Pages

Sunday 21 December 2014

Bahaya Sinaran Matahari



Assamualaikum... Salam sejahtera buat pembaca setia blog SUEperb MaMa...



kali ni sue nak share tentang pentingnya spek mata hitam... hehehe...

spek mata besar ni adalah impian sue masa bujang lagi... tp masa tu confident level sue sgt rendah..
malu nak pakai...

tp selepas diberi sokongan dan galakkan oleh asben sue... beranilah nak pakai spek besar ni...


kenapa kena pakai spek mata?

sue ni selalu drive tengah hari time panas2 terik tu... sue kena balik rumah pengasuh utk hantar susu hanna... terkena cahaya UV tu... mata senak dan berair...

lagi satu... aircond kereta kena tepat pd mata... mata putih jd kering dan kuning... jenuh dok tenyeh ngan airmore nak bagi lembab...

skrg, letak airmore jarang2 jea... sbb pakai spek mata time drive...

haaaa... 2 sebab utama ni punca sue kena jd spekky...
sue rasa korang pun alami masalah yg sama kan?

jom serbu kedai spek mata...
 
ini spek mata masa mula2 dpt kete myvi... thn 2007.
(foto hari ini)
spek ni masih elok lagi... cerminnya jd gelap kalau kena cahaya...

spek mata ni pulak sempena kete SU7100C
 hujung tahun dec 2014 aka 2015

 
 

laki bini dok try spek...
habis satu almari dok try...
kecik besar kecik besar je jual jual tu pandang... kalau kitorang tak jd beli...
hahaha

haishhh... susah jugak nak pilih spek yea...
nak pastikan match dgn muka tu... jenuh pakai bukak lah...
 


kakak tak suka lah yg ni ayah...
patern zaman P Ramlee... tak up to date langsung....
 

haaaa... yg ni kakak suka... spek mcm mama...

mlm2 sue dan asben akan letak timun kat mata... nk bg mata lembab..
setiap kali sue tutup mata sebab silau depan daina...
daina akan ckp "mama sakit mata ke? nanti kakak bg timun kat mama erk.. letak kat mata"
hahaha

akhirnya kitorang pilih yg ni...
suka ke... tak suka ke... senget ke... selesa ke tak...
hadap lah spek ni sepanjang berkereta SU7100C..
 
 
************
jom layan bahayanya sinaran UV
 


Bahaya Sinaran Matahari UV

Radiasi UV adalah sebahagian daripada spektrum elekromagnetik (cahaya) yang memancar daripada matahari ke permukaan bumi. Ianya mempunyai gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat oleh mata biasa. Gelombang ini diklasifikasikan sebagai UVA, UVB atau UVC.

UVA adalah gelombang yang paling panjang di antara ketiga-tiganya iaitu 320-400 nanometer. Sementara UVB adalah di antara 290 hingga 320nm. Dengan gelombang sinaran yang lebih pendek, sinaran UVC kebanyakannya diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke permukaan bumi.

Namun begitu, UVA dan UVB yang menembusi atmosfera sangat memainkan peranan terhadap kehidupan bumi seperti mengakibatkan penuaan kulit pra-matang, kerosakan mata (termasuk katarak), dan kanser kulit. Ianya juga boleh melemahkan daya imunisasi, mengurangkan daya untuk melawan penyakit serta berbagai masalah lagi.

SINARAN UVA
Kebanyakan dari kita sentiasa terdedah kepada UVA yang banyak sepanjang hayat kita. Sinaran UVA adalah menyumbang sebanyak 95% daripada kesan radiasi UV yang mencecah permukaan bumi. Walaupun ianya ianya kurang terik berbanding UVB, sinaran UVA adalah 30-50 kali lebih tersebar luas berabanding UVB. Ianya hadir dengan intensiti yang lebih kurang sama semasa siang hari sepanjang tahun dan boleh menembusi awan dan cermin.



UVA yang boleh menembusi kulit lebih dalam berbanding UVB, telah diketahui sebagai penyebab penuaan kulit serta kedut (photoaging), namun para saintis percaya bahawa ianya tidak menyebabkan merosakkan yang teruk di kawasan epidermis (lapisan kulit paling luar) di mana kebanyakan kanser kulit terjadi.

Namun begitu, kajian telah mendapati bahawa UVA boleh merosakkan sel kulit yang dipanggil 'keratinocytes' yang terdapat di lapisan bahagian dasar epidermis. UVA adalah penyumbang serta memulakan pembentukan kanser kulit.

Sinaran UVA adalah penyebab utama kepada kegelapan kulit.

SINARAN UVB
UVB adalah penyebab utama sunburn dan cenderung untuk merosakkan kulit di permukaan lapisan epidermik. Ia juga memainkan peranan utama dalam pembentukan kanser kulit dan membantu dalam penggelapan serta penuaan kulit. UVB tidak boleh menembusi cermin sepenuhnya.

Secara ringkasnya, sekiranya anda berada di bawah terik matahari, anda akan terkena kedua-dua sinaran UVA dan UVB. Namun, sekiranya anda berada di bawah bayang-bayang pokok, payung atau di dalam kereta, anda akan hanya bebas daripada terkena sinaran UVB, namun sinaran UVA akan tetap mengenai anda.

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN
Pastikan anda sering terlindung daripada sinaran UVA dan UVB dalam kedua-dua keadaan samada di luar atau di dalam rumah. Sekiranya anda berada di luar rumah pastikan anda sentiasa berada di bawah teduhan bangunan, pokok atau payung.

Memandangkan UVA mampu untuk menembusi cermin, gunakan lapisan perlindungan 'tinted' pada tingkap kereta atau rumah anda. Lapisan ini mampu untuk menghalang sehingga 99.9% sinaran UV.

Sekiranya berada di luar rumah, sentiasa memakai pakaian yang sesuai dan boleh mengurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Gunakan topi dan cermin mata gelap yang boleh melindungi mata anda daripada kesan sinaran UV. Topi dan cermin mata gelap boleh melindungi bahagian kulit anda yang sensitif seperti muka, tengkuk dan kawasan di sekeliling kelopak mata.



Akhirnya untuk melindungi kulit muka dan bahagian yang terdedah dan sesitif, gunakan 'sunblock' losyen yang bersesuaian. Untuk perlindungan terhadap UVA dan UVB yang berkesan, pilih 'sunblock' losyen yang mempunyai faktor SPF (Sun Protection Factor) 15 dan keatas. SPF 15 boleh melindungi sehingga 93% sinaran UVB, SPF 30 sehingga 97% dan SPF 50 sehingga 98%. Yayasan Kanser Kulit (Skin Cancer Foundation) menetapkan bahawa SPF 15 atau keatas adalah mustahak bagi melindungi daripada kanser kulit.

Nota: Untuk maklumat tentang produk-produk House Of Healin, sila layariwww.myhealin.com

No comments:

Post a Comment