Asslamualaikum pembaca blog SUEperb MaMa!!
minggu ni sue nak kongsi pengalaman bercuti di Port Dickson...
pengalaman yang sangat menyeronokkan dan ngerikan kan...
sbb anak2 sue biasanya terdedah dgn hiasa dinding tentang ayat2 Al Quran..
kali ni diorang terdedah dgn suasan purba.. Tema Red Indians... Website Resort
wowwwww!! memang tragis lah sepanjang asben dok dlm dewan... kitorang dok dlm bilik...
sue ni dah lah jenis penakut... cepat seghiauuuu...
jln2 menikmati pemandangan sekeliling resort..
kemain lagi kakak daina seronok time main2 kat luar..
suasannya spt dok kat kampung... memang nyaman lah...
"Red Indians"
biasanya yg mengunjungi resort ni... program under company...
selalunya... anak2 akan main kolam dgn ayah..
kali ni ayahnya keje..
semua main kolam dgn mama...
layan kerenah puteri2ku
ini restorannya..
penuh dgn lukisan dan gambar2 mcm zaman purba..
masuk2 jea restoran.. daina ckp..
"mama tengok hantu tuu..."
uhhuk3.. :(
pastu ayahnya pun cakap..
"biarlah hantu tu kat situ... kakak jgn kacau yea.."
Chiken chop dan nasi goreng..
haaa... ini dlm resort yg kitorang duduk pulak...
mula2 masuk.. daina suka sgt..
resort ni dikelilingi dgn susunan kayu spt rumah2 zaman dahulu..
itu dapurnya,..
si adik pulak suka nyorok dlm almari.. dah tarik keluar... berlari masuk lagi...
setiap kali tarik.. tiap kali tu lah bulu tengkuk sue meremang...
alih2.. sue tutup jea almari...
ini toiletnya...
ala2 mcm rumah xsiap..
tp ini memang design rumah org dulu2..
bumbung terbuka... hmmm... sue betul2 takut..
takut ternampak ada benda2 terbang jea... :(
ni suasan dinihari...
apa yg korang rasa... bila baring kat katil... asyik kena tenung kat lukisan patung tu...
huhuhuhu...
masuk jea maghrib... daina nangis nak balik...
"mama... jom lah balik... rumah ni x cantik...jom laaa.. jom lah balik umah kita"
huhuhu... bertambah seghiau bila daina nangis sambil pandang lukisan patung tu...
pujuk kakak daina tengok vedio AlFatihah...
daina layan lagu ni sampai tertido... fuhh!! lega..
Esokkannya..
suasa pagi yg sangat nyaman...
spt tinggal di rumah kampung..
langsung xdengar bunyi kenderan berat... udara pun bersih..
ini pun resort jugak... designnya sgt unit...
okey... sekian sudah perkongsian aktivivti hujung minggu family SUEperb MaMa!!
kepada yg suka suasana kampung dan RED INDIANS..
jemput datang lah yea... hihihihi
Hukum tentang patung, ukiran dan lukisan dalam rumah..
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat
(Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau
gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab
Penciptaan (4/54) no. 448)
“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan
datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia
(Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah
yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau
anjing.” ( Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
Daripada ‘Aisyah r.ah menyatakan bahawa Jibril berjanji dengan Rasulullah
s.a.w untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang
tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di
tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril)
memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil
dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah)
menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing
itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah
berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau,
tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada
anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak
masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.” ( Riwayat Muslim,
Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di
dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata,
“Apakah apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah
yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini. Dan
kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.”
(Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang
sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa
Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada
anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk
bernyawa.” (Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi
(5/59), no. 338)
Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan
masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” ( Riwayat
al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
sekian... tata... titi... tutu..
dari SUEperb MaMa!!!
No comments:
Post a Comment