toinn... toinn... SUEperb MaMa muncul lagi dgn perkongsian aktiviti di dlm pantang.... :-)
sblm tu... sue nk ucapkan ribuan terima kasih kpd Kak Ita (opismate asben) krn bg hadiah utk Hanna...
taddaaaa.... inilah hadiahnya...
kali ni cerita pasal cukur rambut pulak yea..... jom ita kongsi pengalaman ini...
cukur rambut Nur Sufi Hadaina sue dan pie lakukan sendiri... main hentam keromo jea..
tak tengok hari pun... main cukur jea...
utk Nur Sufi Dhiahanna... pengasuhnya (Mak ngah) ni seorang bidan...
dah bidan depan mata, baik kita serahkan pd yg pakarlah...
mak ngah ckp... tak boleh cukur rambut pd hari luruh pusat.
hari yg sunat cukur rambut jatuh pd hari yg sunat potong kuku... isnin, rabu, khamis dan jumaat.
pastu... cukur rambut ni kena hati2 sgt... tak boleh luka kulit kepala... kalu luka... hilang pahala org yg mencukurkan rambut tu, malah dpt dosa...
siap cukur.. sedekahkan makanan utk kanak2... mcm bubur nasi ke... kuih muih ke..
hari khamis adalah hari pilihan mak ngah utk cukur rambut Hanna...
hari ke 31 Nur Sufi Dhiahanna dilahirkan...
setelah selesai baca doa2..
mak ngah mulakan kejenya dgn gunting rambut yg panjang dulu...
pastu barulah cukur perlahan2...
seghiauuuu jugak sue nengoknya...
Hanna pulak xdok diam.. marah kepalanya dipusing2... ditenyeh2..
sue pun sumbat puting... baru diam...
ni cukur belah belakang kepala pulak..
rambut yg dicukur td... diletak dlm mangkuk yg ada air..
spy rambut tu x terbang..
dah siap cukup... sue tapis rambut dgn kain net...
diperah buang air...
abih pantang nanti... sue akan timbang dgn nilai emas kat kedai emas...
nilai emas tu ditukar dgn duit RM... kmd sedekahkan utk org miskin...
sedekah tetap kena sedekah... wlpn kitorang x berapa nk kaya... kikiki
sunnah nabi sedaya upaya dilaksanakan...
ini bedak sejuk..
bedak sejuk disapu pd bahagian kepala dan muka utk hilangkan miang rambut...
skrg mak ngah pakaikan benang hitam kat tangan dan perut...
kalu cukur kepala ngan bidan memang dipakaikan benang ni...
benang ni dibaca ayat2 al quran...
anggap jea pakai benang ni mcm pakai rantai emas/silver/plastic... sekadar perhiasan...
kalu anggap utk halau hantu setan... itu dah jd khurafat..
sama jugak.. kalu kita pakai "mask" masa H1N1 utk halang penyakit H1N1..
itu pun boleh jadi khurafat jugak... sbb yg berkuasa menghalang penyakit hanyalah Allah..
apa yg kita buat hanyalah Ikhtiar shj...
jadi... pakai Mask atau pakai benang yg salah???...
atau iktikad yg salah???... tepuk dada tanya iman..... hihihihi
haaaa... kat bawah ni ada artikal tentang cukur jambul, cukur rambut dan Qaza'...
selamat membaca!!!!
Adat Cukur Jambul
Agak popular dalam masyarakat kita mengadakan majlis yang diistilahkan sebagai 'cukur jambul' yang menjadi adat turun temurun. Artikel ringkas ini menukilkan beberapa nas dari sunnah untuk melihat adakah amalan cukur jambul ini menepati satu sunnah atau adat sahaja dan bagaimana pandangan Nabi (صلى الله عليه وسلم) mengenai hal ini.
Islam mempunyai cara dalam menguruskan rambut dan ada hukumnya tersendiri yg berkaitan dengannya spt mencukur rambut anak yang baru lahir dan masalah mengqaza‘ rambut.
Adalah Sunat mencukur keseluruhan rambut anak (lelaki atau perempuan) yang baru lahir pada hari ke-7 (selepas kelahirannya). Menurut pendapat yang ashah (paling sahih), sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325) Sebagaimana sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) yang maksudnya :
"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Demikian juga, sunat disedekahkan emas atau perak setelah ditimbang berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin, sekiranya mampu. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak yg baru lahir tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi (صلى الله عليه وسلم) daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang bermaksud :
"Rasulullah(صلى الله عليه وسلم) telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Qaza' (قزع) iaitu mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah dilarang oleh Nabi (صلى الله عليه وسلم). Ia adalah cukuran sama ada di tengah kepala meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)
Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah(صلى الله عليه وسلم) menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi (صلى الله عليه وسلم) telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)." (Hadis riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya pada rambut itu banyak perkara-perkara yang berhubungkait dengan hukum, sama ada perkara yang dilarang atau yang disunatkan. Oleh yang demikian, adalah wajar diketahui perkara-perkara tersebut agar tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan amal atau tidak terlanjur pada melakukan kesalahan.
Selesai sudah amalan sunat cukur rambut bayi dr SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu....
New batch will b soft
awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned
peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
welcom, jom follow di follow yea.. :)
ReplyDeleteHokey.. Paham.. tq utk perkongsian...
ReplyDelete