Pages

Sunday 30 June 2013

Happy Birthday Nur Sufi Hadaina



Assalamualaikum...

heppy besday anakku sayang... amboii seronoknya sambut besday... kakak daina dah 2 thn...
lahir pd 29 Jun 2011...

jom kita layan kerenah si kecil yg manja ni...  !!!

ini hadiah kek dari ayah & mama...



 
 
 
Alhamdulillah... kakak suka sgt..
 
 
 kalu dah dpt kek... tak cucuk ngan jari telunjuk tu... tak sah la...
 


 lapisan kek dan cheess yg memang sedappp!!
 
 
ini lepak kat Tesco...
 
 
 
 
pastu... lepak kat Dominos pulakkk
 
bergurau senda mcm kat umah sendiri...
 
 
Mainan Daina bola n belon jea...
kalu dah lalu depan kedai yg jual bola tu...
memang kena beli... kalu tak beli kang... 
daina nangis... apa pun tak boleh buat...
kalau pegi opis ayahnya... kat depan tu ada kedai yang jual mcm2 bola dan siaz...
rm2 jea sebijik...


okeyyyy... kakak teruskan minat mengupul bola yea..
mama & ayah tak kisah pun..
sbb murahhhhhh!!!
hahaha...



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture
..................................................................................
mama dan ayah... akan cuba didik kakak spt yg kat bawah ni....

Kesemua ibu bapa pasti ingin berikan yang terbaik untuk anaknya. Tetapi tahukah anda, tips berikut ini bukan sahaja baik, malah dapat membuat anak anda lebih cerdas dan sihat sejak bayi?

... 1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

- kredit daripada Majalah Pa&Ma.

...::: Selamat Mencuba!! 



Selamat Hari Jadi Kakak dainaaaa!!!
mama... ayah... adik... sangat saying kamuuuuuu!!!
tata... titi... tutu...

Sunday 23 June 2013

Kerabu Suhoon dan Sayur

Assalamualaikum...

hari ni sue wak blog guna laptop Asus dan Win8... tengah biasa2 kan diri... sbb hujung minggu ni ada kursus yg perlu kan kamahiran benda alah ni...

sabtu ahad minggu lepas... suasana jerebu yg tebal.. memang tak sesuai utk aktiviti outdoor... so family SUEperb MaMa pun melepak kat rumah depan TV la... dlm dok toton tv tuh... tengok lah rancangan kehidupan org korea kat astro... alahai terliur lah pulak masakan yg simple diorang nih...

pagi tu kuar breakfast sambil cari bahan2 memasak utk mkn tengah ari dan mlm...

pilihan masakan kami minggu ini----->> kerabu suhoon dan sayur

taddaaaaa... siap!!!



nak tahu bahan2nyaaaaaa...???
 
sangat sonang....
 
 

 bawang merah - dihiris
serai - dihiris
batang sadri - dihiris
lobak merah - dihiris
 
ini air asam limau yg dicampur dgn gula dan garam secukup rasa..
pastu masukkan cili, serai dan bawang merah... gaulkan... bhn tersebut..
 
goring lobak merah dan batang sadri dgn minyak..
 
celurkan broccoli...
 
gaulkan semua bahan tersebut sehingga sebati...
 
siapppppp!!!

wowww... memang sodap!!!
rasanya masam... manis... masin...
 
 
inilah hasil air tangan SUEperb MaMa!!!
 
ehhhh... hehehe... perasan la pulakkkk...
ini asben sue yg masak... hehehe..
 
"sedapnya bang...cam ni ke rasa yg org korea tu makan?"
"manalah abg tahu... abg mana pernah rasa yg diorang masak dlm tv sakni..."
"hihihi"
 
 
selamat mencuba resepi dari SuaMi SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu...
 

New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

Friday 21 June 2013

Lap Top ASUS and Windows 8

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dapat jugak Laptop baru SUEperb MaMa ni...
tp peningnya dgn windows 8.. Allah jea yg tahu...
nasib baik hp dah pakai yg jenis android.. konsep touch screen tu cepat la pickup...
teknology dah berubah... nak tak nak.. kena beli windows yg terbaru lah kan... wlp dah berzaman kita pakai keypad.. dah memang pro sakan la.. skrg beralih ke touch screen..

haiiyyyaaa... tak terpikir langsung dlm kepala otak sue ni... laptop boleh touch screenn..
hari pertama beli lap top ni... sue peram jea... takut nk usikkkk... 




 nk on tu cam biasa jea...

tekan jea button tuuuuu..

pastu akan kuar screen cam ni...
pilih lah nak excel ke... nak word ke... nk skype ke...

keepad kat screen pun ada.. konsepnya mcm hp anroid...

biasanya kat kotak ni utk gerakkan mouse...
skrg ni... tak sentuh kotak ni pun boleh wak keje...

time nk tutup.. hmmm... memang berpeluh sikit... nak cari tmpt shut downnya...

bila nk shut down..
korang kena tekan kat tmpt yg sue tunjuk ngan pen tu...

pastu akan kuar lah screen utama...
sentuh jea kat Win8.. pastu sentuh sign out..

jgn perasan dah shut down tau... belum shut down lagiiiii..
dia akan kuar screen mcm ni...
pastu korang kena tenyeh slide tu ke atas...

pastu kuar yg ni... sentuh simbol shut down di screen...

kuar cam ni... barulah sentuh "shut down"
baru lah lap top dah betul2 off...

sue pilih jenama ASUS.. asben yg rekemen yg ni... hmmm... layan jea la...
ini specnya...
Vivobook Touch - S300, S400 & S550
Colour : Aluminium Black
Model : S400CA-CA030H
CPU : i5-3317U (2 core)-1.7GHz (Turbo up to 2.6)/6M
LCD Display : 14" HD Color Shine (LED)
Memory : 4GB DDR3 1600[ON BD.]
HDD : 500G 5400R SATA+24G SSD
VGA : Intel® HD Graphics 4000

ini vedio sue tengah godek2...
ini pulak asben sue... hahaha



memang terkial2 lah...


Alhamdulillah... Allah gantikan dgn yg lebih baik...
Terima kasih Ya Allah...
tata... titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Tuesday 18 June 2013

Restoran Nasi Arab


Assalamualaikum...

aktiviti family SUEperb MaMa minggu ni... makan nasi arab.. Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah..
berikan kami nikmat RASA makanan ini..

ketika Allah bg kita LIDAH yang boleh merasa nikmat makanan2 di dunia ini... jom kita gunakan kenikmatan yg Allah bg ni sbg tanda syukur diatas pemberianNYA...


 tunggu hanna checkup 3 bln kat kpmc..
kami kelaparannnnn... huhuhu



ini bilik menyusu...
tp dah jd tmpt kami melepak...

"kakak shayang adik hanna.."

alah balik tu... kami singgah mkn kat Restoran Nasi Arab..


layaaaannnnn...

restoran ini berdekatan dgn Hentian Kajang..

ini cover depan menunya...


asben sue tengah cari ilham utk order... hahaha


mcm2 ada nasi arab kat sini...
kambing ada.. ayam ada.. daging ada...
Lamb Kabsa... chicken kabsa..
chicken Haneth.. Lamb Haneth..
Chicken magloba... Lamb magloba
hmmm... memang sodapppp..

ini accessories makanan org arab..
Bamia.. Mix-Veg.. Fasolia.. Tandory chicken..
Kabab... Tikka chicken...

peta lokasinya...

asben sue order 2 jenis nasi...
satu warna kuning...  satu lagi warna putih...
memang sedap dan tak muakkkk langsung...

pastu 1/2 ekor ayam...
Grill Chicken.

 ketika Allah bg kita nikmat sihat utk makan... kita makanlah dgn syukurnya..

sue pernah dengar rintihan org kaya..
"dulu miskin... teringin nak makan itu ini... tp tak de duit... skrg Allah bagi kekayaan tetapi tak ada selera untuk makan makanan mahal... padahal anggota badan sihat jea.. alih2 makan nasi ngan ikan kering jugak yg sedap.. masa susah makan ikan kering... masa kaya pun makan ikan kering.."


itu tandanya Allah tarik nikmat selera makan makanan enak utk menguji kesabaran manusia..

kesimpulan pd rintihan ini...
jom kita gunakan rezeki yg Allah bg dgn syukurnya..
iaitu... Baca "Bismillahirahmanirahim" sblm makan... sudahinya dgn "Alhamdulillah"

kmd iringi lagi dgn sunnah Rasulullah... berhenti makan sblm kenyang...

memang sodapppp...
Alhamdulillah Ya Allah...
tata.. titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

ROSSEcouture

Sunday 9 June 2013

anniversary perkahwinan - 3thn



Assalamualaikum...

"haiiii... sy ipin... ini adik saya upin..." 
"haiiii... ini kisah kami semuaaaa!!!"

hari2 dok tadah telinga... daina tengok citer upin... hadoiiii... SUEperb MaMa dah hafal la skrip citer ipin...
...............................................................

onar duri... jatuh bangun kami tanggung sendiri... dah 3 tahun kami kawinnnn... Alhamdulillah Ya Allah..
susah sama susah... senang sama senang... 
duduk sama rendah... berdiri sama... sama.. hehehe... abg tinggi ayg rendah.. hik3..

Alhamdulillah Ya Allah... Terima Kasih Ya Allah...
berikan kami nikmat bahagia dlm rumahtangga...


 ulangan hari yang berbahagia ni.. kami raikan di D'One Steak Restaurant...

ni kali kedua sue mkn kat sini...
kali pertama dulu masa bukak puasa thn 2011.. masa tu lepas abis pantang lahirkan daina...
inilah si Daina!!!
yg suka tengok citer upin ipin tuuuu...

ini pulak SUEperb MaMa!!!
penulis blog ini... hihihi
penulis ke??? wakakaka..
lamb chop utk sue...
 chicken chop utk asben sue..

thn ini kami raikan bersama bff sueeee!!! ustazah Lalah!!!
selamat pengantin baru Lalah!!!

memandangkan majlis kawin bff sue ni sama tarikh ngan kakak ipar sue kawin...
tak dptlah kami hadir di kenduri Lalah...
sedangkan masa kenduri sue... Lalah salah seorang yg memeriahkan majlis sue..
 yang baju biru ni... Ustazah LaLah...
 hihihi


kini ustazah Lalah bergelar isteri..
 ini pengantin - bff sue


ini pengantin - kak ipar sue...



 sue raikan kedua-dua mempelai dgn laguuuu....
Selamat pengantin baruuuuuuuuu!!!

sambil tu... jom makan kekkkkkk!!!! wacchhhhhhaaaaaa.....
kalu asben sue yg beli kek... Alhamdulillah.. sedapnya Ya Allah...
kalu sue yg beli... Alhamdulillah.. bajetnya Ya Allah...


alahaiiiiii..
bila anak dah mula ber-aksiiii...
terpaksalah mengalah....
mama jd lah tukang ambik gambar yea...
daina buatlah kek tu mcm party daina yea..
tak pelah.. mama ngalah... uhhukkk..

ahha... adik pun join sekali... cucuk2 kek tu...

perghhhh... terbaiklah rasa kek nih...
cheese yg bertingkat2...
Alhamdulillah Ya Allah... bg kami merasai nikmat makanan ini...




kenangan bersama dgn pasangan yang tengah honeymoon + anniversary 3rd SUEperb MaMa!!!


...suami isteri harus berpakat rumahtangga membawa berkat...petikan dr lagu P Ramlee.. lalalala..



bila anak dah 2 ni... haippp... tugas kena dibahagi2 kan...
asben sue jaga si kakak... sue jaga si adik...
adilkan??? 

hari keje ke... hari tak keje ke...
sue bangun bila bunyi azan subuh... 
kalu dah speaker surau dok bertenggek atas telinga tu...
mau tak terkejut beruk pagi2...


dah bangun tu..
sue solat subuh kat bawah dgn hanna..
ayahnya solat subuh kat atas dgn daina..
dah siap solat subuh... sue mandikan si hanna..
ayahnya mandikan si daina... :)

pastu kami sama2 bersiap tu pegi keje...
sue hantar si adik rumah pengasuh yg bernama kak gee..
ayahnya pulak... hantar si kakak ke rumah pengasuh yg bernama kak ton...

macam nilah aktivi kami time keje..

alah balik pulak... sue yang angkut semuanya..
alahaiii... penyanyangnya si kakak ni...
time mama tengah lipat kat selengkoh jugak yg dia nk cium adiknya....

dihujung minggu pulak...
kami akan kuar jalan2... round2 pasaraya...
mana lah tahu kot2 tersepak dgn sale 100% kan.. hahaha..
tunggu lah ko sue sampai kiamat nk jumpa sale yg 100%..

 
kalu yg paling murah sekali pun yg ni jea... kat Baby Place...
brand Anakku.. RM10/sepasang..
apa lagiii... sambar semua patern yg ada la kan...


ada 7 pasang jea... baju utk baby yg umur setahun ke bawah...

baju utk si hanna la...

bekas2 baju kakak nya semua dah lunyai...
tak boleh pakai utk si adik lah...
style kitorang.. adik xboleh pakai baju lusuh si kakak...
kakak dpt baju baru... adik pun dpt baju baru...
wlpn jarak umur diorang rapat...
si daina akan pakai bajunya sampai lunyai...



ni salah satu baju raya daina masa umur 4bln...
skrg umurnya 1thn 11bln..
Daina masih pakai lagi... RM50 brand Kyle Lang..
masa beli dulu baju ada seluar kecik...
skrg dah senteng atas bontot..
daina kena pakai seluar panjang la...

ini gambar bukti baju ni dipakai ketika daina umurnya 4bln... hahaha..

itu citer time duit tengah berkepuk kan... time awal2 bln...
kalu time hujung bln tu... kitorang dok melepak dgn anak beranak kat depan TV makan nasi goreng bawang la... hahaha..

ceria tak muka sayaaa!!!
"aku lah seorang isteri yang sedaya upaya membantu meringankan beban suami dalam meneruskan kehidupan di kota raya ini..." wakaka..
ayat mcm wanita besi... puihhhh...
padahal... hari2 dok mintak duit laki... hihihi



tata... titi.. tutu...




New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture