Pages

Thursday, 15 May 2014

Tapai Ice Cream


Assalamulaikum pembaca blog SUEperb MaMa...

sambil baca tu entry ni.. meh kita layan lagu ni sekali yea...



hari ni sue nak kongsi respi yg sgt mudah dan sedap... sesuai utk dijadikan menu petang... :)
iaitu Tapai Ice Cream..

bahan2nya :

1) Tapai yg dah siap masak
2) ice cream yg dah siap dibayar...
muahahaha... senang kan????
 
bagi family kecil yg mcm sue ni... lebih baik beli tapai yg dah siap...
kalu family besar... atau korang nak makan sampai sebesan tapai...
huhhhh... baik korang buat tapai sendiri...
ini sue bagi link.. cara2 buat tapai yea... Blogger Mamasya 
cara buat sama mcm sue buat dgn emak mertua sue 2thn lepas...
pastu xbuat2 dah... setakat nak mkn semangkuk ngan asben jea.. baik beli yg dah siap..
3 seikat daun getah singgit jea..
 
 korang letak tapai dlm gelas cantik... ala2 mcm mkn kat kedai exclusive la...
pastu letak ice cream...
perisa yg paling sedap mkn dgn tapai ni ice cream vanila...
yg sue ni ice cream pelangi... sbb stok yg ada kat rumah ice pelangi... belasah jea ape yg ada...
muahaha..
 
hmmm... lagi satu.. terpulang lah kat korang... nak letak tapai kat atas atau nak letak ice kat atas..
ikut senang korang jea lah...

Tapai Ice Cream ni ada dijual kat kedai2 makan yg exclusive..
harganya RM5.50 utk satu sudu tapai dan satu scop ice cream..
xberbaloi kan?? baik buat sendiri... boleh ulang mkn sampai 10 kali..
 
haaaa... ini gambar sue ambik dr google...
terliur tak??
 
sue xsempat nk hias cantik2 tapai ice cream sue.. sbbnya..
Nur Sufi Dhiahanna dok merengek nk dukung jea...
nak kena hadap dia jea...
sempat snap sebelah peti ais pun dah syukur... hahaha
 
 
Alhamdulillah... nikmat sungguh...
nikmat yg paling besar utk diri kita ni.. bila makan rasa sedap... kenyang... nikmatnya...
 
sedar tak...
 
Kenyang dan nikmat makan tidak bergantung pada jumlah dan jenis makanan tetapi keberkatan
Orang yang miskin mungkin cuma dapat memakan roti atau nasi dengan lauk yang paling murah atau sayur-sayuran ulam dan makanan yang kosong dari pelbagai perisa dan perasa. Namun apa yang dimakannya itu selalunya dapat langsung masuk ke perut dan kerap-kali dapat menyihatkan atau memberi kekenyangan.
Sedangkan orang yang kaya walaupun dimeja hidangannya penuh dengan makanan yang pelbagai rupa, lauk pauk yang bermacam-macam warna dan rasa belum tentu dapat menjamah kesemuanya. Doktornya melarang makan 'seefood', daging dan sayuran kekacang sebab 'gout', segala jenis makanan berlemak, manis, sesetengah buah langsung tidak boleh disentuh. Kerana Allah telah membataskan nikmat makan kepadanya.
Bahkan jika dia sihat sekalipun, mungkin dia tetap tidak beroleh kesempatan untuk makan dengan gembira kerana waktunya terhad dengan mesyuarat atau temu-janji, atau kepalanya berat dengan pelbagai masalah isterinya yang curang, anak-anaknya yang berperangai jembalang dan bermacam-macam lagi sehingga makannya tetap sedikit, tidak mengenyangkan dan selalu tidak mencukupi.
Keberkatan ialah rahsia kehidupan, dalam sebuah hadith baginda mengaitkan tidak kenyang sebagai hasil daripada makanan yang tidak berkat dan mengajar sahabatnya cara untuk mendapatkan keberkatan.
أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا: "يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ" قَالَ: "فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ؟" قَالُوا: "نَعَمْ" قَالَ: "فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ
'Para sahabat Nabi salallahualaihiwassalam bertanya ; Ya Rasulullah, kami makan tetapi tidak merasa kenyang. Lalu baginda menjawab ; ' Boleh jadi kamu makan secara berasingan ? Mereka pun berkata ; Ya , benar. Maka baginda bersabda ; 'Makanlah berjamaah, lalu sebutlah nama Allah, nescaya Allah akan memberkati kamu padanya.' [riwayat Abu Daud]
Justeru, wahai si kaya dan si mampu, ajaklah orang yang susah dan miskin menikmati makanan bersama-sama denganmu, itulah rahsia keberkatan agar kau turut merasai kekenyangan dan kenikmatan !
kredit Copy paste jea.. :)

haaaaa... makan dah kenyang... syukur lah pada Allah krn beri nikmat sihat pada kita..
apa lagiiiii.... jom bekerja keras spy kita terpilih menjadi org yang mengeluarkan ZAKAT..  :) Aminnnnnn...
 



Selamat mencuba resepi dr SUEperb MaMa
Tata... titi... tutu... Muahh!!!

No comments:

Post a Comment