Thursday, 10 May 2012

Khasiat Budu



khasiat daun salad cicah budu!!! best gilerrrr...


kalu dah namo klate jati...makan ape pun nk cicah budu...hihihi

Tadaaaa!!! hidangan diet utk mkn mlm : 

sejambak salad dan semangkuk budu sue dan asben sekali hadap.. hihihihi
jom kita layan khasiat salad dan budu.

Tahu tak yang Daun salad kaya dengan kalsium, magnesium, potasium,
 fosforus, sodium, vitamin A dan C, zat besi dan zink. Gabungan 
kandungan di atas menjadikannya sebagai sejenis kompaun iaitu
Lactucarium.



Lactucarium ni berfungsi sebagai sedatif. Jadi, ia mampu 
tenangkan diri anda, menghilangkan keresahan serta 
melapangkan fikiran.

khasiatnya :
Salad mengandungi karotena dan air - ia dapat menghilangkan 
dahaga serta melancarkan sistem pernafasan dan penawar bagi
 anda yang masalah gangguan tidur (insomnia). kaya dengan 
zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, 
mangnasium dan zink itu. Salad juga mampu mengurangkan 
paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, 
mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan 
sistem penghadaman.


ni nak citer pasal budu pulak... syoknyerrrr buduuuuu...
budu

















“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida
 dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat 
serta mempunyai nilai kosmetik.
“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan.Semua ini 
berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, 
merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen. 
dgn pengambilan budu xperlulah mkn supliment2 yg berkolagen tuuuu...
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau 
yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian 
besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat 
berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, 
budu sangat bagus untuk di makan kerana ia 

Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman 
mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu 
memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.

Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen 
dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara. 
(tu sbb oghe klate comel2 belako... hahaha)

Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari 
selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan. 

Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga 
penyakit jantung dan hipertensi.

Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia 
merangsang sel otak.  Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang 
menyebabkan kembung perut. (tu sebab oghe klate bijok2 belako... wakakaka)


tak payah berhabiskan wang utk beli supplimen2... jom layan khasiat makanan 
fresh dr ladang!!!

zassss... resepi dr SUEperb MaMa!!!!



1 comment: