Pages

Monday 24 July 2023

Majlis Akikah Aiyaz & Aiyiz

Majlis akikah.. 

Hikmah Pensyariatan Aqiqah

1)Aqiqah adalah satu bentuk pendekatan diri kepada Allah kerana ianya merupakan suatu ibadah selain menzahirkan rasa syukur dan gembira atas nikmat cahaya mata yang dikurniakan.

2)Oleh kerana aqiqah itu dilaksanakan dengan menyembelih binatang tertentu dan diagihkan dagingnya kepada orang ramai, ia dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat dan ahli keluarga.

3)Aqiqah juga dapat menjaga dan melindungi anak dari gangguan syaitan dan keburukan sahsiah dan moral sejak kecil dalam urusan dunia dan akhirat.

Alhamdulillah selesai majlis aqiqah Aiyaz dan Aiyiz. Terima kasih buat kak long sekeluarga, dan sahabat2 yang sudi hadir majlis kami. Semoga ukhuwah yang terjalin diberkati Allah.

Buaian Aiyaz & Aiyiz buat kat luar jea... Berlatar belakangkan Taman mini rumah kami... guna Buaian hammock yg simple jea la... 😅😅😅.. cantik jugak kan... Natural alam sekitar.. sesuai lah sempena kehadiran si kembar ni ketika kami hijrah ke kampung Giching ni...

Survey sana sini pelamin akikah... Mak ai,. boleh harganya macam membazir lah pulak... Buat ala Kadar jea lah... Tak payah nak over2 sgt lah...  Simple tapi menarik... Haaa... Seronok kann.. 









 


No comments:

Post a Comment