Pages

Friday 19 January 2018

MEMBUAT BINAAN PARKING ATAU BERKEBUN ATAS TANAH REZAB KERAJAAN


Soalan; 1) saya ingin bertanya apa hukum kalau saya buat tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan persendirian dan family saya sahaja diatas tanah rizab jalan (dlm taman perumahan).

2) apa hukum saya berkebun dan mendatangkan hasil pendapatan tambahan diatas tanah rezab sungai.

Jawapan;

Bismillah. Diboleh mengguna/memanfaat tanah milik kerajaan atau awam dengan beberapa syarat:

1. Tidak terdapat larangan dari pihak kerajaan atau pengurusan awam, kerana mentaati ulil-amri bagi arahan yang tidak menyalahi Syariat adalah wajib. Firman Allah (bermaksud); "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" (surah an-Nisa', ayat 59).
 
2. Tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai, seperti mengganggu laluan orang ramai atau sebagainya. Sabda Nabi: "Jangan melakukan kemudaratan (kepada orang lain) dan jangan saling memudaratkan" (Sunan Ibnu Majah; 2340, hadis soheh).

3. Bersedia menyerahkannya kembali bila diperlukan kerajaan atau orang ramai. Ia seperti meminjam barang milik orang lain, bila dituntut oleh tuan empunyanya, wajiblah kita memulangkannya.

Sumber dipetik dari tulisan :
http://ilmudanulamak.blogspot.my/2014/07/membuat-binaan-atau-berkebun-di-atas.html?m=1

Sebelum ni tanah rezab depan rumah Sue terbiar dah jadi tempat pembuangan sampah dan tempat kucing berak.. Penuh dgn najis kucing.. Rasa kotor Sgt.. Sue letak pasu utk elakkan jd tempat pembuangan sampah.. Kebersihan kan separuh dari iman. 

http://sueperbmama.blogspot.my/2012/11/selamat-ulang-tahun-sayang.html?m=1

Sue bercucuk tanam di hadapan rumah di atas tanah rezab kerajaan. Daripada tanah rezab tu dijadikan tempat buangan sampah.. Lebih baik sue bersihkan dan bercucuk tanam. Sue menanam betul2 di depan rumah Sue spy tidak mengganggu tanah rezab depan rumah jiran yg lain.. Mana lah tahu.. Takut2 jiran pun ada plan utk menanam jugak ke.. Nak buat parking ke..

Kita hidup berjiran ni.. Kena lah ada rasa hormat... Sekiranya kita ingin buat sesuatu kat atas tanah rezab kerajaan.. Kena pandang dulu kiri kanan.. Adakah tanah itu jiran yg lain sudah buat sesuatu..

Kalau jiran sudah buat buat parking kat tanah rezab.. Jgn lah kita robohkan parking semata-mata utk bercucuk tanam.. Itu dikira menyakitkan hati jiran. Sekira jiran sudah letak ampaian baju kat tanah rezab kerajaan.. Jgn lah kita buang sesuka ampaian jiran semata-mata utk buat parking atau bercucuk tanam. Hormat jiran.. Minta izin utk ubah suai apa yg jiran sudah buat kat atas tanah rezab kerajaan. Sebab Masing2 tak ada hak pun kat atas tanah rezab kerajaan tu. Tak ada sesiapa pun boleh miliki tanah rezab utk buat spt harta sendiri. Yg tinggal cuma rasa hormat sekiranya ingin mengalih hasil kerja org lain. Sama jugak.. Sekiranya jiran parking kat depan rumah kita atas tanah rezab kerajaan.. Boleh tak kita alih kan kereta jiran sesuka hati.. Tak boleh kan? Krn kita menghormati harta jiran dan tak boleh menyakitkan hati jiran.

Cuba bayang.. Sekiranya Sue robohkan parking kat atas tanah rezab kerajaan semata-mata Sue nak bercucuk tanam. Saje nak tunjuk samseng.. Org Kelantan kata "Gedebe" orang bandar kata "nak tunjuk power".. Apa perasaan org yg buat parking kat atas tanah rezab kerajaan tu? Kecil hati bukan?

Kita rasa kita sudah sempurna iman..  rukun islam sudah dilaksana.. Rukun iman sudah di hati.. Tp menyakitkan hati org?  Apa hukum menyakit kan hati orang?
Hmmmm.. Tanyalah Ustaz.

HORMATI JIRAN

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:

"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".

Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya" ( Hadis riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya" (Hadis riwayat Bukhari)

SABAR  KERENAH JIRAN

Seseorang itu hendaklah sentisa sabar dengan karenah atau gangguan jiran, kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepadanya. Dalam sejarah dimana telah datang seorang laki-laki kepada nabi s.a.w menyatakan:

 " Ya rasulullah, tunjukan aku pada amal yang jika aku mengerjakan akan dapat memasukan aku ke dalam syurga". Nabi menjawab:" Jadilah kamu sebagai orang yang baik". Orang itu bertanya:" Ya Rasulullah, bagimana aku mengetahui bahawa aku ini seorang yang baik?. Maka nabi menjawab:"Tanyakanlah pada tetanggamu, maka jika mereka mengatakan engkau baik maka engkau sebenarnya adalah baik, maka jika mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau adalah jahat". ( hadis riwayat al-Baihaqi)

Tata.. Titi.. Tutu.. Sue cikidout dulu... Nak tengok apa jd kat opis.. Bye!

No comments:

Post a Comment