Pages

Tuesday, 8 July 2014

Jus Kurma


Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semuaaaa!!!

ari ni sue nk kongsi satu resepi yg sgt mudah dan dan berkhasiat... JUS KURMA!!!

rebus 5 biji kurma dan 2 cawan air... biar mendidih sehingga jd satu setengah cawan air..

Alhamdulillah... nikmatnya... :)
memang sedap... bln puasa ni tekak kering... nk kunyah sebiji buah kurma tuh... rasa penat sgt..
jadi sue buat jus kurma... minum sampai habis.. dah jd mcm mkn kurma 5 biji sehari... muahaha..
senangkan?
 
 
taddaaaa... siap!!
 letak jea ais... Alhamdulillah nikmatnya..

 tak perlu tapis... buat saringan jea..
yg hampas kecik2 ni sue buang...
ambik yg jenih dan buah kurma tanpa kulit jea...
 
Jus ini sgt sesuai semua golongan... lagi sesuai utk ibu mengandung dan menyusukan bayi...

O'ooo... ibu menyusu jgn bg alasan tak nak puasa sbb nyusukan anak..
ibu mengandung pulak... jgn bg alasan tak nak puasa sbb takut effect pada anak...


jom kita atasi dgn positif thinking spy ibu menyusu dan bakal ibu dpt beribadah dgn sempurna..
bulan tak puasa.. kita makan 3 kali sehari..
bulan puasa pulak kita tetap makan 3 kali..

macamana?
makan yg pertama SAHUR
makan yg kedua BERBUKA
makan yg ketiga TENGAH MALAM iaitu pukul 1pagi.. sue panggil "pra sahur"..

haaaa... jika anda amalkan kaedah ni... insyaAllah susu cukup... ibu mengandung pun bertenaga...
jgn lupa minum air masak banyak2 yea...

selamat mencuba...


Apablia Al- Quran dan Sunnah sudah menyatakan buah kurma ini bagus.. so, jgn diragui lagi.. :)

Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
 
 
ini sue ambik dr sebaran whatssap tentang khasiap kurma...
Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sdr pun baru tahu...
Jadi...
Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....
Allahua'lam...

Sedikit Tazkirah sesudah subuh ...
Nasihat Ustaz
Utk perkongsian:

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”(Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dgn taqwa...
Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^

 

Tqvm jiranku.. Maii..
ini namanya rezeki dtg bergolek... ALhamdulillah..
 asben ckp ikan kering ni mahal...
hmmm... pertama kali sue tengok ikan bintik harimau ni..
 
ku sangkakan cempadak goreng... tp tak de bau cempedak..
rupa2 tauhu goreng berinti...
wowww!!!... memang sedap!! Alhamdulillah..
tqvm maiiii...
 
 
 


No comments:

Post a Comment