Pages

Sunday, 14 April 2013

Bayi kuning


Assalamualaikum pembaca blog sueperb mama!!!...

Entry kali ni sue nk kongsi pengalaman bayi kuning yg berpanjangan...
hari ni hari yg ke 35 sue berpantang... Nur Sufi Dhiahanna tak abih2 lg kuning... bila ditekan kat kulitnya masih keluar kuning lg...

jom ikuti perkembangan kuning bayi kami!!!!

masa mengandung kan hanna... sue amalkan minum susu kambing... sbg ikhtiar utk bayi tidak kuning...
tp itulah takdir Allah... kita hanya berusaha.. Allah yg tentukan hasilnya... kami diuji dgn hanna mengalami kuning yg berpanjangan... "hasbunallahawanikmal wakil"

masa hari ke 8 selepas kaliharannya... Tahap kuning hanna "14" bersamaan "238"
nurse kat kpmc suruh masuk wad.. kami bincang punya bincang... ikut pengalaman yg Daina dulu...
kalu masuk wad time rendah nanti kena masuk lagi sekali... sbb sue berdarah O Daina berdarah AB...
jadi kami buat keputusan x masuk wad.. dah balik rumah 3 ari... nurse dtg rumah.. membebel2 suruh ambik darah kat klinik kesihatan... hari yg ke 11 tinggi kuning hanna cecah "17" bersamaan "305"..
doc paksa utk masuk wad jugak... so, kami putuskan masuk wad kat kpmc sbb keesokkannya ada kenduri akikah...

 kalu masuk wad kat hospital kerajaan... kami xboleh bawak balik hanna pd hari kenduri...
masuklah wad kat kpmc 3 ari 2mlm... jumlah bil RM513. tak pelah... janji tuan punya majlis ada dlm majlisnya... hihihi

ini wad kanak2 kat kpmc

hanna isap jari memikirkan nasibnya tido tanpa pelukan mama...
"aku nk melalak sekuat ati mlm ni... tanda protes kat mama dan ayah..."

sayang hanna... jgn nangis yea... hanna kena kuat tau..
mama dan ayah balik nk wak persiapan akikah hanna..
esok kami ambik hanna...

ayah balik dulu yea... 
mama dah letak hanna tu...
mama dah tak toleh2 kebelakang dah...
kalu toleh kang... tak jd balik mama... :(

hari pertama hanna masuk wad kena lampu atas bawah...
perghhhh... mcm kena panggang anak mama nih...
ketegori kuningnya sgt tinggi nk banding dgn usianya dah 11 ari..
sepatutnya hari yg ke 11 kuning dah abis...
hanna pulak... tak turun2 kuningnya...
mcm2 petua mama dan ayah ikhtiarkan spy hanna tak masuk wad..
sebenarnya mama tak sampai hati nk tengok hanna tergolek sorang2 dibawah lampu yg silau tu...

mama dan ayah mandikan dgn bunjut cina la...
mama minum air glokus la...
mama mkn buah anggur la...
mama minum susu kambing la... 
kuning hanna masih di tahap "305" selama 3 ari... tak nak turun langsung...
akhirnya mama terpaksa serahkan pd yg pakar jugak...
nurse ckp... hanna menangis teruk mlm tu...
mama dah agak dah... sbb hanna minum susu ibu... dah 11 ari hanna cium bau badan mama..
tiba2 kena tinggal... mau tak melalak...

hari kedua guna lampu atas jea..
sbb kuningnya dah turun ke "238"..
apa pun tetap tinggi... sbb hari ke 13 sepatutnya kuning dah hilang...
kena ambik darah lg pd hari ke 20... kuning hanna masih lg "205"

bila hanna dah sebulan kuning masih lg '205'c 
apa lagi.. doc pakar pead kpmc arahkan utk ambik darah 3ml kat lengan dan bg sample air kencing... 
melalak la hanna.. utk test ni RM140...

darah yg diambil td utk cek jika ada masalah kat hati atau ada jangkitan kuman kat mana2 organ lain...
kecur hati mama bila dengar doc ckp mcm tu...
time ambik darah tu... mama x sampai ati nk tengok... 
ayah yg temankan hanna ambik darah...
mama jaga kakak daina kat luar...

perbezaan darah adalah punca kuning hanna..
sue darah O.. hanna darah A+

selain tu... sue ada ambik ubat utk sembelit...
sue xsedar langsung ubat ni adalah herba...
kandungannya kunyit... halia... lengkuas...hmmm mcm2lah... 
hadoiii... hari ke8 baru sedar benda ni adalah herba..
tak nak mkn ubat hospital kononnya ada bahan kimia...
rupa2nya termakan herba lah pulak...
hmmm... lari mulut rimau masuk mulut buaya... uhhukk3..

hati ibu mana tak remuk bila tengok anak masih kuning ketika usianya cecah sebulan....
result darah dan air kencing pulak kuar dlm masa seminggu...
tak putus2 mama berdoa spy anak mama ni sihat..


12 apr.. kami ke kpmc.. utk ambik result hanna..
rasa berdebar mengalahkan nk ambik result SPM...
bila dah jumpa doc pakar..
...........................................
" Rossuzilawatey.... anak u normal"
"betul ke doc??? tp billirubinnya tinggi sampai 16?"
"anak u kuning di sebabkan breast milk (susu ibu)... kuningnya akan turun dlm masa 30 ari hingga 40 ari.."
"Alhamdulillah Ya Allah.."
"jadi... mama jgn risau... jgn bg mkn apa2 kecuali susu ibu shj... jgn jemur... jgn bg madu.. sy ulangi... anak u kuning yg normal.. tak bahaya"



Alhamdulillah... dah dpt tahu kuning hanna kuning yg tak bahaya... 
baru lah tidur mama lena... makan mama pun kenyang....
terima kasih Ya Allah...

total bill kali ni RM83..


jom kita ikuti artikal tentang bayi kuning...


Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:
  1. Jaundis fisiologikal
  2. Jaundis patologikal
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.
Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis
Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.


Apa Itu Jaundice (Kuning)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis ‘jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning!). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan!).


Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :
1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.
2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Apakah Penyebab Lain Jaundice
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).
Antara penyebab lain :
* Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum
* Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
* Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
* Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
* Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
* Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)
* Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
* Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)


Adakah Jaundice Merbahaya?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena yang mana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Rawatan
1. Terapi lampu (phototherapy)
Terapi lampu adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara menggunakan terapi lampu dengan berkesan :-
* Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm – 50 cm daripada bayi
* Buka semua baju bayi kecuali lampin
* Tutup matanya
* Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
* Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
* Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian
* Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat
* Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan
2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi.
ET ialah satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi. Itu untuk seorang bayi! Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Cahaya Matahari vs. Phototherapy?
Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?
Ada yang berkata, “kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun…” atau “buat apa kau nak siksa budak kecik tu… masuk hospital… letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini… letak je bawah matahari….”
Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.
Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibubapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.
Kenapa phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
* Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
* Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
* Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
* Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehidrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehidrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehidrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah
* Keputusan untuk mengadakan exchange transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah
* Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.





sekian sudah perkongsian bayi kuning berpanjangan dari SUEperb MaMa!!
tata... titi.. tutu....


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Wednesday, 10 April 2013

Cukur Rambut Bayi

Assalamualaikum...

toinn... toinn... SUEperb MaMa muncul lagi dgn perkongsian aktiviti di dlm pantang.... :-)

sblm tu... sue nk ucapkan ribuan terima kasih kpd Kak Ita (opismate asben) krn bg hadiah utk Hanna...

taddaaaa.... inilah hadiahnya...


kali ni cerita pasal cukur rambut pulak yea..... jom ita kongsi pengalaman ini...
cukur rambut Nur Sufi Hadaina sue dan pie lakukan sendiri... main hentam keromo jea..
tak tengok hari pun... main cukur jea...

utk Nur Sufi Dhiahanna... pengasuhnya (Mak ngah) ni seorang bidan...
dah bidan depan mata, baik kita serahkan pd yg pakarlah...

mak ngah ckp... tak boleh cukur rambut pd hari luruh pusat.
hari yg sunat cukur rambut jatuh pd hari yg sunat potong kuku... isnin, rabu, khamis dan jumaat.
pastu... cukur rambut ni kena hati2 sgt... tak boleh luka kulit kepala... kalu luka... hilang pahala org yg mencukurkan rambut tu, malah dpt dosa...
siap cukur.. sedekahkan makanan utk kanak2... mcm bubur nasi ke... kuih muih ke..

hari khamis adalah hari pilihan mak ngah utk cukur rambut Hanna...
 hari ke 31 Nur Sufi Dhiahanna dilahirkan...
setelah selesai baca doa2..
mak ngah mulakan kejenya dgn gunting rambut yg panjang dulu...

pastu barulah cukur perlahan2...
seghiauuuu jugak sue nengoknya... 
Hanna pulak xdok diam.. marah kepalanya dipusing2... ditenyeh2..
sue pun sumbat puting... baru diam...

ni cukur belah belakang kepala pulak..

rambut yg dicukur td... diletak dlm mangkuk yg ada air..
spy rambut tu x terbang..

dah siap cukup... sue tapis rambut dgn kain net... 
diperah buang air...
abih pantang nanti... sue akan timbang dgn nilai emas kat kedai emas...
nilai emas tu ditukar dgn duit RM... kmd sedekahkan utk org miskin...
sedekah tetap kena sedekah... wlpn kitorang x berapa nk kaya... kikiki
sunnah nabi sedaya upaya dilaksanakan...

ini bedak sejuk..

bedak sejuk disapu pd bahagian kepala dan muka utk hilangkan miang rambut...

skrg mak ngah pakaikan benang hitam kat tangan dan perut...
kalu cukur kepala ngan bidan memang dipakaikan benang ni...
benang ni dibaca ayat2 al quran...
anggap jea pakai benang ni mcm pakai rantai emas/silver/plastic... sekadar perhiasan...
kalu anggap utk halau hantu setan... itu dah jd khurafat..
sama jugak.. kalu kita pakai "mask" masa H1N1 utk halang penyakit H1N1..
itu pun boleh jadi khurafat jugak... sbb yg berkuasa menghalang penyakit hanyalah Allah..
apa yg kita buat hanyalah Ikhtiar shj...
jadi... pakai Mask atau pakai benang yg salah???... 
atau iktikad yg salah???... tepuk dada tanya iman..... hihihihi

haaaa... kat bawah ni ada artikal tentang cukur jambul, cukur rambut dan Qaza'...
selamat membaca!!!!

Adat Cukur Jambul

Agak popular dalam masyarakat kita mengadakan majlis yang diistilahkan sebagai 'cukur jambul' yang menjadi adat turun temurun. Artikel ringkas ini menukilkan beberapa nas dari sunnah untuk melihat adakah amalan cukur jambul ini menepati satu sunnah atau adat sahaja dan bagaimana pandangan Nabi (صلى الله عليه وسلم) mengenai hal ini.

Islam mempunyai cara dalam menguruskan rambut dan ada hukumnya tersendiri yg berkaitan dengannya spt mencukur rambut anak yang baru lahir dan masalah mengqaza‘ rambut.

Mencukur Rambut Anak Baru Lahir

Adalah Sunat mencukur keseluruhan rambut anak (lelaki atau perempuan) yang baru lahir pada hari ke-7 (selepas kelahirannya). Menurut pendapat yang ashah (paling sahih), sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325) Sebagaimana sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) yang maksudnya :

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Demikian juga, sunat disedekahkan emas atau perak setelah ditimbang berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin, sekiranya mampu. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak yg baru lahir tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi (صلى الله عليه وسلم) daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang bermaksud :

"Rasulullah(صلى الله عليه وسلم) telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Qaza‘ (Mencukur sebahagian rambut)

Qaza' (قزع) iaitu mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah dilarang oleh Nabi (صلى الله عليه وسلم). Ia adalah cukuran sama ada di tengah kepala meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah(صلى الله عليه وسلم) menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi (صلى الله عليه وسلم) telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)." (Hadis riwayat Abu Daud)


Sesungguhnya pada rambut itu banyak perkara-perkara yang berhubungkait dengan hukum, sama ada perkara yang dilarang atau yang disunatkan. Oleh yang demikian, adalah wajar diketahui perkara-perkara tersebut agar tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan amal atau tidak terlanjur pada melakukan kesalahan.

Selesai sudah amalan sunat cukur rambut bayi dr SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu....

New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

Sunday, 7 April 2013

Singa Star Medik Resign

Alhamdulillah...

Panjang jugak jodoh sue dgn SMSB...

sabar... bertahan... sabar... bertahan... akhirnya resign jua.... hari ni genap 8thn...
sue masuk keje 9 Mei 2005... resign pd 8 Mei 2013... Alhamdulillah...
semoga gantian yg Allah bg ni adalah gantian yg lebih baik... Amiiinnnnnn...


sblm sue resign... sebenarnya sue dah buat product yg memang tengah mendapat sambutan dr customer sue..


tubing utk kegunaan mechine A&E
idea ni dtg... berpunca dr salah harga yg sue bg kat customer di putrajaya...
atas sbb kebendulan diri sendiri...
nak tak nak... sue kena selesaikan masalah ini...
hasil dr perbincang dgn org menufacturing iaitu en azrin... :)
timbullah idea ini...
permulaan pengeluaran ini... byk masalah sbb bocor di "soft connector"
glue yg di buat kat taiwan tak de kualiti dan teknik pemasangan yang salah...
jd sue dan azrin perah otak spy masalah ni selesai...
Alhamdulillah... tubing ini boleh dipakai dan sgt menjimatkan duit kerajaan... peace..
murah dan menarik... :)


tubing utk ventilator..
kmd sue reka lg spy boleh digunakan utk 2 tubing pulak...
dgn menggunakan "pallel wye + elbow connector"

ini pulak rack yg memang customer sgt suka dgn design ni...
byk dipakai kat semua hospital...
sue jual rack ni.. tanpa ada contoh dan catalogue...
atas kepercayaan customer hosp serdang kpd sue...
diorang bg sue supply rack ni..

jika difokus betul2 dgn product ni... InsyaAllah saiz syrkt cepat membesar...

tapi.. sue terpaksa resign disebabkan perkara personal --->>>
sue terlalu sayangkan mahligai rumahtangga yang sue bina pd 6 june 2010..

akhirnya ku resign jua...

sebenarnya terlalu sayang dgn kepercayaan client pd sue dan terlalu sayangkan sistem UBS dan filling yg sue dah praktik selama 8 thn dlm syrk...
menyebabkan sue bincang secara personal dgn majikan... mintak tolak ansur dr syrkt..
utk bekerja dlm opis sementara anak masih kecil selama 5thn...
sue tak kisah jwtn dan gaji turun ke tahap gaji Admint.
tp pihak syrk tolak mentah2... sbb pihak syrk ingin sue teruskan keje sebagai "Sale Manager".
outstation setiap bln ke pantai timur...
target sale yg sentiasa naik tiap2 tahun... 
dari ratusan ribu ke jutaan skrg...
dlm keadaan "two small kids"...
tanggungjawab sbg ibu yg masih menyusukan anak...
si kakak pulak... masih menarik perhatian mama krn jeles dgn kehadiran adiknya...
mana mungkin sue boleh agresif sbg seorng sale rep spt zaman bujang dulu...

sepanjang tempoh berpantang anak kedua ni... sue muhasabah diri...
sblm berkahwin... sue berdoa sampai ke Tanah Suci...
ingin seorang suami yg "berhati mulia" dan anak "penyejuk mata"
skrg Allah bg apa yg sue inginkan... suami yg "familly man" dan anak yang manja2 kucing...

sue tak sanggup perjudikan impian sue selama ini ----->>> keluarga bahagia
semata2 utk kejar sale syrkt yg targetnya tiada berkesudahan...
thn ni kita capai sale RM800k... confirm thn depan majikan akan letak 
target baru dgn 1.25juta pulak...
itu cuma utk dispo shj... sekiranya area sue menang projek mechine itu tak dikira sale sue...
tp dikira projek manager yg lain...
tekanan... demi tekanan dlm meeting tiap2 minggu..
menjadikan sue undur diri...
...................................................

tinggalkan SM dgn gelaran yg diberikan oleh Kiyai pd sue...
"Singa Star Medik"
.....................................................

betul kata Crazy John!!!!
tapi sue tak "Segila John" ----->>> Crazy John

Pangasas "John ilhan"
Rancangan TLC astro 707..
The world's richest People


Dia seorg sale rep yg top dlm syrkt..

Di sebabkan komisyen nya terlalu banyak.. Syrk mula berkira tentang komisyen sehingga beliau terpaksa meletak jawatan dan buka syrk sendiri... Seberang jln dgn company lamanya..
akhirnya beliau kaya raya... 

apapun sue takkan buat spt Crazy John... bkn pengecut... tp tak nak wujudkan persaingan dgn syrkt yg pernah sue mula dr bawah dulu --->> http://sueperbmama.blogspot.com/2012/11/career-analisis-kerjayaku.html.. rezeki Allah melimpah ruah... bumi Allah luas... <<Hasbunallahawanikmal wakil>>

so, tak ada istilah "pelangi diluar itu indah tp nk pegang tak de apa2 pun"... haaaa.... kalu kita yakin rezeki itu milik Allah... jgn kita takut dgn gertakan..


jom kita enjoyyyyy!!!
mai makan kek sempena penutup sejarah sue di SMSB!!!


selamat tinggal client2 sue semua...
terima kasih di atas kepercayaan kalian selama ni terhadap sue...
semoga Allah ketemukan kita dgn gantian yg lebih baik...
Aminnnn 300000000000x

berat hati nk tinggalkan client sue di serdang... putajaya...hkl dan Hrpzii.. Hshas...
en khalid... yg dulunya di temerloh skrg di terengganu... 
yg byk beri nasihat dlm suka dan duka...
"sue tetap ingat kamu sampai bila-bila!!!!!!"
itu lah hukum dunia... setiap yg hidup pasti akan mati...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan....



Selamat membaca kenangan dari SUEperb MaMa!!!
tata.. titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture


















Wednesday, 3 April 2013

Maksud nama Nur Sufi Dhiahanna

Assalamuaaikum...
SUEperb MaMa muncul lagi!!!! ---->>>    dgn pencarian nama anak keduanya!!!!







Hari ni usia Hanna 24 hari...

saya tembam... sbb sy suka air susu mama!!! ngeng... ngeng... ngeng...


hari ke 23 hanna baru dpt daftar nama...
sbb sijil kawin hilang... hahaha
gara-gara mengemas sblm beranak ari tu... 
tak tau lah... terlupa letak atau terbuang sekali ngan sampah... :p hihihi


selimut baby... hadiah dr sahabat sue yg dah 8thn berkawan...
Nora Manja!!!!

ini pengasuh Nur Sufi Dhiahanna dlm pantang...
tengah train minum susu ibu guna botol...

...............................................................................................................................
pencarian namaaaaaaa!!!
pilih punya pilih... timbang punya timbang... inilah sejarah nama Hanna diberi...
jom layannnnn....


nama anak kedua ni... idea asben sue.. nk letak nama Nur Sufi Dhiahannah
maksudnya Nur Cahaya.. Sufi - Ahli tasawuf.. Dhia - Sinaran... Hannah Kasih sayang


sue terbaca dlm surah yusuf ada perkataan "Ladaina"... hampir sama dgn Hadaina..
ayat 54...
12:54. Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku”. Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercaya pada sisi kami”.

pastu pak kiyai tanya..

"nak panggil ape?"
"Aina"
"maksudnya 'di mana'... Ladaina dan Dhiahanna... kedua2nya bagus... kalu letak nama Dhiahanna... panggilnya 'enna'... krn... hanna dah jd kebiasaan... 'enna' jarang sekali.. "

Pak kiyai ckp letak nama Dhiahanna sahaja... buang H kat belakang tu... mcm penghalang kalu ada H kat belakang. so, nama anak kami kedua "Nur Sufi Dhiahanna"
pak kiyai suruh panggil "enna" sebut betul2... bkn ina atau ena... ennn...naaa... "enna"

masa sue hamil 34 minggu... terdengar Qosidah Ya Hanana... yg bermaksud "betapa beruntungnya kami..."
memandangkan anak kedua ni hamil bermula pada ramadhan 2012... kami tak putus2 berdoa utk dpt anak lelaki... yea la... sape tak nak anak sepasangkan... bila scan masa 24 minggu... Doc ckp perempuan...
terdetik di hati sue... hikmah apa yg akan Allah berikan kali ni...doa kami tak termakbul... sedangkan bln puasa bln mustajab doa... apa pun terima dgn syukurnya...

..............................................................................................................................................................
kenapa doa tak diterima???
ini jawapannya.... bkn sbb teknik berbersetubuh... bkn sbb gen... bkn sbb kena main bawah katil ke...
semuanya ada ketentuan Illahi...
yg atas tu adalah ikhtiar... tp takdir adalah kesudahannya...

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang artinya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kepadaKu niscaya Aku menjawab untuk kamu"
Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahwa Dia pasti menerima doa sesiapa yang berdoa kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdoa tetapi hasil doanya tidak dapat dilihat secara nyata?".

Para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahwa perkataan "ajib" dan "astajib" (aku memperkenankan doa) bukanlah berarti semestinya setiap doa itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon. Bahkan doa seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah yang artinya:

"Tidak seorang muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari tiga perkara;
(1) disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun 
(2) disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun 
(3) diselamatkan dia dari keburukan yang sepertinya." [Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin: Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih]
Dalam hadits di atas, baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan kepada kita bahwa setiap doa yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah dengan tiga keadaan berikut:

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdoa. Tidak sedikit di orang yang memperoleh kurnia. Hasil kesungguhan mereka berdoa, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu segera. Kadang-kalanya tertunda, karena hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima doa seseorang sekalipun dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljazair yang mengidap suatu penyakit yang semua dokter yang dia datangi berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa bekas, sehingga heranlah seluruh pakar medis di negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!" Demikian kiranya doa dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemakbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya diketahui oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahwa pilihan Allah adalah terbaik untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu karena kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh doa tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas untuk memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala doa yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala doa tersebut menjadi penyelamat kita dari keperihan neraka atau pengangkat derajat kita di syurga. Di sana nanti satu persatu doa yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara yang lebih baik daripada yang disangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Doa diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari doa-doa kita kepada Allah.

Di samping itu semua, wajar diingatkan,  berdoa itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdoa kepada tuhannya. Samada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah Subhanahu wata'ala.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang artinya: "Doa itu adalah ibadah"

[Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih". Kata al-Syeikh Nasiruddin al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi]
Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta kepadaNya, bahkan setiap doa yang dipanjatkan dianggap sebagai ibadah, yaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya, bertambah banyak permohonan kita kepadaNya, bertambah pula kasihNya kepada kita.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang artinya: "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi doa" [Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib]
Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdoa. Ini karena doa adalah perlambang tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdoalah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatNya.
...........................................................................................................................................................

setelah hayati qosidah Ya Hanana - hati teringin sgt utk letak nama Hanana sbb maksudnya sgt bagus...
pasti ada hikmah tersembunyi... dgn kehadiran putri kedua kami...

sue pun tanya Pak Kiyai tentang maksud YA HANANA... dan cadangan sue utk namakan  
Nur Sufi Hanana - maksudnya betapa beruntungnya kami..

komen dan cadangan Pak Kiyai ialah... spt gambar dibawah...
Pak kiyai cadangkan nama ----->>
Hanana Izza Billa bermaksud betapa beruntungnya kami mendapat kemulian dari Allah...
Pak Kiyai ckp... tak perlu semua anak letak Nur Sufi di depan... biar ada kelainan... yg penting maksudnya bagussssss...

suami sue pulak... nk letak semua anak perempuannya nama Nur Sufi kat depan... sbb "Sufi" adalah gabungan nama kami... Suzi  & Safie = Sufi

bincang punya bincang ngan suami...
sembang sambung... sembang sambung... kami putuskan utk letak nama Nur Sufi Dhiahana -->> pilihan pak kiyai yg atas td.....
cadangan nama Pak Kiyai bg yg kedua ni sgt bagus maksudnya... tp pelik sebutannya.... hihihi..

apa pun... mama tetap suka panggil Hanana sbg gelarannya ----->>> "betapa beruntungnya kami..."
ayah sue ckp... panggil nama hanna la... sbb nama yg di talkinkan guna nama dlm ic...
sue ckp... isteri rasulullah nama Siti Aisyah... tp Rasulullah beri gelaran Humairah...
nama anak sue Nur Sufi Dhiahanna.... sue beri gelaran Hanana!!!!


Selamat datang Hanana... kami sayang kamu!!! muahhhh!!

sekian sudah.. pencarian nama utk putri kedua kami!!!
tata... titi... tutu...



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

Monday, 1 April 2013

Jodoh Pertemuan Aturan Illahi



Assalamualaikum... entry kali ni.. sue nk jawab persoalan rakan taulan pulak..
persoalannya berbunyi beginiiiii...
mcmana korang boleh kawin erk??
jumpa kat mana???
lama ke bercinta???
kenal kat manae???
macamana boleh kenal???
- hamboiii... byknye persoalannnn korang...

korek sana... korek sini... terbongkar lah..
yg asben sue ni dulu ramai awek... geng budak kampungnya siap melebalkan...
"kami tak boleh hidup tanpa pompuan"
pendek citer... awek keliling pinggang lah...
itu personaliti asben sue sblm berkahwin...

personaliti sue pulakkkk....
sue jenis yg xpandai bercinta...
asal jea berkawan ngan lelaki... lelaki mesti nk bercita ngan sue...
kalu 10 org berkwn... sepuluh2 nk bercinta ngan sue...
bila sue tolak cinta diorang... diorang pun hilangkan diri...
alih2 sue tak de kwn lelaki... 
sue pulak dilebalkan lelaki kat tmpt sue keje..
"kalu ramai peminat sgt... susah jugak nk kawin nanti"
hihihi... ramai peminat ke??? haktuihhhh!! perasan nk mampuihhhh!!!
geli tekak aku membacanya... hahaha..

atas pertanyaan rakan taulan... mcmana cara kami bersatu...
tergedik2sue nk buat lakaran pertemuan cinta kami pulak... hihihi

jom layannnnn...

sue keje di SMSB thn ke 5 masa tu.. 
sue seorg yg sgt2 "hardworking" ----> seorang yg giler keje...
kehidupan harian hanya di penuhi dgn keje... keje... keje...
setiap hari sue atur masa utk jumpa client dan setting akaun UBS utk SMSB...
sue sentiasa belajar dgn kwn2 pasal UBS system..
spy pengurusan akaun syrk teratur...
sedar tak sedar... umur dah 27 tp xde teman lelaki lagi...
sehinggalah Safie dtg ke SMSB utk ceburkan diri dlm bidang pemasaran utk SHIFA.
masa safie intiview di SMSB...
sue kutuk kat opismate sue...
"hmmm... pakai baju dah smart tp pakai selipar.."
hihihihi
............................................................
masa tu Pak Kiyai selalu perhatikan telatah kitorang...
kami saling sakat menyangkat... tp sue senang hati dgnnya...
pertama kali kitorang keluar... safie nk jumpa client utk SHIFA...
sue pulak nk selesaikan urusan pembelian rumah flat yg lelong tu...
sepanjang perjalanan ke KL... kitorang sembang2.. dan terasa senang hati bila bersama...
bila balik rumah... aikkkk... terbayang2 pulakkkkkk... kikikiki
sepanjang safie keje di SMSB... ada pihak yg buruk2 kan sue pdnya...
ada yg fitnahkan sue spy kami tak kawin..
safie tidak endahkan... bkn krn mabuk cinta...
 tetapi itulah Takdir yg menyatakan jodoh kami kuat...
masa tu Pak Kiyai juga masuk campur spy kami bersatu...

seminggu kemudian... safie mengalami masalah peribadi sehingga tidak dpt masuk keje SMSB lagi...
dan terus resign.... padahal baru keje sebulan...
tp Allah dah gantikan dgn keje yg lebih baik...

kami masih berhubung.. (tidak bercinta)..
masa kat opis kak lily.. safie pasang youtube lagu ni.... "sbg kiasan la"...
su pun tak de bangang sgt...
apa lg terus bincang utk bertunang laaa... hahaha..
mungkin sbb masing2 dah puas dgn mainan cinta cintun...
kami terus fikir ke arah "Sunnah Rasulullah utk mencari Redha Allah"..
 akhirnya kami bertunang pd 30hb Jan 2010

persoalannya???
bolehkah kita berkawin tanpa rasa cinta sblm berkahwin?
jawapan sue : Boleh... asalkan niat utk berkahwin krn Allah...
rasa cinta akan hadir bersama Rahmat Allah nanti...

Alhamdulillah... selamat bertunang pd 8.30pm...

Majlis akad nikah berlangsung pd 05 06 2010

Majlis Hebohkan Perkahwinan
pd 06 06 2010

bila direnung2 balik... Safie dtg ke SMSB sekadar persinggahan utk bertemu dgn jodohnya...
itulah Aturan Illahi...
Jodoh dtg tanpa di sangka2...


..........................................................
nasihat pak kiyai...
"jika kita bertemu dgn calon suami... kita senang hati memandangnya... tidak pernah bergaduh sepanjang tempoh perkenalan atau pertunangan... maka begitulah juga selepas perkahwinan... jika kita jumpa dgn calon suami yang banyak bergaduh sepanjang pertunangan... maka kehidupan di alam perkahwinannya akan sentiasa bergaduh sampai bila-bila... ini bkn saya yg ckp... ini ulama' yg ckp."
........................................................
Syukur kpd Allah SWT..
hampir 3thn perkahwinan ini kami dikurniakan 3 zuriat...
1 dikembali pd Allah ketika kandungan berusia 2bln...
2 org putri di amanahkan kpd kami utk menjaganya...

Nur Sufi Hadaina
1thn 9bln

Nur Sufi Dhiahanna
12 hari

ini keje si kakak... tunggu masa nk cucuk mata adiknya...



kpd gadis muda.. yg putus cinta diawal 30 an...
yg xde pak we.. pak we bermasalah...
jgn risau pasal jodoh...
doa dan terus berdoa...
InsyaAllah... ada jalannya...


Sekian sudah coretan gedik2 dr SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture