http://malaysiana.pnm.my/01/01010101mel_mengandung.htm
|Pengenalan||Sewaktu Mengandung||Bersalin||Selepas Lahir|
Pengenalan
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasukAdat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
Segantang beras
Sebiji kelapa Beberapa urat benang mentah Damar Minyak kelapa atau minyak urut Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Upacara Adat Melenggang Perut |
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
pada pemahaman sue, adat melenggang perut ini adalah adat semata2. adat ini sekadar menghiburkan hati si ibu yang tengah gementar utk bersalin anak pertama...
adat ini tiada sandaran agama, samada quran,sunnah, ijma atau qias.
dan ianya adalah bidaah dan wajib dijauhi.
memang kita tak ingin orang tua kita/mertua kecil hati, tapi jika melakukannya juga bukankah ianya akan menyakiti hati Rasulullah s.a.w
ianya adalah berasal dari adat agama hindu yang telah dipraktikkan oleh nenek moyang melayu turun menurun di mana sebelum kedatangan islam, adat dan cara hidup orang melayu adalah bersandar pada agama hindu.
adat ini tiada sandaran agama, samada quran,sunnah, ijma atau qias.
dan ianya adalah bidaah dan wajib dijauhi.
memang kita tak ingin orang tua kita/mertua kecil hati, tapi jika melakukannya juga bukankah ianya akan menyakiti hati Rasulullah s.a.w
ianya adalah berasal dari adat agama hindu yang telah dipraktikkan oleh nenek moyang melayu turun menurun di mana sebelum kedatangan islam, adat dan cara hidup orang melayu adalah bersandar pada agama hindu.
untuk menjaga hati orang tua, apa kata korang cadangkan kepada ibu masing2 supaya mengadakan kenduri doa selamat saja. sbb zaman skrg teknologi sgt canggih... jika nk betulkan bayi songsang... kita perlu berjumpa doctor pakar dan perbetulkan kedudukan bayi sambil menggunakan alat pengesan jantung bayi.. jika bunyi jantung bayi lemah... doktor akan berhenti buat urutan utk mengelakkan kematian bayi dlm perut...
teknology sekarang jauh lebih selamat.. jika nk banding dgn sentuhan2 dan rabaan2 bidan zaman dulu yg cuma anggapan shj....
Soal jawab tentang hukum melenggang perut.
Soalan
Saya sedang mengandung anak pertama. Adakah wajib saya membuat kenduri melenggang perut dan adakah berdosa jika saya enggan melakukannya?
Saya sedang mengandung anak pertama. Adakah wajib saya membuat kenduri melenggang perut dan adakah berdosa jika saya enggan melakukannya?
Jawapan
Amalan melenggang perut sama ada anak pertama atau seterusnya seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu tidak wujud dalam Islam. Mempercayai sesuatu bencana akan berlaku sekiranya tidak dilakukan amalan melenggang perut adalah suatu perkara karut dan tidak berasas sama sekali dan adalah lebih baik jika ia tidak dilakukan.
Amalan melenggang perut sama ada anak pertama atau seterusnya seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu tidak wujud dalam Islam. Mempercayai sesuatu bencana akan berlaku sekiranya tidak dilakukan amalan melenggang perut adalah suatu perkara karut dan tidak berasas sama sekali dan adalah lebih baik jika ia tidak dilakukan.
Adat Jangan Bertentangan Syariat Oleh ZUNAIDAH ZAINON
Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup.
Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian.
"Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana wujudnya kekeliruan antara memahami adat dan tuntutan agama," kata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Rugayah Tibek.
Beliau memberi contoh majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru dalam sesebuah keluarga. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan aqiqah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anak.
Namun, yang agak dikesali adalah tindakan sesetengah masyarakat yang menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi khurafat seperti meletakkan pisau di bawah bantal, kononnya untuk mengelakkan daripada gangguan hantu dan syaitan.
"Sama juga dengan majlis mencukur kepala. Sepatutnya rambut dicukur dengan tujuan membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja. Rambut yang habis dicukur perlu ditimbang dengan nilai emas untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
"Cuma Islam tidak memberatkan untuk timbangan emas kerana yang penting ialah membersihkan kepala bayi." jelas Rugayah.
Disunatkan
Pada majlis perkahwinan pula, yang menjadi tuntutan agama ialah akad nikah dan kenduri kahwin. Perkahwinan yang dilangsungkan hendaklah diisytiharkan dengan mengadakan kenduri seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing." (Riwayat Bukhari)
Dalam Islam, meminang adalah disunatkan tetapi ia bukan satu adat. Agama turut menggalakkan pemberian hadiah, misalnya pemberian hantaran kepada keluarga pengantin, tetapi biarlah ia bersederhana untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Kalau ia dilakukan secara berlebih-lebihan seperti mana pada hari ini, itu semua adalah adat semata-mata dan bukannya tuntutan agama.
Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang terlalu meriah hingga mengundang kepada pembaziran. Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping itu, ia turut diiringi dengan majlis persandingan di mana pengantin perempuan berhias secara berlebih-lebihan dan membuka aurat.
"Islam menggalakkan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum. Adalah lebih elok kalau pasangan melayan tetamu dengan dihiasi pakaian yang sedikit berbeza dan menunjukkan dirinya baru berkahwin. Tetapi dalam masyarakat kita terlalu banyak adat hingga matlamat sebenar tidak tercapai," kata beliau.
Rugayah turut menyentuh mengenai adat menepung tawar pasangan pengantin semasa majlis persandingan. Dipercayai adat ini berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala yang hendak belayar. Ketika itu diadakan upacara menurunkan perahu atau kapal. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera menggunakan tepung tawar dan sebagainya.
Membebankan
"Seperti yang saya nyatakan, masyarakat kita sebenarnya tidak jelas apakah adat yang mereka buat dan tujuannya. Dalam adat menepung tawar, kita perlu lihat pada tujuannya terlebih dahulu. Kalau berhasrat untuk menolak bala, maka Islam tidak membenarkan. Sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk meraikan pengantin, ini tidak bertentangan dengan syarak," tambahnya.
Selain itu, beberapa adat yang wujud di sesetengah negeri seperti adat mandi bagi pasangan pengantin juga tidak manis dilakukan kerana ia menampakkan aurat antara lelaki dan perempuan.
Adat ‘tol’ seperti di Johor juga dilihat membebankan pihak lelaki yang sudah banyak mengeluarkan perbelanjaan. Bagaimanapun, adat ini tidaklah sampai ke peringkat haram kerana mereka melakukan sekadar untuk berseronok.
Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan Semenanjung manakala di utara Semenanjung, ia lebih dikenali dengan panggilan kirim perut.
Ia dilakukan ke atas wanita yang genap hamil tujuh bulan bertujuan meletakkan kedudukan bayi di tempat yang sepatutnya dalam perut ibu iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.
Kelengkapan yang diperlukan ialah tujuh helai kain berlainan warna, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa urat benang dan lilin, sebatang damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, satu tepak sirih yang lengkap dengan isinya dan pengeras wang sebanyak RM1.25 di dalam tepak sirih.
Biasanya pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut akan dipakaikan dengan pakaian baru dan cantik.
"Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Hakikatnya, kita perlu memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dimudahkan bersalin dan bukannya melalui upacara tersebut.
"Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih lagi mengamalkannya," ujar Rugayah yang berpendapat perlu ada usaha digerakkan bagi menjelaskan kekeliruan antara adat dan agama.
Masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan tertentu apabila membabitkan soal kematian. Misalnya, mengadakan majlis tahlil dalam tempoh tertentu hingga membebankan keluarga si mati.
Apabila masyarakat semakin keliru dan tidak tahu membezakan antara adat dan agama, ia akan menyebabkan umat Islam keciciran tanggungjawab terhadap agama. Dalam kehidupan sesetengah individu, dari segi psikologi mereka sentiasa mengharapkan ada kuasa lain dalam diri mereka.
"Saya ingin tegaskan bahawa selagi adat tidak bertentangan dengan agama, maka Islam membenarkan. Jangan sampai ia memudaratkan seperti mana yang kita lihat pada hari ini iaitu perbelanjaan perkahwinan yang tinggi menyebabkan ramai pasangan muda menangguhkan perkahwinan mereka dan akhirnya berlaku maksiat," tegas beliau.
Sumber: Utusan Malaysia ( 25 Julai 2006 ) dengan sedikit pindaan.
ada setengah pihak menentang keras tentang hal bersanding dihari perkahwinan.. ini jawapannya
(Sumber: Utusan Malaysia ( 25 Julai 2006 ) dengan sedikit pindaan)
"Islam menggalakkan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum. Adalah lebih elok kalau pasangan melayan tetamu dengan dihiasi pakaian yang sedikit berbeza dan menunjukkan dirinya baru berkahwin. Tetapi dalam masyarakat kita terlalu banyak adat hingga matlamat sebenar tidak tercapai," kata beliau.
mungkin ada yg tengok gambar sue kahwin dulu... lebih kpd pembaziran...
jawapan sue : "Tidak!!!"... sbb sue mampu menyewa pelamin sendiri tanpa membebankan mana2 pihak... dan tidak buat sebarang loan dgn mana2 pihak.. lagi pun pelamin yg sue sediakan adalah untuk menbezakan tempat duduk tetamu dan tempat duduk pengantin. selain tu, bertujuan untuk dptkan latarbelakang yg cantik kenangan gambar kawin sue bersama keluarga. (time tu... emak dan ayah sue sgt gembira dgn hasil anaknya)
contoh : seorang raja menyewa pelamin RM50k... pdnya murah dan bersederhana mengikut ukuran gajinya berbanding dgn kerabat2 yg lain boleh cecah ratusan ribu, sedangkan RM50k pada pandang org awam itu terlalu mahal... begitu juga pd sue... menyewa pakej perkahwinan RM5k adalah murah mengikut pendapatan sue... sedangkan pd org yg berpendapatan RM300 sebulan... pakej perkahwinan RM5k itu terlalu mahal...
jadi... itu bukan pembaziran buat seorang raja dan Sue.
dgn ada pelamin tersebut, tak perlulah sue keluar utk buat sesi fhotografi kat studio diwaktu yg lain.. sbb nak kumpulkan keluarga bkn senang... ketika kendurilah kita boleh bergambar seisi keluarga... ketika raya pun belum tentu dpt kumpul seisi keluarga... ada yg beraya di rumah mertua.. ada yg beraya di rumah sendiri... ada yg beraya dgn menantu... ada yg beraya dgn cucu...
pernah sekali sue hadir dlm majlis perkahwinan yg si pengantin perempuan tidak bersolek langsung... ramai tetamu tercari-cari... "mana satu pengantin perempuan"...
sehingga ramai yg bersalam dgn sue sbb ingat sue ni pengantin baru.. padahal ketika tu sue cuma pakai baju kurung moden jenis songkwt bernila RM250 shj... pastu berbedak, celak dan liptiks yg simple..
pernah juga sue pergi ke rumah pengantin yg tidak ada pelamin... tetamu tengok pun kesian... pengantin terpaksa duduk dibangku org awam dibawah pokok... sbb nk bergambar... sempoi2 jugak... tp jgn sampai tetamu mengumpat...
yang jd hukum haram adalah bersanding dan menepung tawar
(Sumber: Utusan Malaysia ( 25 Julai 2006 ) dengan sedikit pindaan)
"Seperti yang saya nyatakan, masyarakat kita sebenarnya tidak jelas apakah adat yang mereka buat dan tujuannya. Dalam adat menepung tawar, kita perlu lihat pada tujuannya terlebih dahulu. Kalau berhasrat untuk menolak bala, maka Islam tidak membenarkan. Sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk meraikan pengantin, ini tidak bertentangan dengan syarak," tambahnya.
satu lagi... nk duduk di bangku pengantin (pelamin) boleh... tp jgn sampai bebankan tetamu!!!
beban yg mcmana????
"SALAM KAUT" =====>>> istilah kelantan "MENGENAL"
tetamu bersalam dgn pengantin terpaksa bg duit kpd pengantin.... haaaaaa... yg tu kena pikir2lah yea...
Pesanan kiyai Hj Albar Salim kpd Sue utk dikongsi bersama :
"Alim biar dihati... jgn alim pd pakaian.."
contohnya : seorang yg berserban atau berjubah longggar... hatinya lalai dan terasa diri sempurna...
seorang lagi... berT-shirt dan berseluar panjang... tetapi hatinya sentiasa berzikir setiap saat dan waktu....
yg mana lebih mulia di sisi Allah????
"Hanya Allah Yang Tahu"
TAMAT
Sekian celoteh dan sedikit info dr SUEperb MaMa!!!
Wassalam...
New batch will b soft
awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned
peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di Facebook Page ROSSEcouture
Sekiranya sesuatu adat ini tidak mengandungi perkara-perkara yang meragukan dari segi niat , iqtikad ,peralatan yang digunakan dan bacaan-bacaan yang dibaca , maka adat itu adalah harus diamalkan . Tetapi sekiranya mengandungi perkara yang meragukan dan syubhat , maka adat itu wajib ditinggalkan.
Bagi pendapat saya , adalah lebih baik mengadakan kenduri pada bulan yang ke 7 itu dengan beramai-ramai berdoa dan bermunajatkan kepada Allah swt agar perempuan yang akan bersalin itu mendapat kemudahan , senang dan selamat bersalin . Begitu jugalah keadaannya kepada si bayi itu nanti.
Namun begitu , saya yakin bahawa saudari boleh memberitahu pihak keluarga atau mertua dengan penuh berhikmah dan bijaksana mengenai adat yang diamalkan ini . Semoga pihak yang berkaitan tidak salahfaham mengenai permasalahan adat budaya kita dari segi agama Islam . Wallahu a'lam.