Pages

Saturday, 28 October 2017

Ketagihan internet pada kanak kanak






Sblm kita menuntut anak kita berbakti kpd kita.. kita kena berbakti dulu pada anak2.. kita kena tunjuk contoh2 dan cara2 berbakti...

Zasssss...

Nampak tak diorang ni kalu dpt hp yg ada internet... rela tak makan.. panggil tak menyahut... 

terlalu byk Kesan negatif bila diorang dpt hp... jadi Sue dan Absen limitkan masa utk diorang tengok  youtube... Sekali diorang dah pegang hp... boleh jem anggota badan... keras membatu kat situ laaa..

Sblm ni... kitorang memang tak dedahkan langsung dgn hp yg ada internet kat anak2 melainkan diorang ke opis. Jadi... anak2 akan tertunggu2 bila lah mama nak bawak pegi opis... 

Sue pulak... drp bawak diorang pegi opis.. lebih baik sue cuti.. bawak diorang pegi opis sama mcm sue tak keje... makan nak kena bersuap... ke tandas nak berteman... last2 keje tak siap apa pun...

tujuan utama sue bg diorang tengok youtube utk perbaiki bahasa inggeris... alih2 lain pulak jadi nya.. Diorang pegi tengok Playdoh... yg gaya lebih dari bercakap... 

Baru dpt hp 3 hari... dekna jd tak pandai nak bermain dah... dekna jadi macam pirana yg tunggu masa nak terkam hp jea... sampai sue tak ada masa guna hp utk keje.. usahkan nak belek fb... nak tengok email dan wasap pun tak sempat...

haaa... Ini tips utk sue menarik balik kelonggaran yg dah terlepas pada anak2..

**Elakkan pegang hp depan anak2.. simpan hp kat tempat tinggi... Kalau dekna ambik hp... Sue akan alihkan kehendak dekna kpd gurauan.. Sue akan geletek sampai terguling2 gelak.. pastu sue simpan hp...



Bila dah beli mainan utk anak tu... kena bg anak main dgn bebas... disiplinkan utk kemas lepas main... kebanyakkan ibubapa suka beli mainan utk anak.. tp tak bg anak main sebab takut rumah bersepah... bg sue... Kalu tak bg main baik tak payah beli... hati anak akan terguris... Dlm jiwanya akan tertanya2... kenapa tak boleh main? Mainan tu utk sape? Anak2 akan jd keliru....

Anak2 lg keliru bila.. hp tak bagi main... mainan yg ada kat rumah tak bg main... apa yg diorang nak buat??? Mengacau adik kena marah.. Diorang akan jadi nakal... kacau org sana sini...

rumah bersepah tak pe asalkan bersih... beza tauuu... 

Bila dah beli mainan tu... bg ruang utk anak2 bermain...




Sue akan sedaya upaya wujudkan suasana ceria bermain dgn anak2.. kadang2 sue pulak yg terlebih jd spt kanak2... 

Sue nak beli kasut roda.. nak main dgn anak2 kat rumah.. Absen tak bagi... takut jatuh kang tak berbaloi...tp sue beli jugak... hehehe.... ini untung ada duit sendiri... dpt beli apa yg kita nak... 

Dgn tak sabarnya nak main dgn anak2... Sue ingat mudah main menatang tu... gila lah susah... licin nak mampuih...  Dgn berlagaknya.. Sue pakai dua2 belah kasut... baru nak berdiri dan imbangkan badan.. kakak dtg tolak dari arah belakang... kononnya nak bergurau lawak jenaka laaa... tak pasal2 sue jatuh berdebok terhempap badan ke lantai.. fuhhh memang tak boleh nak kontrol langsung licin tu... cara jatuhnya... memang tak akan jatuh cara sopan lah.... lebih busuk dr nangka busuk lah...

Absen sue dah celik mata kacip gigi kat sue... marah sue mcm sue anak2 lagi... 

"Haaaa... itu lah... tak de penyakit cari penyakit..."

Sue pun jawab mcm anak2 jugak.. sambil menahan sakit...
"Kakak yg tolak..."

Kakak kena bebel dgn ayah nya dan didenda tak boleh main kat luar.

Nampak spt muka kakak rasa bersalah dan sedih tengok mamanya sakit...

Sue pulak tak sampai hati nak marah kakak... sebab sue tahu.. kakak nak bergurau tapi tak sangka boleh buat mamanya sakit... 

Sue releks sekejap... asben suh tuam dgn ais kat tangan yg bengkak... bengkak dah surut sikit... Sue panggil kakak dan cakap elok2... 

"Kakak... kakak tak boleh bergurau kasar... tak boleh main tolak2.. tak boleh main pukul2... semua tu boleh cedera kan org.. nanti tak ada org nak berkawan dgn kakak nanti..."

Kakak hanya diam dgn muka bersalah sambil tuam tangan sue dgn ais...

Kesian pulak dgn kakak... teringin nak main mainan barunya... terbantut pulak...  

Mlm tu.. kakak ambik buku utk.buat homework... "hari minggu kakak boleh main mainan baru tak?"

Alahai kesiannya...
"Kakak nak main skrg pun boleh... buat homework kemudian.... dgn syarat main jgn sampai gaduh... sape gaduh...dua2 mama tak bg main...ok???"

Terus kakak dan dekna bersorak gembira....

Kalau kita tak bagi anak2 bermain dgn mainan yg kita beli.. itu bermakna kita mendidik anak kecil menjadi dewasa sblm usia... anak2 akan suka mengimpit org tua...
 suka pakai dan bersolek spt org tua.. main handphone spt org tua... suka duduk mendengar dan manyampuk org tua bercakap... Kalau sue bagi diorang main mainan diorang dgn bebas.. InsyaAllah.. Diorang tak kacau hal2 org tua...

Mula2 asben sue tak suka beli mainan mcm2.. serabut katanya... bersepah sana sini... tujuan utama sue nak renovate rumah adalah utk semua jenis mainan beroda mesti main di ruang parking.. jadi, tak kacau ayahnya nak tengok tv... 

Setiap kali jumpa mainan beroda.. Sue nak beli... asben tak bagi... Okey... tak pe... tunggu sue free... Sue pegi cari kat nilai 3 sendiri.. Hahaha.. #MeTime.. wakaka.. (curi masa waktu lunch..)

Sue sgt seronok tengok gaya diorang menikmati zaman kanak2 dgn riang... gelak2... biar riuh rumah... Hahaha

Nak lagi enjoy... korang lumba lari dgn anak pakai selipar urut ni... confirm diorang lari terloncat2 sakit kaki.. hahaha

Round2 kat Shopping Mall...




Bagi mkn burung...spy anak2 ceria sblm ke sekolah...
Kalau ada pets lain... bg anak2 tegur pets dulu setiap pagi... itu terapi utk anak2...


Cuci lantai sama2... bg ruang diorang bermain air sepuas hati...

Mesti baca Al Quran dan Ikra' waktu mlm

Tengok wayang... biar anak2 rasa tengok tv besar pulak.. sound speaker yg kuat... anak2 akan rasa seronok spt berada dalam watak kartun tu...

Jom sama2 kita baca dan praktis pada anak2 cara Rasullullah mendidik anak kecil....

 cantik susunan blogger Wasilah  Berselawat ke Atas Rasulullah Tercinta.Sollu 'Alan Nabi...



  1. 1)Sayyidina Rasulullah  begitu baik dalam layanannya kepada kanak-kanak.Baginda mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak.Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik.Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah.Buktinya,bayi dilahirkan dalam keadaan tulen,suci dan bersih dari segala kekurangan.Dan baginda  memelihara kesucian dan ketulenan ini.


    2)Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah baginda  suka menghidu,mendakap dan mencium mereka.Pernah Al-Aqra’ bin Haris melihat baginda, juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda:“Ya Rasulullah,kamu mencium kanak-kanak kamu?”               
    Nabi menjawab:“Ya”
    Lalu mereka berkata,“Sesungguhnya kami tidak mencium kanak-kanak kami.”
    Rasulullah  bersabda lagi,“Apa yang aku akan buatkan untuk kamu,andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu.”
    Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.Ramai yang tidak tahu bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan,iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.

    3)Nabi  suka mendukung kanak-kanak.Kerap dilihat Sayyidina Hasan,radhiyallahu ‘anhu atau Sayyidina Husin,radhiyallahu ‘anhu atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah .Suatu hari,Sayyidina Anas bin Malik,radhiyallahu ‘anhu datang.Beliau melihat Nabi  dalam keadaan menongkat 2 tangan dan 2 kakinya,dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda .Maka Sayyidina Anas berkata kepada Nabi ,
    “Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua.”
    Lalu Nabi  bersabda,
    “Dan merekalah sebaik-baik penunggang,ya Anas.”
    Nabi  memberi kepada mereka berdua(Hasan dan Husin)kedudukan dan kemuliaan.     

    4)Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak,juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.Antara keindahan dalam hidup Rasulullah  adalah ketika melayani kanak-kanak.Nabi  selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.Pernah baginda  mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak,sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengan baginda .
      
    5)Nabi  memiliki sifat kasihan.Baginda begitu melindungi kanak-kanak.Suatu ketika,baginda  bersolat di dalam masjid.Ketika bersolat,Umamah binti Zainab datang kepada baginda  dan memanjat belakang baginda .Ketika itu baginda  dalam keadaan sujud.Lamanya baginda  bersujud sehingga para sahabat menyangka bahawa baginda  mengalami kekejangan.Setelah selesai bersolat,baginda bersabda,
    “Anak perempuanku ini duduk di atasku dan aku tidak mahu mengganggunya.”

    6)Sesiapa yang membimbing anak-anaknya,dia telah menjinakkan hasadnya.Nabi  mendidik mereka,membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka,kerana inilah waktu yang sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.Sayyidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya,kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda .Lalu baginda mencabut kurma daripada mulutnya(Husin)dan berkata,“Kakh...Kakh..”.Maka Husin mengeluarkan kurma dari mulutnya,dan baginda  bersabda,
    “Ia tidak halal bagi kita sebagai keluarga Muhammad,kerana ia adalah zakat.”

    7)Baginda  pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya yang bernama Abdullah.Ibunya memanggil,
    “Ya Abdullah!Datang ke sini,aku nak berikan kamu sesuatu.”
    Apabila Abdullah datang,baginda bertanya kepada si ibu,
    “Apa yang kamu nak berikan kepadanya?”Lalu jawab si ibu,
    “Saya akan berikan dia buah kurma.”
    Nabi  bersabda,
    “Sekiranya kamu tidak berikan apa-apa kepadanya,nescaya dituliskan untuk kamu sebagai penipu di sisi Allah.”
    Nabi  mengajar kita bercakap benar.Ramai di antara kita menipu ketika bermain dengan anak-anaknya,seperti dia memanggil anak-anaknya kerana ingin memberi kepadanya sesuatu tetapi dia berbohong.Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya.Rasulullah  suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar dan juga bersikap berani.

    8)Rasulullah  biasa berlumba dengan kanak-kanak.Nabi  pernah meminta anak saudaranya,Sayyidina Abdullah bin Abbad,radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang saudara kandung beliau berbaris di satu tempat dan baginda  duduk di satu tempat.Kemudian baginda  memanggil mereka datang kepada baginda  secara berlumba.Apabila sampai,mereka merebahkan badan mereka ke atas dada Rasulullah .Inilah Nabi ,pemimpin ummah.Melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik.Adakah kita turut berakhlak sebegini?
      
    9)Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu,juga seseorang menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh.Nabi  tidak pernah memukul orang lain dan tidak pernah menyakiti kanak-kanak.Nabi  meletakkan 1 kaedah penting,“Perintahkan anak-anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berusia 10 tahun.”
    Pukul di sini,bukanlah pukulan yang kuat.Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak.Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran.Rasulullah  sendiri tidak pernah melakukannya.Tetapi baginda  begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.

    10)Jadilah guru ketika dia kecil dan kawan apabila dia meningkat usia.Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya dengan do’a-do’a.Rasulullah  melindungi Hasan dan Husin dengan satu do’a penting.Selepas menyapu mereka berdua,baginda membaca,
    “Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan yang berbahaya dan daripada bahaya hasad.”
    Sesiapa yang membacanya,Ummu Sibyan tidak akan dapat memudaratkannya.Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.

    11)Antara layanan baik Rasulullah kepada kanak-kanak ialah baginda  suka menggembirakan mereka kerana ingin menghargai dan menggembirakan mereka.Para sahabat biasa membawa kepada Rasulullah  buah hasil tuaian pertama.Sebaik sahaja buah-buahan di kebun mereka masak,baginda  akan mengambil,mencium buah tersebut dan bertahmid,kemudian baginda  akan memberi kepada kanak-kanak yang paling muda di kawasan itu,dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak-kanak tersebut,kerana Rasulullah  suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak seperti yang disebut di dalam hadith bahawa Allah menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak.Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak tetapi maksud di sini,agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah .

    ::al-Habib Muhammad Abdul Rahman al-Saqqaf,hafizohullah,Fattabiouni::

    Add a comment





    Loading




    Friday, 29 September 2017

    Travelog.- Episod 4... Geng SUFi3 travel ke Ho Chi Minh, Vietnam



    Trip ke Vietnam sebenarnya atas urusan keje.. kebiasaan kami akan selit dgn aktiviti keluarga, sepatutnya sue berada di Vietnam pd 20hb Sept 2017, Meeting Sales & Marketing pada 21hb sept 2017. Meeting tersebut sue terpaksa Tarik diri sebab ayah sue meninggal pada 19 Sept 2017, trip ke Vietnam sue batalkan pada peringkat awal…
    Bila sue pikir balik… berada di Kelantan kesedihan tetap menyelubungi diri… balik ke sepang di rumah sendiri… sue tetap rasai kesedihan… sue bagitahu asben, sue nak beralih tempat… utk hilangkan rasa kesedihan atas pemergian ayah ke Alam Barzakh.

    Tiket Cuma beli sehala shj… iaitu dr Malaysia ke Vietnam..  utk balik semula ke Malaysia.. tiket sudah book 2 bulan awal.
    Alhamdulillah… bila beralih tempat, rasa sedih tu hilang… sepanjang perjalanan sedekah Alfatihah utk arwah ayah sentiasa iringi perjalan sue.
    Cuma ada beberapa kali shj… air mata mengalir sendiri tanpa sue sedari…

    pergi ke sana tak guna agensi travel, kiranya mcm backpacker lah.. semua bergantung pada google maps shj.




    kejutan budaya tu tak yah cakap lah kan... org vietnam ni tak pandai bahasa inggeris sepatah haram...hadoiiii.. mcm ayam dgn itik bercakap... last2 bercakap guna bahasa isyarat.

    bab duit juta2 tu satu hal laaa... sampai ke sudah sue malas nak belajar pasal duit tu... otak pun masih diawang awangan... setiap kali nak membeli.. sue akan tanya asben murah ke.. mahal...

    kalu nak senang... korang mintak dia harga brg dlm duit RM... kat situ korang dah boleh calculate murah ke mahal...

    Booking tiket ketika berada di Kelantan, naik flight pukul 11.30pm sampai di rumah kat sepang dlm pukul 1.. Alhamdulillah, anak2 semua tido.. sue dan asben mengemas pakaian utk bertolak ke Vietnam. Pukul 4.30 kena bersiap utk bertolak KLIA 2, flight kami pukul 7am.

    Asben dpt tido sejam.. sue dpt tido setengah jam… hahaha… ini memang keje giler.
    Plannya sampai awal pagi kat Vietnam, nak sambung tido pukul kat hotel. 

    kami nak check in awal 2 jam dari pukul 12 sama seperti sewa hotel satu malam… adusssss… rugi bang… kita round2 kat pasar jea lah…

    Kitorang letak bag kat tepi kaunter… terus masuk Ben thanh Market. Kitorang plan memang nak habiskan masa kat bandar Ho chi mint jea… sebab anak2 kecik dan ramai ni… tak sesuai utk membeli belah kat dlm sungai bagai tu…

    Byk tempat yg menarik kami tak lawati spt Mekong Delta, Cai Be Floating Market, Can Gio Mangrove Forest, Dai Nam Amusement Park… dan lain2 tempat.. pada sue, kalau nak betul2 jelajah Vietnam, lebih baik pegi dgn rombongan pakej. Orang Vietnam tak pandai cakap Bahasa inggeris langsung… apatah lagi Bahasa melayu. Macam kitorang ni… pergi utk hilangkan stress jea.. memang nak round2 kat bandar HCM jea… org kata kain murah… pada sue tak murah sgt lah… kena rajin tawar menawar. Sue malas nak tawar menawar ni… sebab serabut dgn bawak anak2… biasanya asben tanya jea harga… kalu harga OK asben beli… kalu harga tak munasabah kitorang bla jea lah…

    Bagus nya latih kakak dan Dekna travel… apa yg diorang belajar kat sekolah PASTI tentang makanan Halal dan Haram berkaitan dgn makanan. Kami praktik kan kat sana… kakak tanya…
    “Mama… pisang halal ke haram?”
    “Halal…”
    “mama… ubi bakar halal ke haram?”
    “Haram…”
    “kenapa haram pulakkkk… itu kan mcm buah jugak…”
    “ubi bakar tu… kita tak tahu pemanggangnya tu digunakan utk bakar ubi shj atau bakar daging khinzir.. kat situ timbul rasa was2… lebih baik tak payah makan…”


    No anak2 tengah Segar sugar lagi... Baru keluar hotel... Destinasi pertama..

    Ni destinasi terakhir... Semua tido... Habis jemmm kitorang..



    Gambar sue simpan dlm bentuk video yea.. nak jimat space blog...


    Tips utk yg bawak anak kecik utk travel ke negara bukan islam....

    Bawak biskut byk2 utk anak2… kat sana kitorang tak berani langsung nak beli Jajan… was2 dgn bahan yg digunakan.
    Kalau nampak penjaja makanan atau kuih muih… nak tahu halal ke haram… tanya kat penjual kopi motor yang halal… diorang akan bagitahu makanan apa tu halal ke tak….  

    Kat Malaysia… sue tak pernah tengok org jual daging babi… bila pegi sana.. daging babi dijual secara terbuka jea… masa tu kitorang nak masuk pasar, sekali Nampak air lelehan daging babi. Kami batalkan ke jalan arah tu.. sebab takut terkena Najis Berat.

    Teksi??? Kitorang round kat HCM tak guna tourist Guide pun… asben kejenya google tempat2 menarik yg dlm bandar… pastu kitorang jalan kaki… kalu anak2 penat, kitorang akan balik ke hotel naik teksi… teksi kat dlm bandar tu semua bermeter… jgn ingat bermeter tu tak kena tipu… comfirm kena sekali sorang lah… sambil dok beringat tu… terkena jugak..
    Anak2 semua dah tido… masa tu kalut sgt, kesian kat anak2 tak puas tido dah kena kejut… ambik teksi tanpa tanya harga… terus masuk jea… perghhhh… kena ketuk lerrrr…

    Bab restoran halal kat HCM tak de masalah… memang byk sgt kat sana… masakannya lebih kurang kat Malaysia jea.. bab jajan anak2.. haaaaaa… yg memang kitorang tak berani nak beli… menyesal pulak tak bawak jajan lebih, nasib baik pergi sekejap jea…




    Shopping pulak…. Kitorang tak shopping, pegi sana untuk relek2 jea… lupakan perkara yg pahit.. terserempak dgn baju anak2 yg comel… kami beli lah 3 helai sorang… sue dan asben pun 3 helai jugak… asben belikan sue 3 helai cardigent. Cantik kainnya… memang tak pernah jumpa kat Malaysia lah… puas pusing Mall… tak ada pun patern yg sue jumpa kat HCM. Sgt puas hati….
    bila nampak pakaian kanak2.. fuhhh... yg penat jadi cerah bijik mata weiiii... hahaha..
    badan yg bengkok penat... jadi segar bugar lah...

    Harga baju kat Ben Tanh jauh lebih murah dari Saigon Centre. Harga baju kat Saigon lebih korang kat Mall do Malaysia jea lab...

    sehari kami keluar 3 kali sesi... sesi pagi keluar jalan2 di HCM... pukul 12pm anak2 dah penat... kitorang balik hotel, bagi diorang berendam sejam... beli bekal siap2. sebelum keluar utk sesi petang makan dulu... nasi sebungkus utk 5 org... Alhamdulillah cukup... hehehe..
    sebungkus nasi yang halal kat sana RM20... mahal giler.... "Mencari yg halal itu Fardhu"
    Alhadulillah syukur sgt2 kerana kami mampu membeli makanan yg halal...

    dulu kat kelantan tak boleh tak jumpa nasi kerabu... skrg dah 12 tahun hidup kat selangor... adussss tak boleh hidup lah tanpa Nasi Lemak Ayam goreng nih.... masuk jea kedai... cari nasi lemak dulu... hahahah

    Hardrock cafe?
    Sue tak tahu hardrock cafe tu menatang ape.. tempat ape... Asben singgah lah bergambar kat depan hardrock tu.. asben cakap tak yah masuk dalam lah.. tempat tu tak sesuai utk kita sebab dia lebih kpd hiburan. asben sue ajar sue tentang hardrock cafe spy sue ni faham apa itu hardrock cafe... yea lah kan... kot2 client ajak sue ke hardrock cafe nak cari Surah Yasin kat situ pulak kannnn.... Sue yg bengap nih.. main ikut pulakkk... Hadoiii.



    Kasut???
    Gi bandung ke... gi vietnam ke... korang jgn pakai kasut yg baru beli.. korang pakai jea kasut dah lusuh... sebab kat sana byk jln kaki kat jalan raya.. bukan dlm mall... kalu ada kasut baru... baik korang simpan pakai kat Mall malaysia.. insyaallah.. pakai kat Mall Malaysia setahun pun tak kotor2 tapak kasut...

    Geng Netsmart..


    Okehhh... Sue cikidout dulu... Masa utk sue berinternet Sgt terhad... Bye3..




    Tuesday, 15 August 2017

    Hackers - Email Kena Godam

    E-mail kena hack

    11 August 2017

    Sue print Invoice dr supplier tanpa curiga walaupun sudah perasan ni akaun yg berbeza.. drp akaun Hongkong ke Thailand...

    Sekali Sue tengok tak ada penambahan order spt yg Sue minta.... Sue pun wasap org kilang yg kat oversea utk add order. Biasanya Sue comunicate melalui e-mail.. tp kali ni tergerak hati nak comunicate melalui wasap pulak.. mungkin sebab nak wujudkan reletionship yg lebih mesra dgn supplier.

    Selama 4 tahun Sue berurusan dgn kilang... Lepas sue email PO... Dlm masa 5minit kilang akan bagi PI..  Sue akan TT duit ke oversea dlm masa hari yg sama.. tapi kali ni Sue ambik masa seminggu nak transfer duit.. rasa berat jea hati... Pd sebelas 11agust Sue gerakkan kaki nak TT jugak.. Sue ke bank pukul 3pm.. kul 3.30 dpt no... Bila giliran Sue kena panggil... Baru Sue sedar kilang tak buat penambahan order spt yg Sue minta. Sue ke kaunter bagitahu officer cancle TT hari ni sebab PI salah.

    Dgn hati yg panas membara... Sue pegi lah ke kedai belakang Maybank mkn mee sup... Dlm hati sue merungut.. "nape lah kilang lembab kali ni.. selalu cepat jea respon?" Sambil merungut habis mee sup semangkuk...

    Pagi 12 hb esok Sue wasap kilang..  bgth PI baru belum terima lagi.. kilang cakap dah email... Selepas 2 jam baru masuk dua email yg siap di edit. Pukul 3.30pm  Sue sampai ke bank utk buat TT...
    Pekerja bank tanya sue..

    “Kenapa tak buat TT online?”

    “Saya tak berani lah nak buat TT online utk puluhan ribu ni… segala kesilapan saya kena tanggung seorang diri… kalau saya buat kat kaunter, 1) pekerja bank akan semak lg sekali apa yg saya tulis kat boring TT, jika berlaku kesilapan no akaun atau apa2 berkaitan dgn TT.. sekurang2nya saya ada tempat nak rujuk…”

    Pekerja bank angguk kepala tanda faham apa yg sue maksudkan.

    Siap TT sue balik opis seperti biasa…  buat appointment dgn spa body utk buat Sauna… petang jumaat.. Siap sauna dan urut, sue ingat nak tido awal.. nak rehat2kan otak dan badan sambil tunggu barang sampai… dalam kepala confident keje dah settle dan semua batul dan tepat! sekali kena boommm kat wasap!!!

    Apa yg sue takut jadi kenyataan… masa tu rasa macam kena hempap kat kayu balak…

    Kilang wasap ada masalah kat boring TT dan duit tak masuk ke akaun diorang. nama penerima betul.. no akaun salah… kilang bagitahu diorang tak ada no akaun di Thailand.

    Melompat laki bini cek email… cek kat mana silap nya.. call customer service Maybank Online utk stop payment… Customer service tak boleh membantu.. semua berkaitan dgn TT kena rujuk kpd branch manager.. customer service online minta sue buat report polis..

    Kami terus berlari ke IPD Sepang, polis pun tak boleh buat apa2… semua tu kuasa Manager Bank jugak.. suka duka.. nak tak nak… kena tunggu pagi isnin, mintak Manager buat pembatalan TT.
    Masa tu rasa nak keluar dr rumah.. nak menjerit sekuat hati… “Aku cuaiiiiiiiii…aku cuaiiiiii… aku cuaiiii.. 

    kenapa aku uruskan syarikat org berjalan lancar.. bila uruskan syarikat sendiri.. email kena hack!!!!” rasa nak jerit Sambil hantuk kepala kat pokok depan surau. Argghhhhhhhhhhhhh!!!!

    Tapi asben sue cool kan sue… ayg relaks jea… jgn stress.. nanti mengundang penyakit..
    Boss ni banyak penyakit… darah tinggi,  jantung bagai.. Belajar erti redha…

    Meh abg tuju lagu REDHA kat ayang yea… (asben pun nyanyi lagu Redha..)
    Asben nyanyi separuh jea sebab lupa… selebihnya dia suh bukak youtube… Adehhh!



    Asben ingatkan Sue mengenai "REDHA"

    "Ayg belajar erti REDHA, andai kata itu rezeki ayg.. Allah akan buka jalan... Jika duit itu sudah terlepas ke hackers.. maknanya itu adalah Takdir bukan rezeki ayang.

    senyuman kelat sue... 

    Jika tengok pada fb sue… wah3.. mcm happy giler lah kat Medvelly kannnn, hati gundah gelana.. trauma… hanya Allah shj tahu… nak menangis nak meratap pun tak guna… duit sudah masuk ke swift.. jika ada rezeki sue duit tu tak masuk ke akaun hackers…

    Siang mlm berdoa…solat hajat… semoga “nasib baik” itu menyebelahi sue..

    Terlintas dihati… berjuta bisnesswomen di Malaysia kenapa sue jadi mangsa? Bisness seciput office sekakang kera.. duit cukup2 utk belanja bukan utk bermewah.. kenapa sue yg jadi mangsa?..
     pandang kiri kanan.. suami dan anak2 dah tido nyenyak.. sue pulak termenung kosong memandang syiling… pandang aircond suhu sudah 19’c tp tetap rasa panas luar dan dalam seluruh badan sue… uhhuk3..

    Ambil wuduk dan solat hajat.. memohon spy duit itu kembali selamat ke akaun sue… dalam hati terjawab segala persoalan difikiran… mungkin kerana “Aku Seorang Blogger” sebab itu aku yg kena…

    Yessss!!! Email sue kena hacker!!! Takdir Allah ini adalah utk peringatan semua org… jika sue yg kena sue akan buat entry blog utk peringatan dan pengajaran pada org lain… jika terkena pada bisnesswomen yg bukan seorang blogger, sudah pasti penyebaran PERINGATAN cukup tersimpan didalam pengalaman hidupnya shj.

    Asben sue cukup faham dgn perangai sue… sue seorang yg sangat detail… sue akan semak byk kali sblm buat sesuatu benda…

    Detailnya sue… cerewet nya diri sue ni… masa keje kat Ex-Company… sampai Ex-Boss marah sue..
    “you nih.. lebih sudu dari kuah”…

    Terlalu detail sampai kena marah dgn boss!!!

    Kenapa sue detail… kerana sue takut salah!!! Takut buat salah utk keje syarikat orang!!

    Di pagi sabtu yg tenang.. tapi hati sue tak tenang… gundah gelana… 12hb August 2017
    Sekali kena tegur kat asben… sentap dari lamunan..

    “Jom kita ke Medvally… kot2 maybank bukak kat sana.. daripada kita duduk kat rumah, lebih baik kita bergerak dan ikhtiar”



    Dah sampai Medvelly, asben sue call isteri bossnya… manager branch di salah sebuah bank kat klang velly. Mintak khidmat nasihat satu persatu yang perlu dibuat utk selamatkan duit RM21k tu.
    Manager bank nasihatkan:

    “Pukul 9.15 mesti sampai di bank, jumpa manager bank utk semak status duit. Jika duit belum masuk ke akaun hackers, buat pembatalan TT. Jika duit dah masuk tak boleh buat ape dah… kebiasaannya… nama penerima dan nombor akaun tak sama, duit tak akan masuk.. Cuma.. Cuma.. Cuma… takut agent swift terlepas pandang lepaskan duit tu ke akaun hackers.. itu shj. Tempoh duit masuk ke akaun di oversea mengambil masa 1 atau 2 hari..”

    Bila sampai di Medvelly, maybank opis tutup.. sue jadi lemah longlai, nak pitam pun yea… bila sue tampar muka muka sue… Oooo… baru sedar nak pitam sebab pukul 11am belum breakfast lagi.. asben ajak pegi breakfast dulu, sue bgth arah kanan utk ke Nando’s, asben cakap… kita ke kiri lah dulu… survey2 kedai lain kot2 ada makanan yg best... Pastu ternampak Kiosk Rimittance /Exchange Money Maybank. Dalam hati sue menjerit… YA Rabiiii…. Allah permudahkan jalan. Setelah di explain kat kaunter, jawapan officer agak mengecewakan. Kes ni kena rujuk Manager Maybank BBST jugak. Dalam hati sue menjerit.. diorang berurusan dgn swift.. berurusan transfer duit ke oversea, takkan tak boleh hantar email atau notis berdasarkan bukti yg ada ni!!! Yessss!!! Tak boleh kerana itu bukan duit diorang… itu duit sue..

    Kaki lemah longlai pegi mkn kat nando’s, masa tu telan nasi dah rasa mcm telan pasir… kalau boleh sue nk mkn sambil menangis!!! Nak mkn sambil melalak terlolong!!! Tapi itu bukan sifat org Mukmin… sue kena sabar dan belajar redha. Sue kena kuat depan anak2.. tak boleh tunjuk sifat2 negatif. Sedih… kecewa… duka… lara… simpan dalam hati..

    Siap makan, asben tanya nak balik ke?.. sue cakap… kita pusing2, round2, senaman dlm medvelly lah… biar cepat gelap sikit… kalu balik rumah lagi stress dan rasa lambat gelap.
    Ketika di Medvelly, Hackers hantar lagi sekali Invoice dari kilang… kat situ sue dah ada keyakinan hackers belum terima duit..


    Kitorang kat medvelly sampai petang.
    Pagi isnin, asben ada submition tender. Sue mintak ehsan asben utk teman sue ke Maybank BBST, sue takut Manager bank tak nak layan sue sebab Nampak sue ni spt org yg lemah dan kampong… diorang boleh diperlekehkan sue nanti..

    Asben pikir punya pikir… “esok ikut abang pegi opis, abang nak siapkan tender pagi isnin abg teman ayg ke maybank”

    Dalam hati sue… Alhamdulillah… InsyaAllah tak kena buli lah…
    Hari ahad sue dan anak2 habiskan masa di opis asben, kakak dan dekna seronok dpt layan youtube. Sue pulak tak dapat layan internet… adik raina tengah melasak… semua celah dia nak terokai… celah mesin fotostat, celah meja, celah kerusi…. Nak kejar dia.. dgn sue sekali kena masuk celah… hadoiiii haiii..
    Pukul 4 asben siap keje… asben belanja mkn mee Tarik… anak2 sgt suka mee Tarik, bagi anak2 seronok selepas teman ayah keje seharian.
    Balik rumah… sue pandang jam dinding, “abang… tinggal 12 jam jea lagi… Berjaya atau gagal…” uhhuk3
    “isyaAllah… Berjaya… duit tak masuk lagi ke hackers… ayg jgn stress.. stress mengundang penyakit, nak abg nyanyikan lagu REDHA tak?”

    ***Uhhuk3

    9.30pagi isnin--- > terus jumpa bahagian customer service, jawapan kerani depan agak mengecewakan, beliau bgth… duit tu tak mungkin dapat balik… masa tu sue rasa nak tepuk meja tepuk kepala dia bertubi-tubi… tapi, sabar.. sabar.. sabar… Sabar itu sifat org Mukmin…
    Kemudian jumpa  Manager bank, manager bank semak boring TT… nama penerima betul tapi no akaun Hackers. Manager bank confident duit tu takkan masuk ke hacker dan tunggu jea duit tu patah balik ke akaun sue. Manager tu tak ambik action.

    Asben dah naik hangin… mula bercakap dalam Bahasa inggeris… dalam hati sue (Yessss!!! Kalu cakap Bahasa inggeris ni nampak cerdik sikit, org akan respek)

    Baru lah manager tu nak hantar maseg ke agent swift di oversea utk cancelkan duit TT. Dan mintak sue sign boring pembatalan TT. Manager tu lupa utk mintak cop… sue ingat tp buat2 lupa pasal cop, balik opis sue tunggu bank call utk minta sue dtg balik bawak cop ke bank… hahaha.. time tu lah sue nak follow up status.

    Lepas balik dari bank Inspektor IPD sepang, follow status report sue. Sue explain satu persatu.. kes ditutup krn duit selamat dan belum masuk ke akaun Hackers. skrg tunggu duit masuk balik ke akaun sue jea...

    Selesai bercakap dgn Inspektor, sue terus Sujud Syukur menitis air mata di ruang lantai parking kereta rumah sue.. sebagai tanda bersyukur kepada Allah..



    ini adalah cara2 sujud syukur..


    Cuai sangat ke sue ni????

    Asben sue seorang supplier IT.. supply product antivirus dan block utk hackers. Tp email isterinya sendiri kena godam.. itu bermakna asben sue sendiri tak terlintas benda email company kecik pun kena godam.. asben berkongsi pengalaman dgn kawan IT nya… kes ini di ketegori CEO/ Found. Company besar S*F*R* rugi berjuta di sebabkan email kena godam, kesnya sama spt kes sue ini… information akaun ditukar kat invoice. Itu company besar yang ada akauntan, ada pembantu akaun, ada kerani… ada PA boss… betapa ramainya staff semak cek atau borang TT sebelum CEO sign atau lulusan duit utk di transfer supplier. Tetap terpedaya dan keliru dgn penggodam.

    Tengok akaun tinggal RM1300… uwwaaaaa… tak cukup duit nak beli barang nih… termenung sana termenung sini… segannya nak mintak tlg Mr D & Mdm S… diroang dah byk sgt menolong… tp kena mintak tlg jugak… Alhamdulillah… belum habis cerita… Beliau terus hulurkan bantuan… Terima kasih byk2… Jasa kalian ku kenang sepanjang hayatku… Tqvm.. tqvm.. tqvm..

    apabila sue terima musibah gundah gelana ni... barulah sue sgt rindukan kan ketenangan...



    Tata.. titi.. tutu… semoga kecuaian sue ini menjadi pengajaran buat pembaca blog SUEperb MaMa!!