Pages

Friday, 27 October 2023

SU711E berwajah baru...


Alhamdulillah... Allah bagi merasa naik kereta yg selesa sementara menunggu mati...


Si hitam ni tengah cari tuan baru .. sebab sue tak suka ada lebihan kereta.... 
Ishhh... dia Salah susun no plate pulak... kecewa betul tu... dah satu keje nak kena pegi kedai tukar balik tu...
Walaupun kereta ni nak jual... no plate tetap pilih yg cun punya... SD bermaksud SoftDeal Sdn Bhd.. nama syarikat IT asben...

Masa mengandung 8 bulan si kembar hari tu... asben ajak sue survey Mercedes.. tp sue ni bukan jenis minat kat kereta sangat.. jadi tak berapa support lah asben masa pilih kereta hari tu... hahahaha πŸ˜‚.. sue jenis lebih pentingkan muatan. Saiz kereta..😁.. lagi pun apa yg ada skrg ni.. pada sue Alhamdulillah dah cukup...

Tengah sibuk nak siapkan rumah baru... bertindih pulak nak bersalin Kembar Aiyaz&Aiyiz.. sue tak exited lah pasal kereta...


Lepas bersalin... twins Aiyaz Aiyiz dah 5 bulan... asben survey dgn kawan dia lah kot... balik rumah..


"Abg dah bayar booking Mercedes..."


Mata sue jadi cenggini😳😲😳😲😳😲

Asben tahu..  kalau bawak sue survey kereta.. mesti tak jadi beli lagi πŸ˜…tapi.. kalau dah beli... hehehe.. sue lah org yg exited nak bergambar utk buat kenang kenangan... nak drive tu... 😬😬😬Mcm payah jea.. gear kat stereng weiii..



Asben cakap "kereta ni.. abg hadiah kan utk ayang sebagai tandas terima kasih lahirkan 6 org anak..."


Huhuhu.. "hasbunallahawanikmalwakil.. tawakkal lah bang berapa tempoh kereta ni dgn kita.. kita kan jenis suka jual beli barang kan.. "😝 (abg sambung lah)


Formula sue senang jea... kereta wajib ada 2.. tak boleh lebih.. membazir nanti... Honda CR-V dlm prosess utk dilepaskan... sape yg berkenan tu... Roger lah asben sue yea...😊


Masa mula2 kahwin.. asal jea naik kereta.. asben akan tunjuk 

"Ayang.. cantik tak kereta ni?"

"Mana... " sambil sue pandang ke depan..

"Belum lagi.. kejap lagi kereta tu lalu..."

Pastu kereta mewah pun melintas... 

"Laaa... kereta kat belakang lagi... "(sue ni jenis lurus bendul... asal jea tengok.. nak kena pandang ke depan..)


Kereta mewah melintas... sue pun cakap..

"Biasa jea bang... macam saga jea... pintu bukak mcm saga... Bonet bukak mcm saga.. tukar lambang jea tu.."


Asben gelak sambil cakap

"ayang ni memang betul2 buta jenama.."


Masa tu Sue memang buta jenama... kalau org tayang kereta

mewah... memang sue tak tergugat pun😁... sue cuma pandai bezakan

kereta kancil.. kelisa... myvi.. savy... proton saga πŸ˜….. jadi.. apa2 kereta yg bentuk nya sama mcm saga.. sue akan akan cakap proton sagaπŸ˜…..



Skrg ni... Aichan pulak ikut perangai ayahnya... naik jea kereta.. Aichan akan tunjuk lah kereta sport yg dia suka mcm Ferrari.. Tesla.. yg lalu lalang kat jalan raya tu... 😫😫








Monday, 23 October 2023

Kuih lapis gediks

 Kuih lapis lembut gediks

  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 11/4 gula
  • 4 cwn santan segar
  • Sedikit sirap ros (kalau nak terang letak pewarna merah sikit)
  • Sedikit garam

Cara buat Kuih Lapis

  1. Guna santan suam.. pastu Letak semua bahan ni di dalam bekas yang besar, kacau sebati dan tapis.
  2. Bahagi kepada dua bahagian merah dan putih
  3. Guna api kuat
  4. Loyang saiz 8 “sapu minyak (kukus dahulu)
  5. Tuang dulu lapisan putih (4 minit) diikuti lapisan merah (4 minit) ulang smpai habis
  6. Bahagian yang last sekali kukus 15 minit balut penutup dgn kain..
  7. Selepas itu buka tudung kukusan, buka api besar untuk keringkan air atas lapisan kuih lapis tadi selama 8 minit dan siap.
  8. Tunggu betu-betul  sejuk baru boleh potong kuih.
  9. Guna pisau plastik dan sapu sedikit minyak pada pisau, baru kita potong kuih nampak cantik.

Tuesday, 29 August 2023

Aiyaz & Aiyiz berjumpa dengan sepupu kembarnya..


Rezeki yang tidak disangka2... Anugerah Allah yang sangat sue teruja ialah sue dan adik kandung sue dapat kembar pada tahun yang sama... Allahu Akhbar... Indahnya pemberianmu Ya Allah.. 

Semoga rezeki yang terindah ini membawa keberkatan di Dunia hingga Akhirat... Amin3.

Aiyaz & Aiyiz lahir bulan May 2023
Rais & Raisa lahir bulan Feb 2023

Ramai yg bertanya sue.. 

Mcmana adik beradik boleh dpt kembar serentak? Ada keturunan kembar ke?

Confirm sue akan tergamam nak jawab.. tak tahu nak jawab ape.. kitorang memang tak ada keturunan kembar.. pihak suami dan adik ipar sue pun tak ada keturunan kembar..

Sue hanya jawab... "itulah rezeki drp Allah yg tidak disangka2... "

Badi kilik handbag  kiri & kanan πŸ˜† 
MCDA twin Aiyaz & Aiyiz 
 DCDA twin Rais & Raisa

Bila kitorang adik beradik bersembang dgn pengalaman berdepan dgn soalan org sekeliling.. adik su bagitahu "aku suka tengok video kembar anak Sheikh Muzaffar.. "

Sue pun terkejut.. "haa... Aku pun suka tengok video anak kembar Sheikh Muzaffar jugak..."

Pengalaman yang sama 😁

Sue memang teruja dgn rezeki yg keluarga sheikh Muzaffar dapat.. keluarga bahagia.. kaya.. anak ramai yg bijak... Sue suka tengok kebahagian keluarga nya..

Alhamdulillah... Allah bagi juga pada sue merasa ada anak kembar seiras dua2 lelaki... 

Anak cucu keliling Tok Mak nya...
Hari pertama jumpa... Bangun pagi terus ambik gambar.. masa ni tak sempat nak pakai baju sama sebab baru bangun tido..


Twin minum susu ibu + susu formula

Antibody twin tak sekuat baby yg fully BF.. usia 3 bulan dah kena ambik antibiotics... 

Semoga twin Aiyaz&Aiyiz dan kembar sepupu nya sihat walafiat... Amin3.. 
Usia 3 bulan lebih baru jumpa Tok Mak nya... #the_sufi_family tak ada kekuatan utk musafir jauh ke kelantan.. hari tu dah Cuba test ke Alamanda.. Aiyaz demam.. huhuhu... rehat sekejap ... Tak berani keluar rumah buat sementara waktu ni..







Wednesday, 26 July 2023

MSS Selangor 2023 Ping Pong Sekolah Rendah

 

MSSS 2023 Ping Pong BKC

Tahun ni kakak dapat tempat ketiga lagi di BKC... Memang akan berhenti kat situ jea lah... Sebab semi final bertemu dengan tempat pertama BKC tahun lepas...

Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie
Tempat ketiga bersama.. 

Dekna pulak bertemu dengan tempat kedua BKC tahun lepas di Suku Akhir.. pun berhenti di situ jugak... Dekna akan berada di Top 8...

Sue akui tak mungkin dekna menang utk berada ditempat pertama dan kedua sebab corak latihan yg diterima jauh berbeza.

Pihak lawannya berlatih secara consistent under academy.. kakak dan Dekna berlatih bila free.. selebihnya fokus kpd akedemik dan tolong mama ayahnya dalam Hal2 kekeluargaan... Jaga adik kembar bila  mama ayah nak Masak.. mengemas rumah... Mengurus keperluan sekolah harian sendiri..

Laluan pertandingan dekna tak berapa cantik... Bertemu yg pemain hebat di quarter Final... Dari sudut latihan.. dekna dpt latihan yg lebih drp kakaknya... Kakak stop latihan agak lama utk fokus UPKK tahun lepas... Stop lagi latihan dibulan puasa... utk mendidik diorang "Menghormati bulan Ramadan dengan lebihkan ibadah drp Aktiviti duniawi.."

Itu lah Takdir Allah... Wlpn kakak kurang latihan.. tp Allah bagi laluannya cantik... Bertemu dgn pemain Malaysia di Semi Final. Dan dpt tempat ketiga..

Dekna tak ada exam tahun lepas.. jadi dia byk join latihan.. tp bila bertanding laluannya tak cantik... Dapat Top 8.

Pada sue.. latihan biarlah berpada2... Kalau latihan berlebihan.. pastu bertemu awal dgn pemain Malaysia. kita akan kecewa sebab buang masa... buang duit... Buang tenaga.. kanak2 hilang nikmat zaman kanak2 nya..

Dekna pernah alami pengalaman kalah dlm group pertandingan terbuka sebelum ni.. kalahnya memang agak kecewa lah..

Contohnya..

Dekna berada dalam group A ada 4 orang.. dlm group A ada pemain negeri dan pemain Malaysia... Dekna tak lepas group.. 

Dalam group B pulak.. tak ada pemain negeri.. tak ada pemain Malaysia... rezeki si pulan yg baru bertatih dlm suka ping pong lepas group..  dekna yg dah berlatih dah lama ni.. asyik kena marah separuh mati.. tak lepas group weiii.. . Hahahaha... Itu lah reality game.. nama dah game kannn... Memang ada masa kena game lah.. πŸ˜…

Bila sue dah tahu selok belok pertandingan ni... Sue start bataskan masa.. ada masa utk belajar.. ada masa utk sukan.. ada masa utk keluarga... Alhamdulillah ..  kami  menikmati kehidupan harian yg indah dgn syukur tanpa tekanan.

Ada yg bertanya.. kenapa tak masukkan sufi2 ke academy?

Kami tak nak terikat masa dgn academy.. waktu training academy Chinese.. pukul 6.30-8.30.. wajib dtg training 3 Kali seminggu.. masa training ni sangat tak sesuai utk keluarga sue.. waktu maghrib adalah waktu kemuncak sibuk... Waktu peralihan cerah ke gelap.. waktu peralihan tenaga penat bekerja kpd waktu rehat.. tak sanggup lah nak bekejar masa hadap jam semata2 utk training ping pong sehingga tak sempat solat berjemaah.. tak sempat mengaji sama2. .. Cuba bayang.. kalau kami hantar jugak di academy dgn training keras.. bila bertanding... Sampai kat kalah mati bertemu dgn pemain Malaysia?.. ko rasa???? Berbaloi tak dgn pengorbanan makan jem dijalanraya.. tak sempat solat berjemaah.. tak sempat mengaji bersama2.. berbaloi tak? Tak berbaloi kannnn...

Pada sue.. buat sesuatu biarlah berpada2.. sama jugak dlm blog sue sebelum ni.. kumpul sijil pjask pun biarlah berpada2... Jgn tamak sehingga lupa Allah yg lebih berkuasa drp sijil2 yg kita kumpul tu..

Kisah kami di MSSD sepang

http://sueperbmama.blogspot.com/2023/07/mssd-sepang-2023-sufi-hadaina-dan-sufi.html?m=1

Gelagat Dekna ketika pertandingan... 







Sue tak turun padang.. jadi gambar dan video sgt limited... Biasalah.. orang lelaki mana suka ambik gambar .. 

Asben sue punya konsep..... video hanya di ambil utk game yang cantik shj... Kalah tak pe asalkan permainan cantik.. apply apa yg belajar selama ni... Baru asben rakam.

Yang mana kakak belasah budak kat MSSD sampai kosong tu... Asben tak rekod lah.

Ini jea rakaman yg ada.. 


Tata.. titi.. tutu.. 

Monday, 24 July 2023

Majlis Akikah Aiyaz & Aiyiz

Majlis akikah.. 

Hikmah Pensyariatan Aqiqah

1)Aqiqah adalah satu bentuk pendekatan diri kepada Allah kerana ianya merupakan suatu ibadah selain menzahirkan rasa syukur dan gembira atas nikmat cahaya mata yang dikurniakan.

2)Oleh kerana aqiqah itu dilaksanakan dengan menyembelih binatang tertentu dan diagihkan dagingnya kepada orang ramai, ia dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat dan ahli keluarga.

3)Aqiqah juga dapat menjaga dan melindungi anak dari gangguan syaitan dan keburukan sahsiah dan moral sejak kecil dalam urusan dunia dan akhirat.

Alhamdulillah selesai majlis aqiqah Aiyaz dan Aiyiz. Terima kasih buat kak long sekeluarga, dan sahabat2 yang sudi hadir majlis kami. Semoga ukhuwah yang terjalin diberkati Allah.

Buaian Aiyaz & Aiyiz buat kat luar jea... Berlatar belakangkan Taman mini rumah kami... guna Buaian hammock yg simple jea la... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….. cantik jugak kan... Natural alam sekitar.. sesuai lah sempena kehadiran si kembar ni ketika kami hijrah ke kampung Giching ni...

Survey sana sini pelamin akikah... Mak ai,. boleh harganya macam membazir lah pulak... Buat ala Kadar jea lah... Tak payah nak over2 sgt lah...  Simple tapi menarik... Haaa... Seronok kann.. 









 


Thursday, 13 July 2023

MSSD Sepang 2023 Sufi Hadaina dan Sufi Dhiahanna

 


Ping Pong MSSD Sepang 2023
Johan - Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie 

Tempat ketiga bersama Nur Sufi Dhiahanna binti Mohd Safie Dan Antasya


Empat sekawan yang akan ke MSS Selangor.


Ping pong adalah sukan riadah #the_sufi_family ... 

Tahun ni kakak dapat Johan dan Dekna tempat ketiga. Tahniah buat kakak dan Dekna... Dan Syabas juga buat kakak dan Dekna kerana bersabar dgn didikan yg keras drp mama dan ayah... 

Tahun ni.. sue tak dpt tengok diorang lawan secara live sebab jaga si kembar kat rumah... Mintak ayahnya ambik video.. hmmm... Video terpilih jea lah yg dia ambik...

Pencapaian yang memuaskan bagi kami utk level kakak dan Dekna... Sesuai lah dgn latihan yg tak seberapa ... Alhamdulillah.. 3 tahun berturut2 kakak dpt Johan diperingkat daerah Sepang.. 

Impian diorang nak bertemu di final tak tercapai... Sebab berada dlm group aliran yg sama...

Susunan nama diperingkat sekolah.. nama dekna berada ditempat ketiga menyebabkan diorang bertemu di semi final..  (jika kedudukan dekna di sekolah berada ditempat kedua.. diorang akan bertemu di final)

Tak pe lah.. itu lah Takdir... Kita merancang.. Allah menentukan... terima lah Takdir Allah dgn berlapang dada...

"Mama.. tahun ni kakak dpt sijil ping pong jea... Kakak terpilih utk Daie Cilik.. tapi ustaz suruh tarik diri utk bagi laluan kat pelajar lain.. ustaz kirim Salam kat mama.."

"Waalaikumussalam.. Tak pe... Biarlah sijil sedikit asalkan berkualiti... Jika Allah nak angkat kita dgn satu sijil jea... Allah boleh hantar kita ke mana2 yg terbaik utk kita... Kalau kita byk sijil kokurikulum pun..  jika Allah tak angkat kita.. Allah tak pilih kita..  kita tak akan ke mana2 pun.. yakin dgn rezeki Allah bukan pada sijil dunia.. lagi satu... kalau sijil kokurikulum setinggi meja.. tp akademik lemah...tak guna jugak sijil Koko tu.. dalam kehidupan ni.. kita belajar berpada2... Jangan tamak... yg kita kena kejar nya BERKAT.. Contoh.. sepinggang nasi cukup kenyang tak utk kita sorang? Cukup kan?... Kalau kita makan lebih dr sepinggan? Apa jadi?.. terlebih kenyang boleh jadi penyakit gerd... Kencing Manis... Darah Tinggi... "

"Tapi mama... Kalau kakak byk sijil kan senang nak masuk asrama penuh.. "

"Sijil bukan penentu Takdir rezeki kita ditahun hadapan... (ia sekadar membantu shj)..  Allah yang menentukan Takdir rezeki kita ditahun hadapan.. kita berusaha shj.. jgn melawan arus.. jgn persoalkan tentang Takdir Allah.. nak2 perkara yg lepas"

Entah lah... Sue explain pasal Takdir kat budak sekolah rendah.. hmmm.. tak tahu lah sejauh dia mana faham.. buat kering tekak jea.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kakak dan dekna lebih seronok dalam latihan ping pong skrg ni... Latihan yang ayahnya sediakan ikut masa free jea... Tak ada nak push lebih2... Sebab kita sedar diri... Tekan lebih2 pun bukan boleh jd wakil Malaysia pun... 😁😁😁.. ini sukan orang cina.. kemahiran yang terhebat tetap ada pada orang cina... Utk anak2 sue.. Tekan lah mcmana pun... Hmmm... Tak ke mana pun.. biar lah diorang bersukan utk riadah.. "jauhkan diri dari gadjet"... berkonsepkan "satu budak satu sukan utk menjadi seorang yg aktif"..  

Sebelum kakak dekna bertanding disemi final... kakak cakap kat dekna

"Sebelum kita bertanding... Kakak nak minta maaf dgn Dekna sebab kita kena lawan sungguh2 lepas ni... "

Alhamdulillah... Inilah adab yg mama terapkan selama ni... Menang bukan utk buatkan kita sombong.. pandai sesuatu bukan utk kita bangga diri... Malu lah pada Allah sebelum kita nak jd orang yg sombong.. Allah boleh bolak balik sekelip mata Jea...

Tapi perangai anak kedua kan.. dah kalah dgn kakak.. tetap marajuk dgn kakak.. kakak peluk dekna lepas game pun marah jugak..

Tapi marah sekejap jea lah.. 

Balik2 rumah.. kakak pun explain kat sue... 

"Mama.. kakak bertemu dgn dekna di semi final... Sebab cikgu susun dekna diperingkat sekolah kedudukan ketiga... Kalau dekna dikedudukan kedua... Kitorang bertemu difinal... Dekna mesti dpt no 2... "

"Tak pe lah kakak.. dah Takdir bertemu di semi final... Jangan mengeluh... Apa yg Allah sudah aturkan.. itu lah yg terbaik utk kita..."☺️

Sue memilih kehidupan yang tenang.. tak nak stress2 tentang Aktiviti sekolah anak2..

dapat wakil sekolah.. support..

Tak dapat wakil sekolah dalam apa2 acara... Tak de masalah... Teruskan menjadi seorang pelajar yg baik dan disiplin.. 







Tuesday, 20 June 2023

Aiyaz& Aiyiz - Berkhatan ketika umur 30hari

 






Pagi ambik gambar yang Tenang2 dulu... Petang nanti.. bersedialah dgn tangisan huru hara nya.. 😬




Alhamdulillah.. selesai sudah Aiyaz dan Aiyiz bersunat... Part yang sue dan asben paling seghiau nak buat... Tak nak buat.. wajib dalam Islam... Nak buat masa kecik sangat seghiau dan kasihan.. nak tunggu buat masa besar... Serabut tengok belalai tu.. adehhh... πŸ˜…πŸ˜‡πŸ¦

Aichan pun sibuk bertanya "mama... Nape bird 🐦 baby twin tak sama mcm aichan.. " ( sambil Aichan tunjuk bird dia)πŸ˜‡πŸ˜… 

Aaasudahhhh...

Aiyaz dan Aiyiz Pro long Jaundice sampai 28 hari baru settle dengan Klinik kesihatan... Hari ke 29 terus sunat... Tunggu settle kuning baru sunat. Sebab nya baby kuning kena ulang alik klinik pastu kena cucuk ambik darah... Tak nak sakit nya bertindih.. selesaikan satu... 

Aichan asyik Tanya jea... Nape 🐦 dia berbeza dgn Bird twin... "Jom lah kita pegi sunat... 😁"

Bersunat Petang jumaat... Aiyaz melalak masa cucuk bius... Masa sunat.. siap sunat... Ubat bius tak habis lagi... Dia dah buat huru hara kat kpmcπŸ˜….. aaa pening... Tp sue dah bersedia part ni... Pengalaman Aichan dulu... Jadi tak de lah kalut sangat.. kitorang tadah jea lah telinga twin menangis berjemaah... (Sambil pujuk)..

Bila sunat kan baby umur sebulan.. sue dan asben kena buat persediaan mental utk dengar twin melalak sekuat hati masa cucuk bius dan menangis habis ubat bius... Part yg paling kena kuatkan mental ialah Menangis malam pertama lepas sunat... Part ni yg paling ngeri lah... setiap Kali twin menangis.. kitorang saling berpandangan sambil senyum kelat dan masing2 pujuk baby sorang satuπŸ€£πŸ˜…πŸ˜….. cuak jugak lah nak handle 2 baby menangis sekuat hati nih.. 

Alhamdulillah.. dah sembuh khatan.. baru lah dapat pilih tarikh akikah... yabedabddu.. 

Selesaikan tanggungjawab dan Amanah satu persatu.. barulah hati rasa tenang...


Tak boleh pakai kan seluar takut Luka terperap... Pakai pempers dan berkembang jea lah..πŸ˜…






Tata . Titi . Tutu .