Pages

Tuesday 15 August 2017

Hackers - Email Kena Godam

E-mail kena hack

11 August 2017

Sue print Invoice dr supplier tanpa curiga walaupun sudah perasan ni akaun yg berbeza.. drp akaun Hongkong ke Thailand...

Sekali Sue tengok tak ada penambahan order spt yg Sue minta.... Sue pun wasap org kilang yg kat oversea utk add order. Biasanya Sue comunicate melalui e-mail.. tp kali ni tergerak hati nak comunicate melalui wasap pulak.. mungkin sebab nak wujudkan reletionship yg lebih mesra dgn supplier.

Selama 4 tahun Sue berurusan dgn kilang... Lepas sue email PO... Dlm masa 5minit kilang akan bagi PI..  Sue akan TT duit ke oversea dlm masa hari yg sama.. tapi kali ni Sue ambik masa seminggu nak transfer duit.. rasa berat jea hati... Pd sebelas 11agust Sue gerakkan kaki nak TT jugak.. Sue ke bank pukul 3pm.. kul 3.30 dpt no... Bila giliran Sue kena panggil... Baru Sue sedar kilang tak buat penambahan order spt yg Sue minta. Sue ke kaunter bagitahu officer cancle TT hari ni sebab PI salah.

Dgn hati yg panas membara... Sue pegi lah ke kedai belakang Maybank mkn mee sup... Dlm hati sue merungut.. "nape lah kilang lembab kali ni.. selalu cepat jea respon?" Sambil merungut habis mee sup semangkuk...

Pagi 12 hb esok Sue wasap kilang..  bgth PI baru belum terima lagi.. kilang cakap dah email... Selepas 2 jam baru masuk dua email yg siap di edit. Pukul 3.30pm  Sue sampai ke bank utk buat TT...
Pekerja bank tanya sue..

“Kenapa tak buat TT online?”

“Saya tak berani lah nak buat TT online utk puluhan ribu ni… segala kesilapan saya kena tanggung seorang diri… kalau saya buat kat kaunter, 1) pekerja bank akan semak lg sekali apa yg saya tulis kat boring TT, jika berlaku kesilapan no akaun atau apa2 berkaitan dgn TT.. sekurang2nya saya ada tempat nak rujuk…”

Pekerja bank angguk kepala tanda faham apa yg sue maksudkan.

Siap TT sue balik opis seperti biasa…  buat appointment dgn spa body utk buat Sauna… petang jumaat.. Siap sauna dan urut, sue ingat nak tido awal.. nak rehat2kan otak dan badan sambil tunggu barang sampai… dalam kepala confident keje dah settle dan semua batul dan tepat! sekali kena boommm kat wasap!!!

Apa yg sue takut jadi kenyataan… masa tu rasa macam kena hempap kat kayu balak…

Kilang wasap ada masalah kat boring TT dan duit tak masuk ke akaun diorang. nama penerima betul.. no akaun salah… kilang bagitahu diorang tak ada no akaun di Thailand.

Melompat laki bini cek email… cek kat mana silap nya.. call customer service Maybank Online utk stop payment… Customer service tak boleh membantu.. semua berkaitan dgn TT kena rujuk kpd branch manager.. customer service online minta sue buat report polis..

Kami terus berlari ke IPD Sepang, polis pun tak boleh buat apa2… semua tu kuasa Manager Bank jugak.. suka duka.. nak tak nak… kena tunggu pagi isnin, mintak Manager buat pembatalan TT.
Masa tu rasa nak keluar dr rumah.. nak menjerit sekuat hati… “Aku cuaiiiiiiiii…aku cuaiiiiii… aku cuaiiii.. 

kenapa aku uruskan syarikat org berjalan lancar.. bila uruskan syarikat sendiri.. email kena hack!!!!” rasa nak jerit Sambil hantuk kepala kat pokok depan surau. Argghhhhhhhhhhhhh!!!!

Tapi asben sue cool kan sue… ayg relaks jea… jgn stress.. nanti mengundang penyakit..
Boss ni banyak penyakit… darah tinggi,  jantung bagai.. Belajar erti redha…

Meh abg tuju lagu REDHA kat ayang yea… (asben pun nyanyi lagu Redha..)
Asben nyanyi separuh jea sebab lupa… selebihnya dia suh bukak youtube… Adehhh!



Asben ingatkan Sue mengenai "REDHA"

"Ayg belajar erti REDHA, andai kata itu rezeki ayg.. Allah akan buka jalan... Jika duit itu sudah terlepas ke hackers.. maknanya itu adalah Takdir bukan rezeki ayang.

senyuman kelat sue... 

Jika tengok pada fb sue… wah3.. mcm happy giler lah kat Medvelly kannnn, hati gundah gelana.. trauma… hanya Allah shj tahu… nak menangis nak meratap pun tak guna… duit sudah masuk ke swift.. jika ada rezeki sue duit tu tak masuk ke akaun hackers…

Siang mlm berdoa…solat hajat… semoga “nasib baik” itu menyebelahi sue..

Terlintas dihati… berjuta bisnesswomen di Malaysia kenapa sue jadi mangsa? Bisness seciput office sekakang kera.. duit cukup2 utk belanja bukan utk bermewah.. kenapa sue yg jadi mangsa?..
 pandang kiri kanan.. suami dan anak2 dah tido nyenyak.. sue pulak termenung kosong memandang syiling… pandang aircond suhu sudah 19’c tp tetap rasa panas luar dan dalam seluruh badan sue… uhhuk3..

Ambil wuduk dan solat hajat.. memohon spy duit itu kembali selamat ke akaun sue… dalam hati terjawab segala persoalan difikiran… mungkin kerana “Aku Seorang Blogger” sebab itu aku yg kena…

Yessss!!! Email sue kena hacker!!! Takdir Allah ini adalah utk peringatan semua org… jika sue yg kena sue akan buat entry blog utk peringatan dan pengajaran pada org lain… jika terkena pada bisnesswomen yg bukan seorang blogger, sudah pasti penyebaran PERINGATAN cukup tersimpan didalam pengalaman hidupnya shj.

Asben sue cukup faham dgn perangai sue… sue seorang yg sangat detail… sue akan semak byk kali sblm buat sesuatu benda…

Detailnya sue… cerewet nya diri sue ni… masa keje kat Ex-Company… sampai Ex-Boss marah sue..
“you nih.. lebih sudu dari kuah”…

Terlalu detail sampai kena marah dgn boss!!!

Kenapa sue detail… kerana sue takut salah!!! Takut buat salah utk keje syarikat orang!!

Di pagi sabtu yg tenang.. tapi hati sue tak tenang… gundah gelana… 12hb August 2017
Sekali kena tegur kat asben… sentap dari lamunan..

“Jom kita ke Medvally… kot2 maybank bukak kat sana.. daripada kita duduk kat rumah, lebih baik kita bergerak dan ikhtiar”



Dah sampai Medvelly, asben sue call isteri bossnya… manager branch di salah sebuah bank kat klang velly. Mintak khidmat nasihat satu persatu yang perlu dibuat utk selamatkan duit RM21k tu.
Manager bank nasihatkan:

“Pukul 9.15 mesti sampai di bank, jumpa manager bank utk semak status duit. Jika duit belum masuk ke akaun hackers, buat pembatalan TT. Jika duit dah masuk tak boleh buat ape dah… kebiasaannya… nama penerima dan nombor akaun tak sama, duit tak akan masuk.. Cuma.. Cuma.. Cuma… takut agent swift terlepas pandang lepaskan duit tu ke akaun hackers.. itu shj. Tempoh duit masuk ke akaun di oversea mengambil masa 1 atau 2 hari..”

Bila sampai di Medvelly, maybank opis tutup.. sue jadi lemah longlai, nak pitam pun yea… bila sue tampar muka muka sue… Oooo… baru sedar nak pitam sebab pukul 11am belum breakfast lagi.. asben ajak pegi breakfast dulu, sue bgth arah kanan utk ke Nando’s, asben cakap… kita ke kiri lah dulu… survey2 kedai lain kot2 ada makanan yg best... Pastu ternampak Kiosk Rimittance /Exchange Money Maybank. Dalam hati sue menjerit… YA Rabiiii…. Allah permudahkan jalan. Setelah di explain kat kaunter, jawapan officer agak mengecewakan. Kes ni kena rujuk Manager Maybank BBST jugak. Dalam hati sue menjerit.. diorang berurusan dgn swift.. berurusan transfer duit ke oversea, takkan tak boleh hantar email atau notis berdasarkan bukti yg ada ni!!! Yessss!!! Tak boleh kerana itu bukan duit diorang… itu duit sue..

Kaki lemah longlai pegi mkn kat nando’s, masa tu telan nasi dah rasa mcm telan pasir… kalau boleh sue nk mkn sambil menangis!!! Nak mkn sambil melalak terlolong!!! Tapi itu bukan sifat org Mukmin… sue kena sabar dan belajar redha. Sue kena kuat depan anak2.. tak boleh tunjuk sifat2 negatif. Sedih… kecewa… duka… lara… simpan dalam hati..

Siap makan, asben tanya nak balik ke?.. sue cakap… kita pusing2, round2, senaman dlm medvelly lah… biar cepat gelap sikit… kalu balik rumah lagi stress dan rasa lambat gelap.
Ketika di Medvelly, Hackers hantar lagi sekali Invoice dari kilang… kat situ sue dah ada keyakinan hackers belum terima duit..


Kitorang kat medvelly sampai petang.
Pagi isnin, asben ada submition tender. Sue mintak ehsan asben utk teman sue ke Maybank BBST, sue takut Manager bank tak nak layan sue sebab Nampak sue ni spt org yg lemah dan kampong… diorang boleh diperlekehkan sue nanti..

Asben pikir punya pikir… “esok ikut abang pegi opis, abang nak siapkan tender pagi isnin abg teman ayg ke maybank”

Dalam hati sue… Alhamdulillah… InsyaAllah tak kena buli lah…
Hari ahad sue dan anak2 habiskan masa di opis asben, kakak dan dekna seronok dpt layan youtube. Sue pulak tak dapat layan internet… adik raina tengah melasak… semua celah dia nak terokai… celah mesin fotostat, celah meja, celah kerusi…. Nak kejar dia.. dgn sue sekali kena masuk celah… hadoiiii haiii..
Pukul 4 asben siap keje… asben belanja mkn mee Tarik… anak2 sgt suka mee Tarik, bagi anak2 seronok selepas teman ayah keje seharian.
Balik rumah… sue pandang jam dinding, “abang… tinggal 12 jam jea lagi… Berjaya atau gagal…” uhhuk3
“isyaAllah… Berjaya… duit tak masuk lagi ke hackers… ayg jgn stress.. stress mengundang penyakit, nak abg nyanyikan lagu REDHA tak?”

***Uhhuk3

9.30pagi isnin--- > terus jumpa bahagian customer service, jawapan kerani depan agak mengecewakan, beliau bgth… duit tu tak mungkin dapat balik… masa tu sue rasa nak tepuk meja tepuk kepala dia bertubi-tubi… tapi, sabar.. sabar.. sabar… Sabar itu sifat org Mukmin…
Kemudian jumpa  Manager bank, manager bank semak boring TT… nama penerima betul tapi no akaun Hackers. Manager bank confident duit tu takkan masuk ke hacker dan tunggu jea duit tu patah balik ke akaun sue. Manager tu tak ambik action.

Asben dah naik hangin… mula bercakap dalam Bahasa inggeris… dalam hati sue (Yessss!!! Kalu cakap Bahasa inggeris ni nampak cerdik sikit, org akan respek)

Baru lah manager tu nak hantar maseg ke agent swift di oversea utk cancelkan duit TT. Dan mintak sue sign boring pembatalan TT. Manager tu lupa utk mintak cop… sue ingat tp buat2 lupa pasal cop, balik opis sue tunggu bank call utk minta sue dtg balik bawak cop ke bank… hahaha.. time tu lah sue nak follow up status.

Lepas balik dari bank Inspektor IPD sepang, follow status report sue. Sue explain satu persatu.. kes ditutup krn duit selamat dan belum masuk ke akaun Hackers. skrg tunggu duit masuk balik ke akaun sue jea...

Selesai bercakap dgn Inspektor, sue terus Sujud Syukur menitis air mata di ruang lantai parking kereta rumah sue.. sebagai tanda bersyukur kepada Allah..



ini adalah cara2 sujud syukur..


Cuai sangat ke sue ni????

Asben sue seorang supplier IT.. supply product antivirus dan block utk hackers. Tp email isterinya sendiri kena godam.. itu bermakna asben sue sendiri tak terlintas benda email company kecik pun kena godam.. asben berkongsi pengalaman dgn kawan IT nya… kes ini di ketegori CEO/ Found. Company besar S*F*R* rugi berjuta di sebabkan email kena godam, kesnya sama spt kes sue ini… information akaun ditukar kat invoice. Itu company besar yang ada akauntan, ada pembantu akaun, ada kerani… ada PA boss… betapa ramainya staff semak cek atau borang TT sebelum CEO sign atau lulusan duit utk di transfer supplier. Tetap terpedaya dan keliru dgn penggodam.

Tengok akaun tinggal RM1300… uwwaaaaa… tak cukup duit nak beli barang nih… termenung sana termenung sini… segannya nak mintak tlg Mr D & Mdm S… diroang dah byk sgt menolong… tp kena mintak tlg jugak… Alhamdulillah… belum habis cerita… Beliau terus hulurkan bantuan… Terima kasih byk2… Jasa kalian ku kenang sepanjang hayatku… Tqvm.. tqvm.. tqvm..

apabila sue terima musibah gundah gelana ni... barulah sue sgt rindukan kan ketenangan...



Tata.. titi.. tutu… semoga kecuaian sue ini menjadi pengajaran buat pembaca blog SUEperb MaMa!!

No comments:

Post a Comment