Pages

Tuesday, 26 February 2013

Taubat seorang hamba vs Penyakit Hasad Dengki



Petikan ini... suami sue bg semangat spy sue tabah hadapi hari yg mendatang.... jom kita kongsi sama2 yea...


Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia


Sahabat yang dirahmati Allah,
Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.


Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.


Antara lain :-

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

2) Merasa Diri Mulia

3) Takabbur


4) Ujub

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

7) Busuk Hati.


Huraian faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut.


PERASAAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.

Fiirman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A'raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

MERASA DIRI MULIA

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

TAKABBUR

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : "Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?

Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

UJUB (BANGGA DIRI)

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

TAKUT TERLEPAS SESUATU TUJUAN DAN HABUAN

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

GHAIRAH MENJADI KETUA DAN MENCARI POPULARITI

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

BUSUK HATI

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati atau di dalam tindakkan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah S.W.T. Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaitan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti


***nasihat SUEperb MaMA pulak... jika kita berada dlm kelompok org yg ada sifat2 di atas... sebaiknya kita berdoa kpd Allah utk berhijrah ke kelompok yg lain (yg lebih baik)... bagi mengelakkan mereka terus menanggung dosa krn mempunyai sifat2 di atas yg berterusan selagi berdepan dgn kita...






Salam Hijrah dr SUEperb MaMa!!!!
tata... titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Sunday, 17 February 2013

Video Maker - For the rest of my life


Assalamualaikum...

jom belajar cara buat Video Maker... sue abadikan cara buat video kat sini spy rakan taulan boleh belajar dan sue jugak boleh buat rujukan semula sekiranya terlupa step by stepnya.... jom layannnn...





gambar ni di ambil oleh Zureen dan rakannya... Nur Sufi Hadaina adalah Potret baby pertamanya...
sambil tu... kitorang posing sekali laa... kenal melalui fb, asyik tengok dia pikul kamera besar jea... sue try tanya harga utk potret... hmmmm... harga yg sgt berpatutan dan kategori murahhhhh... apa lagiiiiiii... on jea laaaa....

gambar ni pulak di ambil oleh opismate sue...
dia tengah nk test skill dan kamera mahalnya...
kamilah jd model percumanya... hahaha

okey... cara2 buat video... 
mula2 download "windows movie maker" kat komputer korang...

korang nampak tak kotak hijau tu...
klik kat situ utk download...

bila dah download..
masukkan gambar yg mana korang nk buat kenangan abadi tu...

download lagu kat "weblagu"
masukkan ke dlm video...

bila dah siap masukkan gambar dan lagu...
korang klik kat file di atas utk simpan project...


ini contoh file yg dah siap di simpan...
kemudian upload dlm youtube, guna akaun gmail...
siaaaappppp... 
kenangan anda diabadikan dlm youtube!!!


hari ni sepatutnya sue keje... tapi... terpaksa EL... sbb kunci kereta sue dlm kereta suami... suami sue pulak dah pergi keje dulu... dah bersiap dan bersemangat nk gi keje ni... cari2 kunci...arghhhhh!!! tension!... kunci xde... geledah dlm stor cari kunci spare... pun xjumpa... sabar2... confirm kena hentamnya ngan boss dlm meeting nanti... alasan EL kali ni sgt bodoh... hik3... apa pun... serahkan pd Allah saje... 
"manusia berkuasa ketika Allah bg kuasa... Allah berkuasa tiada awal dan akhirnya..." lalalala
selalunya sue tertinggal purse jea dlm kete asben... ini kali pertama tertinggal kunci kereta... nasib laaa...
hari ni , hari penyerahan keje sblm cuti panjang... panjang... dan panjang... :).. tergendala la pulak... kita jumpa esok yea SMSB...

perut dah berkeroncong... pegi dapur nk masak... gas abihhhhh!!!
nasib baik ada jiran yg keje kat kedai mkn... mintak tlg hantarkan makanan utk tengahari... order dan bayar jea.... wowww!! mcm order pizza jea... hihihihi
aktiviti ari ni... kemas rumah... pastu berkongsi ilmu kat blog... kemudian tidooooooo.... zzzzzzzz..




kenangan abadi yg tak mungkin berpatah balik.. dr SUEperb MaMa!!!!
tata...titi...tutu...
 

New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

Wednesday, 13 February 2013

Rack baju SUEperb MaMa - Design kedua



Assalamualaikum...

di atas permintaan pembaca blog SUEperb MaMa.... mintak sue update kan tentang rack sekali lg...
utk ceritakan sejauh mana praktikalnya rack rekaan SUEperb MaMa ni...
skrg sue akan tulis cara menguruskan aktiviti di rumah...


ini rack pertama SUEperb  MaMa.
http://sueperbmama.blogspot.com/2012/04/rack-baju-yang-sgt-simple.html?m=1
tingkat atas baju daina..
tingkat bawah baju keje sue dan asben...

skrg sue dah buat rack kedua....

tingkat pertama ---> utk apa2 stok atau bakul
tingkat kedua -----> utk tudung - pakai hanger utk baju baby
tingkat ketiga ------> pakaian harian sue dan asben


Rack kedua ni... sue letak papan lapis kat atas...

Cara penyediaan papan sgt senang...
1 keping papan lapis yg di potong mengikut saiz rack ni...
kmd... cat atau kain...
sue pilih cara yg paling bajet...
nk beli cat 1 liter rm22... mahal tuuu...
skrg sue guna kain perca... kmd balut papan tu spt balut hadiah...
jimatkan... kalu nk beli kain corton pun... baru RM4 semeter...


siap ada corak gituh!!

pastu guna jarum peniti sbg pelekat.... 
takkan nk guna saltip pulak kan...
kalu kain ni dah kotor... kita boleh bukak balik dan basuh...
kmd balut balik...

kmd skrukan kan papan kat penyangkut yg sue tempah khas.. 
tadddaaaaa...siapppp!!!! senang dan murah!!!
dgn harga serendah RM150... korang dpt hasil Bilik Pakaian yg sgt kemas!!!

jom layan cara sue uruskan aktiviti mengemas pakaian...
bangun pagi...
sue akan basuh baju... biar mesin tu buat kejenya sendiri...
pastu sue mandikan Bidadari kecik sue ----->> Nur Sufi Hadaina
sbg ibubapa kita bertanggungjwb mandikan anak sendiri wlpn sekali sehari...
ketika itulah... kita kan menyentuh keseluruhan anggota badan anak..
kasih sayang lebih berkesan dgn sentuhan drp kata2...
kita boleh tengok... badan anak ada gatal2 ke... ada ruam ke... ada elegik ke...
time tu kita akan jumpa penyakitnya...
kalau kita tak mandikan anak pd waktu pagi maknanya kita mandikan anak cuma 2 hari seminggu (sabtu dan ahad)
sbb tengahari dan ptg pengasuh dah mandikan...
maknanya sentuhan kasih sayang kita utk keseluruhan badan cuma 2 hari seminggu...
hmmmm... tak patut...tak patut...
tu sbb sue ambik keputusan daina mesti bersih dan wangi sblm ke rumah pengasuh...
time mandi tu....nk melalak ke... nk jerit satu taman ke...
memang sue tak hiraukan... dah siap mandi kang senyap lah tu...
eh3,,, membebel pulak... hihihi

siap hantar suami dan daina kat depan rumah...
siap cium tangan dan pipi... sbg tanda mintak maaf dgn suami jika seharian ada sue buat kesalahan...
sue mohon ampunnnn...

pastu... barulah sue pulak bersiap utk ke tmpt keje...
kalu sempat jemur kain... jemurlah...
kalu tak sempat... balik keje baru jemur...

drp mesin basuh td... terus hanger..
letak di ampaian luar...

atau... kalu kul 12am baru ada masa nk jemur...
sue akan jemur kat ampaian dlm rumah...


haaaa... ni dia... ampaian dlm rumah..

bila pakaian dah kering... terus transfer ke Rack SUEperb MaMa...
tak payah nk isi dlm bakul.... tak payah nk lipat2...
skrggg... keje rumah utk pengurusan pakaian dah siap!!!

tak perlu lipat kain berbakul2 mcm Puan J ni...
tak kisahlah... J tu Jamilah ke...J tu Jerina ke... J tu Jaja ke...
yg penting Pn J... okey???

ini salah satu rungutan Pn J...
ada wordrop yg mahal... harganya dlm seribu lebih utk tempah benda ni...
tp muatannya sgt terhad... ruang utk hanger sgt sidikit...
selebihnya kena lipat... risiko dgn lipas... tikus... dok bersandiwara kat dlm tu... dok berak kencing... beranak pinak kat dlm tu... kalu sebulan tak bersihkan almari...
semua tu akan hasilkan bau yg terperap...
tak pasal2 kena letak pewangi dan ubat lipas...
semua tu mentainent tauuu!!!
hmmmm... lagi satu... pd sue la... almari yg mahal ni... sesuai utk baju yg harga ratusan atau ribuan ringgit...
kalau baju yg kerap pakai... baju tido... baju harian kat rumah... tak sesuai utk di letak dlm almari mahal ni...
hihihihi... jgn marah yea Pn J... :-P

akhirnya Pn J berdepan dgn kain yg tak berlipat ni...
ini kira kemas la... dok bertenggek dlm bakul... blm kira yg berlambak kat atas katil lagi tauuu...
sue yakin... siap lipat 2 bakul ni... dtg lgi 2 bakul... alih2 mintak asben beli bakul lg... 
rumah sue tak pernah ada bakul kain...
rumah sue sgt sempit... tak ada ruang utk perhiasan bakul2 mcm di atas...hihihihi

td almari utk org kaya2 shj... bg yg berpendapatan rendah pulak...
akan beli rack spt di bawah ni...
rack ni memang boleh pakai... cuma nampak ruang bilik jd sempit...
kos lebih murah dr rack SUEperb MaMa... rm100 mcm tulah...
buatan drp kayu... pakai setahun dua dah goyang... tunggu masa nk roboh... 


apa yg sue tulis kat atas sekadar perkongsian idea yg Allah kurniakan pd Sue utk berkongsi dgn rakan taulan...
Kat sini sue nk ingatkan...
Sblm buat pembelian rack SUEperb MaMa.. Sue mintak.. Tlg buat istikoroh dahulu.. Jika Allah bg petunjuk utk guna rack SUEperb MaMa.. Boleh buat order ngan sue, jika Allah bg petunjuk utk beli almari mahal.. Belilah almari mahal... jika Allah bg petunjuk beli rack kat pasaraya... belilah kat pasaraya...

 Sue bkn nk kejar jualan berjuta2 utk bayar mercedes atau nk dptkan duit utk sara anak di sekolah swasta... Apa yg sue bgth ni sekadar berkongsi idea yg Allah kurniakan pd sue... spy pembaca2 blog SUEperb MaMa jd seorang isteri yg bekerjaya dan  disenangi suami tanpa rungutan penat dgn keje2 rumah.. 

sama2lah kita beringat2 spy pahala jadi seorng isteri tidak berkurangan dr hari demi hari disebabkan suami berkecil hati mendengar rungutan isteri krn perkara yg kecil (penat lipat kain... penat keje.. stress dgn kerenah boss)

ada juga yg bertanya... sue tak takut ke... kalu org buat istikoroh... tiba2 dpt petunjuk utk beli rack kat pasaraya atau beli almari mahal...

sambil senyum sue jwb... "sy tak takut kalau pembaca blog sy beralih ke rack yg lain... yg paling sy takut kalau customer beli rack SUEperb MaMa tp menyesal dgn pembelian tersebut atau rasa tak praktikal utk kehidupan hariannya...itu sbb sy mintak buat istikoroh dulu... tanya Allah dulu... spy dipihak penjual dan pembeli rasa puas hati dan aman..."

Ada juga yg bertanya pd sue.. Kenapa dedahkan cara pemasangan rack kat blog, nanti org akan curi idea tu utk dibuat bisness.. Pd sue.. Rezeki itu milik Allah.. Jika Allah ingin beri pd sue.. Jalannya akan terbuka dimana shj sue berada.. Jika idea ni diambil utk org lain cari rezeki.. Alhamdulillah.. Salah seorang pembaca blog sueperb mama ada jln utk cari rezeki dan dpt jauhkan diri dr meminta2..

Lipat kain adalah aktiviti harian yg tiada berkesudahan.. Sehinggalah kita ke liang lahad.. Kalu xnk lipat kain.. Pilihan ada 3 shj.. 
1) Samada tak payah pakai baju,
 2) beli rack sueperb mama..
3) beli rack kat pasaraya..

tepuk dada tanya Allah... (istikoroh)

utk tempahan rack....
boleh call Pn Sue 017-2838 319 En Pie 019-281 3226
atau email ke sueperbmama@gmail.com
kami akan hantar "quotation" melalui email..
pastikan ukuran bilik di kira per "kaki"..
penghantaran brg setiap hari sabtu dan ahad shj...
consultan pengurusan pakaian harian FREE...

ini salah satu contoh penghantaran yg kami buat di Kuala Lumpur..

quotation akan dibuat setelah customer bg lokasi tmpt tinggal dan ukuran bilik yg tepat...
deposit 50%
MAYBANK 5623 7540 0997
Media Smart Healthcare Resources

okeyyy... bila byk masa free dan badan pun tak penat... kita bolehlah lepak2 bersama suami dan anak2..

lepak kat pasaraya...

lepak kat padang permainan...
lepak kat rumah pengantin...
pengantin lelaki ni... pengapit kitorang dulu...
Alhamdulillah dah kawin... semoga Allah kurnia zuriat yg soleh dan solehah secepat mungkin... aminnn...

skrg kami apitnya pulak... tp dlm keadaan dukung anak dan perut sue memboyot... hahaha...

skrg tunggu pengapit belah pompuan kawin pulakkkk..
semoga Allah kurniakan suami yg mithali... bahagia di dunia hingga akhirat... aminnn...

dgn masa yg free di hujung minggu tu..
kita mampu ziarah org sakit.... buah limau ni utk Tuan Hj J...
tak boleh dedahkan nama sebenar... nanti melodi kejar....

ni pulak buah utk kami lepak petang2... santai2... romantik gituh...

kadang2 kuar mkn kat luar... teringin nk mkn Nando's...
layan jea la...

haaaa... kami sempat ziarah umat nabi Muhammad SAW yg baru sehari di dunia...
anak ke 4 Nazri...

ini ibu yg baru lepas bersalin 1 hari...
ambik berkat org mudah beranak ni... beranak kat atas katil di bilik emergency jea...
tak sempat masuk labouroom pun...
suaminya ingat kuar bilik nk masuk labourroom... rupa2nya...
kuar bilik emergency sekali ngan baby.... hahaha..
senang gilerrr...
so, en nazri.... thn depan boleh beranak lg yea... hik3...

hamboiiii... ramai nya anak Nazri ni... memang betul apa yg dia ckp...
"hobi kami ialah beranak"
hahaha...

jom layan video daina kat pasaraya atau kat rumah...
daina nk bawak bajunya sendiri... yg baru beli tuuuu...

nk main benda ni pulak...

alahai anakku.... :)


sekian sudah perkongsian ini...


SUEperb MaMa tak bijak... tp SMART dlm pengurusan hariannnnn!!!
tata... titi... tutu...



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Thursday, 7 February 2013

Cerita pasal susu kambing lagi...


Assalamualaikum...
Entry kali ni, sue nk kongsi pengalaman minum susu kambing...
sambung utk entry sblm ni....

masa checkup kat klinik kesihatan...
nurse mintak jaga kesihatan... sbb kalau kepekatan darah terus turun...
ini akan membahayakan keselamatan sue ketika bersalin nanti... takut darah mengalir tanpa henti dan boleh membawa maut...

di sebabkan sue utamakan kerja... tak nak mkn gaji buta...
dan tak nak jadikan masalah kesihatan personal jd prestasi keje merosot...
sue tak ikut nasihat doc...
maklumlah... keje private payah cuti...
  
bln dec 2012... kena checkup 2 kali seminggu sbb berat badan naik tak ikut jadual di klinik kesihatan... takut ada kencing manis la... takut itu... takut ini.. mcm2 nurse bebel..

gambar kat atas ni... utk penambahan berat badan yg ideal..
berat badan sue pulak naik 3.5kg sebulan...
pun sue tak buat checkup jugak... sbb utamakan keje... 

bln Jan sue terpaksa rujuk ke pakar kat hospital putrajaya krn uri bawah...
sue terpaksa langgar appointment tu sbb boss kata ada hal urgent di opis
iaitu "simulation pengurusan opis"
okey... cancel jugak...

appoitment kat kpmc pulak... terpaksa cancel jugak...
supplier UBS acc nk install akaun pd 29hb jea..
tak dpt tunda hari lain... sbb jadual diorang penuh...
pun cancel jugak... akaun pulak dah pending 7bln...

sue ambik cuti tahunan pd 25hb Jan 2013...
awal2 thn dah guna cuti tahunan...hambeekkkk kauuu!!!

 
kononnya nk checkup kat kpmc la...
Si Bad mintak masuk opis... katanya hal urgent sgt...
iaitu mintak berurusan dgn supplier utk kurangkan harga..
dah ambik cuti... terpaksa cancel... kejelah separuh hari.... kul 3 kuar opis..
hmmm... ni dah mcm tak cuti kan?..
Doc jamil dah tutup klinik...
hmmmmm...

sue mohon cuti 3 hari ni... utk selesaikan hal yg pending2 ni...

dalam 365 hari setahun ni...
boss pilih utk meeting hari sue mintak cuti...
okey... korang nampak tak note tu..
"All to attend without excuses"..
hmmmm... terpaksalah sue cancelkan cuti lg...


dlm dok stress dgn bebelan nurse sbb darah cair dan berat badan bertambah.. sue terbaca kat fb adik sue sendiri...
pasal susu kambing...
terbuka hati sue utk amalkan minuman sunnah ni...
Alhamdulillah...
berat dah tak naik mendadak...
ketegori tak nampak gemuk lah...
hasilnya pd kepekatan darah sue :
taddaaaa....
hamil ketika 26 minggu
kepekatan darah sue 11.6
sue amalkan minum susu kambing 2 kali sehari...
pagi dan malam...

hamil ketika 30 minggu
Alhamdulillah.... naik 12.6
nurse pun dah tak bebel... hati pun dah tenang...
sue mula minum sekali sehari (pagi shj)...
sue xnak baby kuar besar mcm daina dulu...
trauma siukkk...

hamil ketika 34 minggu
kepekatan darah masih kekal ditahap 12.. ketogori tahap "normal"
yg penting jgn kurang dari 12...

.................................checkup kat klinik salak..................................

"kepekatan darah awak dah normal... teruskan ambik vitamin yea.."

"sy ambik obimin 3 hari sekali jea... selebihnya sy amalkan susu kambing"

"nampaknya susu kambing dah serasi ngan awak... teruskan minum susu kambinglah... awak tak minum susu utk ibu mengandung?"

"tak... 5 bln pertama sy minum susu ibu mengandung... berat badan sy naik 3.5kg sebln... lepas sy amalkan susu kambing berat badan sy naik 2kg sebulan..."
..................................................................................................................

Alhamdulillah... kepekatan darah dah normal...
uri dah naik... peluang utk bersalin normal sgt cerah...
yg tinggal cuma...."HasbunaAllah ha wanikmalwakil"...
.......................................................................................................................
 
 
ada gosip sikit ni... jom layan...
si ibu bangga dpt bg susu formula soya kat babynya..
katanya "sy tak bagi anak sy susu lembu nanti anak jd perangai mcm lembu..."

kalu kita dengar org ckp mcm ni...
jwb dgn baik kat dia..."Nabi Muhammad minum susu kambing berakhlak mulia jea.. tak perangai mcm kambing pun"

kalu geram sgt tambah sikit lagi ayat tu "anak awak minum susu kekacang tu... berakhlak mulia ke?"
kikiki... jgn jwb cam ni... nanti mengeruhkan keadaan.. hahaha..


susu soya bukan susu...
soya itu sejenis kekacang...
org yahudi... melebalkan soya itu susu sbb selepas pemprosessan soya... rupanya spt susu...
jgn terpedaya yea...
jika harga buah badam tu murah... sudah pasti diorang akan prosess badam jd susu badam...
hmmm... renung2kan... :)

Tahukah Anda Keburukan Kacang Soya?

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya ya...ng mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
See more...




jom kita sama2 amalkan  minuman sunnah style SUEperb MaMa!!!...

tata... titi... tutu...



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di