Pages

Friday 28 November 2014

Anak Kucing - Susu botol

Ya Allah...

sue nih jenis yg tak suka kucing... memang geli gelemang lah...

Teringat masa kat kusza dulu... sue cukup takut nak makan nasi kat kedai atau kat kantin..
sbb takut kucing... kalau kucing jantan dan betina bergaduh... (bergaduh yg asmaradana tu...gaduh2 gatal gelenya tuuu..) sue akan mulakan beraksi luar kawalan... sue akan menjerit sekuat hati sampai satu dewan makan tu senyap... pasti ambik air sirap.. siram kat kucing tu... tak cukup air sirap sue... air sirap kawan punya, sue siram kat kucing jugak... memang ngeri sungguh bila kucing bergaduh...

pernah sekali tu, sue makan sorang2 kat medan selera di seroja... tengah syok2 makan nasi masak lemak telur... bunyi kucing bergaduh... Ya Allah... tensionnya... sue terus tinggalkan nasi... bayar dan lari masuk kete... uhhukkk3... dalam hati.. Alhamdulillah selamat... selamat dr ape pun sue tak tahu... Adehhh.. kucing jea.. bkn anjing pun...

sekarang pun, kalau pegi kedai makan... sue akan intai dulu... ada kucing tak... kalu ada kucing sue takkan makan kat kedai tu sorang2.. kecuali sue bersama dgn org yg berani dgn kucing...

kalau kereta sue dlm parking kat rumah... ada kucing bergaduh, sue takkan keluar rumah... sampai kucing tu pergi jauh la... punch card merah pun merah laaaa... yg penting xkena serang kat kucing... ngeri sungguh tengok kucing bergaduh..

apa yg sue takut.. itu lah yg datang bertenggek kat sue... Ya Allah... tension betulll...
ada 3 ekor anak kucing dok menangis kat opis sue ni.... ibunya hilangkan diri... dia bawak sekor jea... 2 ekor lg dia tinggal... 2 ari dok menangis... kesian sungguh!

semua org kat opis ni kesian... tp tak de tindakan yg diambil..
yg si geli geleman ni lah gi cari botol susu utk kucing...
tanya budak yg keje kedai veterinar tu...

"susu utk kucing ada tak?'
"bg susu kambing kak"
"lurp!... mahal tu dik... kalu susu dutchlady boleh tak?
"biasa bg susu kambing kak... susu lain sy tak pernah bagi..."
"boleh lah... botol susu satu... susu kambing sebotol.."


RM15

balik opis... kitten tu dengar sue naik tangga... dia pun melalak lagi... huhuhu..
sabar... sabar... aku first time nak bg ko susu cing... ko tunggu erk... aku tengah geli geleman nih...
huhuhuhu

gigil satu badan sue nak bg kitten ni susu...
geli siokkkkk... huhuhuhu

org yg cukup faham sue ni takut ngan kucing ialah Fadilah Muhhammad dan Fadillah Zainal Abidin..
huhuhu... diorang sanggup tak makan kat kantin di kusza dulu... semua pakat angkut makanan makan sama2 kat bilik... kenangan terindah bersama korang...

ni sue tengah dok pikir... sabtu dan ahad cuti... kalu tinggalkan kat opis ni kang... mati kitten nih..
x minum susu... nak wak balik rumah kitten ni kotor... sbb ibunya tak xcucikan...
lagi pun kitten ni sakit mata... mcm tak sihat... hmmmm... nak hantar nursery kucing rm12 satu malam... 2 ekor rm24 satu malam.. mampuihhh... byk tuh.. 

skrg ni hujan tengah lebat... nak suruh budak nursery tu cucikan kitten ni dan bagi ubat mata...
sue nak cuci sendiri???... ohhhh tidakkkkk...geli siokkkk!!
ni pun xde selera makan selepas pegang kitten nak bg susu sakni... huhuhu

Ya Allah... apa lah hikmahnya... dah sue kena take care 2 ekor kitten ni...
apa lah hikmahnya... sue yg tak suka kucing dah kena jaga kucing pulakkkk... uhhukk2..

Mcmana boleh lahirnya rasa kasihan sue pd kucing sedangkan sebelum ni sgt tak suka kucing??
mungkin sbb, bila sue sudah menjadi ibu... rasa kasihan sangat pd anak2 kecil yg rindukan ibu ayah yg berjauhan... kasihan bila tengok anak2 lapar... rasa berdosa bila kecewakan anak2 yg sekadar mintak mainan yg bawah rm10...  (jika permintaannya tidak melampaui batas...) rasa berdosa bila buat anak derita rindu...
dulu sue seorang yg gila kerja... hard workers... siang malam keje... hari minggu keje intertained client... sehingga xde masa utk diri sendiri... dlm kepala masa tu.. SALE.. SALE.. SALE...
bila dah ada anak... baru lah sue keje berpada2... biar sedikit asalkan BERKAT... drp byk, tp keluarga terabai... duit pun tak pernah cukup... sbb BERKATnya tak ada..

Alhamdulillah... Allah ketemukan client sue yg tidak melampaui batas... menghormati waktu sue dgn family.. setiap client kita... kita kena bahagikan 2 ketogori :
1) customer support kita krn kita mencari rezeki
2) customer mangkuk hayung - customer ni biasanya sukakan hiburan... profit rm3k, intertaiment sampai RM10k.. cuba bayang, jika kita layan customer jenis ni.. confirm company akan lingkuk, akaun pun jd negatif..

Alhamdulillah client sue semua ketegori no 1... 

***************
Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu..
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).”[HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhukuntukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.”Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci..
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Dipetik dr : http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/05/26/mueeza-kucing-kesayangan-nabi-muhammad-saw/





2 comments:

  1. sweetnya awak... even takut kucing tapi tetap tolong kucing tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sgt kat kitten tu... menangis sampai habis suara... rasa nak pelakong ibu kucing tu kalu jumpa nanti...

      Delete