Pages

Wednesday 20 May 2015

Hutan Lipur Kuala Woh

Ramai yang mungkin tidak tahu kawasan pelancongan menarik Hutan Lipur Kuala Woh apabila melalui jalan lama dari Tapah-Cameron Highlands. Hutan lipur ini yang di bawah jagaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak ini mempunyai keunikan sendiri kerana pengunjung bukan hanya dapat mandi manda di kawasan air terjun, tetapi menikmati kolam air panas di tepi sungai itu.

Ramai pengunjung tidak mengetahui kewujudan kolam air panas itu, malah hairan apabila ternampak kepulan asap di tepi sungai itu.

Apabila menyedari ada­nya punca air panas dari perut bumi mengalir di tepi sungai itu, pengunjung kagum dengan keunikan alam semula jadi di kawasan berkenaan.
perikan dari sumber myMetro

****************
Ahad lepas asben bekesempatan bawa kami ke Hutan Lipur Kuala Woh...
asben cakap kat sini ada air panas semula jadi... seriusss... sue memang tak percaya apa yg asben cakap... kadang2 gurauan dia tu menipu sampai ke sudah... kadang2 gurauan tu memang betul... so susah nak tahu apa yg dia cakap tu betul ke tak...
sekali tu... bila sampai jea di tepi jeram... sue pelik tengok berasap...
takut pun ada... takut gunung berapi...
org yg main air kat situ pun perasan tengok muka sue yg jakong ni...
sampai2 terus ambik gambar...
nampak sgt tak pernah sampai sini kan????

kakak pernah mandi jeram masa umurnya 4bln...
masa tu tak tahu apa2...
sekarang kakak sgt takut tengok jeram... adik pun ikut kakak sekali... takut jugakkk...

so, tak boleh paksa diorang terus mandi...
slow2 sue turun kan kaki diorang dlm air... pastu betis.. pastu paha...
pastu letak diorang atas batu... pastu turun diorang hingga ke dada...

hinggalah adik mula beraksi nak berenang...
 kakak pun boleh duduk atas batu dlm air... tp masih takut lagi...

nak mandi pun kena pilih tempat2 jugak....
ada air dan pasirnya panas... ada yg sejuk...
kena pilih2... kalau terpijak yg tmpt panas memang terloncak2 lah dlm tuuu... wakakaka..

kat jeram ni tak ada gerai... kena bawa bekal sendiri...
mejoriti yg dtg semua berkelah... bawa mkn sendiri...
ada yg bawah khemah utk jadikan tmpt persilanan pakaian..

suasana yg memang redup sejuk... bunyi kicauan burung..
memang buat hati jadi tenang...


Info..Info... Info...
jarak perjalanan ialah 13 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands dan 72 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang. Jika dari Kuala Lumpur keluar di Plaza Tol Tapah dan akan sampai dalam 20 - 30 minit sahaja. Hutan Lipur Kuala Woh terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tapah yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

yg pakai baju pink tu bukan pekerja kaunter kat Hutan Lipur Kuala Woh tau...
itu Blogger SUEperb MaMa... Tata.. titi.. tutu...

No comments:

Post a Comment