Saturday, 28 October 2017

Ketagihan internet pada kanak kanak






Sblm kita menuntut anak kita berbakti kpd kita.. kita kena berbakti dulu pada anak2.. kita kena tunjuk contoh2 dan cara2 berbakti...

Zasssss...

Nampak tak diorang ni kalu dpt hp yg ada internet... rela tak makan.. panggil tak menyahut... 

terlalu byk Kesan negatif bila diorang dpt hp... jadi Sue dan Absen limitkan masa utk diorang tengok  youtube... Sekali diorang dah pegang hp... boleh jem anggota badan... keras membatu kat situ laaa..

Sblm ni... kitorang memang tak dedahkan langsung dgn hp yg ada internet kat anak2 melainkan diorang ke opis. Jadi... anak2 akan tertunggu2 bila lah mama nak bawak pegi opis... 

Sue pulak... drp bawak diorang pegi opis.. lebih baik sue cuti.. bawak diorang pegi opis sama mcm sue tak keje... makan nak kena bersuap... ke tandas nak berteman... last2 keje tak siap apa pun...

tujuan utama sue bg diorang tengok youtube utk perbaiki bahasa inggeris... alih2 lain pulak jadi nya.. Diorang pegi tengok Playdoh... yg gaya lebih dari bercakap... 

Baru dpt hp 3 hari... dekna jd tak pandai nak bermain dah... dekna jadi macam pirana yg tunggu masa nak terkam hp jea... sampai sue tak ada masa guna hp utk keje.. usahkan nak belek fb... nak tengok email dan wasap pun tak sempat...

haaa... Ini tips utk sue menarik balik kelonggaran yg dah terlepas pada anak2..

**Elakkan pegang hp depan anak2.. simpan hp kat tempat tinggi... Kalau dekna ambik hp... Sue akan alihkan kehendak dekna kpd gurauan.. Sue akan geletek sampai terguling2 gelak.. pastu sue simpan hp...



Bila dah beli mainan utk anak tu... kena bg anak main dgn bebas... disiplinkan utk kemas lepas main... kebanyakkan ibubapa suka beli mainan utk anak.. tp tak bg anak main sebab takut rumah bersepah... bg sue... Kalu tak bg main baik tak payah beli... hati anak akan terguris... Dlm jiwanya akan tertanya2... kenapa tak boleh main? Mainan tu utk sape? Anak2 akan jd keliru....

Anak2 lg keliru bila.. hp tak bagi main... mainan yg ada kat rumah tak bg main... apa yg diorang nak buat??? Mengacau adik kena marah.. Diorang akan jadi nakal... kacau org sana sini...

rumah bersepah tak pe asalkan bersih... beza tauuu... 

Bila dah beli mainan tu... bg ruang utk anak2 bermain...




Sue akan sedaya upaya wujudkan suasana ceria bermain dgn anak2.. kadang2 sue pulak yg terlebih jd spt kanak2... 

Sue nak beli kasut roda.. nak main dgn anak2 kat rumah.. Absen tak bagi... takut jatuh kang tak berbaloi...tp sue beli jugak... hehehe.... ini untung ada duit sendiri... dpt beli apa yg kita nak... 

Dgn tak sabarnya nak main dgn anak2... Sue ingat mudah main menatang tu... gila lah susah... licin nak mampuih...  Dgn berlagaknya.. Sue pakai dua2 belah kasut... baru nak berdiri dan imbangkan badan.. kakak dtg tolak dari arah belakang... kononnya nak bergurau lawak jenaka laaa... tak pasal2 sue jatuh berdebok terhempap badan ke lantai.. fuhhh memang tak boleh nak kontrol langsung licin tu... cara jatuhnya... memang tak akan jatuh cara sopan lah.... lebih busuk dr nangka busuk lah...

Absen sue dah celik mata kacip gigi kat sue... marah sue mcm sue anak2 lagi... 

"Haaaa... itu lah... tak de penyakit cari penyakit..."

Sue pun jawab mcm anak2 jugak.. sambil menahan sakit...
"Kakak yg tolak..."

Kakak kena bebel dgn ayah nya dan didenda tak boleh main kat luar.

Nampak spt muka kakak rasa bersalah dan sedih tengok mamanya sakit...

Sue pulak tak sampai hati nak marah kakak... sebab sue tahu.. kakak nak bergurau tapi tak sangka boleh buat mamanya sakit... 

Sue releks sekejap... asben suh tuam dgn ais kat tangan yg bengkak... bengkak dah surut sikit... Sue panggil kakak dan cakap elok2... 

"Kakak... kakak tak boleh bergurau kasar... tak boleh main tolak2.. tak boleh main pukul2... semua tu boleh cedera kan org.. nanti tak ada org nak berkawan dgn kakak nanti..."

Kakak hanya diam dgn muka bersalah sambil tuam tangan sue dgn ais...

Kesian pulak dgn kakak... teringin nak main mainan barunya... terbantut pulak...  

Mlm tu.. kakak ambik buku utk.buat homework... "hari minggu kakak boleh main mainan baru tak?"

Alahai kesiannya...
"Kakak nak main skrg pun boleh... buat homework kemudian.... dgn syarat main jgn sampai gaduh... sape gaduh...dua2 mama tak bg main...ok???"

Terus kakak dan dekna bersorak gembira....

Kalau kita tak bagi anak2 bermain dgn mainan yg kita beli.. itu bermakna kita mendidik anak kecil menjadi dewasa sblm usia... anak2 akan suka mengimpit org tua...
 suka pakai dan bersolek spt org tua.. main handphone spt org tua... suka duduk mendengar dan manyampuk org tua bercakap... Kalau sue bagi diorang main mainan diorang dgn bebas.. InsyaAllah.. Diorang tak kacau hal2 org tua...

Mula2 asben sue tak suka beli mainan mcm2.. serabut katanya... bersepah sana sini... tujuan utama sue nak renovate rumah adalah utk semua jenis mainan beroda mesti main di ruang parking.. jadi, tak kacau ayahnya nak tengok tv... 

Setiap kali jumpa mainan beroda.. Sue nak beli... asben tak bagi... Okey... tak pe... tunggu sue free... Sue pegi cari kat nilai 3 sendiri.. Hahaha.. #MeTime.. wakaka.. (curi masa waktu lunch..)

Sue sgt seronok tengok gaya diorang menikmati zaman kanak2 dgn riang... gelak2... biar riuh rumah... Hahaha

Nak lagi enjoy... korang lumba lari dgn anak pakai selipar urut ni... confirm diorang lari terloncat2 sakit kaki.. hahaha

Round2 kat Shopping Mall...




Bagi mkn burung...spy anak2 ceria sblm ke sekolah...
Kalau ada pets lain... bg anak2 tegur pets dulu setiap pagi... itu terapi utk anak2...


Cuci lantai sama2... bg ruang diorang bermain air sepuas hati...

Mesti baca Al Quran dan Ikra' waktu mlm

Tengok wayang... biar anak2 rasa tengok tv besar pulak.. sound speaker yg kuat... anak2 akan rasa seronok spt berada dalam watak kartun tu...

Jom sama2 kita baca dan praktis pada anak2 cara Rasullullah mendidik anak kecil....

 cantik susunan blogger Wasilah  Berselawat ke Atas Rasulullah Tercinta.Sollu 'Alan Nabi...



  1. 1)Sayyidina Rasulullah  begitu baik dalam layanannya kepada kanak-kanak.Baginda mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak.Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik.Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah.Buktinya,bayi dilahirkan dalam keadaan tulen,suci dan bersih dari segala kekurangan.Dan baginda  memelihara kesucian dan ketulenan ini.


    2)Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah baginda  suka menghidu,mendakap dan mencium mereka.Pernah Al-Aqra’ bin Haris melihat baginda, juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda:“Ya Rasulullah,kamu mencium kanak-kanak kamu?”               
    Nabi menjawab:“Ya”
    Lalu mereka berkata,“Sesungguhnya kami tidak mencium kanak-kanak kami.”
    Rasulullah  bersabda lagi,“Apa yang aku akan buatkan untuk kamu,andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu.”
    Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.Ramai yang tidak tahu bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan,iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.

    3)Nabi  suka mendukung kanak-kanak.Kerap dilihat Sayyidina Hasan,radhiyallahu ‘anhu atau Sayyidina Husin,radhiyallahu ‘anhu atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah .Suatu hari,Sayyidina Anas bin Malik,radhiyallahu ‘anhu datang.Beliau melihat Nabi  dalam keadaan menongkat 2 tangan dan 2 kakinya,dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda .Maka Sayyidina Anas berkata kepada Nabi ,
    “Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua.”
    Lalu Nabi  bersabda,
    “Dan merekalah sebaik-baik penunggang,ya Anas.”
    Nabi  memberi kepada mereka berdua(Hasan dan Husin)kedudukan dan kemuliaan.     

    4)Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak,juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.Antara keindahan dalam hidup Rasulullah  adalah ketika melayani kanak-kanak.Nabi  selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.Pernah baginda  mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak,sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengan baginda .
      
    5)Nabi  memiliki sifat kasihan.Baginda begitu melindungi kanak-kanak.Suatu ketika,baginda  bersolat di dalam masjid.Ketika bersolat,Umamah binti Zainab datang kepada baginda  dan memanjat belakang baginda .Ketika itu baginda  dalam keadaan sujud.Lamanya baginda  bersujud sehingga para sahabat menyangka bahawa baginda  mengalami kekejangan.Setelah selesai bersolat,baginda bersabda,
    “Anak perempuanku ini duduk di atasku dan aku tidak mahu mengganggunya.”

    6)Sesiapa yang membimbing anak-anaknya,dia telah menjinakkan hasadnya.Nabi  mendidik mereka,membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka,kerana inilah waktu yang sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.Sayyidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya,kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda .Lalu baginda mencabut kurma daripada mulutnya(Husin)dan berkata,“Kakh...Kakh..”.Maka Husin mengeluarkan kurma dari mulutnya,dan baginda  bersabda,
    “Ia tidak halal bagi kita sebagai keluarga Muhammad,kerana ia adalah zakat.”

    7)Baginda  pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya yang bernama Abdullah.Ibunya memanggil,
    “Ya Abdullah!Datang ke sini,aku nak berikan kamu sesuatu.”
    Apabila Abdullah datang,baginda bertanya kepada si ibu,
    “Apa yang kamu nak berikan kepadanya?”Lalu jawab si ibu,
    “Saya akan berikan dia buah kurma.”
    Nabi  bersabda,
    “Sekiranya kamu tidak berikan apa-apa kepadanya,nescaya dituliskan untuk kamu sebagai penipu di sisi Allah.”
    Nabi  mengajar kita bercakap benar.Ramai di antara kita menipu ketika bermain dengan anak-anaknya,seperti dia memanggil anak-anaknya kerana ingin memberi kepadanya sesuatu tetapi dia berbohong.Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya.Rasulullah  suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar dan juga bersikap berani.

    8)Rasulullah  biasa berlumba dengan kanak-kanak.Nabi  pernah meminta anak saudaranya,Sayyidina Abdullah bin Abbad,radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang saudara kandung beliau berbaris di satu tempat dan baginda  duduk di satu tempat.Kemudian baginda  memanggil mereka datang kepada baginda  secara berlumba.Apabila sampai,mereka merebahkan badan mereka ke atas dada Rasulullah .Inilah Nabi ,pemimpin ummah.Melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik.Adakah kita turut berakhlak sebegini?
      
    9)Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu,juga seseorang menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh.Nabi  tidak pernah memukul orang lain dan tidak pernah menyakiti kanak-kanak.Nabi  meletakkan 1 kaedah penting,“Perintahkan anak-anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berusia 10 tahun.”
    Pukul di sini,bukanlah pukulan yang kuat.Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak.Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran.Rasulullah  sendiri tidak pernah melakukannya.Tetapi baginda  begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.

    10)Jadilah guru ketika dia kecil dan kawan apabila dia meningkat usia.Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya dengan do’a-do’a.Rasulullah  melindungi Hasan dan Husin dengan satu do’a penting.Selepas menyapu mereka berdua,baginda membaca,
    “Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan yang berbahaya dan daripada bahaya hasad.”
    Sesiapa yang membacanya,Ummu Sibyan tidak akan dapat memudaratkannya.Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.

    11)Antara layanan baik Rasulullah kepada kanak-kanak ialah baginda  suka menggembirakan mereka kerana ingin menghargai dan menggembirakan mereka.Para sahabat biasa membawa kepada Rasulullah  buah hasil tuaian pertama.Sebaik sahaja buah-buahan di kebun mereka masak,baginda  akan mengambil,mencium buah tersebut dan bertahmid,kemudian baginda  akan memberi kepada kanak-kanak yang paling muda di kawasan itu,dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak-kanak tersebut,kerana Rasulullah  suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak seperti yang disebut di dalam hadith bahawa Allah menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak.Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak tetapi maksud di sini,agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah .

    ::al-Habib Muhammad Abdul Rahman al-Saqqaf,hafizohullah,Fattabiouni::

    Add a comment





    Loading




    No comments:

    Post a Comment