Pages

Monday, 26 September 2016

Surat Wasiat di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang


Jom kita berfikir diluar kotak sejenak....



Ramai org ingat... asal jea ke pejabat agama... mesti masalah rumahtangga...
sebenarnya byk lg kemudahan yg disediakan oleh pejabat agama tentang hal2 berkaitan hak2 org islam...

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar; Rasullullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.”
PETIKAN DARI SAHIH AL-BUKHARI (VOL IV P.1)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”
-Riwayat Ibnu Majah-

APA ITU WASIAT? Surat Perlantikan wasi untuk memudahkan proses tuntutan dan pentadbiran harta pusaka.  Hanya berkuatkuasa selepas kematian. penerima wasiat akan membayar hutang dan seterusnya mengagihkan baki harta kepada waris-waris si pewasiat.

Alhamdulillah... Allah gerakan tangan dan kaki sue utk membuat WASIAT... kerana mati tidak mengenal usia...

Puan nak buat wasiat?
Iye...
Siapa penerima wasiat?
2 anak perempuan saya shj utk buat masa ni... InsyaAllah penerima wasiat akan dtg menjadi 3 org...
Puan tak nak buat wasiat utk suami?
Suami saya sebagai pemegang amanah shj... sekiranya suami sy layak utk dpt 1/4... boleh lah sebab dikira sebagai harta sepencarian....

nampak muka org pejabat agama kepelikan sikit...hahaha

CONTOH ASET RUMAH
sue wasiatkan hanya utk anak2 shj... dan suami hanya pemegang amanah?

sekiranya sue meninggal dunia... lepas umur anak sue 18thn aset akan jatuh ke tangan anak2 perempuan bukan suami.. bukan ibu dan ayah sue... dan bukan adik beradik sue...

contohnya rumah teres skrg... Rumah dikira harta sepencarian... krn sue beli rumah atas nama sue... asben yg bayar bulanan... :)

selepas sue meninggal dunia... sekiranya suami berkahwin lain... emak tiri anak2 sue jgn perasan nak mengaku rumah yg sue tinggalkan itu haknya... emak tiri dikira sebagai penumpang bagai melukut ditepi gantang shj... hak milik rumah tu sebenarnya bukan hak milik suami tetapi hak milik anak2 sue... jika sue wariskan kan pada suami.... emak tiri kpd anak2 berhak utk tuntut mengikut faraidh... yg paling kesian adalah anak2 perempuan sue... dah lah hidup beribu tiri... rumah dirampas kuasa hak milik pulak... bila ditenung wajah anak2 ketika tidurnya... lebih baik sue mewasiatkan sebelum ajal menjemput sue...

bila wasiat sudah ditulis... hmmmm... si ibu tiri yg meterialistik akan berdepan dgn nasib spt dlm lagu nih... hik3









Contoh adik beradik pulak...
cuba bayang... sue meninggal dunia skrg ni.. secara automatik rumah skrg akan jd "cash". tiba2 adik2 beradik sue yg lelaki dan perempuan dtg menuntut hak pusaka... tang ting tung... tang ting tung.... ada yg mengatakan rumah sue skrg ni ada hak mereka... saudara sue masuk duduk sekali dgn anak2 sue membawa anak lelakinya... anak2 perempuan sue terpaksa hidup sebumbung dgn sepupu lelaki... terpaksa pakai tudung dan menutup aurat 24 jam... di mana ada keselesaan??? belum kira bab berselisih faham dlm rumah tu lg... jika kita mewasiat... adik beradik sue tak berhak utk menuntutnya... apatah lagi anak lelakinya....

Kedua2 contoh di atas adalah contoh semata2.. jgn korang imagine betul2 pulakkkk...

Kebajikan anak2 mesti dijaga selepas kita mati...


Perbezaan prosedur dan jangka masa yang ditunjukkan di atas, kita dapat lihat kelebihan yang diperolehi dengan membuat wasiat, di antaranya:

i) Dapat mengelakkan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan pertikaian keluarga dalam mencari pentadbir harta dan mencapai persetujuan bersama dalam pembahagian harta;

ii) Menjimatkan masa - semakin lama masa yang diambil, semakin tinggi risiko waris yang ada meninggal dunia, semakin rumit masalah yang bakal dihadapi.


ini yg paling bagus jika kita meninggalkan wasiat... ialah ada org akan membayar hutang kita jika kita mati mengejut.... zaman sekarang.. kita tak boleh lari drp berhutang... hutang kereta... hutang rumah... dlm lain2...

sue pernah jumpa org yg tak mahu berhutang....

Kes pertama : hidup di rumah sewa... setiap 3 thn rumah sewa naik sewa bulanan... hidupnya menjadi tertekan...belum kira bab kena halau dgn tuan rumah lg... dah terpaksa hidup berpindah randah... sedangkan sue beli rumah dgn bank... harga sewa beli dgn bank tetap RM650 seumur hidup...
jika Allah memberi kesempatan kewangan utk kita beli rumah flat... terus beli rumah flat... jgn pulak... kemampuan hanya utk beli rumah flat tp nak beli rumah Semi D... itu yg sampai ke tua tak boleh beli rumah....

Tak nak berhutang kereta... haram... pastu ulang alik kampung naik bas, kereta api, kapal terbang atau tumpang kereta saudara mara... maaf sue nak bertanya... syarikat bas beli bas itu cash ke? kereta adik beradik tu cash ke? kapal terbang itu cash ke? kereta api itu cash ke? semua berhutangkan???? maknanya org yg menumpang itu sudah membebankan ke atas org yg sudah terbeban.... dia cuma ingin selamatkan dirinya dr hutang... biar org lain berhutang... pastu dia guna kemudahan???? nak jadi mcm tu?

andai kata beli kereta cash la... paling mampu pun beli kereta yg bernilai RM20k cash... kereta yg berusia 9thn... persoalan sue... mampukah kereta itu utk bermusafir sehingga 9jam perjalanan ke pantai timur? belum kira jem musim perayaan boleh cecah sampai 20jam...

itulah pentingnya wasiat.... bila kita mati mengejut... ada pihak yg selesaikan hutang piutang kita... keje kita skrg ni... sediakan wang simpanan utk langsaikan hutang yg jenis sewa beli dgn bank...

Bersyukurlah pada org yg Allah Takdirkan dgn penyakit yg matinya mengambil masa yg lama.. iaitu penyakit kanser... strok... dll... golongan ini mempunyai masa utk selesaikan hutang piutangnya sebelum kematian... sedangkan kita yg sihat ni asyik berjalan ke hulu ke hilir.. makan dan minum dgn megahnya... lupa yg ada lg satu cara kematian yg sgt ditakuti... iaitu MATI MENGEJUT!!

Waktu Wasiat Sah Menjadi Milik Penerimanya
Wasiat itu tidak menjadi hak dari si penerima kecuali setelah pemberinya mati dan hutang-hutangnya dibereskan. Apabila hutang-hutangnya menghabisi semua peninggalan, maka orang yang diberi wasiat itu tidak mendapatkan sesuatu. Yang demikian itu karena firman Allah:                
مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٍ۬ يُوصِى بِہَآ أَوۡ دَيۡنٍ‌ۗ
[Pembagian-pembagian tersebut di atas] sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau [dan] sesudah dibayar hutangnya....(Q.S. An-Nisa: 11).



PEMBAYARAN HUTANG:
Nabi SAW bersabda :- 
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين 
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud : 

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”. 

utk mengelak Roh kita tergantung... maka pemengang amanah mestilah org yg jujur...
jika kita tidak melantik pemegang amanah... atau penerima wasiat...
takut2... mereka lupa senarai hutang kita.... hutang rumah... hutang kereta... hutang bil tel... hutang tnb...
bila kita senaraikan harta... pewaris tahu di mana utk tuntut dan selesaikan hutang...


inilah kami... musim org cuti... kami masih lg bekerja...
anak2 sue... kecik2 dah di ajar bekerja...
memang kesian.... sambil2 balik kampung... kami akan penat sama2...
wlpn si kakak umur 5thn... si adik umur 3thn...
diorang tetap akan merasa penat lelah teman sue bekerja....
kadang2 kena angkat brg sekali... hahaha
bg kotak kosong jea... 

lepas sue habis kerja... diorang akan di upah....
beli mainan apa yg diorang suka..
kali ni diorang paw Lego rm50 sorang...
pawww duit ayahnya... tp buat keje mama punya... muahahaha..
kalu mintak upah dgn sue... jom masuk kedai RM2... hik3

makan sama2 selepas penat bekerja 
org lain seronok menikmati cuti... kami masih bekerja...
sudah menjadi lumrah dan prisip sue...
sue takkan bebankan ibu bapa sue atau mertua utk jaga anak2 sue diwaktu sue bekerja...

jadi... sudah semestinya... pewaris generasi kedua adalah Bidadari kecil kami...


Firman Allah S.W.T.:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 180)

Jika Aset Tidak Alih... contoh sue ada "Pawah Lembu"
Semua ternakan lembu itu.. sue wasiatkan khas utk org tua sue.... kenapa? sebab idea utk ternak lembu bermula di zaman sue bujang lg... tiada sangkut pauk dgn suami sue... hehehe..

***************
"Emak tak putus2 doa spy kak cik dpt anak lelaki.."
"tak pe mak... kalu dpt 3 anak perempuan... Allah jaminkan syurga..."
Image result for 3 anak perempuan surga
"kenapa emak nak sangat kak cik ada anak lelaki? sedangkan emak dah ada 3 cucu lelaki?"
"emak kesian... hasil usaha dan jimat cermat kak cik dan abg cik selama ni... akan jatuh ke tangan adik beradik yg lain jika tak ada anak lelaki... kita org islam kena ikut hukum faraidh.. bagi emak... org yg rajin patut merasai hasil kerajinannya... org yg malas patut merasai kemalasannya..."
"Ooo.... emak jgn risau... islamkan suruh kita buat wasiat... kak cik sudah wasiatkan semua kpd Daina dan Hanna... lepas bayi perempuan dlm perut ni keluar... wasiat tu akan ditambah lg... kak cik dah buat kat Pejabat Agama Islam Daerah Sepang... bila wasiat dah ditulis... pembahagian mengikut Faraidh dah terbatal... adik beradik dah tak boleh tuntut lg... :) kesemua anak perempuan kak cik tak perlu bersedih dan bersusah payah utk memperjuangkan hak mereka selepas ni..."
"oooo... kalu buat wasiat tak perlu ikut faraidh ke?"
"Faraidh akan dilaksanakan sekiranya org yg mempunyai harta tidak sempat mewasiat sebelum meninggal dunia.."
"Laaaaa... Emak ingat... kalu tak ade anak lelaki... harta mesti jatuh ke adik beradik lelaki belah perempuan... kalu mcm tu... beranak lah ramai2... tak kisah lah lelaki ke... perempuan ke.... emak pun nak buat wasiat jugak lah... emak nak buat sama rata jea... tak kiralah anak lelaki ke... anak perempuan ke... bila kak cik nak balik? kita pegi pejabat agama sama2.." hahahaha


ini contoh borang wasiat di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang...
nak submit borang ni RM318 shj...
setiap penambahan dokumen aset dan dokumen pewaris tidak dikenakan bayaran...

kalu korang buat wasiat dgn swasta boleh cecah ribuan ringgit mengikut nilai aset yg korang ada....
part yg paling tak best.... consultant private ni akan kira nilai aset kita... haaaaa... itu yg tak best tu....
kalau buat kat PAID-sepang... kita cuma serahkan dokumen yg nak diwasiatkan shj....


ini satu lagi contoh pengajaran yg boleh di ambil iktibar...

Kenali hati budi ahli keluarga anda... 

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn  diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

Copy/paste

sekian sudah perkosian tentang wasiat...
yg baik itu wajib diikuti... yg buruk itu wajib diabaikan....
tata.. titi... tutu...







Monday, 5 September 2016

Hiasan Balkoni Minimalis


Kali ni sue nak kongsi 2 gaya balkoni yg sgt simple utk dijadikan tempat istirehat yg selasa...

1)Balkoni Tertutup
2)Balkoni Terbuka

Kalau kena dgn gaya decoration... balkoni akan menjadi ruang yg paling seronok dalam rumah... dgn pemandangan saujana mata memandang, keindahan malam memandang bulan dan bintang... pokok2 hijau dituip angin sepoi2...hiasan lampu2 bangunan tersergam indah... hehehe.. tp balkoni rumah sue ni hanya ada lampu jalan jea... muahahaha

haaaa... ini sue punya "Balkoni Terbuka" tempat utk menghirup secawan kopi sambil berbuai dgn hati yg tenang...

waktu yg sgt tenang sue nak berbuai...
pukul 6 am selepas solat subuh... 
sambil berbuai sambil dengar ceramah pak iman selepas subuh...
lebih kurang pukul 6.30 hingga pukul 7pagi pula...
sue dapat lihat kebeseran Allah menukarkan malam menjadi siang...
langit yg gelap menjadi cerah...

ALI IMRAN:27
"Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)“."

 ALI IMRAN:190
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,"

 AR RAD:2
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ´Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu."


Iyeaaaa... iyeaaaa.... sue faham... muhasabah diri tak semestinya di balkoni.... di mana2 pun boleh....
cuma... kalu sue terpacak kat depan pagar rumah utk melihat pertukaran malam ke siang...
kang jiran tetangga tengok pelik pulak... kang diorang ingat sue dok sembah pagar pulakkkk... muahaha..
kalu bakoni atau jendela ni... memang tempat org termenung... org takkan pelik punya... hahahaha

Termenung org beriman - menghitung kebesaran Allah...
termenung org jahil tukil - menghitung wang berjuta2....

sama2lah kita melatih diri utk menjadi "Termenung org beriman"

memandang kan ini ruangan balkoni yg terbuka.... 
sue hanya letak 2 buaian shj... meja kecil diletak hanya time perlu utk letak hidangan shj..
dah siap guna meja kecil kena simpan balik dlm bilik demi keselamatan..

utk mengelakkan kecuaian berlaku... ruang balkoni rumah sue diharamkan letak kerusi...
sebab takut anak2 sue panjat kerusi utk intai ke bawah..
fitrah semula jadi kanak2... bila berada di atas... dia akan mencari ruang utk pandang ke bawah...
diorang juga dilarang dgn tegasnya... "tak boleh ke balkoni tanpa mama dan ayah.."

buaian ni berat... diorang tak akan mampu alih....

rehat sebentar dgn si adik hanna sebelum hantarnya ke sekolah...

mesti korang tertanya2... berapa harga buaian ni?

standard harga buaian yg paling besar ni rm800..
kalu 2 buah buaian rm1600... haaaa... mesti korang pikir mcm tu kannnnn...

percaya atau tak percaya... buaian saiz yg paling besar warna pink ni... sue beli dgn harga rm330 jea dan yg hijau putih tu rm350.... hahahaha...
murahkan... dpt beli dgn harga borong dgn kuantiti runcit... ngeng3

beli kat mana???
kat nilai 3 jea... korang kena survey start dipintu masuk nilai 3... sampai lah korang jumpa 1 kedai yg jual harga borong yea... kikikikiki

buai ni tak ada penghantaran... kena angkut sendiri...
bg kereta kecik mcm sue ni... suh jea diorang ikat kat atas bumbung kete.... hahaha


Haaaa... ini ruang "Balkoni Tertutup"
nak tiru gaya hotel punya pasal...
ruang ini tidak dibenarkan byk barang...
cukup lah 1 sofa... 1 frame kat dinding... dan 1 kapet...

ini ruang balkoni tertutup jugak.... ruang utk rehat sambil baring...
betul2kan urat.... ruang ini boleh utk buka aurat....
kalu nak best lg... panggillah tukang urut "Spa Mobile"... tukang urut dtg urut kat rumah...
waaaaa... best gituuuu.... 

buat masa ni... TV tak dibenarkan ada di tingkat atas...
sebabnya... kami tengah melatih anak2 tido pukul 10mlm...
kalu diorang degil nak tengok tv jugak... kami akan tutup semua lampu rumah...
kalu berani... tengok lah tv sorang2 kat bawah tu.... hahaha..
pastuuu... bolehlah tengok drama... si kakak menangis sambil naik tangga... tak nak tido tp takut nak tengok tv sorang2... kikikiki


menu petang...

kita diberi pilihan....
"Makan makananmu sebagai ubat.
sebelum datangnya waktu...,
kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."


Ada 6 doktor terbaik: a. Keluarga. b. Santai/rehat. c. Bersenam. d. Makanan yg sihat. e. Sahabat/kawan. f. Ketawa.

Secantik mana hiasan rumah kita...  kita perlu sedar 1 perkara... di dlm rumah kita ada SYURGA...

wlpn kita sudah berkahwin tak bermakna sudah terputus doa utk ibu ayah....


Seorang wanita mentaati suami utk mendapatkan SYURGA ALLAH...
kita perlu sedar bahawa.. sebelum kita menjadi isteri... kita dididik oleh ibu ayah utk menjadi anak yg solehah...sehinggalah kita di angkat menjadi seorang isteri solehah... dan para suami juga perlu sedar bahawa.. setelah berkahwin... mentaati ibu mertua sama seperti mentaati ibu kandung sebagai tanda berterima kasih krn si suami mengambil anak perempuannya menjadi isteri dalam keadaan sudah sempurna solatnya... akidahnya... tauhidnya... dll

cuba bayang... jika kita menjadi anak terbiar... hidup merempak... tiada agama islam... sanggupkah suami kita memperisterikan kita?

anak lelaki atau anak perempuan... bujang atau berkahwin... org tua tetap wajib disanjungi...



Sekian....






Thursday, 18 August 2016

Deko Minimalis Ruang Parking Rumah Teres


Alhamdulillah... ada sedikit rezeki utk ubah suai ruang parking rumah teres sue yg sekakang kera ni...
keluasan cuma 18kaki x 65kaki jea...
teknik ambik gambar itu penting spy nampak besar... hahaha

hasil dr google sana sini... inilah terjadi nya Teratak SUFI kami...
"RUMAHKU TEMPAT IBADAHKU"
tempat kami beristirehat... berteduh... bersujud pd Allah... membesarkan anak2... bermadu asmaradana dan ini lah Rumah Tumpangan Kami Sementara Menunggu Kematian...

Pemandangan malam selepas pasang tempered glass + stainless stail..

design yg sgt simple...
lampu memainkan peranan penting utk keceriaan waktu mlm...
kami ubah suai menggunakan keseluruhan ruang tanah rumah teres yg kami beli...
tiang biar sampai betul2 dihujung tanah...
pagar juga dipasang terus kat tiang rumah spy nampak ruang parking jadi luas...



Lampu Chandelier sgt penting utk naikkan seri rumah diwaktu mlm...

ini pemandangan siang... sebelum rumah ni jadi buruk ditelan usia.... biarlah sue abadikan kenangan ini di blog SUEperb MaMa... 


Tukang besi terkejut beruk dgn tempahan sue... Pagar nak tinggi 6kaki... hahaha 
"kenapa tinggi sgt??? tak pernah dibuat org tu"
"tak pe... biar saya yg buat dulu.... saya bukan takut pencuri lompat masuk... pencuri zaman skrg ni masuk ikut bumbung... atau pintu belakang... jarang sgt dengar masuk ikut depan... sue nak pagar tinggi sebab sue nak berpakaian bebas di ruang parking... tak perlu pakai tudung... lepas tu... bila keluar ikut pintu kecik sue dan asben tak perlu tunduk kepala... hahaha... itu yg penting tauuuu...."


ini pemandangan siang...
ambik gambar ni... pagar belum pasang lagi...

renovation rumah ni... bab yg paling stressnya... bab warna...
salah pilih color... rosak lah keseluruhan renovation tu....

dah sampai masa utk pilihan color... laki bini dok termenung di kaunter kedai hardware...
kejap tunjuk yg tu... kejap tunjuk yg ni.... belek katalog ke kanan... belek ke kiri pulak... ke kanan balik.... mu pandang aku... aku pandang mu.... argggghhhhh!!!!

keputusan mesti dibuat... 
pikir punya pikir... asben cadangkan buat batu dinding... tak perlu cat seumur hidup dah...
yessss... batu dinding ni sgt sesuai utk org pemalas yg tak pandai jaga maintenan rumah... muahahaha

hmmmm... betul jugak tu... asben bukan jenis suka yg touchup2 rumah...
lebih baik kami pilih batu dinding... warnanya confirm lain dr yg lain....

sama jugak mozek tiang... kami pilih warna yg paling cerah...
bila tukang dah siap pasang mozek tiang.... sue dan asben termenung kejap...
sebab kontraktor tu cakap "kalu warna mozek gelap sikit baru cantik... warna ni buruk.."

 kitorang dah sentap kejap...
dlm kepala sue memang nampak tak cantik dah mozek ni... bila kontraktor tu cakap buruk... itu lagi meng-ia kan apa yg terlintas dlm kepala sue.... huhuhuhu...

bab batu dinding pulak... kami kena sgt hati2 dlm memilih color...
salah pilih color... maka rosaklah pemandangan rumah kami...
kembali kpd nak konsep warna yg sgt cerah... spy rumah yg kecik jd nampak besar...
pastikan warna batu dinding masuk dgn warna mozek tiang... sebab nak cover balik kepudaran mozek tiang tuuuu....

kejap tunjuk yg tu... kejap tunjuk yg ni... hadoiiii takutnya salah pilih...
kami tawakkal jea... pilih yg paling cerah adalah color selamat...
laki bini berpandangan... tunjuk sambil pejam mata... wakakaka...
Jurujual dah cakap awal2... Trowel Stone ni memang takde sample.... warna dalam katalog tak akan sama dgn batu yg siap bancuh nanti...
pastu... wlpn kode nombor sama... tahun ni kilang bancuh jadi warna lain... tahun depan jadi warna lain pulak...
haaaaa... hambek kauuuu... tak ke pening kepala nak pilih....

Mozek ruang parking pulak... sue pilih 1 color tanpa corak....
spy ruang parking nampak spt Ruang Tamu Terbuka...
kalu buat mozek bercorak... nampak spt ruang parking kereta...
skrg parking kereta memang kat luar jea...

Ini ruang si isteri menyambut suami pulang dari keje... beristirehat sambil berkongsi idea tentang aktiviti kerja harian masing-masing... 

sebenarnya.. sue pun keje jugak... bukannya keje suri rumah yg dok tunggu laki balik jea...
 tp sue latih diri sue spy balik lebih awal dr asben balik keje....
haaaa... ciri2 isteri solehah berkerjaya kannnnn... puihhhhh3!!!...
kalu ada yg puasa sunat hari ni... minta maaflah kalu termuntah dan batal puasa yea... hik3

asben sue suka folding door... sue suka slidding door..
sebab... folding door ni mengganggu ruang bila nak bukak pintu... slidding door ni cuma tolak ke tepi jea... jimat ruang...

anak2 boleh lepak diruang parking dgn selamat.. InsyaAllah..
tp kena pastikan pagar sentiasa berkunci...

angan2 sue dr sekolah menengah lagi...
ingin miliki rumah yg bukak kasut start dr pagar rumah....
sebabnya... pd pandangan sue... hanya tuan rumah yg pembersih shj akan cuci rumahnya sampai ke pagar... iaitu kena bukak kasut start dr pagar....

mula2 asben rejek kehendak sue nak bukak kasut kat pagar...
asben sue cakap "OVER"..
"ayang nih... kot yea pun baru renovate rumah... jgn lah over sgt... sampai kena bukak kasut kat pagar rumah"

lepas tu... ok lah... pakai lah selipar kat ruang parking ni...

asben pun komplain.... "kena bgth tukang balik lah... kena cuci balik lah mozek ni... kotor lah.. dia cuci tak bersih"
"abang.. oooo bang.... lantai yg dipijak dgn selipar memang akan jd kotor dan kusam...buat kena gelak kat tukang jea suh dia main cuci lg..." hahaha

lepas tu... asben pun siram air.. cuci bersih2... bermulalah letak kasut kat pagar....
haaaaa.... kan selesa tuuuu...

anak2 pun tak suka pakai selipar di ruang parking ni....


Ikhtiar utk hilangkan stress di RUMAHKU TEMPAT IBADAHKU....
bangun awal pagi sblm waktu subuh.... sedup udara segar dibalkoni...
pandang langit yg terbentang tinggi... melihat kebesaran Allah...
itu dikira ibadah...
melihat pokok2 hijau... sebagai tanda kebesaran Allah..
itu dikira ibadah...
Terapi jiwa pulak... menjawab setiap baris laungan azan..
itu dikira ibadah...

kalu dok lepak mengumpat dlm surau... itu bukan dikira ibadah... 


setiap kali lepas solat subuh... Pak imam akan baca cebisan hadis dan dgn huraiannya sekali...
seblm ni suara pak imam kurang jelas dr rumah sue... sebab ruang rumah yg tertutup...
selepas ada balkoni ni.... Alhamdulillah... Ilmu agama semakin jelas menusuk kalbu..




Balkoni tempat muhasabah diri...


hmmm... dah sampai masa nak kena pindahkan bear2 mainan kakak dan adik ni kat ruang tamu terbuka...
kalu dok dlm rumah takut Malaikat Rahmat tak masuk rumah pulak...


Ini rumah asal... cuma tukar pagar dan cat shj...

yg ni lg asal... inilah keadaan rumah yg mula2 sue beli pd tahun 2011..
masa ni ramai yg cakap... kami sgt bodoh beli rumah ini dgn harga RM140k..
perumahan baru pd tahun 2011 semua harga RM250k ke atas... memang mustahil utk kami yg bergaji kecil ketika di awal perkahwinan.... 
abaikan semua pandangan org... kami beli ikut kemampuan... renovate pun ikut kemampuan...


ini contoh design rumah hasil dr google..
kebanyakkan kat google byk rumah org putih kat oversea...
jarang2 sekali jumpa rumah local yg dipamerkan dlm google utk dikongsi design...

design rumah kami... sue kongsikan dgn rakan taulan yg tengah mencari ilham utk buat renovation....

lampu tiang sue tiru yg ni...

pantulan lampu ke dinding... sue tiru yg ni...
berjeling jugak ngan asben dlm kedai lampu... sue nak byk lampu kat luar rumah...
asben pulak jeling kat sue sebab mcm "over" lampu byk...
pada sue... lampu byk tak pe... kita nakkan wayaring yg siap tanam tu...
time nak "on" lampu tu... "on" yg mana perlu jea... bukan "on" semua pun....
kalu anak nak membaca... bukak lampu putih... time laki bini nak beromantika... kita bukak lampu kuning.... bukan abg yg kena pasang pun... tukang yg pasang.... hahaha
pasang lampu kan dah termasuk dlm pakej... kita gunalah pakej tu sepenuhnya....

*********

Terdengar kata2 dr rakan taulan.... kenapa buat renovation dgn batu2 kat dinding yg mahal tu? batu tu boleh buat dinding kubur ke?

Yessss... asal jea nak cari kelemahan org lain... mesti cerita pasal MASUK KUBUR kannnn...
Rumah banglo 3 tingkat ke... 2 tingkat ke.... Flat yg bertingkat2 ke.... pondok kecil ke... semua tu tak boleh bawak masuk kuburrrrr..... setiap org mempunyai keinginan yg berbeza... keinginan itu ditunaikan setelah penat bekerja keras...
- ada yg suka habiskan duit dgn melancong.... sekali melancong RM20k pun tak pe.... janji dpt berjalan...
 - ada yg suka kan emas.... pakai emas sampai berpuluh ribu dibadan... dia akan rasa berbaloi dgn penat yg ditempuhi sebelum ni...
 - ada yg suka pada kereta... kereta company sampai lebih 10 biji.... itu lah kepuasannya...
 - ada yg suka handbag yg mahal... harga sampai RM4k sebutir... selipar RM3k sebutir... itulah kepuasannya..
 - ada org kepuasannya pd rumah... rumah yg selesa... menjadikan dirinya utk beribadah dgn tenang...
nak duduk kat rumah jd tenang... salah ke?? kalu kita hiaskan RUMAHKU TEMPAT IBADAHKU menjadi cantik???? salah ke RUMAH TEMPAT ASMARADANA ROMEO AND JULIET bermadu asmara menjadi lebih selesa???

ISLAM itu indah... tidak meletakkan syarat...
utk menjadi MUSLIM BERTAKWA itu kena tinggal di pondok kecil dan naik basikal...
masing2 diberi rezeki dan ada keinginan yg berbeza2 ....
yg membeza keimanan seseorang itu bukan pada nilai rumahnya.... tetapi pada kualiti solat wajibnya...tahajudnya... dhuhanya... dan ibadah2 yg lain...



sue terbaca komen dan ulasan di FB cikgu Abd Ghani Haron....
Seorang freind mengirim message seperti dibawah,maka saya jawab ikut pandangan saya secara mudah.Apa salah kita menggunakan nikmat yg Allah berikan?Salahkah berkereta BMW,MERC ke masjid,apakah kita semua kena naik kancil shj ke masjid?
Berhentilah menyelongkar mencari salah orang.
ada org rumah berpondok kecil... ada org rumah flat... ada org rumah semi D... ada org rumah 3 tingkat... ada org banglo mewah.. salahkah????

yg salahnya... ORANG mengaku ISLAM tp menolak RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN....


Khutbah Terakhir Rasulullah SAW...


satu lagi... korang kena berhati2 memilih kontraktor....
setelah bekali2 kitorang kena tipu dgn kontraktor luar.. kali ni kitorang pilih kontraktor dalam taman jea... senang nak cari kalu ada masalah... 
renovation ruang parking yg 2 tingkat ni... ambik masa 5 minggu shj... memang cepat dan kemas hasil kejenya..
bab point2 lampu... terutamanya lampu tiang dan lampu dinding... bab ni kena bgth awal2 kat tukang... diorang akan tanam wayar sblm plaster dan mozek.... takdelah wayar elektrik terjolor keluar wak semak mata memandang jea...


okey... sekian sudah perkongisan design terkini deko minimalis dr blogger SUEperb MaMa..
Tata.. titi... tutu...








Monday, 1 August 2016

Openhouse Blogger SUEperb MaMa 2016

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... selesai sudah Openhouse 2016 di rumah blogger SUEperb MaMa..
Menu tahun ni :

1) Nasi Kerabu Warisan Mok Aji Yah Kemahang 1
2) Laksa Penang
3) Rendang Ayam

sepatutnya ada satu lagi menu... kuah kacang... aduhaiii.. tak sempat nak buat.. gara2 asben beli ayam 6 ekor potong besar2.. sue dah habiskan masa dok ketuk ayam dgn pisau kecikkkk... rasa longgar kepala bahu... adehh..

pukul 3petang ayam dah habis... kami tambah lg 3 ekor... asben lari ke kedai aceh kat belakang rumah... mintak diorang potong kecik dan siap basuh.. sue terus bancuh ayam berempah kari... pastu goreng... tetamu mkn ayam panas2 gitu...

Rendang Ayam pulak... itu hasil masakan asben sue... pertama kali dia confident nk buat buat rendang ayam... pastu buat utk jamuan pulak tuh... dah siap bancuh... kacau2 dlm kuali... aroma bau rendang memang menjadi... asben pun cuba rasa... "apasal teruk sgt rasa rendang nih" sambil terloncat terkejut... hahaha... sue pun cuba rasa jugak... "ahha lah... bau sedap... rasanya lain mcm..."hahaha
asben pun modified... tambah garam... tang.. ting.. tung...
dok 10 minit sue try lg sekali... baru sedapp dan rasa rendang...
"abg tambah ape td? dah jd rendang nii..."
"abg doa byk2..." muahaha...

Tahun ni sue buat 3 sesi :
Sesi pertama pukul 12pm utk jiran tetangga (Taman Dahlia)
Sesi kedua pukul 3pm utk geng SPM2000
Sesi ketiga mlm utk org yg ketinggalan kedua2 sesi kat atas tu.... muahahaha


haaaa... ini menunya...

jemputan sue dah hebohkan dgn menu utama nasi kerabu...
mejoriti tetamu yg dtg... yg sukakan nasi kerabu original kelantan...
rasa masakan sue memang tak manis langsung... 
ini contoh sukatan nasi kerabu...
kena pandai sukat sendiri lah yea...
kalu tawar tambah budu... kalu tak pedas tambah cili... gitu lah lebih kurangnya...

tahun ni... sue tak sempat nak letak dlm bekas biskut satu2,,
sebabnya sue suka dgn Tappaware yg dibagi oleh Madam Sally nih..
Tappaware ni original... tp sue memang tak mampu lah nak beli sendiri...
harganya boleh cecah ratusan... hadoiiiii... mahalnya...
tapi kalu org bg hadiah... hehehe... itu memang mampu gilerrrrrr....


Ini Kak mek... org klate yg otai kat Taman Dahlia...
Mau nya tak Otai...
"Weiii sue... aku tak sempat nak makan kat sini... aku nak tapau sebab nak kejar masa ke reunion nih... aku rela buat muka tak malu... drp aku kempunan nasi kerabu kauuuu... baik aku tebalkan muka  nak tapau nasi kerabu kauuu..." muahaha...


Ini jiran pertama yg sampai selepas Kak Mek Otai td...

disusuli dgn jiran tetangga yg lain...

Jiran2 sue ni... segan nak dtg sorang katanya... 
nak elakkan rasa malu... diorang dlm kelompok yg besar...
pastu tak cukup kerusi...
terpaksalah bersila yea...
budaya kampung diamalkan di rumah sue... hehehe

Sue berborak dgn jiran tetangga hanya dlm Group Wasap Hawa Al Islah jea..
setahun sekali dpt bersua muka dgn diorang ni...
kalu yg tak datang tu... tak dpt lah bersua muka... berterusanlah kenalan di alam maya shj..

masa dlm group... ramai yg cakap malu nak dtg rumah sue..
sue dah bagi keyakinan pd diorang....
"Sue dan Pie ni... tuan rumah yg peramah... langkah jea masuk ke rumah sue... kenal ke... tak kenal ke... semua akan jadi kenal... kalu tak percaya... mari berjabat SALAM dgn sue..."

Alhamdulillah... dgn openhouse ni... bertambah lagi kenalan sue dgn jiran tetangga di Taman Dahlia ni...

Ini Ina... ex Housemate masa bujang dulu...
silaturahim tak terputus... kami sentiasa bertemu di alam maya (Facebook)  

haaaaaa... ini barisan pendidik anak2 sue..
Cikgu PASTI KIDS BBST...
anak2 sue ni manja... korang tengok lah... bertapa ramainya para pendidik nak didik anak2 sue spy jd kanak2 yg berdikari...

"alaaa mama... Teacher Zam tak datang..."
"Teacher zam ada urusan di kampung Dikkk... ini teacher wakilkan Baby Bear tu... "
(Bear tu teacher bg hadiah kat adik hanna)
terima kasih teacher zam!!!!...
Teacher Ina kan ada... tp sue tak sempat nak bergambar... sebab teacher ina dtg waktu kemuncak...
alahai ruginya...

pukul 3pm... geng taman dahlia dah habis... dtg geng SPM2000
Ini barisan para suami...

Ini barisan para isteri...


Alhamdulillah.... setelah berpisah dgn haluan masing2 lepas SPM..
 kami bertemu kembali diusia 30an...alahai tak sangkanya....
semoga kami bertemu lg di tahun akan datang... Amiinnn

adik Hanna yg tengah merajukk
Cha Cha yg lembut dan manja...
kakak daina yg gediksssss...
tqvm nik rabaah.... lepak sampai mlm.... 
jumpa setahun sekali... kenalah lepak lama2 sikit kannn...

bagus betul lampu aroma terapi ni...
hadiah dr Mr Wong... lampu ni jd hiasan meja makanan...
utk elakkan lalat hinggap kat makanan...
ada bau yg sgt wangi...
Tqvm Mr wong.... sgt praktikal lampu ni....


haaaa... ini pula hadiah dr Mr David...
tahun 2014... Mr david bg dulang putih dr New Zealand..
tahun 2015... beliau bagi dulang silver...
tahun 2016... beliau bg teko dan 2 cawan yg sgt comel...
tqvm mr David... hadiah ini di simpan satu persatu... tahun demi tahun... terhasilnya kesempurnaan...



semoga dgn majlis ini..& Silaturahim berkekalan selama2nya...
tata... titi... tutu...