Pages

Saturday, 6 February 2021

Pengalaman 16thn dalam bidang pembekal

 



Sue ingan menjawab sindiran yang di ajukan pada Sue...

"asyik beli brg dgn sue jea.. Dia yang pakai vellfire.. Kita jugak yg dok pakai saga jea.. Hmmm.. Lepas ni kita kena mohon bajet khas kat KKM utk sue.." 

Fuhh.. Bagaikan dihiris sembilu beracun.. Sue tak salah kan org yg bercakap tu.. sue muhasabah diri... Itu adalah peringatan dari Allah... Adakah tidak mencukupi lagi apa yg Allah sudah sediakan selama ini...

Sini sue nak explain... Bukan sesuka hati harga Sue lebih mahal dari harga pasaran.. Sue beli dgn kuantiti yang kecil dari kilang... Harga memang sue dapat dua kali ganda lebih mahal dari company besar. Beli brg kat kilang China dgn kuantiti lori 3 tan.. Itu adalah sgt kecil... Ia diketegori peniaga kecil dlm bidang medical... 

Company gergasi yang ada staff berpuluh org beli dgn kilang yg sama dgn sue kuantiti 160000pcs setahun.. Sedangkan Sue yang masih bersampan hanya dgn kuantiti puluh ribu shj... 

"Ada yang tegur sue, company sue jual product mahal... Kod no sama... Product sama... Sah2 saya pilih yang murah.." 

"saya tak salahkan tuan memilih yg lebih murah.. Jika sy di tempat tuan.. Saya juga pilih murah.. Jika sy di pihak supplier... Sy juga akan bagi harga murah pada customer yang beli satu kontena.." 

"Kalau ini harga ko... Mcmana ko nak bersaing... Sue.. Ko bersedia ke kena sailang semua customer ko dgn supplier giant ni" 

"Hasbunallahawanikmalwakil... Sudah bersedia.. Krn dunia ini bukan tempat bersenang lenang buat saya.. Tiada yang kekal dgn kita.. Setiap pertemuan ada perpisahan.. Syarikat yang besar boleh runtuh.. Apatah lagi Sue yg bergerak sendirian.. Airport yg semua org cakap stabil pun buang pekerja... Apatah lagi sy yg lemah ni.." 

" Apa tindakan Sue jika company Sue dicantas oleh company giant" 

"Pencen.. Cita2 sue memang nak pencen di usia 40 pun" 

"tak rasa rugi ke pencen awal.. Sedangkan masih mampu bekerja untuk mendapat good income?" 

"tak rasa rugi sedikit pun.. Saya bersyukur jika sy ditakdirkan pencen awal... 8thn saya bepenat lelah.. Saya pencen dlm keadaan bergaji spt org kerajaan.. Jika sy jadi kuli selama 16tahun sekali pun.. Saya tak akan ada apa yg sy ada skrg.. Sy tak akan rasa apa yg saya rasa skrg... " 


Ini lah permainan dlm perniagaan.. 

"supplier besar beli" penapis udara" dgn kuantiti 200 ribu pcs.. Satu kontena masuk.. Kos mungkin yg dia dpt rm1.5/pcs.. Dia jual rm3.50/pcs

Sue sebagai player kecil.. Yg dah penat dgn kutukan... Beli dgn kuantiti 20 ribu pcs shj... Sudah pasti harga yg Sue dpt jauh lebih mahal dari player besar.. Harga kos brg rm3.50.. Dan sue pun markup rm2/pcs juga.. Sue jual dgn harga rm5.50/pcs.. Itu pun dah cukup utk "Kalah Mati" 

Ini juga adalah Silent Killer onak duri perniagaan.. 

Player besar akan offer kuantiti yg byk kat kilang yg dibeli oleh player kecil.. Sengaja... Sedangkan... Player besar mampu beli dikilang yg lebih bagus product sebab ada kuantiti... Tp tetap dituju pada kilang yg player kecil ni beli... Kenapa?.. Tujuan utk Kalah Mati.. 

Bila player besar dah pegang harga yg murah.. Dia bagi harga lantai kat pengguna.. Player kecil akan mati terkubur hilang sale.. Bila player kecil mati.. Adakah Player besar akan kekalkan dgn harga murah utk tahun hadapan? Tidak... Player besar akan naik kan harga kpd pengguna setiap tahun.. Dalam masa dua tiga tahun akan datang.. Player besar akan pastikan Harga brg akan kembali kpd harga normal tanpa berasingan dgn player kecil. (Kerana... Player kecil sudah Kalah Mati).. Tp ingat.. Selagi player kecil hidup... Selagi tu lah player besar akan tabur harga lantai.. Contohnya.. 5thn player kecil bertahan.. 5thn lah player besar akan bagi harga lantai.. 

Yang paling Sue kecewa.... 

Sikap tidak telus pembekal... Guna lesen sue.. Tp import sendiri utk dptkan harga murah.. Jadi company sue tak achieve target dgn kilang krn sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sue dah berdepan dgn permainan ni dua kali... 8thn ketika menjadi kuli... Dan 8tahun ketika bisness sendiri.. 2020 adalah sale kumuncak sue (sale yg paling tinggi selama 16thn Sue  dlm medical) ..

Bila dah sampai ke tahap kemuncak.. Kita kena bersedia.. ... Kita kena pilih... Nak terus bersaing utk kali ke tiga atau nak follow the flow. Kalau nak bersaing lagi.. Kena mula dgn brand yg baru contoh brand ZY... Dlm masa 3thn lagi.. Player besar akan ke kilang ZY lagi dan akan ulang sekali lagi permainan ini.. Kalau di fikir logik la... Player besar ada kuantiti.. Kenapa dia tak pegi ke kilang lain.. Kenapa kena pilih kilang yg sama dgn player kecil...?? 😁 😁 Org yg berbisness shj yg faham tentang silent killer..

Tepuk dada tanya iman... Bersyukur lah dgn apa yg Allah berikan selama 16thn ini.. 

Kembali kpd usia... Usia 40.. Nak kekal atau nak lepaskan... Sue pilih "Follow the Flow...".. Kalau sue bersaing utk kali ke tiga... Maknanya sue kena habiskan 10thn lagi masa Sue dgn persaingan... Kejar sale ke sana ke sini... Fuhhhh.. Penat.. Penat... 


Nabi suruh kita beringat ketika usia ini.. 

Sebagus mana kita bekerja dgn orang.. Suatu masa majikan atau rakan sekerja tetap tak puas hati dgn hasil keje kita... Terpaksa berhenti juga... 

Bila berbisness sendiri... Pesaing kita tak pernah berdiam diri.. 

Cita2 sue yg terpendam dari zaman bujang ialah Pencen yang bergaji bermula di usia 40 tahun.. Kenapa umur 40 Sue nak stop buat sale... 

1) regular customer sue dah pencen.. 

2) fokus pada rumahtangga... Sue ramai anak perempuan... Sgt bahaya jika Sue terlampau habiskan masa dgn kerja shj.. 

Andaikata rezeki kita setakat ini.. Samada berhenti keje... Berhenti perniagaan... Jgn sekali kali kita manyalahkan sesama manusia.. Sebab Dia buat begini.. Aku jadi begini... Kalau dia tak ada.. Aku dah maju... Sekali kita terlintas spt itu.. Maknanya kita lupa yg memberi rezeki pada kita ialah Allah.. Allah yg gerakkan hati customer utk beli dgn kita.. Apa yg ada pada kita??? ... Jaga lah relationships sebaik mana sekali pun bila Allah nak putuskan rezeki kita.. Ia akan terputus tanpa diduga... Dtg company besar offer harga modal kita pd customer kita... Apa kita boleh buat??? Melainkan Redha jika ia sampai di sini shj... 


Menang dalam persaingan.. Tapi hati tak tenang... Tiada gunanya hidup.... 

❤️**************❤️


Tenang di penghujung

Tenang di penghujung usia 30 an.


Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. 


Asyik melenting sahaja!


Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.


Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!


Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.

Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.

Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 


Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!


Pang!!


Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.


Kesihatan.

Keluarga.

Sahabat.

Kerjaya.

Ibubapa.

Adik-beradik.

Ipar duai.

Kebendaan.


Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.


 You have to face it!


Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.

Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 

Masa inilah ada yang hilang kerjaya.

Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.

Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.

Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 

Masa inilah kenderaan rosak.

Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.

Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 


Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!


Menguji keimanan.

Menguji kesabaran.

Melatih diri dengan reda dan ikhlas.

Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 

Mengajar diri menjadi lebih beriman.


Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?


Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

               

ALLAH SAYANG-


DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.


DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?


Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!


Hati lebih sabar.

Hati lebih tenang.

Hati lebih ikhlas.

Hati lebih tawaduk.


Hidup lebih bahagia.

Hidup lebih sempurna.

Hidup lebih nampak arah tujunya.

Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 


Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 


Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.


Semua urusan diniatkan ibadah.

Sudah mula ke rumah Allah.

Sudah mula perbaiki diri.

Sudah mula perbaiki solat.

Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.

Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.


Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.


Take a second to think about how blessed you are.


Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.


Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.


Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.


Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.


Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 


Baik, 'kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Friday, 5 February 2021

Khatam Al Quran Nur Sufi Dhiahanna 8thn


Resepi Pulut kuning... Cuci beras sekilo... Masak mcm biasa dgn air selaras dgn pulut.. Letak pewarna kuning.. Pulut dah separuh masak.. Gaul dgn pati santan... Pastu kukus sampai masak... 




Alhamdulillah... Dekna Khatam Al Quran pertama kali hari ini.. ketika umur nya 8thn... Kakak khatam Al Quran kali kedua ketika umurnya 10thn..

Banyak air mata kakak dan dekna menitis di telekong solat sepanjang mengaji dgn sue dan ayahnya... Kadang2 senak biji mata Sue.. Asyik dok jenggil mata kat diorang tanda marah... Jenggil mata tak faham lagi... Sue jerit... Jerit tak faham lagi... Mula sepit ketam merayap... 

Diorang pun mengaji lah dgn air mata... Sambil tersedu2.. Teknik yg sue guna mengajar diorang ialah baca sama-sama... Seiring seirama kakak dan dekna.. Sape yang baca laju.. Dia kena marah.. Sape yg baca lambat sgt pun kena marah...  Seiring dan seirama... Ini untuk memudahkan dekna membaca Al Quran dgn lancar... Dekna akan belajar setiap patah ayat sebutan dari kakaknya... keje sue menegur bacaan hukum mad dan tajwid. 

Tahun 2021... Bermula lah episod utk Sue mengajar Al Quran dgn nama2 tajwid utk diorang ni... Lambat khatam tak pe.. Tp kena hafaz sekali dgn hukum tajwid.

Sambil raikan kejayaan kakak dan dekna Khatam Al Quran ... Kitorang masak lebih utk birthday abg Yem dan kak lin sekali.. Sepakat membawa berkat.. Asben sue masak kari ayam.. Sue masak pulut kuning.... Alhamdulillah.. Sedap giler.. Yess... Sedap giler..nyam2...










Kesian kat kakak dan dekna asyik kena marah time mengaji.. Sue bagi lah reward kat diorang "kolam mandi.. 



Seronok main kolam.. Lupa nak makan.... Diorang takut keluar kolam.. Takut sue buang air... Muahahaha... 


Hadiah pada anak2 juga dikira sedekah..  Semoga Allah terima amalan baik kita.. Semoga Allah ampunkan perbuatan buruk kita... Amin3.. 


Friday, 29 January 2021

Resepi Tapai Pulut


Sue memang suka tapai moden ni... Buh dlm bekas jenih.. Kita nampak lah kualiti tapi tu satu persatu ... Kalu tapai bungkus dlm daun kang.... Kita tak  nampak rupa tapai tu elok ke tak.. Nak kena bukak satu-satu... Leceh!! 

Ini resepinya :
Cara2 nya sgt mudah... 
 Tanak pulut separuh masak 1 kilo...pastu kukus sampai masak.. Pulut keras tak jadi.. Pulut lembik sgt pun tak jadi...  Buat Sedang2 elok lah yea... 

Pulut dah masak... Bentangkan atas loyang sampai sejuk... Pastu kikis ragi guna penapis.. Ratakan atas pulut..  Biar sekata semua... Sue guna ragi 1 biji setengah... 

Pastu masukkan pulut yg dah digaul dgn ragi ke dlm bekas.. Tutup rapat2dan bungkus... Sue perap dlm kabinet dapur selama 3 hari 2 mlm.. 😁 😁 😁 

Sue belajar buat tapai dgn mertua sue... Sebab caranya mudah... 
Bak kata mertua Sue.. Tapai lah pencuci mulut yg paling mudah... Dgn syarat... Kalu korang menuntut ilmu dgn guru yg mudah.. 

Kalau korang menuntut ilmu dgn guru yg payah.. Memang payah lah nak buat tapai oiiii... Nak buat tapai kena menyorok kat celah dapur.. Nak kena ambik wuduk... Nak kena pakai telekong solat... Nak kena senyum meleret time bungkus tapai... Nak kena jampi bagai.. Hadoiii.. Semua tu tahyulll belaka... Nih emak mertua sue bagi tips.. "elok ragi tu... Elok lah tapai nya..."
😂😂😂😂😂

Memandang kan orang tua dah uzur... Jadi kena lah belajar buat tapai sendiri sampai jadi... Nak beli yg dah siap asyik kecewa jea..  Haaa... Belajar lah buat sampai jadi..  Alhamdulillah.. 

Ragi yg elok.. Warna nya kuning sikit...haaa... Itu tips nya.. Jenuh sue kaji pasal tapai.. Nah Sue bagi ilmu percuma... Korang nak niaga tapai pun boleh guna resepi nih... Silakan.. 


Tata.. Titi.. Tutu.. 

Saturday, 23 January 2021

Nasi Goreng Thai

 Nasi Goreng Thai




Firstime Asben sue beli kat restoran Thai ditepi rumah... Sekali makan.. Sedap pulakkkk..


Tapi gak.. Kadang2 tokeynya buat.. Kadang2 tokey tukar menu lain... Tekak kitorang pulak teringin nak mkn sgt2 .. Sue pun belajar dan kaji lah pasal nasi goreng Thai ni kat Google.. Dah jumpa resepi sue share dgn pembaca blog sueperbmama.. 


Buat nasi goreng belacan.. Goreng tanpa sayur... Sebab nasi ni di makan dgn mangga dan ulam ulaman...


Resepi nasi goreng belacan Sue ni... Bawang merah.. Bawang putih... Belacan.. Pati ikan bilis... Garam secukup rasa..


Pastu buat telur dadar nipis dan di mayang halus... Sediakan accessories yang lain.. Mayang cili... Bawang merah.. Bunga kantan.. Limau nipis... Yg paling penting buah mangga muda masam... Mangga ni basic perasa utk nasi goreng Thai lah... Tak de mangga muda tak jadi lah nasi goreng thai...


Selamat mencuba.. Tata.. Titi.. Tutu.. 

Tuesday, 15 December 2020

Manfaat Ruang Balkoni - Rumah Hijau

Hujung tahun ni... nak makan angin tak boleh... apa lagi.. sue manfaatkan balkoni dan kaki lima depan rumah sue laaaaa... 




Pantang anak besar sikit.. pantang ada masa terluang sikit.. mula lah sue cari bahan untung hilangkan rasa tekanan hidup..  hehehe... ramai org cakap... waaahhh.. bisness sendiri best lah... masa bebas... sue hanya mampu jawab.. "selagi kita berada di dunia... selagi tu lah kita akan dibebani dgn masalah... kita boleh pilih.. utk terus berada dlm masalah atau menyelesaikan masalah..." - Inilah prinsip yg sue pegang selama ni...

Sue memilih untuk menanam sayur... untung2 boleh buat makan... kalau tak tumbuh segar sekali pun... sekurang2nya dapat pahala bercucuk tanam... 




kelebihan menanam sayuran hijau ialah membuatkan pandangan mata lebih tenang, malah ia turut membekalkan oksigen di rumah kita. skrg sue cuba disiplinkan diri, bangun pagi... lepas solat subuh, terus ke balkoni melihat tumbuhan hijau. inilah ikhtiar sue sedaya upaya jauhkan mata dari cahaya lampu handphone selepas bangun tidur..



nak kata jimat sebab menanam sendiri... sue tak nampak lagi teknik hydroponic menbawa penjimatan sebab perkakas dan baja nya sangat mahal berbanding membeli sayur di pasar yang satu ikat RM1. apa yang buat sue seronok bila buat kebun bandar ni... sayuran diyakini selamat. InsyaAllah dalam kangkung tu tak ada lintah... itu jea lah... huhuhu... sampai skrg sue makan kangkung dlm mee celup mata mesti juling jea... dok perhatikan kangkung tuh... muahahaha...

Selain tu... sue nak mendidik #the_sufi_sisters_and_Aichan spy berfikiran kreatif... jgn tunggu tanah 14 ekar baru na

k bercucuk tanam, pandang lah apa yg ada disekeliling kita dgn penuh kreatif dan manfaatkan. jgn bagi alasan... "kena ada itu... baru nak buat ini..." ... jika ini alasan anak2 ajukan pada sue... memang sue petir mcm orang histeria laaa.... 






Kerajaan dah laburkan banyak duit untuk dibuat kajian tentang hyroponic.. kita skrg ni tak perlu kaji dah pasal penanaman hydroponic ... kita cuma perlu buat dirumah masing2 shj...

Rumah kita adalah ruang paling selamat dan seronok untuk beristirahat, jadi sebaiknya kita memanfaatkan ruang balkoni sebagai tempat untuk menenangkan fikiran.

Sunday, 6 December 2020

Tanaman Hydroponics - Kebun Bandar

Seperti biasalah.. Hujung tahun.. Anak2 start cuti sekolah... Mula lah sue jadi suri rumah..

Belajar2 lah bermain dgn tanah... Suatu hari nanti.. Kita akan kembali ke tanah jugak.. Setiap kali sentuh tanah.. Kita akan mengingat kan diri kita Yang kita asal dari tanah... Dan akan kembali kpd tanah... 

sentiasa mengingati asal kejadian kita... InsyaAllah.. Tingkah laku kita akan dapat pahala... Jgn tunggu atas sejadah baru nak ingat asal kejadian diri... Jgn tunggu kuliah agama shj di anggap ibadah.. Setiap langkah kita akan menjadi ibadah jika niat dan mengingati Allah setiap saat dan waktu.. 

Sebelum ni sue dah cuba buat tanaman di pinggir jalan... tp tanaman tu sue anggap gagal.. kerana ada vandalisme masa tu... ada spesis suka meracun tanaman org sesuka hati.... sayuran memang tak selamat untuk di makan... kali ni sue beralih ke teknik hydroponic pulak...

fitrah seorang insan yang asal dari kampung... sibuk mcmana sekali pun... tetap nak menanam walaupun hasilnya tak seberapa... kos membeli peralatan hyroponic ratusan ringgit... kalau beli sayur kat pasar borong.. mau penuh bonet kete... hahahaha...

drp sue melangok belek facebook jea.... baik lah sue belek2 kebun kecil sue ini... dpt lah rehatkan mata sekejap drp screen hp dan laptop.

anak benih kat PVC tower lagi... belum sempat alihkan...


sue belajar byk petua menanam dgn abg nizam ni... sambil main basikal hari minggu.. sambil singgah tengok beliau bercucuk tanam. 

yang bekas biru tu... guna air baja shj... bg #the_sufi_sister letak benih.. satu span.. satu benih... apa lagi... becambah lah kangkung sebatang satu lubang... haru.. haru.. haru..

        kos guna tanaman hyroponic tak murah... peralatan dan baja sgt mahal... 
sebab tu... bila kita tengok harga sayur hydroponic sgt mahal kat mall... air baja kat balang tu cepat kering...kena sentiasa topup.. bagus tanaman ni tak perlu siram setaip hari... nak cuti balik kampung pun tak ada masalah.

ini di pagar bawah depan rumah sue...
PVC Tower guna tanah baja... time balik kampung... agak parah lah sikit... sebab tak ada org tlg siram..

kejap lagi sue nak alih... tanaman yang melibatkan tanah dan sabut... sue nak letak kat bawah... hanya teknik tanaman guna baja air AB shj yang ada di balkoni...

sebab??? 

sue takut lipan.. semut...  bersarang dlm pasuuuuu... geli mak kauuuuu.. sebelah tu bilik tido sue... tidakkkkk.... kita tido dia merayap... geli mak kauuuu...


ini sue... gatal nak bermain dgn tanah... tai sgt penggeli...huhuhuhu











Friday, 6 November 2020

7 Nov Birthday Beeya - 4thn

 Happy birthday beeya.. Hari ni genap 4thn.. Semoga beeya mendapat keredhaan Allah dan syafaat Rasulullah di dunia hingga Akhirat.. Amin3...



Alahai budak bertuah ni.. Byk betul dugaan kamu... Bertemu dgn Babysitter yg ke tiga baru serasi..

Bertemu dgn Sekolah tadika yang ke empat.. Baru serasi... 

Umur 3thn start brcakap...

Bila beeya dah pandai bercakap dan Seronok ke sekolah... Baru lah sue start latih pasal pempers..  Hambekkk kauuu... 4thn baru stop pempers.. 😁😁😁 

Latihan berperingkat ini utk elakkan beeya tertekan..

"maafkan Mama jika mendesak beeya utk sekolah terlalu awal... Bukan niat mama utk menyiksa hati ank kecil... Tp mama tak nak beeya ketinggalan drp rakan seusia beeya.. Mama nak beeya membesar seiring dgn usia beeya.. Sebab ape? Sebab mama tahu beeya kanak2 yg bijak hanya dlm satu bidang... Beeya nak mengusai sesuai itu susah.. Tapi bila mahir.. Beeya akan kaji sehingga ke akar umbi.. Beeya nak bertemu dgn orang yang baik itu susah... Bila bila bertemu.. Beeya akan ingat sepanjang hayat" 😓





...Lalu jea kawasan rumah flat... Beeya pun tunjuk.. "rumah ibu dan ayah Wan kat sini kan?" 

Tak ada cara lain utk buat beeya bercakap melainkan beeya bermain dan bercakap dgn kanak2 seusia beeya... Alhamdulillah... Beeya semakin normal dlm percakapan walaupun masih ada pelat... 

Buat masa ini.. Sue tak paksa beeya utk buat latihan buku utk kanak2 4thn... Pada Sue.. Beeya seronok ke sekolah... Mendengar arahan cikgu.. Cikgu suruh duduk dia duduk.. Cikgu suruh beratur dia beratur... Maknanya... Itu adalah kejayaan sebenar buat guru sekolah beeya. 


Skrg beeya dah pandai mengadu.. "Mama.. Kakak dan dekna tak hafaz sifir.. Tengok TV jea.." 

🤣🤣🤣🤣🤣Nampak tak.. Dia nak menyakat kakak2nya 😜😂😅

Kakak pun jerit.. "Beeya ni sibuk je.. Saje jea kan.. Nak mama marah kitorang" 


🤣 🤣 🤣 🤣 🤣