Pages

Sunday, 5 November 2017

Sambutan Hari Lahir Nur Sufi Raihannah - 1 tahun (Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur)

Alhamdulillah... tahun ni rezeki adik raina dpt sambut birthday di Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur.
Pejam celik... pejam celik... setahun sudah umur Nur Sufi Raihannah...
Alhamdulillah.. Rezeki besday pertamanya dpt sambut di hotel bersama dgn Geng SSKP... waaa... seronok dan sgt meriah..

Skuter biru ni mama beli sempena hari jadi puteri ketiga sue... Geng SUFi boleh main sama2 dan bergilir2... sape kedekut... sape gaduh... ayah gantung skuter tu kat kipas.. haaaa... semua terlopong nanti...

Selepas asar kami bersiap utk bertolak ke hotel.. Kami nyanyikan dulu utk seronokkan anak2...


Perkara yg Geng SUFi3 seronok sgt ialah nyanyi gediks bersama mamanya...


Lagu besday dinyanyikan oleh pekerja hotel... waaaa... teruja nya sue...

Birthday's Girl

Simpan memori gambar kami berlima tahun 2017 

Kakak dan dekna yg enjoy..

Ishhh... mana kek nih... rimas dah bunga atas kepala ni.. kek tak sampai2 lagi...

Hmmm... yg mana cakap sy tak ada rambut tu... meh sini nak ketuk dgn sudu... nampak tak rambut sy dah lebat tu.. siap boleh sanggul dgn bulu ayam tau... hik3

Kami dinner di Warisan Cafe












Puding caremal ais krim..

Kambing Bakar

Kawan dgn org cina... alahai.. teringin sgt nak tengok anak2 pakai baju cina... Hehehe..
Ada jugak kenangan baju ni...  beli kat vietnam.. 

Posing lagi sambil tunggu tetamu dtg..





Kami book satu table panjang... sempoi jea... table kami tak ada gaya birthday party pun.. tak ade belon2... tak ada permainan utk kanak2... tak nampak gaya nak sambut besday utk raina lah... tau2..pekerja hotel dtg nyanyi beramai2 raikan adik raina... wahhh... terbaik lah service Royal Chulan KL nih...

Geng SSKP ni... kalu jumpa.. riuh rendah.. 

Topik yg tak pernah tertinggal setiap kali jumpa... kutuk sue... "sue yg dulu berbeza dgn sue yg sekarang..."

Haaaa... itulah keje diorang... adehhh!

Sahabat Selamanya.... Geng SSKP!!



Saturday, 28 October 2017

Ketagihan internet pada kanak kanak






Sblm kita menuntut anak kita berbakti kpd kita.. kita kena berbakti dulu pada anak2.. kita kena tunjuk contoh2 dan cara2 berbakti...

Zasssss...

Nampak tak diorang ni kalu dpt hp yg ada internet... rela tak makan.. panggil tak menyahut... 

terlalu byk Kesan negatif bila diorang dpt hp... jadi Sue dan Absen limitkan masa utk diorang tengok  youtube... Sekali diorang dah pegang hp... boleh jem anggota badan... keras membatu kat situ laaa..

Sblm ni... kitorang memang tak dedahkan langsung dgn hp yg ada internet kat anak2 melainkan diorang ke opis. Jadi... anak2 akan tertunggu2 bila lah mama nak bawak pegi opis... 

Sue pulak... drp bawak diorang pegi opis.. lebih baik sue cuti.. bawak diorang pegi opis sama mcm sue tak keje... makan nak kena bersuap... ke tandas nak berteman... last2 keje tak siap apa pun...

tujuan utama sue bg diorang tengok youtube utk perbaiki bahasa inggeris... alih2 lain pulak jadi nya.. Diorang pegi tengok Playdoh... yg gaya lebih dari bercakap... 

Baru dpt hp 3 hari... dekna jd tak pandai nak bermain dah... dekna jadi macam pirana yg tunggu masa nak terkam hp jea... sampai sue tak ada masa guna hp utk keje.. usahkan nak belek fb... nak tengok email dan wasap pun tak sempat...

haaa... Ini tips utk sue menarik balik kelonggaran yg dah terlepas pada anak2..

**Elakkan pegang hp depan anak2.. simpan hp kat tempat tinggi... Kalau dekna ambik hp... Sue akan alihkan kehendak dekna kpd gurauan.. Sue akan geletek sampai terguling2 gelak.. pastu sue simpan hp...



Bila dah beli mainan utk anak tu... kena bg anak main dgn bebas... disiplinkan utk kemas lepas main... kebanyakkan ibubapa suka beli mainan utk anak.. tp tak bg anak main sebab takut rumah bersepah... bg sue... Kalu tak bg main baik tak payah beli... hati anak akan terguris... Dlm jiwanya akan tertanya2... kenapa tak boleh main? Mainan tu utk sape? Anak2 akan jd keliru....

Anak2 lg keliru bila.. hp tak bagi main... mainan yg ada kat rumah tak bg main... apa yg diorang nak buat??? Mengacau adik kena marah.. Diorang akan jadi nakal... kacau org sana sini...

rumah bersepah tak pe asalkan bersih... beza tauuu... 

Bila dah beli mainan tu... bg ruang utk anak2 bermain...




Sue akan sedaya upaya wujudkan suasana ceria bermain dgn anak2.. kadang2 sue pulak yg terlebih jd spt kanak2... 

Sue nak beli kasut roda.. nak main dgn anak2 kat rumah.. Absen tak bagi... takut jatuh kang tak berbaloi...tp sue beli jugak... hehehe.... ini untung ada duit sendiri... dpt beli apa yg kita nak... 

Dgn tak sabarnya nak main dgn anak2... Sue ingat mudah main menatang tu... gila lah susah... licin nak mampuih...  Dgn berlagaknya.. Sue pakai dua2 belah kasut... baru nak berdiri dan imbangkan badan.. kakak dtg tolak dari arah belakang... kononnya nak bergurau lawak jenaka laaa... tak pasal2 sue jatuh berdebok terhempap badan ke lantai.. fuhhh memang tak boleh nak kontrol langsung licin tu... cara jatuhnya... memang tak akan jatuh cara sopan lah.... lebih busuk dr nangka busuk lah...

Absen sue dah celik mata kacip gigi kat sue... marah sue mcm sue anak2 lagi... 

"Haaaa... itu lah... tak de penyakit cari penyakit..."

Sue pun jawab mcm anak2 jugak.. sambil menahan sakit...
"Kakak yg tolak..."

Kakak kena bebel dgn ayah nya dan didenda tak boleh main kat luar.

Nampak spt muka kakak rasa bersalah dan sedih tengok mamanya sakit...

Sue pulak tak sampai hati nak marah kakak... sebab sue tahu.. kakak nak bergurau tapi tak sangka boleh buat mamanya sakit... 

Sue releks sekejap... asben suh tuam dgn ais kat tangan yg bengkak... bengkak dah surut sikit... Sue panggil kakak dan cakap elok2... 

"Kakak... kakak tak boleh bergurau kasar... tak boleh main tolak2.. tak boleh main pukul2... semua tu boleh cedera kan org.. nanti tak ada org nak berkawan dgn kakak nanti..."

Kakak hanya diam dgn muka bersalah sambil tuam tangan sue dgn ais...

Kesian pulak dgn kakak... teringin nak main mainan barunya... terbantut pulak...  

Mlm tu.. kakak ambik buku utk.buat homework... "hari minggu kakak boleh main mainan baru tak?"

Alahai kesiannya...
"Kakak nak main skrg pun boleh... buat homework kemudian.... dgn syarat main jgn sampai gaduh... sape gaduh...dua2 mama tak bg main...ok???"

Terus kakak dan dekna bersorak gembira....

Kalau kita tak bagi anak2 bermain dgn mainan yg kita beli.. itu bermakna kita mendidik anak kecil menjadi dewasa sblm usia... anak2 akan suka mengimpit org tua...
 suka pakai dan bersolek spt org tua.. main handphone spt org tua... suka duduk mendengar dan manyampuk org tua bercakap... Kalau sue bagi diorang main mainan diorang dgn bebas.. InsyaAllah.. Diorang tak kacau hal2 org tua...

Mula2 asben sue tak suka beli mainan mcm2.. serabut katanya... bersepah sana sini... tujuan utama sue nak renovate rumah adalah utk semua jenis mainan beroda mesti main di ruang parking.. jadi, tak kacau ayahnya nak tengok tv... 

Setiap kali jumpa mainan beroda.. Sue nak beli... asben tak bagi... Okey... tak pe... tunggu sue free... Sue pegi cari kat nilai 3 sendiri.. Hahaha.. #MeTime.. wakaka.. (curi masa waktu lunch..)

Sue sgt seronok tengok gaya diorang menikmati zaman kanak2 dgn riang... gelak2... biar riuh rumah... Hahaha

Nak lagi enjoy... korang lumba lari dgn anak pakai selipar urut ni... confirm diorang lari terloncat2 sakit kaki.. hahaha

Round2 kat Shopping Mall...




Bagi mkn burung...spy anak2 ceria sblm ke sekolah...
Kalau ada pets lain... bg anak2 tegur pets dulu setiap pagi... itu terapi utk anak2...


Cuci lantai sama2... bg ruang diorang bermain air sepuas hati...

Mesti baca Al Quran dan Ikra' waktu mlm

Tengok wayang... biar anak2 rasa tengok tv besar pulak.. sound speaker yg kuat... anak2 akan rasa seronok spt berada dalam watak kartun tu...

Jom sama2 kita baca dan praktis pada anak2 cara Rasullullah mendidik anak kecil....

 cantik susunan blogger Wasilah  Berselawat ke Atas Rasulullah Tercinta.Sollu 'Alan Nabi...



  1. 1)Sayyidina Rasulullah ï·º begitu baik dalam layanannya kepada kanak-kanak.Bagindaï·º mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak.Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik.Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah.Buktinya,bayi dilahirkan dalam keadaan tulen,suci dan bersih dari segala kekurangan.Dan baginda ï·º memelihara kesucian dan ketulenan ini.


    2)Antara contoh belaian kasih baginda ï·ºkepada kanak-kanak ialah baginda ï·º suka menghidu,mendakap dan mencium mereka.Pernah Al-Aqra’ bin Haris melihat baginda,ï·º juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda:“Ya Rasulullahï·º,kamu mencium kanak-kanak kamu?”               
    Nabi menjawab:“Ya”
    Lalu mereka berkata,“Sesungguhnya kami tidak mencium kanak-kanak kami.”
    Rasulullah ï·º bersabda lagi,“Apa yang aku akan buatkan untuk kamu,andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu.”
    Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.Ramai yang tidak tahu bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan,iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak.

    3)Nabi ï·º suka mendukung kanak-kanak.Kerap dilihat Sayyidina Hasan,radhiyallahu ‘anhu atau Sayyidina Husin,radhiyallahu ‘anhu atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah ï·º.Suatu hari,Sayyidina Anas bin Malik,radhiyallahu ‘anhu datang.Beliau melihat Nabi ï·º dalam keadaan menongkat 2 tangan dan 2 kakinya,dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda ï·º.Maka Sayyidina Anas berkata kepada Nabi ï·º,
    “Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua.”
    Lalu Nabi ï·º bersabda,
    “Dan merekalah sebaik-baik penunggang,ya Anas.”
    Nabi ï·º memberi kepada mereka berdua(Hasan dan Husin)kedudukan dan kemuliaan.     

    4)Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak,juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.Antara keindahan dalam hidup Rasulullah ï·º adalah ketika melayani kanak-kanak.Nabi ï·º selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.Pernah baginda ï·º mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak,sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengan baginda ï·º.
      
    5)Nabi ï·º memiliki sifat kasihan.Baginda ï·ºbegitu melindungi kanak-kanak.Suatu ketika,baginda ï·º bersolat di dalam masjid.Ketika bersolat,Umamah binti Zainab datang kepada baginda ï·º dan memanjat belakang baginda ï·º.Ketika itu baginda ï·º dalam keadaan sujud.Lamanya baginda ï·º bersujud sehingga para sahabat menyangka bahawa baginda ï·º mengalami kekejangan.Setelah selesai bersolat,bagindaï·º bersabda,
    “Anak perempuanku ini duduk di atasku dan aku tidak mahu mengganggunya.”

    6)Sesiapa yang membimbing anak-anaknya,dia telah menjinakkan hasadnya.Nabi ï·º mendidik mereka,membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka,kerana inilah waktu yang sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.Sayyidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya,kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda ï·º.Lalu bagindaï·º mencabut kurma daripada mulutnya(Husin)dan berkata,“Kakh...Kakh..”.Maka Husin mengeluarkan kurma dari mulutnya,dan baginda ï·º bersabda,
    “Ia tidak halal bagi kita sebagai keluarga Muhammad,kerana ia adalah zakat.”

    7)Baginda ï·º pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya yang bernama Abdullah.Ibunya memanggil,
    “Ya Abdullah!Datang ke sini,aku nak berikan kamu sesuatu.”
    Apabila Abdullah datang,baginda ï·ºbertanya kepada si ibu,
    “Apa yang kamu nak berikan kepadanya?”Lalu jawab si ibu,
    “Saya akan berikan dia buah kurma.”
    Nabi ï·º bersabda,
    “Sekiranya kamu tidak berikan apa-apa kepadanya,nescaya dituliskan untuk kamu sebagai penipu di sisi Allah.”
    Nabi ï·º mengajar kita bercakap benar.Ramai di antara kita menipu ketika bermain dengan anak-anaknya,seperti dia memanggil anak-anaknya kerana ingin memberi kepadanya sesuatu tetapi dia berbohong.Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya.Rasulullah ï·º suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar dan juga bersikap berani.

    8)Rasulullah ï·º biasa berlumba dengan kanak-kanak.Nabi ï·º pernah meminta anak saudaranya,Sayyidina Abdullah bin Abbad,radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang saudara kandung beliau berbaris di satu tempat dan baginda ï·º duduk di satu tempat.Kemudian baginda ï·º memanggil mereka datang kepada baginda ï·º secara berlumba.Apabila sampai,mereka merebahkan badan mereka ke atas dada Rasulullah ï·º.Inilah Nabi ï·º,pemimpin ummah.Melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik.Adakah kita turut berakhlak sebegini?
      
    9)Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu,juga seseorang menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh.Nabi ï·º tidak pernah memukul orang lain dan tidak pernah menyakiti kanak-kanak.Nabi ï·º meletakkan 1 kaedah penting,“Perintahkan anak-anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berusia 10 tahun.”
    Pukul di sini,bukanlah pukulan yang kuat.Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak.Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran.Rasulullah ï·º sendiri tidak pernah melakukannya.Tetapi baginda ï·º begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.

    10)Jadilah guru ketika dia kecil dan kawan apabila dia meningkat usia.Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya dengan do’a-do’a.Rasulullah ï·º melindungi Hasan dan Husin dengan satu do’a penting.Selepas menyapu mereka berdua,baginda ï·ºmembaca,
    “Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan yang berbahaya dan daripada bahaya hasad.”
    Sesiapa yang membacanya,Ummu Sibyan tidak akan dapat memudaratkannya.Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.

    11)Antara layanan baik Rasulullah ï·ºkepada kanak-kanak ialah baginda ï·º suka menggembirakan mereka kerana ingin menghargai dan menggembirakan mereka.Para sahabat biasa membawa kepada Rasulullah ï·º buah hasil tuaian pertama.Sebaik sahaja buah-buahan di kebun mereka masak,baginda ï·º akan mengambil,mencium buah tersebut dan bertahmid,kemudian baginda ï·º akan memberi kepada kanak-kanak yang paling muda di kawasan itu,dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak-kanak tersebut,kerana Rasulullah ï·º suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak seperti yang disebut di dalam hadith bahawa Allah menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak.Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak tetapi maksud di sini,agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah ï·º.

    ::al-Habib Muhammad Abdul Rahman al-Saqqaf,hafizohullah,Fattabiouni::

    Add a comment





    Loading




    Friday, 29 September 2017

    Travelog.- Episod 4... Geng SUFi3 travel ke Ho Chi Minh, Vietnam



    Trip ke Vietnam sebenarnya atas urusan keje.. kebiasaan kami akan selit dgn aktiviti keluarga, sepatutnya sue berada di Vietnam pd 20hb Sept 2017, Meeting Sales & Marketing pada 21hb sept 2017. Meeting tersebut sue terpaksa Tarik diri sebab ayah sue meninggal pada 19 Sept 2017, trip ke Vietnam sue batalkan pada peringkat awal…
    Bila sue pikir balik… berada di Kelantan kesedihan tetap menyelubungi diri… balik ke sepang di rumah sendiri… sue tetap rasai kesedihan… sue bagitahu asben, sue nak beralih tempat… utk hilangkan rasa kesedihan atas pemergian ayah ke Alam Barzakh.

    Tiket Cuma beli sehala shj… iaitu dr Malaysia ke Vietnam..  utk balik semula ke Malaysia.. tiket sudah book 2 bulan awal.
    Alhamdulillah… bila beralih tempat, rasa sedih tu hilang… sepanjang perjalanan sedekah Alfatihah utk arwah ayah sentiasa iringi perjalan sue.
    Cuma ada beberapa kali shj… air mata mengalir sendiri tanpa sue sedari…

    pergi ke sana tak guna agensi travel, kiranya mcm backpacker lah.. semua bergantung pada google maps shj.




    kejutan budaya tu tak yah cakap lah kan... org vietnam ni tak pandai bahasa inggeris sepatah haram...hadoiiii.. mcm ayam dgn itik bercakap... last2 bercakap guna bahasa isyarat.

    bab duit juta2 tu satu hal laaa... sampai ke sudah sue malas nak belajar pasal duit tu... otak pun masih diawang awangan... setiap kali nak membeli.. sue akan tanya asben murah ke.. mahal...

    kalu nak senang... korang mintak dia harga brg dlm duit RM... kat situ korang dah boleh calculate murah ke mahal...

    Booking tiket ketika berada di Kelantan, naik flight pukul 11.30pm sampai di rumah kat sepang dlm pukul 1.. Alhamdulillah, anak2 semua tido.. sue dan asben mengemas pakaian utk bertolak ke Vietnam. Pukul 4.30 kena bersiap utk bertolak KLIA 2, flight kami pukul 7am.

    Asben dpt tido sejam.. sue dpt tido setengah jam… hahaha… ini memang keje giler.
    Plannya sampai awal pagi kat Vietnam, nak sambung tido pukul kat hotel. 

    kami nak check in awal 2 jam dari pukul 12 sama seperti sewa hotel satu malam… adusssss… rugi bang… kita round2 kat pasar jea lah…

    Kitorang letak bag kat tepi kaunter… terus masuk Ben thanh Market. Kitorang plan memang nak habiskan masa kat bandar Ho chi mint jea… sebab anak2 kecik dan ramai ni… tak sesuai utk membeli belah kat dlm sungai bagai tu…

    Byk tempat yg menarik kami tak lawati spt Mekong Delta, Cai Be Floating Market, Can Gio Mangrove Forest, Dai Nam Amusement Park… dan lain2 tempat.. pada sue, kalau nak betul2 jelajah Vietnam, lebih baik pegi dgn rombongan pakej. Orang Vietnam tak pandai cakap Bahasa inggeris langsung… apatah lagi Bahasa melayu. Macam kitorang ni… pergi utk hilangkan stress jea.. memang nak round2 kat bandar HCM jea… org kata kain murah… pada sue tak murah sgt lah… kena rajin tawar menawar. Sue malas nak tawar menawar ni… sebab serabut dgn bawak anak2… biasanya asben tanya jea harga… kalu harga OK asben beli… kalu harga tak munasabah kitorang bla jea lah…

    Bagus nya latih kakak dan Dekna travel… apa yg diorang belajar kat sekolah PASTI tentang makanan Halal dan Haram berkaitan dgn makanan. Kami praktik kan kat sana… kakak tanya…
    “Mama… pisang halal ke haram?”
    “Halal…”
    “mama… ubi bakar halal ke haram?”
    “Haram…”
    “kenapa haram pulakkkk… itu kan mcm buah jugak…”
    “ubi bakar tu… kita tak tahu pemanggangnya tu digunakan utk bakar ubi shj atau bakar daging khinzir.. kat situ timbul rasa was2… lebih baik tak payah makan…”


    No anak2 tengah Segar sugar lagi... Baru keluar hotel... Destinasi pertama..

    Ni destinasi terakhir... Semua tido... Habis jemmm kitorang..



    Gambar sue simpan dlm bentuk video yea.. nak jimat space blog...


    Tips utk yg bawak anak kecik utk travel ke negara bukan islam....

    Bawak biskut byk2 utk anak2… kat sana kitorang tak berani langsung nak beli Jajan… was2 dgn bahan yg digunakan.
    Kalau nampak penjaja makanan atau kuih muih… nak tahu halal ke haram… tanya kat penjual kopi motor yang halal… diorang akan bagitahu makanan apa tu halal ke tak….  

    Kat Malaysia… sue tak pernah tengok org jual daging babi… bila pegi sana.. daging babi dijual secara terbuka jea… masa tu kitorang nak masuk pasar, sekali Nampak air lelehan daging babi. Kami batalkan ke jalan arah tu.. sebab takut terkena Najis Berat.

    Teksi??? Kitorang round kat HCM tak guna tourist Guide pun… asben kejenya google tempat2 menarik yg dlm bandar… pastu kitorang jalan kaki… kalu anak2 penat, kitorang akan balik ke hotel naik teksi… teksi kat dlm bandar tu semua bermeter… jgn ingat bermeter tu tak kena tipu… comfirm kena sekali sorang lah… sambil dok beringat tu… terkena jugak..
    Anak2 semua dah tido… masa tu kalut sgt, kesian kat anak2 tak puas tido dah kena kejut… ambik teksi tanpa tanya harga… terus masuk jea… perghhhh… kena ketuk lerrrr…

    Bab restoran halal kat HCM tak de masalah… memang byk sgt kat sana… masakannya lebih kurang kat Malaysia jea.. bab jajan anak2.. haaaaaa… yg memang kitorang tak berani nak beli… menyesal pulak tak bawak jajan lebih, nasib baik pergi sekejap jea…




    Shopping pulak…. Kitorang tak shopping, pegi sana untuk relek2 jea… lupakan perkara yg pahit.. terserempak dgn baju anak2 yg comel… kami beli lah 3 helai sorang… sue dan asben pun 3 helai jugak… asben belikan sue 3 helai cardigent. Cantik kainnya… memang tak pernah jumpa kat Malaysia lah… puas pusing Mall… tak ada pun patern yg sue jumpa kat HCM. Sgt puas hati….
    bila nampak pakaian kanak2.. fuhhh... yg penat jadi cerah bijik mata weiiii... hahaha..
    badan yg bengkok penat... jadi segar bugar lah...

    Harga baju kat Ben Tanh jauh lebih murah dari Saigon Centre. Harga baju kat Saigon lebih korang kat Mall do Malaysia jea lab...

    sehari kami keluar 3 kali sesi... sesi pagi keluar jalan2 di HCM... pukul 12pm anak2 dah penat... kitorang balik hotel, bagi diorang berendam sejam... beli bekal siap2. sebelum keluar utk sesi petang makan dulu... nasi sebungkus utk 5 org... Alhamdulillah cukup... hehehe..
    sebungkus nasi yang halal kat sana RM20... mahal giler.... "Mencari yg halal itu Fardhu"
    Alhadulillah syukur sgt2 kerana kami mampu membeli makanan yg halal...

    dulu kat kelantan tak boleh tak jumpa nasi kerabu... skrg dah 12 tahun hidup kat selangor... adussss tak boleh hidup lah tanpa Nasi Lemak Ayam goreng nih.... masuk jea kedai... cari nasi lemak dulu... hahahah

    Hardrock cafe?
    Sue tak tahu hardrock cafe tu menatang ape.. tempat ape... Asben singgah lah bergambar kat depan hardrock tu.. asben cakap tak yah masuk dalam lah.. tempat tu tak sesuai utk kita sebab dia lebih kpd hiburan. asben sue ajar sue tentang hardrock cafe spy sue ni faham apa itu hardrock cafe... yea lah kan... kot2 client ajak sue ke hardrock cafe nak cari Surah Yasin kat situ pulak kannnn.... Sue yg bengap nih.. main ikut pulakkk... Hadoiii.



    Kasut???
    Gi bandung ke... gi vietnam ke... korang jgn pakai kasut yg baru beli.. korang pakai jea kasut dah lusuh... sebab kat sana byk jln kaki kat jalan raya.. bukan dlm mall... kalu ada kasut baru... baik korang simpan pakai kat Mall malaysia.. insyaallah.. pakai kat Mall Malaysia setahun pun tak kotor2 tapak kasut...

    Geng Netsmart..


    Okehhh... Sue cikidout dulu... Masa utk sue berinternet Sgt terhad... Bye3..