Pages

Thursday 24 November 2016

Nur Sufi Raihannah - Puteri ke 3 blogger SUEperb MaMa

Assalamualaikum...
Nama saya Nur Sufi Raihannah..
Nama kakak saya yg sulung..
Nur Sufi Hadaina
Nama Kakak sy yg no 2..
Nur Sufi Dhiahanna

Hari ke 18.. Asben baru sempat daftar nama anak.. Aduhaiii.. Sibuknya asben sue ni...

Utk pilih nama ni.. Memang susah.. Tak kira lah.. Nak pilih Nama anak ke... Nama syarikat ke... Memang susah tauu... 
Bg nama membawa maksud yg baik.. Takut makruh sebab memuji anak...
Bagi nama yg tak ada maksud mcm nama sue ni... 
Rossuzilawatey... Ishhh.. Kesian jugak...
Tp nama sue ni ada maksud yg tersendiri "Rossuzi... Lawa.. Terrrr..." Haaaa... Gitulah lebih kurang maksudnya.. Wakaka

Ada satu contoh nama org indon..
Namanya "Kasut".. Kat indon kasut disebut sepatu... Kat malaysia kasut di sebut kasut.. Bila si penama kasut dtg kat Malaysia... Hadoiii.. Gelak Nak terkencing org kaunter nak panggil namanya "Kasut"..


Hasbunallahawanikmal wakil..
Kita sebagai ibubapa sudah cuba yg terbaik utk beri nama yg terbaik pd anak2 kita...

Peaceeeeyoooo.... 

Dipetik dr fb abdghaniharon...

NAMA YANG MEMUJI DIRI 

Bila nak menimang anak,banyak orang mula memikirkan nama, hendak nama yg baik,yang sedap bunyi sebutan,dan sebagainya. Tetapi ada orang terlupa dlm mencari nama yang baik pun,ada yang dihukum makruh atau yang tegur oleh nabi.
Jom kita dalami sikit hal ini.

Dimakruhkan memberi nama yang mengandung arti keberkatan, kebaikan atau yang menimbulkan rasa optimis, seperti nama Aflaha (beruntung), Naafi‘ (bermanfaat), Rabaah (keuntungan), Yasaar (kemudahan) dan lain-lain. Sebabnya bila seseorang bertanya,"Rabaah ada ke tidak?"Lalu dijawab tidak ada kerana memang dia tiada disitu.Rabaah bermaksud keberuntungan,seolah kita menyebut tiada keberuntungan.Jadi dlm situasi begini,nama sedemikian tidak sesuai dan dimakruhkan.Alasannya  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
و لا تُسَمِّيَنَّ غُلَامَكَ يَسَارًا وَ لاَ رَبَاحًا وَ لاَ نَجِيحًا وَ لاَ أَفْلَحَ, فَإِنَّكَ تَقُولُ : أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ فَيَقُولُ: لاَ
“Jangan kamu namai hamba sahaya (atau anak) kalian dengan nama Yasaar, Rabaah, Najiih dan Aflaha. Sebab apabila kamu bertanya, “Apakah dia ada?” Jika ternyata tidak ada maka akan dijawab, “Tidak ada.” (HR. Muslim no. 2137)
Begitulah juga contoh bagi nama yg semisalnya,yg nampaknya baik tetapi bila dlm situasi tertentu menjadi maksud tidak baik.Bukan saya yg kata,nabi yg sebut dan dimisalkan. Elakkan nama begini,bukan shj yg dimisal dlm hadis tetapi nama yg yg semaksudnya,yg bersifat baik,berkat tetapi dlm situasi tertentu menjadi maksud menafikan kebaikan,keberkatan atau seumpamanya.

Dimakruhkan juga memberi nama yang mengandungi tazkiyah iaitu pujian terhadap diri sendiri, seperti Barrah yg bermaksud 'wanita yang baik dan berbakti' dan Mubaarak yg bermaksud 'yang diberkati', padahal boleh jadi orangnya tidak demikian.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu,
أَنّ زَيْنَبَ كَانَ اسْمُهَا بَرّةَ، فَقِيلَ: تُزَكّي نَفْسَهَا، فَسَمّاهَا رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم زَيْنَبَ
Dulu Zainab bernama Barrah, sehingga orang mengata 'dia memuji dirinya sendiri'. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menangganti namanya dengan Zainab. (HR. Bukhari 6192 & Muslim 5732)
Dalam hadits, Muhammad bin Amr bin ‘Atha ia berkata,”Putriku aku beri nama Barrah. Lalu Zainab binti Abu Salamah berkata kepadaku, ’Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melarang menggunakan nama ini. Dahulu aku bernama Barrah, lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku, “Janganlah kamu memuji diri sendiri! Sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa yang baik di antara kamu.” (HR. Muslim)

Jadi nama yg memuji diri seperti Barrah yg membawa maksud wanita yg baik dan berbakti ditegah oleh nabi,maka kita kena mengambil kira nama lain juga yg memuji diri agar tidak diguna kpd anak cucu.Saya tidak mahu memberi contoh bimbang ada menjeruk hati.Kalau dah tersilap kerana tidak mengetahui, maka kita ambillah sunah nabi yg mengubah nama tersebut,kalau tak terubah pada kad pengenalan pun,ubahlah pada panggilan.Saya hanya menyampaikan,tak setuju,tak suka,terpulanglah.Saya berpegang kpd prinsip 'Sampaikan dari aku walau satu ayat' yg merupakan pesan dari nabi.

Nabi juga menunjukkan contoh supaya nenukar nama yg buruk, yg jelek kpd yg lebih baik.
Ibnu Umar menceritakan,
أَنَّ ابْنَةً لِعُمَرَ كَانَتْ يُقَالُ لَهَا عَاصِيَةُ فَسَمَّاهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَمِيلَةَ
Salah satu putri Umar bin Khattab ada yang diberi nama Ashiyah (wanita pembangkang). Kemudian diganti oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan nama Jamilah. (HR. Ahmad 4785 dan Muslim 5727)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengubah nama-nama yang dilarang. Beliau mengganti nama Ashiyah dengan Jamilah, Hazn (sedih) dengan Sahl (mudah), Barrah dengan Zainab, Jatssamah dengan Hassanah, Syihab diganti dengan Hisyam, dan Harb diganti dengan Salam. (Mausu’ah al-Fiqh al-Islami)

Semasa menjadi guru,saya menemui banyak nama pelajar yg buruk maknanya,tetapi saya tak mahu sebut disini.Mungkin banyak dari kita kini lebih berhati-hati pada nama yg bermaksud buruk,tetapi kita terlupa atau tidak mengetahui bahawa nabi juga melarang nama yg memuji diri.
Dah terbuat, dan hukumnya makruh, tetapi sedapatnya tidak diulangi kpd anak cucu yg akan datang.
Wallahua'lam abdghaniharon






No comments:

Post a Comment