Pages

Tuesday 24 July 2012

Doa dan amalan ketika mengandung

Entry kali khas untuk ibu mengandung...

amalan org barat ketika mengandung...
 inginkan anak pandai matematik... ibu yang mengandung pun buatlah latihan matematik sekolah rendah... heee... buat apa nk undur kebelakang... sedangkan kita dah ada kelulusan ijazah/diploma.


Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.


kita sebagai org islam perlu maju ke depan...  kita perlu terokai apa yg belum buat...
contohnya.. utk dpt anak yg kuat ingatan/menghafal, ketika mengandung kita kena start mengahafal ayat2 Al-Quran..  secara automatic si kecil akan menguasai matematik, boleh menghafal formula sains... sbb ingatan jadi kuat krn diasah ngan "AYAT-AYAT HAFAZAN AL QURAN"

pd sue.. bijaknya seorang anak2 tu, bukan terletak pd kelulusan cemerlang di sekolah...
tp BIJAK yg ingin sue cari ialah anak yg soleh dan solehah yang hidupnya mencari Redha Allah dan dapat Syafaat Rasulullah di dunia dan akhirat, bijak menempis perkara2 yg dilarang oleh islam.. 
(hatinya sentiasa berzikir menyebut kalimah "Allah" sekali pun berada di khalayak ramai... sertakan selang seli dgn selawat pd Rasulullah.. bukannya ingat Allah cuma di masjid atau atas sejadah shj..)

kalu sekolah sampai peringkat menara gading pun... master? profesor? doctor? tp tiada akhlak yg baik pun tiada gunanya...  masyarakat pun tak respek jugak...kira sama nilai dgn penyamun yg tengah diburu polis.

o'oooo... berleter la pulak di bulan puasa ni... time lunch tu... jenguk2 la website ni sbg hidangan mkn tengahari kita...



Doa ni yg paling sue suka dan amalkan time mengandung Nur Sufi Hadaina dulu..

DOA KETIKA HAMIL

Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dlm perut ku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yg mnyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, penyembuhan yg tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yg ada di perut ku dgn rupa yg baik dan tetapkanlah ke dlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd Rasul Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dr perutku dgn mudah dan selamat. 
Ya Allah jd kanlah dia sihat yg sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. 
Ya Allah panjangkanlah umurnya dan sihatkanlah bdn nya dan baik kan lah akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskan suara nya utk mbaca Al-Quran dan hadis dgn berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bg Allah Tuhan semesta alam.

ini adalah salah satu doa ikhtiar kita utk dpt anak yg baik... hasilnya nanti!!! tawakkal pd Allah shj...
bila amalkan doa ni... maka Allah bg pelbagai ujian... contoh yg berlaku pd sue ari tu, susah nk bersalin... sebenarnya bkn Allah x makbulkan doa sue... tetapi Allah menguji kita samada berputus asa atau tidak dlm BERDOA!!

sebelum tu jgn lupa baca pembuka doa!


Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

pastu baca ni pulak...



 Sekian dari SUEperb MaMa!!!
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..............
-TAMAT-


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di Facebook Page ROSSEcouture




3 comments:

  1. mekasih kak atas doa ini..insyaallah akan dia amalkan..

    ReplyDelete
  2. selamat beramal ika... moga beroleh anak yg soleh dan solehah...

    ReplyDelete