Wednesday, 23 May 2012

Jom amalkan "Gaya Hidup Berjiran"




Entry kali ni ----------> sue nk citer pasal hidup bermasyarakat pulak... mcm biasa la..
sambil baca entry sue... sambil dengar lagu pasal jiran lerrr...


Ramai yang abaikan cara hidup bermasyarakat.. masing2 kuar awal pagi kunci pintu rumah... balik lewat mlm kunci pintu rumah ... sehingga x bertegur langsung dgn jiran...

silap2 nk kuar rumah pun pandang kiri kanan dulu sbb malas nk bertembung ngan jiran.. malas nk tegur jiran.. malas nk senyum kat jiran... haih!!


cari hadis yg menyebut tentang "Jiran"... apa lagi...godek pak cik google lerrr..
tingat masa kat kusza dulu, sue kena hafal hadis ni.,.. hmmm... masa tu hafal utk lulus exam... skrg baru cuba utk amalkan..


Ini adalah hadith ke lima belas(15) dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan hadith ini dan mengambil pengajaran sebagai panduan hidup kita bersama.


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ ن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.


Terjemahan Hadith


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)



sebenarnya nk hidup bermasyarakat di bandar ni x susah... caranya mcm ni :
* join aktiviti surau spt gotong royong, 
* kelas pengajian agama
* jarang2 tu keluar lah solat berjemaah di surau sambil bertegur sapa.

======> untuk kunjung rumah ke rumah utk bertegur sapa... x mungkin kita lakukan sbb takut mengganggu jiran utk berehat setelah penat bekerja.. sooooo...  kita join aktiviti bermasyarakat la..

ini contoh sue dan asben join aktiviti bermasyarakat di Taman Dahlia.





1) Gorong Royong Taman Dahlia


2) Gotong royong Surau Taman Dahlia

org lelaki cuci longkang... org pompuan kira duit tabung surau.. adilkan???
kaum yg lemah kena wak keje ringan2 jea... hihihihi
aktiviti start kul 8 am - 10 am
rehat berhenti mkn jap..
Daina ahli gotong royong yg paling muda kat situ...

haaa... tu asben sue dok menyapu... 
sue tukang ambik gambar nk masukkan dlm blog!!!  heee... smile :-)

kul 10.30 semua ahli goyong royong akan menikmati juadah yg disediakan oleh AJK surau..

nasik lemak... roti canai... bihun goreng... puding roti... jom mkn duluuuuuu...

tmpt mkn lelaki dan pompuan di asingkan... 
woww.. teringat zaman sekolah menengah dan zaman kusza dulu... 

inilah bangku yg kaki daina tersepit... hahaha... saje wak iklan time org tengah kusyuk mkn...
meraung la Daina... kah3... 
kalut ayahnya kopek besi tu... pastu semua org gelak... muahaha



3) Kelas pengajian agama

Ini pulak kelas pengajian agama di Surau Taman Dahlia... setiap hari sabtu pukul 9am

ada anak kecil.. xde masalah utk join majlis agama.. angkut sekali la... 
pastu dok belakang sekali... 
bagi anak2 kita main kat belakang... memanglah kita rasa x boleh fokus utk faham apa yg ustazah ajar...
tak pe... yg penting niat krn Allah utk berbaik2 dgn jiran.. dan bertegur sapa ngan jiran..

ish... lambatnya ustazah dtg... Daina dah ngantuk la... mana geng daina ni...
hohoho... dia dah mula cari geng nk bising la tu...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

kalu kita sibuk ngan tunggakkan keje rumah kita yg seminggu tu..... 
- nk iron baju
- nk mop lantai
- cuci baju
- nk masak

----------> pergi sekejap jea la ------> sejam/setengah jam jea.
utk bgth kpd masyarakat yg kita masih tinggal di Taman tue..


Kenapa sue titik beratkan join jemaah surau?
bila kita mati nanti... jemaah surau dan jiran tetanggalah yg akan urus jenazah kita.
bkn customer shopping complex!!!!
nk harap kan saudara mara dan kawan2... semuanya berjauhan... itu pun belum tentu dtg ke tak.. semua kena ikut cuti masing2..

Sue ambik pengajaran satu jea:
pengalaman utk buat baca yasin di rumah baru... call lebih 20 org kwn2 sue dan asben... yg dtg cuma 5 org shj... itu pun dtg time yg berbeza2... mcmana nk berkumpul utk baca yasin... ada yg balik awal dan ada yg balik lambat..

alih2 asben sue pegi solat berjemaah di surau depan rumah...
terus Pak Imam tu buat pengumuman -----> lepas solat asar majlis baca yasin berjemaah sempena masuk rumah baru pun bermula...
 masa tu terasa Keberkatan Hijrah...  berkat bertegur sape ngan jiran
 dan hidangan pun diberi kpd org yg dekat dulu (jiran)..
Alhamdulillah...

Asben ngan Daina...

Jemaah Surau mulakan Doa masuk rumah baru dan diiringi yasin


abih sudahhh citer SUEperb MaMa utk kali ini...

Jommmmm!!! ikut gaya berjiran style SUEperb MaMa!!!!



sekian... Wassalammmm... zasssss!!!!









No comments:

Post a Comment