Pages

Thursday 5 April 2018

Pneumococal - Adik Raina


Memandangkan adik raina pernah kena jangkitan pada paru2... sue dan husben ambil keputusan untuk ambil vaksin Pneumococal...  

kalau tanya dari sudut hati sue... sue tak berani nak ambik vaksin untuk baby... tak semua vaksin serasi dgn baby... ada yang dapat kesan sampingan sehingga membawa kacacatan seumur hidup. itu yang paling sue takut... biasanya sue ambil yg diwajibkan oleh KKM shj...

untuk kes adik raina kali ni special sikit... demi untuk kesihatan dan adik raina.. ikhtiar sue dan asben untuk adik raina sihat sepenuhnya... kami ambik vaksin pneumococal lebih kurang RM1000 termasuk consultant di klinik private.

Pastu...Doc pakar kanak-kanak rekeman untuk baby yang suka travel ambik vaksin Influenza.
ini adalah ikhtiar sue dan asben... 
Alhamdulillah.. selesai cucuk ketika adik raina umur setahun..
vaksin pneumococal kena ambil 3 kali dalam waktu yang berbeza..
setiap kali cucuk.. sue bykkan berdoa spy adik raina sihat walafiat.. Alhamdulillah... 
adik raina tak pernah demam setiap kali kena cucuk.

untuk kakak dan dekna.. kami tak berani nak bagi vaksin tambahan lagi... sebab antibodinya masih lagi kuat dan tak pernah kena penyakit yang berbahaya... pesan sue... kalau bawak anak2 travel, pastikan diorang banyak minum air masak.. biar kerap kencing drp badan lemah disebabkan kurang air....
sue masih lagi takut untuk bagi vaksin pada yang sihat... yang paling sue takut... elok2 sihat elok2 sempurna... ambil vaksin menjadi tidak sihat tidak sempurna... sudah tentu kecewa kan?

adik raina perlu ambil vaksin pneumococal atas nasihat Pakar kanak - kanak...

KESAN SAMPINGAN VAKSIN
petikan dari sumber : Mengapa Golongan anti vaksin.....

1) Pengambilan vaksin boleh memberikan kesan sampingan serius sehingga menyebabkan kematian. Hakikatnya kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Namun terdapat kes gangguan usus besar di Amerika Syarikat akibat pengambilan vaksinasi rotavirus; kes ini hanya satu daripada 20,000 bayi.Sejak Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan dijalankan, Di Malaysia, kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000. Imunisasi berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan selepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-mana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
2) Vaksin mengandungi bahan berbahaya. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia sebaliknya mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain. Pengawet di dalam sesetengah vaksin berfungsi untuk menstabilkan vaksin serta mencegah pembiakan bakteria dan kulat dalam vaksin. Pengawet yang selalu digunakan ialah thiomersal (atau thimerosal) yang mengandungi sejenis raksa yang dinamakan ethyl merkuri. Raksa ini tiada kaitan dengan sebarang kesan methyl merkuri yang bersifat toksik kepada sistem saraf. Thiomersal yang digunakan dalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam kuantiti yang amat sedikit. Sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik menunjukkan bahaya bahan ini. Bahan penstabil berfungsi mencegah komponen vaksin dari melekat di dinding botol vaksin dan mengekalkan keselamatan serta keberkesanan vaksin di dalam keadaan dan suhu yang pelbagai. Gelatin dan lactose-sorbitol adalah contoh bahan penstabil. Adjuvan ditambah ke dalam vaksin untuk meningkatkan tindakbalas sistem ketahanan tubuh terhadap vaksin. Adjuvan yang sering digunakan adalah garam aluminium (dikenali sebagai alum). Pengambilan aluminium dari vaksin adalah lebih rendah berbanding dengan pengambilan harian dari makanan atau ubat-ubatan seperti antasid. Kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan selalunya berkait dengan vaksin yang mengandungi aluminum berbanding vaksin yang tiada kandungan aluminium, namun kesan ini selalunya ringan. Vaksin juga mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti.
3) Vaksin mengandungi bahan haram seperti DNA khinzir. Sesetengah vaksin sememangnya mengandungi gelatin khinzir sebagai stabiliser tetapi jika muzakarah ulama telah mengeluarkan fatwa suntikan vaksin dibolehkan dan harus atas beberapa faktor, mengapa kita perlu meraguinya lagi? Menurut syarak juga, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Tambahan lagi kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan yang memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi sebagai ikhtiar dan menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.
4)Beberapa ibu bapa merasakan jika anak orang lain sudah diberi suntikan maka memadai bagi anak mereka untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin. Hakikatnya mereka bakal mendedahkan anak-anak orang lain kepada bahaya jika anak mereka tidak divaksin. Ini dipanggil imuniti berkumpulan. Jika semakin ramai mempunyai mentaliti seperti anti vaksin, lama kelamaan kesan imuniti ini akan hilang. 
Anda golongan yang mana? Gambar: quietmike.org
Jadi, atas alasan apa anda menolak vaksin? Sudahlah menolak vaksin, anak sakit yang perlu dikurantin pula dibawa keluar ke tempat awam. Mungkin ada sebahagian ibubapa akan mempertahankan pilihan mereka menolak vaksin atas faktor pernah berpengalaman menjaga anak yang sakit akibat divaksin. Mereka memperjuangkan pemberian vaksin adalah pilihan individu. Bukankah pengambilan vaksin juga satu ikhtiar bagi melindungi keluarga anak persekitaran daripada jangkitan penyakit berbahaya? Tepuk dada tanyalah selera.

amboiii... tak nak naik dgn kete mama yea... seronoknya naik kereta dgn ayah..
















No comments:

Post a Comment