Pages

Sunday, 21 July 2013

Tempat-tempat menarik di klate part II


Assalamualaikum...


Cik Siti Wan Kembang.. ooo.. cik siti wan kembang... SUEperb MaMa dtg nak shopping product2 org klate niiii... nak makan air tangan orang Kelantan ni...

sebelum ke Kelantan tu...
bolehlah belajar cakap Kelantan kat lagu ni dulu..
senang nak tawar menawar dalam loghat Kelantan...

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra menjadi mercu tanda keagungan Islam di bumi Kelantan. Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.
Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.
Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
info dipetik dari : http://www.come2kelantan.my/place/masjid-beijing-rantau-panjang
 
 

memang unik...
lokasi masjid ini terletak ditepi lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang..
sekitar 2km drp Pekan Rantau Panjang..
 

ni otw ke kota bharu pulak..
berhenti sekejap beli nenas..
 
 

sampai sudah Pasar Besar Siti Khadijah...
 

pasar ini simbol pelancongan negeri Kelantan...
peniaga2 di sini dimonopoli oleh kaum hawa...
 

yg buat sue teruja...
kat sini ada jual bunga2 yg Wangi utk dibuat mandian...
 

bunga tanjung... bunga melor...
 

lada besar ini hanya di Kelantan shj..
susah nk jumpa kat tmpt lain...
memang sedap utk buat solok lada..
biasa dipanggil lada siam.
 

suasana yg meriahhh..
 

rumpai laut... ygdibuat kerabu..
"kerabu sarang"
 

kulat sisir
 

ini gerai kuih muih..
mejoriti kuih muih kat sini siap dibungkus...
 

Bahan2 mentah Lai Chi Kang...
 

kuih2 kampong..
 

ini kuih Tahi Itik..
haaaa... jgn terkejut ada nama kuih mcm tu...
Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.
info dipetik dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_tahi_itik
 

sue lupa nama kuih ni...
 

cendol... sagu..
 

makanan kering org klate..
agar2 kering..
 

lempuk durian..
 

ini dodol Kelantan..
memang manis meleting la...
 

ini salah satu kedai kat atas pasar Siti Khadijah..
boleh dibeli untuk dibuat buah tangan..
 

Ini Kuih Ladu...
pernah dgr x kuih ladu? klu org india kuih laddu tu sejenis manisan tp klu org klate plk kuih ladu tu makanan org dlm pantang / ibu lepas bersalin...rasa dia?
hmmm... sue blm makan lagi..
sbb kuih ni dibuat dari lada hitam... utk panaskan badan..
skrg dlm bln puasa.. susu pun dah start kurang.. kalu badan panas nanti Air Susu Ibu lagi la kering..
tu yg dok tersadai lagi tu...
 

kat sini jugak byk jual keropok2 kering...
 

buah kanji
 

buah Nona
 

Taddaaaa... ini puteri2 kami..
Tqvm aunty Ika bg hadiah baju sorangg satu kat puteri2 kami...
ni kakak yg tengah baik keranahnya...
 

ni time mood tak berapa nak baik...
tinggalkan adiknya... pastu kakak bertenggek ngan ayah..
hmmm... mcm ni lah menguruskan anak yg berderet2 ni... hahaha
 
 Haaaa... ni ada citer best lagi sekali...
ada kwn asben sue join kitorang jln2 kat KB ni...
berenti solat kat masjid tepi jln tuu...
pastu masuk kete balik utk sambung destinasi kami..
bila sampai di KB.. kami pun nk mkn mlm la...
tiba2 kwn asben ni... terkial2 cari seliparnya...
semua org dok tertunggeng2 cari seliparnya...
sampai kesudah tak jumpa...
dia ckp dia pakai selipar masa masuk kete tadi... bila nk kuar seliparnya tak de...
hadoiii... asben sue pun kuar lah jln kaki ayam ke restoren tuuu...
dan bg seliparnya kat Mek Ayu ni haaaa...
ishhhh... mcmana boleh jadi gitu..
tuan masuk kete... seliparnya tak masuk..
hahaha..
 
 
sekian sudah musafir familly SUEperb MaMa di Kelantan Tanah airku...
tata... titi... tutu...
 
 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment