Pages

Wednesday, 13 February 2019

Resepi Putu Halba Kelantan Ori



Putu halba Kelantan.. 

Putu halba ni hanya ada di Kelantan ketika musim hujan.. Bulan 12.. 

Sekarang tak payah nak tunggu musim hujan... tak perlu nak balik klate utk makan putu halba... buat sendiri dapat makan panas2... aloh laaa... senang semesek weiiii...

Kat Sepang ni.. Bersepah ubi kayu.. Tak perlu tunggu hujan lah.. 



Bahan2nya :

Ubi kayu
Halba
Gula melaka klate/siam
Kelapa
Garam


Ubi kayu yg diparut.. pastu perah buang air ubi kayu guna kain yg bersih.
siap perah tu... taburkan halba... letak byk sikit... aroma halba tu memang bangkitkan selera.

guna apa2 acuan yg boleh bentukkan bulat leper.. letak gula melaka kat tengah2.. gula melaka kena letak byk sikit... sebab ubi kayu tawar.. manisnya bergantung pd gula melaka..

sue kukus guna periuk nasi jea... 

Time kukus tu.. Bungkus guna kain.. Towel good day ke.. Bungkus serabai jea.. Tak payah bungkus mcm kafan jenazah... Cukup berbalut jea.. 

Lebih kurang 20minit.. Cuba cucuk dgn garfu.. Tengok masak dlm ke tak... 

Kalu dah masak tu.. Makan dgn kelapa yg digaul dgn garam... Perghhhh... Sedap weiii.. Mkn panas2..


Selamat mencuba.  Tata.. Titi.. Tutu.. 



Monday, 11 February 2019

Urat simpul ketika hamil

Setiap kali mengandung.. Memang tak boleh lari dari urat simpul di belakang lutut .. Makin kerap hamil... Makin byk dan teruk urat simpul. Utk mengandung kali ke 7 anak ke empat ni.. Ya Allah.. Teruknya Sue kena urat simpul.. Biru tebal kat belakang lutut.. Pastu rasa sangat sakit untuk berdiri.

Punca urat simpul makin teruk kebiasanya berlaku pada ibu mengandung yg buat kerja2 melibatkan berdiri lama... Spt pekerja restoran... Pekerja pasaraya.. Terlalu byk berjalan dan kurang rehat (duduk). boleh terjadi jugak kpd wanita hamil yg kerja terlalu lama duduk dan kurang berdiri spt pekerja2 kaunter.

Mengandung kali ni.. Sue pulak uruskan restoran..  Aduhaii.. Memang penat betul.. Bangun pukul 5pagi tu.. Pukul 3pm pulak baru dpt rehat dan duduk kejap.. Itu pun kena sambung utk cuci restoran pulak.. Sedar2 urat tersimpul teruk dah..

Sue cuba urut sana sani.. Sesetengah tukang urut sgt percaya urat dan angin.. Byk angin dlm badan punca urat simpul.. Tukang urut akan urut urat simpul sampai lembutkan urat yg tegang... Alhamdulillah... kalau urat simpul yang tak teruk boleh sembuh dgn urut. kalau dah terlalu teruk... tak elok utk urut sebab takut urat pecah ketika tukang urut tekan di bahagian uarat bengkak.

Ada setengah tukang urut pulak.. Tengok urat bersimpul kebiruan tu.. Disangka kan ada SAKA dalam badan kita ni haaa... Hahahaha.. Itu sue tak nafikan lah.. Bab jin setan ni memang wujud.. Tp Sue ni jenis yg moden tp tak tinggalkan perubatan tradisional.. Sue akan berubat secara tradisional dan moden. Sue tak mudah percaya dan melatah dgn seorang pendapat shj.

ini sue petik darik artikal Baby Center

Apa itu urat simpul?

Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 

Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan

Selepas urut sana sini.. Lega sikit.. Tp masih sakit lagi.. Sue mula minta consultants dgn doc yg pakar dalam bidang perbidanan.

Doc pertama yg sue jumpa.. Klinik Najihah.. Doc terus bagi 2 jenis ubat ni.. Yg dlm kotak utk kecutkan urat.. Yg dlm botol utk kuatkan urat... Tak sangka jugak boleh mkn ubat2 ni time mengandung. Sambil makan tu risau lah jugak... Takut beri kesan negatif pada kandungan. Kalau tak ikhtiar dgn ubat.. Takut urat makin bengkak nanti kena bersalin secara pembedahan.. Huhuhuhu . Lagi sue takut.



Sue mintak consultants dgn prof kat kpcm pulak.. 

"Doc.. Urat simpul teruk.. Kena bersalin czer ke? Sebab kalau urat pecah ketika meneran... Risikonya pendarahan yg teruk.. Betul ke doc?" 

"urat simpul teruk tak perlu czer.. Kalau urat pecah.. Kena jahit lah bahagian urat yg pecah tu.. Tak perlu bersalin czer.." 

"sy ada jumpa sorang doc... Doc suggests ambik ubat daflon utk kecutkan urat.. Boleh ke ambik time pregnant " . 

"boleh.. Makan laaaa..." 

Fuhhhh.. Lega sikit... 

Alah balik kpmc tu.. Singgah ke klinik Siti pulak.. Sambil scan utk simpan kenangan muka baby dlm perut.. Sue bertanya pasal urat simpul jugak... 

"doc.. Kalu urat simpul teruk.. Makan daflon time pregnant ok ke?" 

"Kalau ikut team sy kat hospital dulu.. Doc tak bg Mkn apa2 ubat ketika pregnant.. Sebenarnya boleh jea makan apa2 ubat bila kandungan dah cecah 7, 8 dan 9 bulan... Sebab pembentukan janin dah lengkap.. Tulang dah kuat... Kalau mengandung bawah 7 bulan.. Tak boleh ambik sebarang ubat sebab masa tu pembentukan bayi belum sempurna"

Alhamdulillah.. Dah dpt consultants dari beberapa doc.. Rasa lega sikit... 

Kat sini sue nak simpulkan.. Kalau nak buat rawatan alternatif (urut cara tradisional) boleh.. Tak salah.. Yg penting rawatan hospital jgn di tinggal... 

Hebatnya bidan atau tukang urut zaman sekarang.. Bila berlaku kecederaan yg kritikal... Akan rujuk ke hospital jugak.. Bidan dan tukang urut tak mampu nak jahit luka luar dah luka dalaman. 


tata.. titi..tutu... bye!


Wednesday, 16 January 2019

Aktiviti #the_sufi_sisters musim cuti sekolah 2018


Alhamdulillah... Musim cuti sekolah bulan dec 2018.. Sue rehat sebentar dari hal2 keje.. Sue habis kan masa utk mengenali peribadi setiap anak2 Sue.. Kakak dan dekna tak nak ke taska.. Katanya bosan dok kat taska musim cuti sekolah.. Yea lah.. Sue tak nafi kan.. Budak2 dah besar.. Dah sekolah rendah memang akan bosan dok taska.. Budak seusia ini kerap makan.. Sedangkan taska ada jadual makannya.. Makan nasi dan kuih muih shj.. Tak mungkin pihak taska nak sediakan jajan bagai.. Kalau Sue nak bekalkan jajan.. Kesian pulak budak2 lain terliur.. Tak semua ibu bapa benarkan anak2 nya makan jajan kan.. Mcm sue ni.. Bagi diorang nikmati semua sementara Allah bagi rezeki ni.. Kalau makanan yg tak berkhasiat tu.. Kena tapis lah sikit..

Alhamdulillah.. Kakak dan dekna dah besar.. pandai uruskan diri utk ke tandas... Setiap pagi sue akan buat aktiviti luar.. Adik raina sue hantar pengasuh halfday (bayaran fullday) aktiviti pagi ni termasuk check up kat klinik.. Rawatan gigi kakak dekna.. Masuk office kemas office..  Settlekan hal2 banking.. Semua keje luar sue set appointment waktu pagi shj.. Sedang elok siap sebelum Zuhur.. Sue akan ambik adik raina.. Sue tak mampu nak handle adik raina utk keje luar.. Sebab gaya adik raina mcm baby lagi.. Pagi wajib tido.. Kencing berak nya tak menentu.. Tak berani nak bawak adik raina keluar tanpa Asben.

Kadang2 kesian kat adik raina... Dia dpt rasa yg kakak2nya bersama Mama setiap pagi.. Bila ayahnya hulur utk hantar pengasuh.. Adik raina akan geleng kepala.. Alahai kesiannya..

Aktiviti mengaji Al Quran - arahan Sue pada kakak dan dekna simple jea.. Nak duduk dgn Mama senang jea.. Setiap kali lepas mama solat.. Korang mesti berlari dtg kat mama baca Al Quran.. Kalu merungut tak nak baca Al Quran . Mama hantar taska.. Minggu pertama diorang liat laa... Masuk minggu kedua dah boleh disiplin dah.. Sue solat di ruang parking rumah.. Tempat diorang bermain.. Sebab? Sue nak diorang tengok yg solat itu wajib dalam apa jua sekali pun... Lepas solat terus mengaji kat situ.. Lepas mengaji terus boleh main.

Bebas bermain dalam rumah.. Sue dah tak paksa tido.. Bagi diorang main puas2.. Sebelum ni.. Sue wajib kan diorang tido waktu siang.. Spy diorang cerdas di waktu maghrib.. Skrg dekna dah boleh control.. Dah tak tido waktu maghrib.. Pukul 6.30pm jea.. Semua kena mandi.. Jadi diorang akan segar dan tak mengantuk..

Lepas lunch ambik adik raina main dgn kakak2nya kat rumah.. Sepahkan rumah dgn mainan spy adik raina tak ingat kat handphone (YouTube) 

Buat khemah drp selimut... 



Ruang tamu dijadikan tempat berkhemah.. 



Dah buat sepah kannnn... Haaaa.. Kemas balik sblm ayah balik keje!! 

Jarang2 sekali paksa lah belajar.. Takut2 terlupa ABC pulakkk . 

Kami enjoy!! 

Cubaan buat khemah guna bantal.. 


Kesian buat khemah dpt bantal dan selimut.. Sue dan Asben beli khemah mainan.. Amboiii.. Seronok lah diorang.. 





Pasal jajan.. Haaaa... Memandangkan diorang tak suka kuih muih sgt.. Sue tak habis kan masa Sue utk buat kuih kat rumah.. Sue buat bodoh jea.. Muahahaha.. Kuih beli jea rm3 sehari.. Laksa.. Mee kari.. Beli sebungkus.. Makan 3 org.. Kah3.. Jimat kan.. Diorang lapar cari makan sendiri kat meja.. Tak perlu paksa makan dah...

Baru sue tahu.. Rupa2nya.. Budak2 ni tak boleh kita paksa makan.. Kalu dipaksa lagi dia tak nak... Bila kita buat tak tahu jadual makannya.. Pandai pulak diorang cari makan kat atas meja.. Muahahaha

Monday, 14 January 2019

Restoran Nasi Kerabu Sepang - Cuti Panjang


Pengurusan restoran.. Adehh.. Sue Baru nak serasi dgn dua jadual tugasan harian sue.. eh3.. mengandung pulakkk... Alhamdulillah.. rezeki...rezeki.. rezeki.. kandungan ke 7... 8tahun kahwin... hahahaha... ini boleh dikatakan tiap2 tahun mengandung nih... kalu keje dgn org... mau kena maki... merugikan duit syarikat jea.. asyik nak kena bayar cuti bersalin. itulah hikmahnya.. sue ditakdirkan berniaga sendiri... susah senang kami tanggung sendiri..




Restoran cuti dua tahun??? biar betul??? lamanya?? org cuti 2 bulan jea lahhhh!!!
hehehe... kena sergah dengan regular customer..

Yup... Restoran cuti 2tahun.. akan beroperasi balik pada tahun 2020/2021... bulan berapa?? kami tak pasti lagi.. mengikut kesesuaian masa Sue, suami dan faktor kesihatan baby... 

Penyediaan jualan nasi kerabu melibatkan luar waktu keje.. Mengganggu urusan Sue dan baby.. Kalau baby dah habis tempoh menyusu badan.. Dan pandai main dgn kakak2nya.. Baru lah boleh start niaga balik.. 

Wanita yg pregnant melibatkan 3 fasa.. Fasa pertama ketika mengandung.. Fasa kedua melahirkan.. Fasa ketiga menyusu...

Masa sue bekerja dengan orang.. Cuti yg sue ambil cuma fasa kedua.. Iaitu bersalin.. Bila bekerja sendiri.. Sue bebas untuk cuti berapa lama.. Terutamanya bab restoran Nasi Kerabu Sepang.. Restoran bukan sumber pendapatan utama keluarga.. Tidak membebankan jika Sue sambil cuti utk fasa pertama, kedua dan ketiga.

Anak2 hadir dlm hidup kita hanya beberapa kali shj. Lebih baik sue fokus pada baby.. Betapa besarnya pahala menyusukan anak.

Kerja2 restoran ni memang penat..  Bila badan penat.. Sue hilang selera makan.. Pastu badan jadi tak bermaya dan tak dapat hasil susu badan yg berkualiti utk baby.. Sue rasa tak berbaloi sgt.. Kejar duit sana sini.. Badan penat.. Anak2 terabai.. Rugi sgt.. Anak2 kecil hanya sekali seumur hidup.. 
"Pentingkan yang LEBIH PENTING.. adalah LEBIH PENTING dari yang penting"

Anak2 kecil sekejap jea.. memandangkan Tanggungjawab pd anak2 kecil itu jauh lebih penting.. menyusu badan pada anak bawah 2thn itu lebih penting dari HOBI dan MINAT berniaga... yea... berniaga sunnah nasi... dengan berniaga kita dapat pahala (jika niat kerana Allah)... tp menyusu badan ketika anak lingkungan 2 tahun itu jauh LEBIH PENTING dan WAJIB. diakhirat kelak... kita sebagai ibu... akan dipersoalkan dan akan dihisab, sekiranya kita tak ada sebab musabab yg munasabah tidak menyusukan anak..

Demi tanggungjawab, kasih sayang seorang ibu... sue Ketepikan dulu hobi dan minat. 

bila waktu yang sesuai utk berniaga balik? pada pendapat sue... waktu yg paling sesuai ialah ketika baby dah start campur susu badan dan susu formula... Dah pandai bergurau senda dgn kakak2nya. 

Ramai mengeluh dengan jadual Restoran Nasi Kerabu Sepang... setiap hari sabtu.. sue akan terima wasap... org bertanya restoran bukak ke tak... huhuhuhu

Sabtu ahad.. Cuti umum.. Kami cuti... sebab???  Kesian kat anak2... Diorang tak rasa enjoy hari cuti.. asyik kena marah bila tak ikut arahan.. kitorang pulak sibuk nak serve customer sehingga tak sempat nak layan anak2 sendiri... Diorang akan stress... Tak guna kami kejar duit.. Tapi anak2 terasa jauh dgn kami.. Mama ayah depan mata.. Tp rasa  hati jauh jea.. Sebab tak sempat layan.. Bermain... Bersembang dgn diorang.. Anak2 kecik ni.. Diorang kecik sekejap jap.. Lap Li lap Li tap lom... Diorang dah besar... 

Salah satu punca adik raina lambat bercakap sebabnya sue byk habis kan masa dgn kerja.. Siang mlm keje.. Adik raina dok bawah ketiak ayahnya main hp.. Lama kelamaan adik raina dah  start ketagih hp.. Tak dpt hp confirm mengamuk lah.. Kat sini sue kena fikir balik.. Kena lupa kan hobi berniaga nasi kerabu.. Fokus pd anak2.. Bila stop niaga.. Sue dan Asben ambik keputusan utk bercuti kat phuket dan Bali.. Tujuannya utk betul2 family time dgn anak2.. Nak tebus balik rasa bersalah terhadap anak2 krn Sue terlalu leka dgn kerja.. Skrg kami tak pegang hp time adik raina ada depan mata.. Nak reply wasap pun.. Nyorok2.. Hahaha.. Kami byk kan gurau senda.. Spy adik raina lupakan hp... 

Takut regular customer lari? Segala nya Allah sudah takdirkan.. Customer Nasi Kerabu sue.. Dari tak ada customer.. Boleh jadi ada regular customer.. Sape yg atur selama ni? Allah kan? Apa nak takut?
Waktu perniagaan? Yes... Restoran sue boleh di nobatkan restoran yg bersih dan paling malas... Paling malas????? Yesss.. Paling malas sebab bukak kedai lambat... Tutup kedai awal.. Bukak pukul 8am - 2.30pm shj.. Waktu yg sue bukak sesuai org yg bangun tido lambat.. Muahahaha.. Atau org yg siap hantar anak sekolah... Orang masjid siap solat subuh tak dpt nak membeli... Org yg keje kerajaan tak dpt nak beli nasi kerabu sebelum dan selepas balik keje. sebab kami tutup restoran sebelum org kerajaan balik keje... kenapa? sebab kami pun nak kejar ambik anak2 kat taska... ngeng3... 

Seronoknya Bila berniaga restoran...silaturahim dgn jiran tetangga terjalin... Pengalaman baru sue.. Dpt mengenali jiran tetangga... Kerenah customer.. Ada yg berlagak.. Ada yg kaki complain.. Ada yg lemah lembut.. Ada yang baik hati... Terutamanya yg regular customer dah jadi kawan.. Sblm ni sue keje.. Sue Ibarat spt kera sumbang.. Sebab nya sue buat keje sorang2 tak communicate dgn org... Sekadar senyum shj dgn jiran office. Balik rumah terus masuk rumah tutup pintu.. Esok pegi keje.. Keluar rumah.. Terus tutup pintu kereta... Tak sempat bertegur sape dgn jiran tetangga.. Bila bukak restoran.. Setiap customer yg dtg.. Sue akan tanya.. Tinggal kat mana.. Rupa2nya.. Bukan setakat satu taman.. Siap satu lorong lagi tuh... Belum kira selang beberapa rumah jea... Tapi tak pernah bertegur sape pun sblm ni.. Bila jumpa kat restoran sue.. Baru lah dpt mengenali antara satu sama lain..

Pengalaman pekerjaan sue ialah Medical supplier.. Uruskan brg import supply ke hospital kerajaan seluruh Malaysia... Drp keje2 office yg bersih jari jemari.. Tak lenguh kaki berdiri lama.. Pastu sue cebur kan diri dlm bidang restoran.. Yg melibatkan pembelian duit cash harian... Duit masuk harian.. Beli brg harian... Hohohoho.. Rasa sentap sgt weiii... Patut lah peniaga kecil kecilan sgt berkira bila customer mintak nak extra itu.. Nak extra ini... Sebabnya org yg berniaga nak kaya atau nak survive ni... Memang terpaksa berkira utk dpt kan keuntungan... Kalau mcm sue.. Org nak extra itu.. Ini.. Air kosong atau ais kosong free...  bisness nasi kerabu sue lebih kepada silaturahimahim... Suka2 shj.. 

Ramai yg datang kat sue.. Bertanya cara cara nak bukak restoran.. Pengalaman utk bukak restoran... Tambah lagi.. Sue ni tak ada pengalaman bab restoran.. Tp main langgar jea.. Muahahaha... Sue cuma mampu cakap.. Salah seorang laki bini wajib keje.. Income famili wajib ada yg tetap utk bayar apa yg wajib setiap bulan.. Spt kereta.. Rumah.. Sue nasihatkan... Keje restoran ni sgt sibuk dan penat.. Kalau dah biasa keje office.. Dah biasa duduk sejuk dlm aircond... Sue nasihatkan jgn lah terjebak dgn restoran.. Penat giler.. Badan berpeluh busuk... Jari jemari jadi keras sebab buat keje2 dapur.. Byk tinggal tanda kat tangan percikan minyak goreng telur...

Bisness sendiri tetap hantar anak2 ke rumah pengasuh... Sebab? Sue tak nak anak2 terabai.. Tido makan yg tak menentu.. Membesar dlm restoran.. Melepak di kaki lima.. Hohohoho.. Tak boleh... Tak suka mcm tu... Sebab tu sue terpaksa cuti bila anak2 cuti sekolah...anak2 kami tak pandai lama dalam restoran.. diorang tak pandai hidup dalam restoran... diorang cepat bosan walaupun  dah ada 2 biji smart TV.. di rumah juga kepuasan utk mereka berehat dan bermain..

Semua terkejut bila sue cakap nak cuti 2 tahun.. Semua cakap syg nya kedai dah di setup cantik2.. Palaburan yg puluhan ribu.. Dibekukan begitu shj.. Kenapa cuti panjang?? Inilah jawapannya.. Sebabnya sue Tak jumpa pekerja yg sebodoh sue dulu... Yg boleh buat keje di company org spt company sendiri.. Tak jumpa lagi.. Kebanyakan customer yg dtg.. Tak nak pekerja sue yg masak.. Nak sue yg masak.. Drp sue bg service yg mengecekan customer.. lebih baik sue cuti.. Tak rasa sayang ke? Dah renovate cantik2.. Labur modal yg besar.. Alhamdulillah.. Dihati sue ni.. Sue cuma anggap restoran Nasi Kerabu Sepang adalah rumah kedua Sue.. Bila sue pergi office utk buat keje2 medical.. Sue rasa seronok sgt.. Ibarat seperti.. Office Sue ada dapur.. Senang.. Rasa nak minum.. Nak mkn.. Nak panaskan makanan.. Semua kelengkapan dah ada.. Senang kan? Tak perlu makan kat kedai. Cuma yg sayang nya.. Sue sudah mahir selok belok restoran.. Susunan keje2 restoran... Mcmana nak bahagikan masa antara restoran dan keje2 medical.. Tiba2 cuti bertahun2 pula... Nak start operasi balik pada Jan 2020... Hadoiiii.. Mesti buntu giler weiii.. Buntu mcm Mula2 bukak restoran ari tu..  Haru.. Haru..

Minat niaga nasi kerabu dtg selepas arwah ayah sue meninggal dunia.. Sue rasa syg sgt dgn resepi nasi kerabu emak sue.. Walaupun terpaksa modify sikit utk niaga kat sini... Rencah nasi kerabu tak boleh lambak atas nasi mcm kat Kelantan... Sebab customer kat bandar ni.. Tak pandai gaul semua spt org Kelantan jati makan... Nasi kerabu mesti warna biru.. Mesti ada tumis... Emak sue jual nasi kerabu biru tak ada tumis.. Sue kat sini wajib ada tumis.. Customer siap mintak extra tumis lagi.. Sebab tak pandai mkn nasi kerabu kering... Memandang adik beradik tak ada yg bukak restoran Nasi Kerabu.. Tak pe lah biar sue sambung rasa sebenar nasi kerabu yg tak manis ni..

Restoran Bukan sumber pendapatan utama keluarga Sue... Rasa nak cuti.. Kami cuti jea.. Anak2 cuti kami cuti.. Biar lah sedikit.. Asalkan diberkati.. Drp byk yg menyusahkan..

Tahun ni sue dah selesai menyusukan adik raina.. Tu yang berani bukak restoran.. 1 July 2018 opening restoran.. July jugak lah tahu pregnant.. Haduddudu... Luar jangkaan Sue... Sebab Asben cakap anak nak 2 org jea.. Tang ting tong.. Keluar adik raina.. Sue ingat adik raina bongsu.. Tang ting tong.. Ngandung laaaaggggiiiiii... Huhuhu... Yg mampu cakap.. Syukur Alhamdulillah... Pembuka rezeki restoran Nasi Kerabu Sepang.

.. Habis kan masa cuti di bulan November dan December bersama dgn anak2 kat rumah sambil melayan baby bum2 dlm perut nih.. Musim cuti sekolah lah masa utk mengenali perangai anak2 selama 24jam.. Andaikata.. Sue niaga nasi kerabu musim cuti sekolah.. Customer dtg bawak anak2.. Sue sempat hidangkan makanan utk anak2 customer.. Percaya tak.. sue kadang2 terpaksa hold hidangan utk anak sendiri.. kalau kakak daina cuti sekolah, dtg retoran sue.. kadang2 dua tiga kali kakak mintak nak nasi lemak.. sue akan cakap.. tunggu kejap.. ada customer ni... kakak pun kecewa..

Tak pe.. Tunggu anak2 besar sikit baru start niaga nasi kerabu balik... Bila anak dah besar.. Sue akan latih diorang mcmana cara utk mengemas.. Menyusun.. Menguruskan cash... Sambil diorang belajar kat sekolah..diorang dah buat praktikal dgn Mama dan ayahnya.

Kenapa sue niaga breakfast dan lunch shj.. Sebab kunci rasa masakan hanya ada pada tangan Sue hanya itu shj... Itu shj waktu sue free.. Petang sue perlu jumpa client medical.. Andaikan terlalu byk keje2 medical.. Restoran akan cuti utk sue settlekan keje2 hakiki Sue.. Sue tak pernah percaya dan tak mungkin percaya pada staff utk handle masakan di Restoran Nasi Kerabu Sepang. Jika berlaku kecuaian sedikit jea... Boleh membawa keracunan makanan.. Sue bukan lah perfect memasak.. Tp itu lah cara Sue ikhtiar utk yg terbaik pada customer.. kalau susu terlupa nak letak dalam peti ais...boleh basi.. kalu pinggang basuh tak cuci.. boleh keracunan.. kalau staff kerap bersin  kat kawasan makanan.. boleh bawa penyakit... 


Kenapa sue tak pernah percaya pd staff?
Dah byk kali terkena.. Pukul 12 masuk keje.. Pukul 11.59 bgth tak sihat... Pukul 10am masuk keje.. Pukul 10.10 bgth tak sihat..

Sue belum jumpa lagi pekerja yg betul2 minat utk bekerja hingga sue boleh bayar gaji tetap, dalam dok tunggu.. Pilih memilih.. Sampai sekarang tak jumpa lagi.. Kami buat keputusan.. Restoran Nasi Kerabu Sepang cuti panjang mengikut kesesuaian masa dan keadaan utk beroperasi semula. 


Okey.. Tata.. Titi.. Tutu..

.

Saturday, 29 December 2018

Ubud, Bali - Indonesia

Hari terakhir di Bali.. Biasanya Asben beli flight tengahari.. Pagi tu tak sempat nak jln2 dah.. Kali ni Asben beli flight mlm.. Jadi pagi tu sempat lah round ke ubud... Memandangkan kami semua dah penat giler.. Tak larat nak bergambar dah.. Sekadar minum air jus dan makan buah sambil tengok pemandangan dan permainan Kat sana.. Buaian yg digantung tinggi dari pokok kelapa ke pokok kelapa.. Memang gayat dan menakutkan laaa.. 

 Tips nak dpt gambar yg cantik.. Masa baru2 sampai tu.. Terus ambik gambar byk2.. 

Kat sini byk aktiviti lasak... Buaian yg tinggi... Ambik gambar kat sarang burung.. Kitorang dah tak terlayan dah... 


Tourist Guide bagitahu.. Kitorang bernasib baik.. Sebab sepanjang kat sini tak hujan.. Sedangkan minggu lepas ramai pelancong tak dpt main pantai sebab hujan... Hari ni hari last kitorang kat sini.. Lepas mkn tengahari . Baru lah hujan turun sgt lebat.. 

MasyaAllah.. Rezeki #the_sufi_sisters dpt main pantai dengan puas.. 

Sambil makan nasi ayam penyet... Sue sembang dgn asben.. 
"kita niat utk hiburkan hati anak2.. Allah bagi ruang utk anak2 kita main pantai.. Skrg habis jea aktiviti kita... Hujan Rahmat pun turun.." 


Apa yg dpt sue simpul kan.. Pulau Bali adalah pulau yg penuh dgn adat2 org Bali dan adat2 orang agama hindu. 

Kat Malaysia.. Mejoriti agama hindu adalah org India.. Kat Bali org Indonesia yg berada di pulau Bali mejoriti agama hindu. Pakaian adat diorang baju kebaya jaring dan kain batik.. Pakai kain / selendang warna kuning.. Merah.. Putih.. Ikat kat pinggang. Adat diorang sgt kuat.. Nak masuk Ulu waktu pun kena pakai pengikat kuning atau kain purple kat pinggang.. 

Tourists guide bagitahu.. Agama hindu kat sana adalah agama yg mahal.. Selalu ada program2 yg perlukan kewangan.. Ada majlis kematian.. Sana sini jual peralatan sembahyang org hindu.. Spt bekas utk bakar2 colok... Pembakaran mayat paling murah rm6k. 

Betul lah Islam tu mudah dan tidak membebankan... Sgt mudah.. Nak beribadah tak perlukan duit.. Cukup lah pakaian menutup aurat... Dan boleh solat di mana2 shj asalkan tempat yg bersih. Allah menilai manusia pd hati.. Perbuatan dan lisan.. Kita org islam.. Berzikir sambil duduk.. Sambil baring.. Berdiri pun boleh dpt pahala... 

Bila kita mengembara.. Bermusafir.. Baru lah kita rasa betapa mudahnya solat.. Solat boleh jamak dan qadar.. Mudah kan..


Sekian.. Tata.. Titi.. Tutu.. 


Friday, 21 December 2018

Main air pantai di Bali, Indonesia

Tourist Guide akan bawa kita ke kuil jea.. Semua kuil diorang akan rekemen utk ke sana. Kalau bab mandi pantai.. Dia akan limit kan masa sejam setengah gitu.. Memandang kan #the_sufi_sisters tak minat ke tempat tu.. Kitorang lebih seronok habis kan masa dalam air pantai 1 hari.. Ubah plan.. Batalkan plan utk ke Ulu waktu dan Tanah Lot.. Kedua-dua tempat tu temple utk ambik gambar..

Pantai Pendawa.. Pantai terbuka yg memang dipenuhi dgn pengunjung.. Nak main air memang tak privasi...



Sekali rombongan sekolah sampai... Fuhhhh.. Penuh pantai... 






Hari ke tiga - kitorang ke pantai Nusa Dua. Pantai bersambung dgn pantai pendawan... Ombaknya di tengah.. Dipersisir pantai tak ada ombak.. Sgt sesuai utk anak2 main air.. Bersebelahan hotel 5 bintang.. Nak masuk sini kena bayar parking.. 








Air jernih mcm cermin.. 

Main drp air pasang.. Sampai air surut lah.. Itu pun tak puas main lagi.. Sebab nya bersih.. Badan tak rasa melekit sgt... 



Jernih mcm air terjun.. 
Ada yg cakap.. Tak best mana dtg bali sebab.. Pusing sana tourist Guide bawa ke temple.. Pusing sini ke temple... Kitorang tak follow jadual tourist guide yg dah di bincang sblm ni.. Kitorang buat apa yg anak2 suka.. Anak2 nak main pantai puas2.. Kitorang cancle kan semua plan utk ke temple.. Kitorang habiskan masa main pantai jea.. Kita yg bayar tourist Guide.. Dia kena ikut kehendak kita.. 

Seronok atau tak ke satu2 tempat pelancongan.. Sebenarnya letak pada hati dan jadual yg kita ciptakan.. 





Tempat Makan yang halal di Bali

Makanan.. Kitorang prefer makan kat gerai tepi jalan.. Tak suka kat tempat mahal.. Sebabnya.. Masakan Indon ni tak kena sgt dgn selera sue.. Aihhh.. Susah betul nak jumpa yg kena dgn tekak.. Alang2 mkn sekadar utk alas perut.. Lebih baik makan kat tempat yg murah.. Kalau makan habis rm150 pun.. Tak kenyang sebab tak kena dgn selera.. Lebih baik mkn kat tempat rm30 gerai tepi jalan.. Pun kenyang gitu2 jugak kan.. Hahahaha .


Kat jimbara pun sue tak boleh nak nak telan.. Walaupun diorang cakap halal.. Sebabnya dikelilingi dgn org yg minum arak.. Tambah pulak waktu maghrib.. Tunggu matahari terbenam.. Haduhhh.. Itu lah waktu kemuncak syaitan mengacau anak kecil... Kalau tak singgah sini.. Rasa tak complete pulak dtg Bali.. 

Kalau budak2 ni meracau.. Sue akan suh Asben azan kat telinga #the_sufi_sisters lah jawabnya.. 



Ini salah satu restoran yg kitorang boleh makan la... Nasi tetap tak ada kuah.. Sambalnya pedas menyingat.. Sekali cicah cukup utk berair mata dan teguk ais segelas.. Itu pun.. Tourist Guide cakap.. Itu tak cukup pedas bagi org bali.. 
Kat sini.. Karipap pun di selit cili padi... Hadududu..



Cili yg akan digiling utk buat sambal.. Erkkkk.. Pedasss.. 



Ini di Restoran Ayam Tulang Lunak.. Biasanya turun jea dari Airport.. Tourists guide akan rekemen makan kat Sini.. Sedap ayamnya rangup.. Tulangnya pun rangup.. Boleh makan sampai licin ayam tu... Tulang lagi sedap dari isinya.. Tp tak kena sgt dengan selera sebab nasi, lauk dan sayur semua berkuah sambal.. Anak2 tak dpt makan langsung..





Aduhhh.. Tak kena sgt dgn selera.. Malam tu termenung Sue.. Mcmana nak survive ni.. 4hari kat sini.. 

Esok kan kitorang tukar plan.. Cari gerai tepi jalan.. Gerai kecik2 jea.. Kebanyakan gerai kecik halal.. Sebab peniaganya org jawa.. Org madura.. Alhamdulillah.. Ok la.. Anak2 pun makan nasi dgn sup sayur... 

Sue order coklat susu ais.. Dibaginya.. Susu panas manis gula.. Air coklat cair.. rasa nya terlebih gula.. Hadudududu.. Esoknya beli air mineral jea.. Haaa.. Tak yah membazir.. 





Nak cari makanan halal di Restoran besar2 kat sini memang susah.. Sebab makanan yg tersohor kat sini babi guling.. Kebanyakan pelancong dtg sebab nak makan babi guling... Aduhhh.. Sue ni.. Bila dengar babi kang.. Terbantut selera makan...

Asben sue ni suka masakan Indon sebab dia pun keturunan banjar masin... Dengan semangat nya Asben beli satey madura.. Ambik secucuk.. Cicah kuah.. Terus ngap... Tiba2 tersedak terjelir tersangkut kat tekak.  Kah3.. Dia cakap kuah satey tak rasa kacang.. Tp Rasa belacan.. Hik3

Dengan semangat nya kakak ambik lontong.. Ingatkan rasa mcm satey kajang... Sekali.. "Mama... Nape pelik sgt rasa satey nih.." hahahahaha... 


Memcari yg halal itu fardhu... Sue tanya mak cik org islam yg menetap di Bali.. Tentang restoran halal.. Mak cik tu cakap.. Satu dlm seribu kat sini.. Kalau mahu yg halal.. Cari yg gerai tepi jalan yg tulis halal.. Dan perempuan yg niaga pakai tudung... Gerai madura.. Gerai Jawa juga halal.. Kebiasaannya peniaga tu dtg dari luar... Berniaga makanan yg halal kat sini.. 

Gerai tepi jalan lagi sedap dari restoran besar.. Kerana ianya halal...