Pages

Sunday 22 April 2012

Rack Baju yang sgt simple

Hai semua!!!

SUEperb MaMa muncul lagi dgn Rack baju yg sgt simple2... hihihihi
byk kali sue dengar rungutan dr rakan2 fb... penat lipat kain la.. 2 bakul kain belum lipat la..
buat apa nk buang masa melipat kain.. guna jea rack spt SUEperb MaMa ni!!!!


hanya perlukan 3 batang besi yang di skru ke dinding, 2 batang besi melintang dan 6pcs penyangkut2nya...

Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.

skrukan guna drill.
buat kat dinding menegak dan melekat cam gini... hihihi
pasang penyangkut dan besi melingtang utk sangkut baju..
Baju keje SUEperb MaMa siap dihanger .. wallaaa.. sue memang suka baju brand Kylie Lang..
Murah!! simple!! senang dpt!!
jarak besi tingkat atas dan tingkat bawah.. boleh di adjust mengikut ukuran baju anda.. so senang nak menyapu kat bawah tuuu...
rack atas baju Daina... cantik tak baju daina yg depan sekali tu... Untie Jaja bg.. dia baru balik shopping di indon.. 
kemas kan!!!!

skrg Sue dah tak pakai rack cam gini sbb susah nk penyapu di lantai.. kena tolak sana.. tolak sini..
 Ruang bilik pun jd sempit..
so, baju yg kat kedua2 rack kayu ni akan di transfer ke rack dinding... 
Rack SUEperb MaMa sudah siap!!!




skrg ibu2 yg berkerjaya x yah merungut nk lipat kain lg..
angkat dr ampaian terus hanger ke bilik pakaian... siap!!!

masa kita kat umah yang sgt pendek tu baik kita habiskan dgn gurau senda bersama anak dan asben... 
gurau yang gitu2.. kikikiki

selain tu kita boleh fokus menjaga kebersihan dapur kita..hihihihi

cam ni!!!



ini dapur yg simple dan bajet SUEperb MaMa... 
uikk!! ada nenas la... jom makan duluuuuu...  piece!!!



opts!! satu picture belum upload..
picture ni penting tauuuu..
bukti SUEperb MaMa drill dan skru sendiri sebyk 21 lubang... 
3 ari 3 mlm sakit tangan kanan kena gegaran... huhuhu.. gegar otak tauuu...


Apa pun Sue sgt puas hati sbb bilik pakain dah kemas!!!  keje pun dah senang!!!

sape2 yg berminat dgn rack ni boleh contact Sue : sue.starryi@gmail.com / sue.starmedik@gmail.com


Selamat mencuba gaya mengemas Style SUEperb MaMa... 



layannnn zassss..

New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di Facebook Page ROSSEcouture

















Monday 16 April 2012

Susukan bayi anda dgn susu ibu

Ramai ibu2 yg berkerjaya malas nk menyusu bayi..  baca artikel SUEperb MaMa dulu sblm 
buat keputusan utk pilih susu formula..  jom layannnnn!!!

Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.


Setiap kali penyusuan, peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding lemak. Setelah bayi minum agak lama, barulah

susu yang pekat akan dikeluarkan. Susu peringkat ini mengandungi lebih banyak lemak. 

Istilah yang biasa digunakan untuk peringkat susu ini adalah

"fore-milk" - susu awalan (cair) dan
"hind-milk" - susu akhiran (pekat).

ketiga2 sesi pump  susu ini SUEperb MaMa buat test sendiri susu utk hadaina spy sue 
memahai lebih mendalam tentang Susu Ibu..

Hari pertama pd 6hb Apr 2012 kiri pekat kanan cair
Hari kedua 7hb Apr 2012 kiri cair kanan pekat 

Hari ketiga 8hb Apr 2012 kiri cair kanan pekat

memang benar yg dimaksudkan "fore-milk" dan "hind-milk"

Oleh itu untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, pastikan bayi menghisap sehingga payudara kosong kesemuanya. Biasanya ini mengambil masa lebih kurang 15 -20 minit untuk setiap belah payudara.

sue byk mengalami bengkak susu dan saluran susu tersumbat ketika dlm pantang.. ia amat menyiksakan.. puncanya simple jea "kurang pengetahuan tentang penyusuan".

sue jumpa doc mengadu masalah penyusuan susu ibu bayi tak kenyang. doc jwb simple jea.. nk menyusu baby guna susu ibu kena "confiden" set kat fikiran "Susu Ibu SUSU yg terbaik dan diciptakan khas utk bayi kita shj"
sue juga tanya doc: bagaimana nk sembuhkan bengkak susu... doc jwb : susukan anak
  bagaimana nk sembuhkan puting susu tersumbat.. doc jwb : susukan anak.. 
  mcmana nk hilangkan ketulan susu beku dlm buah dada : bagi baby hisap dan sambil tu urut perlahan2.  
doc bgth lg... "menyusukan bayi dpt mencegah penyakit berbahaya spt Barah Payudara... InsyaAllah.. semua penyakit tu Takdir dari Illahi".

sue balik rumah termenung dgn jwp doctor tersebut... Tiada penyelesaian selain susukan baby dan berdoa kpd Allah spy diberi kekuatan melaksakan Amanah Allah yg sgt besar ini dgn menyusukan Nur Sufi Hadaina sehingga 2thn.

susu yg disimpan dlm peti ais selama 1 mlm.

gambar susu ibu ini membuktikan lemak susu ibu lebih ringan dari air.
cuba perhatikan Lemak berada di atas dan susu yg cair berada dibawah.

kalau susu tepung di biarkan selama sejam, lemak akan berada dibawah dan air akan berada di atas 
ini menunjukan susu tepung mempunyai lemak yg tinggi dan berat.

Khasiat yg sgt bernilai dr Illahi :

1) Susu ibu menyediakan khasiat yang seimbang untuk bayi untuk menghasilkan tubuh badan yang lebih padat, kulit yang sihat dan bayi yang cergas kerana ia mengandungi kandungan protein adiponectinyang tinggi iaitu sejenis protein yang  amat baik untuk metabolisma bayi. 

2) susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih kuat.  Ia akan manghasilkan bayi yang mampu mempertahankan diri dari jangkitan penyakit seperti selsema, demam dan juga serangan virus.

3) susu ibu mempunyai kandungan DHA yang tinggi.  DHA mempengaruhi perkembangan otak dan mata kanak-kanak.  

4) Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan si ibu dan si bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang sukar dipisahkan malah mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. 

5) mempercepatkan proses pelangsingan badan ibu kepada bentuk asal.  Ia adalah satu jalan mudah jika dibandingkan dengan usaha dan cara rawatan lain.  Ia mampu mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin sekaligus membantu mengembalikan badan seperti asal.

*** sebelum hamil SUEperb MaMa 44kg, skrg berat SUEperb MaMa 45kg ketika Daina berusia 9bln 2 minggu. Tanpa mkn jamu dan ubat kurus. Sue memang sengaja tak ambil kedua2 ubat tersebut sbb nk hasilkan susu yg berkualiti utk Daina.

gambar ketika anak sue berusia 2bln

 gambar hari ini... tadaaaaa!!!! siap posing lagi!!! nk promote susu ibu punya pasal... hahahaha


SUEperb MaMa kembali kerja dgn badan yg langsing... hihihihi... 
tak perlu mkn jamu.. tak perlu berhabiskan duit mkn ubat kurus, Diet mengikut sunnah nabi..
 "berhenti sebelum kenyang" dan "Susukan bayi anda"


Note : 
Perisa dah khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari.  Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi anda.  

 
Selamat mencuba resepi utk kurus dari SUEperb MaMa.... layannnnnn   zassssss!!!!!



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOODIE hanya di Page Facebook ROSSEcouture

Sunday 8 April 2012

Resepi untuk bayi

Semalam sue try resepi baru untuk Nur Sufi Hadaina... bkn setakat daina jea yang suka.. si Alia yang tengah demam pun suka jugakkk... memang sedap resepi nih... bau aroma bawang goreng sungguh menyelerakan..


Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.

bahan2nya ialah :
Nasi Lembik

bawang merah dan bawang putih digoreng dgn minyak zaitun..

Daun selum, lobak merah, buah tomato dan batang sadri..

masukkan semua bhn2 di atas.. 


gaulkan dan masakkan dgn wap.. pastu blender mengikut citarasa si kecil.. nyummy..

hihihi... tengok si kecil sy mkn sampai licin...  

lepas mkn... jom mandiiiii...


perut dah penuh... sendawa besauuu.. badan pun dah wangi... skrg Daina tengah menhayati Zikir2 dr Oasis... rancangan "Indahnya Iman"...




selamat mencuba!!!


Resepi dari SUEperb MaMa!!! layannnn zaassssssss!!!



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOODIE hanya di page fecabook ROSSEcouture

Pukong - Salah satu Budaya Orang Banjar

Assalamualaikum.


Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.


atas permintaan opismate sue iaituNurul Huda yang nak wak kajian tentang budaya masyarakat di Malaysia.

ari ni sue nk post pasal budaya org banjar yg suka ikat baby dlm buai.. memang nampak mcm kena dera sikit, tp baby sgt selesa bila kena ikat cam ni. mungkin si cilik rasa kemas mcm dlm kandungan kot... hik3.

menurut emak mertua sue, tujuan diikat utk elakkan baby tersedak susu. baby boleh sendawa sendiri tanpa di tepuk2 belakang lepas minum susu. selain tu leher pun boleh jd jinjang. kalu baby yg suka nangis ni memang patut kena ikat cam ni... InsyaAllah berhenti menangis.

kalau pakai kain jaring utk buaian baby lg bagus. anak sue pakai kain sarung jea sbb masa tu tak bawak balik kampung jaring untuk buaian, lg pun nk ajar Daina biasakan dgn suasana kehidupan kampung. kain sarung ni buat baby jd cepat berpeluh mcm dok dlm bilik sauna pulak..

ni gambar sue kat kg Sungai Manila di Perak.

utk buat Pukong kat baby ni senang jea.. satu kain batik sangkut mcm buaian biasa dan satu kain batik lg diikat kat leher. dan baby akan jd spt duduk dlm buaian. 
masa ni daina suka nangis.. Emak mertua sue pun ikat cam gini... baru diam.. siap gelak lg...



ini emak mertua sue.. baru siap ikat Nur Sufi Hadaina..


Daina dibuai laju2 oleh ayahnya.. 



sekian...  Selamat mencuba gaya buaian spt ini...
opts!! lupa lak nk bgth... sue bkn org Banjar tauuuu.. Sue org Klate Jati yang mengamalkan
"Adat Istiadat Melayu Kelantan". weeee...

SUEperb MaMa... layannn zassss!!!



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..!  Hoodie hanya di Page Facebook ROSSEcouture






Tuesday 3 April 2012

Penapis Air Cosway - Hexagon

Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.


semlm tergerak hati SUEperb MaMa nk beli filter air utk diminum, sue beli yang murah jea RM4++ brand Hexagon. 
lepas hantar asben dan anak kat muka pintu rumah.. hehehe.. mula lah operasi godek2 benda alah ni.. fuh!! bepeluh jugak la nk siapkan.. hahaha... siapkan yg zahir dulu pastu terus "on".. tiba2 air mengalir bocor... menggigil la sue.. aduuuiii.. kalu panggil budak service kang xpasal dia charges RM80 utk pemasangan... sue try baca manual balik rupa2nya xsambung satu connector kat tapak tuh! ngok ngek betul la kilang tu... apasalahnya pasang terus jea accessories yg dlm tue...hehehe apa pun... tadaaaaa siap!!! Alhamdulillah.. selamat RM80 i...



kalau yg bajet xberapa byk mcm sue ni.. beli lah filter yg harga sederhana shj... xpayah la yang mahal melampau2 tue... sampai beribu2 gaban..  janji niat nk jaga kesihatan krn Allah.. Allah bg tubuh badan kita dlm keadaan sihat.. sama2lah kita pulang kpd Allah suatu hari nanti dlm keadaan sebaik mungkin.


cuba bayangkan 75% tubuh manusia terdiri dari cecair, hanya 25% shj dari pepejal. Melalui beberapa proses spt perpeluhan dan pernafasan tubuh kita akan kehilangan 10 gelas air sehari. hmmm banyak tuh!! 

Badan manusia mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk merasai kesan buruk klorin dan pada masa tersebut mungkin sudah terlambat untuk kita bertindak. Kesannya adalah secara perlahan-lahan dan tanpa kita sedari.
Sebagaimana ia mampu membunuh bakteria dan ikan di dalam akuarium, ia juga mampu merosakkan dan mematikan sel-sel di dalam tubuh badan manusia secara perlahan-lahan. 

Air Berakali ialah Air hidup mempunyai pH beralkali untuk menyokong keseimbangan bendalir dalam badan. Keserasian ini sangat penting untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap optimum. ini gambar yang sue buat ujian kat rumah smlm :
kiri : air yang dah ditapis.    kanan : air paip
(warna kebiruan menunjukkan air beralkali)

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Dari mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.


Selamat mencuba Resepi dr SUEperb MaMa!!!...

 layaaaannn zassss!!!



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..!  Hoodie hanya di Page Facebook ROSSEcouture




Monday 2 April 2012

Bekal utk si cilik bila SUEperb MaMa kena Outstation!!!!

Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.


kalu SUEperb MaMa kena outstation.. 1 family la kena kuar jln2 sekali..
kali ni menunya lg simple!! layaaaan zassss!!


bahan2nya : beras, lobak merah, buah tomato, ubi kentang, batang sadri,minyak zaitun n garam
                                          beras n ubi kentang dimasak bersama..
masukkan bahan yg siap dipotong.. kmd gaul..
 dan tutup..
 sue biasanya guna bekas pakai buang dan air kurma dlm botol susu... taaadaa siap!!!


Selamat mencuba... resepi dr SUEperb MaMa.... weeeee :-)


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..!  Hoodie hanya di

Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu



Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.



info ni SUEperb MaMa copy kat inetrnet utk dikongsi sama2... layan zasssss!!

June 28th, 2009 |  Author: nieza http://www.momschoice.com.my/blog/?cat=84
Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.
  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan  boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]
Sumber:  The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.
 Posted in Kepentingan Susu Ibu, Kesihatan, Masalah Penyusuan |  Tags: 6 bulan, bayi, masalah, penyusuan eksklusif, risiko, susu ibu |  2 Comments »

   *ini gambar kenangan SUEperb MaMa menyusu si kecil di Kenny Roges..