Pages

Wednesday 29 May 2013

buang angin dalam badan




Assalamualaikum...

entry kali ni sue nk kongsi pasal buang angin dalam badan... ibu2 yg baru lepas bersalin tu, mesti byk angin dalam badan... asyik sendawa kosong jea kan..

masa anak pertama dulu  tak terasa sangat... lepas bersalin anak kedua ni.. mungkin byk urat putus.. jadi byk lah ruang angin masuk dlm badan... perghhh... semput melayan sendawa oiii...

utk buang angin dlm badan... jom ikut petua sue ni..

bawang putih dicincang halus spt dadu.. 
potong cili... taburkan garam sikit...
makan lah dgn nasi mcm tu jea...
sedap gilerrrr...
bila dikunyah... rasa kepedasan bawang putih tu...
perggghhh... melelih air liurrrr oiiii...


resepi kedua...
kalu korang tak boleh telan bawang putih mentah spt diatas tu...
buat mcm ni pulak...
ayam goreng kunyit yg dah masak tu...
korang gorengkan sekali lagi tanpa minyak..
campurkan spt bahan2 diatas..
bawang putih.. cili.. serai..


siaappppp!!!
emmmm... memang sedap bau aroma bawang putih ni...
yuhhooooo... nyummmyyy...



jom layan khasiat bawang putih...
  • Dapat meredakan demam + selesama

  • Merendahkan tekanan darah

  • Memiliki tindakan hipertensi + antikoagulan + anti-trombotik dan keupayaannya untuk mengurangkan aterosklerosis berkaitan dialami dalam arteri kita

  • Membantu mengawal gula dalam darah

  • Mengurangkan pengumpalan platelet + pembekuan darah = sekali gus mengurangkan strok

  • Mengelakkan + merawat jangkitan bakteria + virus + kulat

  • Merawat parasit dalaman dan luar seperti kutu + nyamuk. Mana yang nak pergi Camp bawa xtra garlic

  • Boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang telah menjadi imun atau tahan antibiotik moden

  • pengambilan bawang putih boleh mengurangkan risiko membangunkan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser saluran gastrousus. Boleh baca Bawang putih juga penawar kanser

  • Meningkatkan tahap antioksidan keseluruhan badan + merupakan sumber selenium = ubat anti-kanser yang kuat

  • Mengalami penyakit kaki makan air? Letakkan beberapa kepingan bawang putih segar atau beberapa bawang putih yang dihancurkan dibahagian antara jari kaki anda. Balut dan biarkan untuk beberapa jam = 6 jam.

  • Menunjukkan sifat2 ajaib dalam merawat keracunan logam berat seperti plumbum + merkuri + kadmium + arsenik + tembaga. Jika terkena salah satu logam tersebut dalam badan maka cepat2 kunyah bawang putih mentah

  • Menyembuhkan bisul + kudis. Hancurkan bawang putih dan tepekkan atasnya. Biarkan hingga kering dan ulangi amalan ini hingga kudis sembuh

  • Untuk menghilangkan ketuat atau kutil iaitu lebihan daging kulit seperti tahi lalat hidup. Ambil beberapa kepingan bawang putih dan letak pada ketuat tersebut. Ulangi hingga ketuat itu tanggal

Awassss!!!

  • Sebaiknya ambil kunyahan bawang putih mentah tidak melebihi empat ulas sehari takut overdos (boleh merosakkan sistem penghadaman) apa pun pengambilan menu harian, kita mesti berpada2... jgn ambil berlebihan... kalu kita mkn nasi berlebihan pun boleh bawa penyakit... apatah lagi bawang putih yg memang pelik rasanya tu...

  • Jika mengambil lebih bawang putih yang telah dimasak tidak mengapa kerana tidak sama kekuatannya dengan memakan bawang putih mentah yang lebih tinggi khasiatnya. Jadi jangan risau kepada mereka yang menjadi penggemar sop bawang putih. Korang terselemat + lebih sihat


Selamat mencuba resepi dr SUEperb MaMa!!
tata.. titi.. tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

No comments:

Post a Comment