Ting tong... ting tong... SUEperb MaMa dtg laaagiiiiii......
Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.
zaman skrg, ramai yg bangga krn pandai makan makanan segera... spt kek lapis serawak la... maggi la.. kfc la... pizza la... up to date la katakan... sehingga kita lupa utk makan makanan yg sgt berkhasiat spt yg di sebut dlm Al-Quran,
jgn terpengaruh dgn iklan.. nanti rosak badan kita yg Allah bg pinjam tu...
mulai skrg... sue tak nak hanyut dgn iklan2 semua tuuu...
so, sue study sikit2 buah2 yg disebut dlm Al-Quran..
untuk dijadikan supplement harian...
drp kita mkn suppliment yg entah apa isi kandungannya... baik kita ambik suppliment terus dr buah dan fresh!!
teringat nasihat doktor kpd sue lepas bersalin dulu...
"Doc, kalu saya minum pati ikan haruan boleh tak? atau pati ikan tu akan buat anak sy jd lebih teruk penyakit kuning?..."
"buat apa awak nk mkn pati ikan haruan... baik awk mkn ikan haruan terus... dah tentu khasiatnya lg baik sbb fresh tanpa bhn pengawet..."
Tendedenggggg!!!
salah satu buah yg sue belajar mkn skrg ni ialah buah delimaaaaa!!!...
nak cari buah delima merah mcm ni...
yg jumpanya... merah mcm ni... apa pun Alhamdulillah...
manis memang manis... perghhhh... meleleh air liur bila terkenang saat mengunyah setiap biji2 buah delima nih... bijinya yg rangup!!! rasa yg sgt manis!!! Alhamdulillah nikmatnya...
byk kali jugak sue beli buah delima... mkn sikit buang sbb tak pandai mkn... sue ingat bijinya xboleh telan... rupa2nya 50% khasiatnya terkandung kat biji kecik2 tu...
opismate sue bgth... "ala akak... biji buah delima tu rangup la... kalu sy dah start mengunyah biji buah delima tu... hmmm mertua lalu xsedar dah"
lepas tu... balik keje terus beli buah delima kali ke 7 sudah... sue pun try kunyah... memang best.. mcm kunyah kekacang gituh! Alhamdulillah... Daina pun suka jugak buah delima...
Jom layan khasiat dan kelebihan buah delima ----------------------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saidina Ali berkata bahawa cahaya Allah terletak dalam hati orang yang makan Delima.
Dikatakan juga barangsiapa memakan 3 biji buah Delima dalam setahun akan terhindar daripada sakit mata bagi tahun itu.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Delima membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yag jahat selama 40 hari.”
Dikatakan juga barangsiapa memakan 3 biji buah Delima dalam setahun akan terhindar daripada sakit mata bagi tahun itu.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Delima membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yag jahat selama 40 hari.”
—
Surah Al An'aam. Ayat 099.
|
"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman."
|
"Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermaca-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya dihari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan". Al-Anaam Ayat 141
"Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima." Ar-Rahmaan Ayat 68
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.
Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.
Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.
Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain dan baik untuk ibu mengandung...
Delima, sejenis buah yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium,
Antara kebaikannya yang lain:
*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
*dll
*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
*dll
Jom kita amalkan makan buah delima... kurangkan mkn supliment tablet atau makanan segera!!!
Layannnnnnn..... dr SUEpeb MaMa!!!!
New batch will b soft
awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned
peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di Facebook Page ROSSEcouture
Info yang sangat menarik dan berguna. terima kasih untuk perkongsian. :)
ReplyDeletesama-sama :)
ReplyDelete