Pages

Thursday 29 March 2018

Kongsi Rezeki dengan kehidupan sekeliling kita



Jom kita belajar bersedekah.. Kalau kita tak kuat iman lagi.. Kita start dgn bersedekah dgn lebihan makanan..

Kalau kita bersedekah kepada manusia.. Tapi takut kita berkecil hati kerana diperlekeh... Atau dibalas dgn tahi.. Takut2.. Timbul rasa tak ikhlas.. Malah dpt dosa kerana merungut. Jangan bersedekah kepada manusia..

Kita belajar bersedekah kpd binatang dahulu.. Binatang ni.. Lepas kita bagi makan.. Dia bagi tahi kat kita.. Tak pe.. Sebab binatang ni tak ada akal.. Kalau kita sedekah kat manusia.. Tp manusia bagi tahi.. Kita membebel sana sini..  Lebih baik sedekah kat binatang sebagai latihan utk jd pemurah dan mencari keikhlasan dalam diri sendiri.

Kita ni hidup penuh dgn dosa... Celik2 mata setiap pagi tu.. Terus dpt dosa.. Contohnya.. Solat subuh lambat 5 minit.. Dpt dosa.. Marah anak lambat bersiap pergi sekolah.. Dpt dosa.. Beli nasi lemak.. Tertanya pasal jiran itu ini.. Jatuh mengumpat pulak.. Dpt dosa mengumpat... Itu kiraan yg paling simple.. Tak terhitung dosa kita setiap hari menggunung tinggi..

Setiap pagi.. Kita belajar metutup dosa kita dgn sedekah.. mulakan sedekah pada binatang.. Binatang ni dpt sikit tak marah kita.. Tp manusia ni.. Kalau dpt sikit merungut2.. Niat nak buat pahala sedekah sesama manusia.. Rupa2nya dpt dosa.. Jadi sedekahkan kpd binatang yang tak pandai menilai harga makanan.. 

Sedekah air kat tanaman.. Celik mata siram pokok.. Bagi rezeki kat pokok.. Siram tanah sambil mengingati mati.. Suatu hari nanti kita akan kembali kpd tanah... Suatu hari nanti.. Kita akan disiram oleh kaum kerabat kita.. Jiran tetangga kita... Skrg kita berlatih siram tanaman dulu.. Sebagai latihan utk kita sedar diri yg kita akan kembali ke tanah.. Tambahan pulak.. Kita hidup di KL ni.. Susah nak nampak tanah.. Kot2 lupa yg kita ni akan kembali ke tanah. Selain kita dpt pahala siram pokok.. Kita juga dpt Pahala mengingati mati..

Yg ke tiga.. Sebelum kita tidur malam.. Kita akhiri dgn sedekah. Bukak tingkap belakang rumah.. Sedekahkan baki lauk pauk.. Bersihkan dulu.. Bagi kat kucing... Sambil bersedekah sambil berdoa semoga Rahmat Allah dan Syafaat Rasulullah sentiasa bersama kita di dunia dan akhirat..

Mungkin ada yg cakap.. 

Alah.. Sembang boleh lah rumah bawah.. bukak tingkap belakang ada kucing.. Kitorang yg duduk kat kondo tingkat 30 ni.. Nak campak kot celah bedah mana... Ok.. Kalu yg tingkat atas.. Sisa lauk yg tak habis.. Basuh.. Letak dlm bekas.. Sebelum ke tempat keje.. Letak kat tempat pembuangan sampah.. Letak di luar tong sampah.. Tempat yg senang kucing atau anjing nak makan.

jom beramal.. semoga amalan menjadi istikomah kita hingga ke akhir hayat... Amiinn3.

balik sekolah.. kakak atau dekna dilatih siram pokok bunga... 



selepas hantar kakak dan dekna ke sekolah... kami latih adik raina memberi makanan kpd burung...



kucing menunggu sisa makanan setiap malam...












--------------------------------------------
Menulis blog adalah perkongsian pengalaman hidup Sue utk di kongsi beramal bersama - sama dgn sahabat Sue.. Sue tak pernah ambil peduli sekali pun dikritik.. Perkongsian membawa riak.. Alah.. Nampak warak tp jahil.. Elehhhh.. Mcm bagus jea laaa tu... Tak tergugat walau selangkah dgn kritikan.. Kerana Sue sedar Sue hamba Allah yg lemah dan tak sempurna.. Nabi Muhammad SAW yg diciptakan Mulia.. Juga dihina.. Apatah lagi Sue yg sememangnya lemah...

Manusia akan mengkritik sekali pun Sue sampai ke liang lahad. Andaikata.. Sue menulis tanpa tunjuk bukti sue buat.. Org akan cakap.. Elehhhh.. Sembang senang la.. Dia pun tak buat.. Kalau sue menulis sambil tunjuk bukti.. Org akan cakap.. Huhhh.. Habis lah pahala.. Riak sana sini...

Hukuman dosa.. Pahala.. Ikhlas..  Riak... Hanya Allah jea yg tahu.. Kita sebagai hamba tak boleh menghukum hati nurani org lain.

Banyak cara utk bersedekah..Jangan kita sempit kan diri kita hanya bersedekah kpd manusia dgn wang ringgit shj yang boleh dpt pahala..... .. 







No comments:

Post a Comment