Pages

Monday, 26 August 2013

Khasiat Susu Ibu


Assalamualaikum...

semalam cucuk 3 serangkai utk Nur Sufi Dhiahanna.. puteri kedua sue.. check up bulanan hanna dgn doc pakar... segala persoalan tentang bayi.. memang sue soal yg pakar lah... hmmm... bayaran pun memang pakar lah... sekali service +  sekali cucuk utk 3 serangkai ke tiga RM150... hihihi

yang bagusnya checkup ngan pakar ni... jawapan setiap persoalan kita terus terjawab...
pastu doc cek perut anak samada bengkak atau tak... pastu check paru2..


persoalan sue???
ramai yang salah faham tentang penyususan bayi.. terutamanya "FULL BREASTFEEDING"

"Doc, saya nak susukan anak saya sepenuhnya susu badan selama setahun boleh tak?"
"tak boleh mama.."
"kenapa tak boleh?"
"Full breastfeeding ialah selama 6 bln shj, selepas 6 bln mesti campur makanan kaborhidrat utk pembesaran bayi... bayi takkan cukup zat sekadar menyusu badan selepas 6 bln... nak tak nak kena bagi makanan tambahan.."
"Dalam al quran menyebutkan susukan bayi sekurang-kurangnya 2 tahun tu bermaksud SUSU BADAN + MAKANAN TAMBAHAN (spt bubur utk bayi)"
"yup, mama... kalau mama bagi susu badan shj saiz perut bayi tak membesar sbb perut bayi cuma terima air susu shj tak ada pepejal (karbohidrat)... zat dalam susu badan tak cukup utk menampung keseluruhan pembesaran bayi, yang dimaksudkan FULL BREASFEEDING tu.. susu badan sepenuhnya tanpa susu formula. bkn tanpa makanan"
"oooo..saya takut nak bagi makanan kat bayi... sebab takut sembelit mcm kakaknya.."
"Allah tak jadikan insan tu dua serupa mama... kalau kakaknya sembelit... adiknya belum tentu sembelit mama"
"yea tak yea jugak.."hahaha
"kalu mama rasa takut utk bagi makan bubur... takut perut bayi terkejut... mama boleh mulakan dgn bubur yg sgt cair dan dicampur dgn serat"..
"saya terbaca dlm fb... ada yg susukan bayinya sehingga 2 thn tanpa makanan lain"..
"yg dlm fb tu mama... dah di tambah sekilo garam... kalu mama terbaca boleh percaya 0.000001% shj yea..." 
"Lurp"
"berat anak u ni normal... betul2 line tengah... so.. kalu mama nk lengah bagi makanan pepejal boleh lah sampai ke umur 7 atau 8 bln... jgn sampai setahun yea.."
"ok doc, tqvm..."

Alahai Adik Hanana... cayang bucuk mama... bucuk2 mmuahhhhh!!!

rezeki Hanana hari ni... Alhamdulillah..

Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.

Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

-Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

-Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

-Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.







Selamat menunaikan tanggungjawab seorang ibu... dr SUEperb MaMa!!
tata... titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Thursday, 22 August 2013

Didik anak untuk berzikir

Assalamualaikum...


Selamat hari raya Aidilfitri dari keluarga SUEperb MaMa!!

kali topic berzikir...
utk didik anak berzikir bukan satu perkara yang mudah... tp ia akan jadi senang bila suami isteri sepakat... iaitu jgn segan utk berzikir dgn suara yg kuat depan anak-anak2...

contoh yg sue buat ni... suara pecah ke... sumbang sumbing ke... hentam jea...

anak-anak akan cepat hafal bila dengar rakaman suara ibu bapanya...
sbbnya sue akan rakam kat part2 yg anak2 suka shj...

lagi satu, kami ajar berzikir tidak mengira tempat dan waktu.. kami tak fokus berzikir di atas sejadah shj...

bila anak berderet2 ni... lepas bagi salam kiri kanan (solat)... terus cabut telekong dah... yg kakak terjerit2.. yg adik merengek nangis nk tido... huhhhh... tasbih entah ke mana...so,  jalan yg terbaik... kita berzikir sambil mendidik anak2 jea lah...

biasakan berzikir dalam kereta bersama dgn anak2...
disebabkan suara kita terkurung didalam kereta shj..
so, anak2 akan beri perhatian setiap kata2 yg keluar dr mulut kita...
(abaikan suaru sue yg pecah lemak tu yea.. sblm beranak dulu.. rasanya merdu... lepas beranak buruk pulak bunyinya... hahaha... byk urat putus kot...)
 

anak2 memang suka dgn handphone kan...
so.. download lah zikir2...
 

selain tu... time pakaikan baju pun...
teruskan mendidik anak berzikir..
 
astro oasis juga main peranan penting ketika waktu maghrib...
 

lama kelamaan... si kecil kita akan pandai berzikir tidak kira masa tempat dan waktu...

bila kita dah didik anak berzikir tidak mengira tempat dan waktu... jgn terkejut yea.. tiba2 si manja kita berzikir di dalam bilik air sambil mandi.. sambil poo poo...  uikkk... jgn terkejut tiba2 terdengar sayup2 dr jamban "subhanallah... subhanallah.. subhanallah..."

si manja kita blm tahu lagi nak bezakan antara tempat yg mulia dan tempat syaitan.. so, kita jgn terus tinggi suara pd nya... tp nasihati dan explain dgn nada yang lembut..



selamat mencuba terapi jiwa utk si kecil anda dr SUEperb MaMa!!
tata.. titi.. tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

Monday, 19 August 2013

Pilihan Product


 

 

 
 
 

** Sila semak available saiz tudung yang dikehendaki setiap gambar sebelum order**

Order tudung yang bertanda 'Available' sahaja ya.. ;)

emailkan setiap pembelian ke  sueperbmama@gmail.com
atau whatapp 017-2838  319 (sue)





 
Call Telemarketing Service 
 
Sue 017-2838 319



Rose 014-304 0013


Jaja 017-3134 188

 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Friday, 16 August 2013

Sue


 
 
Keluarga SUEperb MaMa


Nama blogger SUEperb MaMa sebenar Rossuzilawatey Haji Hasein,
dikenali dgn panggilan manja Sue.
Mula berblogging sejak thn 2010 dgn tujuan utama untuk berkongsi pengalaman hidup menjadi seorang ibu yang bekerjaya.

Berkelulusan Diploma Pentadbiran Islam di UNISZA, Terengganu.
 miliki Sijil Profesional dalam Accounting System (mahir dlm UBS System).




 
 

Monday, 5 August 2013

Resepi Nasi Ayam

Assalamualaikum...


Ramadhan dah nak tinggalkan kita... Ahlan Wasahlan YA SYAWAL...

menjelang syawal ni.. mungkin ada yg tengah2 pening cari menu utk hari raya... meh sini sue rekeman utk masak nasi ayam bg tetamu yg dtg yea...

resepinya sgt mudah...



Bahan A :
masak sup ayam mcm biasa..
tumis rempah dan perkakas sup...
masukkan  air da ayam biar betul2 lembut ayam tu...
 

kuah sup tu digunakan utk masak nasi..
masukkan semua rempah yg dalam sup kedalam beras..
biar ada aroma kulit kayu manis...bunga cengkih... bunga lawan...
biar naik bauuuuuu nyaaa...
 

ambil ayam yg dlm sup tu...
gaulkan dgn kicap dan sos tiram...
 

pastu goreng...
hmmmm... memang sedap lah...
 

utk sayur pulak...
asben sue goreng tauge ngan sos tiram... memang sodap!!! 
 
 utk sambal kicap :
tumbuk cili dan bawang putih.
masukkan kicap dan garam..
siapppppp!!!
 
 Tadddddaaaa...
Nasi Ayam SUEperb MaMa dah siaaaappppp!!!!!
 
 
asben sue chef kat rumah...
sue standard cleaner kat rumah...
hahaha..

skrg giliran sue mengemas dapur... asben jaga anak pulak... hihihi
kami memang tak suka org gaji..
sbb dia mengganggu keromantikan kami kat rumah...
wakakaka... lagi satu.. salah pilih org gaji.. silap2 dpt yg jenis pencucuk satey dlm rumahtangga...
uiiii... nauzubilllahhh...
baik kita buat keje sama-sama... makan sama-sama... hidup enjoy tanpa org ketiga...
terima keadaan rumah seadanya...
Alhamdulillah Ya Allah!!!
 
 
Selamat menjamu selera dari Air Tangan Suami Sue!!!
Selamat Hari Raya...
tata... titi.. tutu..
 
 
 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
 
 
 
 
 

Tuesday, 30 July 2013

Maidah Cuisine Restaurant



 Ramadhan Buffee Bebuka Puasa 2013...
 
sabtu lepas family sue berbuka puasa ngan kawan2 asben yg EX-UPM di
 Maidah Cuisine Restaurant..
 
asben sue book atas nama SUFI seramai 30org..
 
Lokasinya : No: 28-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A Putra Heights,
47650 Subang Jaya.
 
ini pakejnya..
 
 inilah menunya utk hari sabtu..
.............................................................................
 
 
Kakak daina dah tak sabar nak jumpa kawan2nya..
 

 
 

"touch sini la ayah..." 
 

sedapnya kakak makan brocoli..
 

ini family en nazri klang..
 
amboiii... bkn main berselera lagi...
pasangan romantic ni mkn lamb steak..
 

perghhh... telan air liurrrr oiiii...
 

 sue dan hanana...
bercintan cintun nk buffet time ada anak kecik ni...
huhuhu... memang mencabar la...
bersiap sedia utk dengar tangisan hanana yg telah memeriahkan majlis.. hik3..
confirm menarik perhatian para pengunjung restoren maidah... hahaha
 
 ruang makan yg berhawa dingin..
suasana yg kemas... bersih.. tenang..
sgt sesuai utk makan bersama family dan rakan taulan... 
 
 si kakak dah kenyang...
habis semangkuk spaghetti..
 
 spaghetti aglio olio -----> rebutan kanak2...
 
 makanan yg cukup dan tak perlu berebut2..
 

 
 menu bakar-bakar atau goreng-goreng..
ada kat luar..
 
 ikan bakar... kambing bakar... 
 
 bahan2 utk ABC
 
 ABC siappp!!!
memang sedap sbb ada buah 'kabung'..
 
  suasana yg sgt selesa utk menjamu selera dan lepak..
 
 yg bagusnya restoran ni... ada surau kat tingkat atas...
suraunya pun bersih dan berhawa dingin jugak...
memang selesa..
sue lupa nk bawak hp nk ambik gambar suasana surau tu..
pertama kali sue ke restorant yg sediakan surau yg selesa...

inilah dia Maidah Cuisine Restaurant!!!!
 
 
Pengalaman berbuka puasa yg menarik dr SUEperb MaMa!!
tata.. titi.. tutu...
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di


Monday, 29 July 2013

Shopping Raya di Jalan Tar

Assalamualaikum... shopping raya yg tak sudah2 ni...

Jom layan lagu ni sambil baca celoteh SUEperb MaMa...
 



Raya tahun ni... kami shopping kat Jalan TAR...


selalunya shopping baju raya kat butik2 dibangi... PKNS bangi... warta bangi... Metro Kajang..
sbbnya shopping last minit... so.. main rembat jea.. tak kira harga dah... janji ada baju raya..

asben sue suka shopping last minit... katanya baru ada feel nak raya.. hahaha.. feelnya dtg bila pilih baju raya sambil dengar lagu raya... haduiiiii...

sue pulak suka shopping awal2.. sbb kalu beli lambat nanti dah abis yg cantik2... kang tinggal yg lebih2 pilihan org pulak...

tp kena ikut lah rentak asben.. kang jd bini derhaka pulak kan... layan jea la..
thn ni kami dikirakan shopping awal la... iaitu 10 hari sblm raya... selalunya esok nk balik kampong... mlm tu kami shopping..

thn ni memang jimat sikit... Allah ketemukan dgn harga yg murah2 jea..
cuba bayang.. baju kat butik harga RM199... kat Jalan TAR RM110 jea..
bezanya kat butik baju nampak cantik sbb penyusunan dan ada cahaya lampu yg main peranan...
padahal sama sebijik laaa....

cuma sanggup tak sanggup nk berpusu-pusu.. bersesak-sesak di jalan TAR jea..

memangdangkan niat kuar shopping baju raya kali ni utk SUEperb MaMa... apa lagi..
lepas sahur sue terus berkemas... hahaha... semangat nih...
kul 8 dah kuar rumah dr sepang... sampai kat Jln TAR.. kira masih ada parking dan blm jem teruk lagi la...

pukul 10am.. dpt jumpa baju sue sepasang... Alhamdulillah... sambil2 berjalan ngan anak yg berderat2 ni.. jumpa jugak baju mama oiiiii...
kami tak survey harga atau jenis fesyen sangat..
sbb kejap lagi... confirm sesak...
so, terus beli dgn harga RM110..
kalu termahal ke... termurah singgit dua tu... anggaplah sedekah...
komisyen utk jurujual...
 
yg ni pulak RM80.. kami tak jadi belilah ...
sebab esok nak ke butik bangi pulak... nak beli design butik yg tersendiri..
 
 niat nak beli warna biru... alahai... pink jugak yg jd pilihan...
asal jea pink... sue nampak cantik... asal jea cantik sue nampak pink....


 rehat sekejap..
kakak Daina nak isi minyak jap...
penattt... haussss..
kakak kan dukung ayah... hahaha
 
lepak tersandar weiii... penat berjalan sambil dukung baby yg umur 4 bln nih...
nk tahu rasanya mcmana..
try dukung beras yg 5kilo setengah...
hmmm.. dpt lah rasa camner yea..
ayahnya dukung kakak...
kalu biarkan kakak berjalan... sampai ke subuh esok tak dpt beli baju pun...
 
 
pukul 12pm... kesesakan dah melanda..
kami bersiap utk balik.. wlpn baju sue baru dpt sepasang...
tak sanggup utk bersesak2 kat dlm kedai tu...
dlm keadaan dukung anak kecik ni...
 ohhhh tidakkkk...

alah balik tu... terserempak baju peplum yg kiut miut ni...
apa lagi... ayahnya pun beli la...
 

"hmmm... labuhnya ayahhh.."
 

"engok niii..."
 

"Kakak suka tak?"
"Shuke"
 

"hureyyy... kakak dpt baju raya lagi.."
 
Baju raya Kakak Daina dan Adik Hanana yg pertama..
Hadiah dari Cik suenya...

 
ni pun baju kakak jugak... pegi ke giant nk beli brg dapur... jumpa pulak baju ni..
beli lagi utk kakak daina..
 

keesokkan tu...
pegi ke bangi nak beli baju mama sehelai lagi kononnya...
 
jumpa tudung Syria utk kakak... hmmm... beli lagiiii...
 

 
kami masuk ke butik bangi pulak...
ada la yg sebijik2 partern ni...
memang sama... memang nampak cantik sbb di iron dan dipakaikan kat patung..
warna pun sama... pendek kata barang sama lah... tengok harga RM179...
 
pergggghhh... ingatkan nk beli kat butik utk elakkan dpt baju bundle...
rupa2nya... butik pun beli baju bundle jugak... bukan ada design sendiri pun...
tak jadi beli la...
 
ari isnin sue masuk keje... asben gi keje singgah kat jln TAR belikan baju utk sue..
tp tak dapat ngan harga RM80 dah... sbb taukenya tak de... beli ngan pekerjanya RM100...
huhuhu... terbang RM20... tak pe lah... mungkin itu komisyen pekerjanya...
apa pun.. Alhamdulillah sgt2 sbb tak terbang RM80 kat butik dibangi tu...
 

org dok sibuk beli tudung Fareeda...
sue malas nk beratur berjam-jam nk tunggu...
beli jea lah tudung ni... RM75..
janji jahitannya kemas..



kasut kakak yg sgt simple...
ayahnya dah bosan la tengok kasut kanak2 yg berenda sana... bereben sini..
skrg beralih ke style yg simple jea...
 
...................................................................
wlpn kita dah bekerja.. ada duit sendiri...
kita jgn biarkan suami kita menanggung dosa sbb tak bagi nafkah pakaian buat isteri..
kalau suami lupa hal ni... tlg ingatkan suami...
 si isteri kena tuntut...kita bkn nk bebankan suami pun..
islam dah suruh tuntut... kita tuntut lah...
kebanyakkan para suami lupa hal ni...
alasannya isteri dah ada duit sendiri... 
 
duit bini... duit bini oiiii...
tanggungjawab... tanggungjawab oiii....
 
setahun sue tuntut 4helai jea...
baju raya puasa dan baju raya haji... sekali raya sue tuntut 2 helai..
................................................................
 
ada kisah seorang wanita kaya... ada bisness sendiri...
suaminya tak pernah belikan baju utk nya...
beliau pun tak pernah mintak...
tp terdetik disudut hatinya...
"diakhirat kelak saya nak tuntut kat Allah tentang nafkah pakaian dr suami.."
hahaha...
wanita ni seorang yg teliti tauuuu..
diam tak bermakna halal... hahaha..
si suami jgm ambik mudah yea...
 
yg mana suami2 tak pernah beli baju utk isteri sblm ni...
cepat2 beli yea...
kalu yg dah tertunggak bertahun2 tu... cepat mintak halalkan...
sbb Timbangan Allah Timbangan yg Adil
................................
hadis nabi
...............................
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah."
 
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.

 ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.

 iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.

 iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

 v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.
 
 
 
 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di