pun akan berkarat...
tepuk dada tanya kemampuan...
 colek daun kadok...
sue sendiri pun tak pernah makan...
memang pelik... cara makannya ala2 makan daun sirih..
 limau bali...
 parking depan kedai jea...
 ini tmpt jual buah...
pertama kali keropok yg sue jumpa warna warni n cantik...
diperbuat dr buah kelapa...
hasil air tangan org Thailand...
 
model sue tengah beli bawang jeruk yg dipesan oleh opismatenya...
segan nak tawar menawar... takut hilang keayuan katanya...
 
 
apa pun... pengalaman yang xdpt sue lupakan..
bila terpandang sorang makcik kebaya terpijak tikus mampusss sampai pecah kepala tikus tuh...
darah tikus tu melekat kat ibu jari kakinya...
tp, terus jalan control ayu wlpn ada kegelian diraut wajahnya... wakakaka..
 


kat sini bkn tmpt melepak mcm KLCC yea..
 "tmpt ni touch --->>> bayar and go"
ikuti entry seterusnya tentang...
Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu!!!
tata... titi.. tutu..
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di