Pages

Monday, 22 April 2019

Hibah Amanah Bersyarat sebelum didatangi Malaikat Maut



Sue bukanlah punyai harta yg byk.. Bukan lah ada duit berjuta.. Tp jika tidak di hibah apa yg sedikit ini... Takut2 jadi pergaduhan.. Kerana kita tidak tahu sejauh mana tahap keimanan pewaris selepas kamatian kita.

Pernah tak korang jumpa.. "Org yang paling warak pakaiannya.. Itu lah paling tamak dgn harta pusaka.."


http://sueperbmama.blogspot.com/2016/09/surat-wasiat-di-pejabat-agama-islam.html

Entry sebelum ni sue ada menulis tentang wasiat... tp wasiat itu tak kuat rupanya... jika salah seorang pewaris tuntut di Mahkamat utk pembahagian ikut faraid.. maka gugurlah wasiat yg sue buat tu.


Membuat wasiat atau hibah.. Tak perlu harta berjuta.. Harta yg sedikit pun perlu buat hibah bagi mengelak waris yg hidup berkelahi yang mengundang iri hati... 





MasyaAllah... Siapa sangka kan... Kawan adik sue adalah perancang harta pusaka sue.. Masa adik sue dan Shahirah sekolah rendah dulu... Sue garang dgn diorang.. Garang mcm kak ros layan upin ipin.. Muahahaha.. 

Lafaz Qabul

Lafaz Ijab

Untuk lebih terjamin masa depan #the_sufi_familly ... kali ni sue labur kan utk buat Hibah Amanah di Pusaka Kuds Sdn bhd.. sebelum ni ada agensi offer buat hibah utk harta yg cash sahaja. kat pusaka kuds ni... hibah boleh dibuat kat harta yg masih ada loan dengan syarat ada MRTA. Zaman skrg mana boleh beli harta secara cash.. Kalau mampu beli sekali pun.. Hari ni kita bayar rm200k utk kedai secara cash.. Esok sampai lah lhdn datang utk buat pengiraan dari mana dtg nya rm200k.. Kebanyakan org kaya pun beli aset secara hutang pastu ambik MRTA.. 

Mengurus dan merancang harta adalah sangat digalakkan di dalam Islam. Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala”

Sblm harta kita menjadi harta pusaka.. Lebih baik kita buat wasiat hibah amanah bersyarat.. bagi mengelak anak2 kita merempat terbuang akibat drp orang yg mengambil harta mengikut faraid tetapi tidak mengambil tanggungjawab menjaga anak yatim.

Ingat satu perkara.. sebelum kita ada anak.. gaji kita berapa sen sgt kan? cukup2 utk mkn, bayar kereta, bayar rumah sewa.. habis sebulan habis lah gaji.. dengan hadirnya setiap anak.. hadirlah rezeki kita berlipat kali ganda... disebabkan kecuaian kita.. sikap sambil lewa kita... kita mati tanpa membuat wasiat/hibah... ke mana mengalirnya rezeki yg hadir bersama dgn anak2 kita tu.. adakah anak2 kita masih dpt menikmati selepas kematian kita atau harta tersebut sudah mengalir kpd waris yg lain tanpa mereka merasainya...


Matlamat sue utk buat hibah amanah bersyarat.. utk mengelakkan anak2 meminta2... bukan tak nak bagi kepada adik beradik... adik beradik ada kudrat utk bekerja... jadi bekerjalah... anak yatim tak mampu bekerja.. kos pembelajaran pun tinggi... patut ke.. saudara mara joli katak dengan harta pusaka... sedangkan anak yatim terpaksa merempat di rumah anak yatim... harapkan sedekah dan sumbangan org ramai?? Terpaksa jual kelendar utk hidup di rumah anak yatim.. Akibat drp kecuaian ibu bapa dlm menguruskan harta sebelum mati.. 

bagi orang lelaki yang berharap harta pusaka.. pasti akan jawab... ehhh... hukum kata.. aku anak lelaki dpt harta byk... hukum faraid kata... anak yatim perempuan tak banyak dpt harta... itu dah takdir hidup anak yatim perempuan... nak buat macamana??? jika ada ahli waris bersikap begitu... cepat2 buat hibah amanah bersyarat. Kasihani lah anak yatim.. Kasihanilah penjaga harta anak yatim. 

Wasiat / Hibah - bukan kerja percuma di dunia ini.. Tapi ia merupakan pekerjaan yg hasilnya kita dpt di akhirat kelak "Pahala Senyap" . Kita sibuk bekerja kumpul duit utk "silent money" tp Kita juga boleh buat "silent pahala". Ramai org islam takut utk kaya.. Sebab takut di hari pembalasan kelak di soal oleh malaikat setiap harta yg ada... Andaikan kata.. Kita mati dlm keadaan sudah harta dihibah.. Itu bermakna kita mati dalam keadaan selesaikan perbalahan.. Lepas jea kita mati.. Automatik harta jadi hak milik si pewaris. Andaikata kita mati tanpa hibah.. Pewaris yg bau2 belacan pun turut berebut sekali menyebabkan kita terseksa dgn harta yg kita ada.

Ingat satu perkara!!! .. Hanya Org yg ada harta shj memiliki pahala sedekah.. Pahala zakat.. Dan pahala wasiat.. 

MASA buat hibah ni.. Sue tengah pregnant anak ke 4.. Dan dah scan dpt boy.. Sue tetap buat keputusan untuk buat hibah.. Sebab sue nak semua anak dapat sama rata.. Nak harta lebih kerja sendiri.. Sue tak nak anak lelaki berada di zon selesa.. Sentiasa berharap utk dapat lebih drp adik beradik yang lain.

KENAPA PERLU MERANCANG HARTA ANDA?


1. Supaya harta tidak beku - ingat tauuu... bila sijil kematian kita sudah sampai ke balai polis... secara automatik harta si mati sudah beku. contoh : jika si suami sempat mengeluarkan duit dr akaun isteri yg meninggal secara cash/transfer online selepas jam / tarikh kematian.. waris yang lain (adik beradik arwah si isteri) boleh dakwa si suami.

2. Hutang dibayar dengan cepat

3.Hak dan kebajikan waris terbela.

4. Supaya harta dapat digunakan oleh waris.

5. Harta dapat diuruskan dengan cepat dan mudah.

6. Harta dapat dipindahkan mengikut hasrat org mati

7 Hak anak bawah umur dan kabajikan anak kurang upaya terpelihara.

KITA KENA SELAMATAKAN HARTA HAK MILIK WARIS KITA.

- 80 Billion harta orang mati terbeku.
- Banyak hutang orang mati tidak dibayar.
- 900,000 Geran tanah masih nama si mati
- Akuan bank dan ASB beku setelah pemilik akaun meninggal dunia
- Waris bergaduh berebut harta pusaka
- Mertua bolot rumah dan duit arwah anak lelaki
- Isteri dan anak arwah dihalau dari rumah dan dibiar hidup susah.
- Bapa ambil semua harta pusaka arwah isteri dan mengabaikan anak kandung.
- Waris terpaksa bayar kos yang tinggi untuk menguruskan harta pusaka.
- Kereta dan motor tidak dpt diperbaharui cukai jalan kerana masih nama orang simati.


HADITH BERKENAAN :
"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan mereka meminta-minta."
Adakah hadith di dalam poster itu sahih?
Jawapan :
Ada hadith tersebut diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dalam Sahih Bukhari, lafaz Arabnya:
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ
Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas radiallahu 'anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam datang menziarahi ku ketika ku di Mekah. Baginda tidak suka untuk mati di tempat yang baginda berhijrah daripadanya. Baginda berkata: Semoga Allah merahmati Ibn 'Afra'. Aku berkata: Ya Rasulullah, aku mewasiatkan harta ku kesemuanya. Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Separuh? Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Sepertiga? Baginda: Ya, sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak.
إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ وَإِنَّكَ مَهْمَا أَنْفَقْتَ مِنْ نَفَقَةٍ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةُ الَّتِي تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَكَ فَيَنْتَفِعَ بِكَ نَاسٌ وَيُضَرَّ بِكَ آخَرُونَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ يَوْمَئِذٍ إِلَّا ابْنَةٌ
Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia. Sesungguhnya engkau akan membelanjakan harta engkau dan ia akan sesungguhnya adalah sedekah hatta makanan yang engkau suapkan ke mulut isteri engkau. Allah akan memanjangkan umur engkau lalu orang ramai akan mendapat manfaat daripada engkau dan sebahagian orang (iaitu musyrikin) akan mendapat mudharat daripada engkau. Beliau tidak memiliki waris kecuali seorang anak perempuan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wasoya, hadis no: 2591].
# admin
Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Hukum faraid jelas dan sempurna.. Yg tak sempurna nya ialah manusia yg menerima faraid.. Kenapa sue cakap mcm tu?

Contoh : kos proses naik turun mahkamah.. Waris mintak bayar sama banyak tidak kira lelaki atau perempuan.. Contohnya rm200 setiap adik beradik. Pembahagian Harta mengikut faraid byk pada pihak anak lelaki.. Cuba bayang.. Anak perempuan.. Itu kalau dapat harta sikit.. Kalau dah diwasiatkan itu ini utk anak lelaki.. Anak perempuan tak dpt apa pun.. Dah lah tak dpt apa.. Kena kongsi sama byk kos mahkamah pulak.. Kenapa kos mahkamah tidak mengikut faraid? Sepatutnya org yg terima harta jea lah yg bayar kos mahkamah.. nasib baik anak perempuan zaman skrg bekerja... boleh lah bantu bayar perbelanjaan mahkamah... bagaimana pulak nasib jika anak perempuan yg tak bekerja. dah lah tak dpt harta... kena mintak duit dgn suami utk bayar kos mahkamah pulakk. tujuan faraid yg Allah tetap kan spy tidak membebankan anak perempuan... jika tidak dpt harta.. maka tidak ada lah kos perbelanjaan mahkamah. jika sudah ada disekeliling kita.. ada sikap yang suka ambil tetapi tidak pandai mengeluarkan.. maka cepat2 lah buat buat wasiat Hibah Amanah bersyarat. kalau tak... kita ibarat spt mengabaikan hak yg sebenar...

Balas jasa.. Zaman skrg anak perempuan pandai cari duit sendiri.. Org tua akan berharap anak lelaki dan anak perempuan balas jasa mereka.. Maknanya.. Tidak kira lelaki atau perempuan.. Kena berbakti pada org tua..

Zaman dulu yea.. Anak perempuan tak ada pendapatan.. Harapkan duit suami.. Bila dah kahwin.. Ibubapa lepas tangan terus terhadap anak perempuan.. Zaman skrg tidak.. bukan mcm zaman dulu.. zaman dulu orang bangga dapat anak lelaki sebab boleh tumpang serba sedikit hasil titik peluh anak lelaki. zaman sekarang... ada sesetengah tu... rezeki anak perempuannya jauh lebih murah dari anak lelaki... jauh lebih kaya dari anak lelaki... orang tua pun tak rasa segan silu nak mintak duit dengan anak perempuan dah sekarang... contoh kawan perempuan sue, emaknya sedih anak perempuannya nak berkahwin awal, sebabnya.. dah kahwin dah tak boleh bagi duit kat emaknya dah... sedangkan anak lelaki ramai...

ada satu cerita lagi tu : anak perempuan jaga emaknya yg uzur.. pembahagian harta mengikut faraid.. harta dpt kat anak lelaki... boleh dikatakan tak ada utk anak perempuan, alasannya anak perempuan dah kaya. bukan ke.. dpt harta pusaka itu seiring dgn tanggungjawab menjaga org tua atau menjaga anak saudara yang yatim piatu sekiranya pewaris mengambil harta pusaka.

Apa itu harta Harta Batil? 

Dipetik dari fb 
Zie, Perancang Harta Pusaka 

As-Salihin Trustee Berhad

Harta batil...memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil...

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim....memakan harta batil...

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka...hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya...bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain....

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan. Fuit insuran atas nama bapa si mati. Selepas kematian...puhak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya...dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid. 

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain. 

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula...apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari Client2.
Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....

Waris memakan harta batil....bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua nilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil...HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL...

Renung2...dan fikir2kan lah...
Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah...duduk sejenak....renung....apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???
Jika ya...jangan malu...PULANGKANLAH HAK WARIS yg teranianya...
Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah...mungkin berat rezeki....mungkin mendapat sakit....mungkin berat jodoh...semua tu rahsia Allah....



Renung2 lah.. Adakah kita sudah adil sebelum kita berhijrah ke Alam Kubur?


Hamba yg hina ini.. Memohan maaf sekiranya sepanjang penulisan hamba ada yg terguris hati... 

Terima kasih auntie shira bagi hadiah baju kat aisar.. 


Thursday, 4 April 2019

Menu berpantang 2019


Menu berpantang ni mengikut kesihatan diri Masing2 . Setengah orang alah dgn telur.. Kalau makan telur nanti luka cepat bernanah.. Setengah orang untuk elak sembelit kena minum kopi..  Setengah org minum kopi boleh jadi sembelit... Jadi.. Setiap orang ada alahan Masing2..

Jangan ikut menu berpantang orang lain.. Ikut lah kekuatan diri sendiri.. Contohnya.. Emak dan kakak sue berpantang lauk dengan ikan selar kuning.. Sue pulak alah dgn ikan selar kuning.. Utk sembuhkan luka.. Hanya ikan haruan  Jea yg serasi dgn sue.

Korang nak berpantang boleh lah Google jenis lauk dan menu masakan.. Tp kena tengok pd keserasian dgn badan sendiri..  Kalau korang Google tentang menu berpantang.. tempe dan tauhu tak boleh dimakan... Katanya angin.. Tp sue makan jea.. Alhamdulillah.. Tak berangin dgn badan Sue.

Dalam tempoh 1 hinggi 10hari Sue cuma mkn nasi putih + sayur sawi + sup ikan haruan. Ramai yg viral ikan haruan bahaya.. Lendir nya boleh buat perut bersimpul.. Sini Sue nasihatkan.. Kalau nak makan ikan haruan.. Cuci ikan haruan bersih2 . Buang semua lendir dgn tepung gandum.. Sikit pun jgn ada lendir... Sue guna span basuh pinggang.utk buang lendir yg dah siap ditabur dgn tepung gandum. Sental mcm basuh kasut sekolah gitu.. Bila dah masak tu.. Makna isi ikan shj.. Jgn mkn kulit ikan sebab kat situ ada lendir.. Ini link Sup ikan haruan ..

Kat bawah ni menu selepas sembuh luka bersalin.. Iaitu lebih kurang selepas 10hari lah.

Sup brocoli + nasi putih + ikan bilis goreng.. 

Nasi putih + kentang goreng + sup kentang dan sawi.. 

Tempe goreng dgn bawang putih garing.. 

Sup sawi + tempe goreng + nasi putih

Kentang goreng dgn bawang putih garing.. 

Percubaan makan ikan selar singgang.. Gagal.. Tiba2 rasa sakit bahagian beranak.. Okey.. Stop!! 
Tauhu goreng dgn bawang putih garing.. Tabur garam atau lada sulah.. Memang sedap!! 

Ini nasi goreng.. Tumis bawang putih + garam... Hmmm... Sedap!! 
Aroma bawang putih yg menaikkan selera.. 
Pada masakan berminyak sgt penting.. Sue masak guna minyak zaiton.. Minyak bagus utk elak sembelit.. 

Masuk hari ke 20... Hmmm... Boleh lah curi ayam masak lemak yg Asben masak utk anak2 kannn.. Pahit tekak lah asyik mkn sup masin jea.. Errrr.. Sayur pun dah Tersangkut kat tekak dah tauuu... Kena tonyoh dgn sudu nak telan sayur.. Huhuhuhu 

Hari ke 21 - 30.. Boleh lah try masak lemak sayur... 

Hari ke 31 - 45.. Boleh lah makan semua makanan kecuali yg gatal dan pedas.. Sebab  takut beri kesan sampingan pd kulit baby bagi ibu yg menyusu badan. Lagi satu.. Tak boleh makan pedas sgt.. Takut baby cirit birit... Sebab perut baby masih lagi muda... 

sue dah boleh masak sendiri pd hari ke 10.. 



Emak sue dtg ziarah cucu barunya pd hari ke 14.. Terkejut tengok sue dah boleh masak sendiri... 

"hari ke 14 dah boleh masuk dapur... Org zaman dulu hari ke 14, muka pucat.. Jalan terbongkok pegang perut.." 

"org dulu2 tu mak... Lambat sihat bukan sebab sakit bersalin.. Tp tak cukup zat.. Mkn nasi putih.. Ikan kering.. Air kosong secawan 3 kali sehari.. Sepanjang 44hari..Mcmana nak sihat?? Mcmana tak jalan terbongkok2.. Nak berdiri pun berpinar mata sebab pening tak cukup zat dlm badan... Org dulu2 bersalin tak koyak . Sepatutnya 3hari dah boleh berjoget kat dapur dah Kalu ambik makanan berkhasiat mak oiii "


Okey.. Bye!! 
Try sikit2 menu baru.. Kalau badan boleh terima.. Esok try byk pulak... Muahahaha... 


Wednesday, 20 March 2019

Pengalaman Bersalin di bilik VIP KPMC kajang - Anak no 4


Bersalin dengan Doc lelaki kerana Kepakaran nya...

Ini penerangan tentang hukum bersalin dgn doc lelaki.

Alhamdulillah... Anak keempat dapat rezeki anak lelaki.. Dpt lah merasa shopping warna biru... Koko... Oren.. Muahahaha..
Dah 3 org anak dok shopping baju warna pink jea.. Kali ni dpt tukar warna. 


Jom menghafal #asmaalhusna Alunan dari #the_sufi_sisters 



Sudah menjadi kebiasaan.. Bila nak bersalin ke.. Bila nak balik kampung ke.. Bila cuti raya ke.. Asben akan sibuk.. Sebab nya semua nak siapkan keje sblm bercuti... 
Sambil tunggu giliran sue checkup kat ruang menunggu pun Asben buat keje2 online. 

Prof tanya "ada sakit2 tak?"

"sakit yg boleh tahan lagi.. Sebab tak ada turun tanda.."

"baby tak nak keluar lagi.. Sebab ibu ayahnya sibuk bekerja ni.. Kalu nak ikutkan keje.. Sampai bila2 tak selesai..."

Bila proff dah nasihat mcm tu.. Saya nak serah diri lah skrg.. "prof, ada wad kosong tak skrg ni?" krik3

Sue lagi lah bizi sebab tak ada staff.. Sambil menunggu hari.. Sambil siapkan keje2 office dan delivery brg.. 

Ini gambar 39minggu 4hari..


Kalau di pandang pada zahirnya.. "Waaa.. Org kaya bersalin kat bilik VIP.."
Sebenarnya... Kitorang terpaksa ambik bilik VIP sebab Doula bawah umur terlalu ramai.. Bukan sebab nak kan bilik yg mewah.. #the_sufi_sisters dpt lepak dan bersepah dlm bilik bila nurse  dan doc dtg utk check sue.

Pakej yang Asben sue ambik mengikut keadaan dan keselesaan keluarga. Setiap rezeki yg Allah bagi hendaklah digunakan dengan sebaiknya.. Kerana setiap sen yg kita dpt akan dihisab di Akhirat kelak..Alhamdulillah.. Rezeki anak keempat Asben booking bilik VIP.. Sesuai dgn keadaan keluarga kami yg anak deret2 ni.. Tak sanggup nak berpisah dgn #the_sufi_sisters.. Masuk wad pun masuk sama-sama...Bilik VIP ni sgt selesa... Sgt berbaloi.. Dalam wad ada bilik utk family.. Ada katil Queen..


Nak mintak pertolongan ahli keluarga  Masing2 ada kerja Masing2.. Nak mintak tolong dgn org tua.. Masing2 dah uzur.. Tak larat nak jaga cucu.. Skrg adalah masa Orang tua kami yg perlukan pertolongan kami... Jgn kita mengeluh kerana kekurangan pertolongan dari ahli keluarga.. Kita pandang rezeki yg Allah bagi utk kemudahan keluarga kita.. Dulu kini dan selamanya.. Hidup berdikari.. 




15hb masih lagi masuk office waktu pagi.. Pukul 2.30pm check up dgn proff haizal di kpmc kajang.. Pregnant dah masuk 39minggu 4 hari.. perut asyik mengeras tapi tak sakit.. Bincang punya bincang dgn asben.. Sue cadangkan bersalin induce pagi 18 mar.. Masuk wad lepas hantar anak2 sekolah.. Asben pulak.. Cadangkan masuk wad Jumaat mlm Sabtu.. Spy dpt settle hal2 bersalin di hospital paling lambat hari ahad... Isnin Asben boleh buat keje2 onlinenya.. Time sue cuti bersalin ni.. Asben kena cover keje2 sue utk bab delivery.. Asben makin bizi.. 

Pukul 10mlm masuk wad.. Pukul 11.50mlm prof cek bukaan.. Proff pun cakap.. "Tak payah induce.. bukaan dah bukak 3-4cm.. Pukul 8 pagi esok pecahkan air ketuban.." bermalam lah Sue dlm bilik dgn bukaan 4cm.. Ngeng3.. Alhamdulillah tak sakit.. Cuma baby kerap mengeras.. Nak ke tandas pun terpaksa berpaut lah... Beberapa kali nurse dtg follow up kat bilik.. Tanya sakit ke tak.. Jawapan sue" sakit yg boleh bertahan lagi.. "

Proff cakap masuk Labour room pukul 8.. Bersalin pun pagi lah.. Terus sue tak mengantuk.. Dlm kepala dok pikir.. Kalu bersalin pagi esok.. Adik raina dah bangun.. Hadoii.. Confirm susah nak berenggang dgn ayahnya.. Terus sue jd tak mengantuk... Huhuhuhu..

Plan pertama.. Nak masuk wad petang.. Induce lepas asar.. Target bersalin lepas Isyak.. Lepas bersalin baru ambik adik raina kat rumah ibu asuhnya.. Plan ni gagal sebab tak ada bilik kosong dan Labour room penuh..

Plan kedua... Dicadangkan oleh Proff.. Masuk wad pukul 9mlm.. Pecah air ketuban pukul 12malam. Target bersalin Subuh esoknya.. Plan yg ni jugak gagal.. Sebab lepas prof cek jln.. Bukaan dah 4cm tak perlu induce.. Maknanya.. Seminggu sue dok ke sana sini.. Hantar barang ke hospital tu dlm keadaan rahim dah terbuka laaa... Adehhh..

Skrg berpegang pada plan ketiga.. Doc pecahkan air ketuban pukul 8am.. Tunggu sampai bersalin.. Sue dan Asben jd buntu.. Nak hantar adik raina kat rumah ibu hari Sabtu.. Ibunya nak balik Pahang.. Tak nak kacau percutian ibunya.. Tapi Kitorang terus jd jem.. Tak ngantuk.. Hadudududu.. Asben suh tido sebab kena simpan tenaga utk ke Labour room esok pagi.. Sue pulak terkebil2 tak ngantuk.. Dok pikir pagi esok Asben jd doula sue dan babysitter utk anak2..



Dekna yg umur 6 thn pun faham.. "Dekna kesian kan adik nanti.. Mesti menangis cari mama dan ayah time mama nak keluarkan baby.. Mcmana ni..."
Sue hanya mampu cakap.. "hasbunallahawanikmal.. Semoga Allah menjaga urusan kita.. Nak buat mcmana.. Dah memang susah senang kita.. Kita tanggung bersama..."

Memang apa yg sue takut tu.. Memang berlaku laaaa.. Adik raina dah bosan dgn hp... Pandai bukak tombol pintu sendiri.. Keluar cari mama dan ayahnya.. Nasib baik nurse ada kat kaunter depan dan hantar adik raina ke bilik semula... Nak marah lebih2 kat kakak2nya pun tak boleh jugak.. Diorang pun umur 8 dan 6thn.. Pandai mana sgt jaga adik..

"Org cuma nampak kesenangan kami kerana hidup kami hanya dgn senyuman. Sebenarnya.. Kesusahan kami terselindung dgn senyuman.."

Pengalaman dalam labouroom yg mengerikan..

Pukul 7am.. Asben pastikan anak2 mandi semua.. Tak sempat nak beli breakfast.. #the_sufi_sisters mkn roti coklat jea.. Sebab masuk Labour room pukul 7.30am. Lebih kurang pukul 8.30am.. Prof pecahkan air ketuban.. Proff confirm kan lagi sekali.. "Betul ke tak nak ambik epidural?".."Tak nak Proff.. Sy nak petedin jea".. Proff pun bg gelaran "The Bionic Women"

Bukaan 4cm ke 5cm.. Pukul 9.30am nurse masuk kan ubat utk cepatkan bukaan (induce lah kot) sue pun dah standby.. Confirm sakit giler kena induce.. Pukul 10am nurse suggest ambik patedin (ubat tahan sakit + cepatkan bukaan) masa ni... Tuhan jea yg tahun.. Ubat tahan sakit tak boleh nak cover sakit nya kena induce... Pukul 11am.. Nurse check bukaan dah 10cm.. Nurse mintak push.. Sue takut nak push.. Sebab takut koyak.. Huhuhuhu.. 

"puan push spt nak berat yg besar.. Jgn push kat muka jea.. Push utk berak besar".. Adehhh.. Tau2 jea sue push tipu2.. Hahaha.. Dah kantoi.. Sakit pun teramat sgt.. Sue paut pemegang tangan.. Doula pie support kat kepala... Push sekuat hatiiiiii... Kepala betul2 dah rendah.. Baru lah nurse panggil prof utk menyambut... Kalau lambat push.. Confirm Prof akan guna vacum.. Sue pun push sekuat hati.. Prof suruh sambung utk keluarkan bahu pulak... Sekali rasa mcm baby gelongsor keluar... Ya Allah.. Sakitnya tuhan jea yg tahu... "Serik dah bang oiiii... Ini betul2 anak bongsu dah.."

Masa bersalin adik raina... 
Sakitnya bersalin bukaan dgn pecahkan air ketuban + patedin.. Sue sempat baca Lailahailla anta.. Push keluarkan kepala.. Pastu sue sambung subhanakainni kuntu mina zzolimin... Sue ulang balik Lailahailla anta.. Push kali kedua utk keluarkan bahu.. Pastu sambung balik subhanakainni kuntum mina zzolimi..

Kali ni.. Sakit bersalin spt sakitnya bersalin dekna dulu... Pecahkan air ketuban + induce + petadin.. Fuhhhh.. Lailahaillalla anta... Hilang entah ke mana.. Yg tinggal cuma "Allah akbar" shj.. 

Ikhlas sue cakap... Seksanya bersalin normal.. Sakit dan perit nya bersalin normal.. Tp rasa sgt puas hati bila baby gelongsor melepasi bahu.. 

Nurse dah siap cuci baby.. Asben azan baby di tepi katil Sue.. Siap jea azan.. Baby kencing memancut terkena mesin CTG.. Muahahaha.. Tak sempat nak rakam.. Baby kencing lepas sue padam video.. 




Sue terus menyusu dlm labouroom sambil rehat kepenatan lepas bersalin..










Tak nak berenggang dgn adik.. 






Kakak dah besar.. Dah boleh tolong jaga Mama nya.. 



Dekna pun boleh mintak tolong jugak.. 


Spt biasa.. Nurse akan hantar ibu dan anak hingga masuk ke kereta dgn selamatnya... 




Dapat Hadiah dari cik sue nya ketika di Alam kandungan lagi.. 



Doula pie mandikan bayi... Anak ke 4 pun masih kekok katanya.  Muahahaha

"tak kisah lah anak no berapa pun yang.. Asal jea anak umur 2 hari.. Abg tetap kekok.." hik3

Suami isteri... Ibu ayah adalah cermin sebenar kepada anak2... Anak2 sentiasa perhatikan tingkah laku baik atau buruk ibu apanya utk dijadikan tauladan... 

Desas desus dengar dekna bersembang dgn kakaknya... 

"dah besar nanti.. Dekna tak nak kahwin la.. Dekna takut kalau kahwin dgn lelaki yg jahat... Nak kahwin dgn ayah tak boleh.. Ayah dah kahwin dgn Mama.." 

Sue pun menyampuk.. "Dekna.. Dah besar nanti.. Dekna kena kahwin.. Kahwin kan sunnah nabi.. Nabi suka umatnya kahwin.. Dan Allah suka apa yg nabi suka..." 

Lepas bersalin.. Asben, kakak dan dekya balik rumah utk tanam uri.. Kakak jaga dekya (biya).. Ayahnya siapkan keje2 sepatutnya kat rumah... Sue pulak kat dlm wad dengan baby, dan dekna.. Dekna jaga sue kat dalam wad.. 

Asben cerita.. Dalam kereta kakak bercerita.. 

"Kalau kakak mengandung dah besar nanti..." 

Ayahnya pun menyampuk.. "kakak kena kahwin dulu tau.. Baru boleh mengandung.." 

"yea laaa... Kakak tahu lah.. Kena kahwin dulu... Kakak nak kahwin dgn lelaki yg macam ayah lah... "

Faham tak maksud anak2 kecil ni.. Diorang sebut berkahwin bukan kerana gatal nak berkahwin... Tp diorang bercakap apa yg diorang nampak depan mata... Bagaimana seorang ayahnya melayan mamanya.. 

Kalau kita lihat.. Seorang suami suka pukul isteri.. Anak2 nya akan trauma nak jadikan ayahnya sebagai contoh lelaki yg terbaik dlm hidupnya... 










Monday, 11 March 2019

Ketagih handphone punca lambat bercakap


Kali ni sue nak kongsi, pengalaman menguruskan anak yang lambat bercakap.








Kanak2 yg lambat bercakap tanpa ketagih handphone tak pe.. Itu normal.  Orang tua panggil "berat mulut.. Ringan kaki..".. Yang jadi masalah besar bila kanak2 bawah 2 tahun habiskan masa dgn YouTube.. Tak suka tengok TV.. Tak suka bermain dgn adik beradik yang lain.. Keras membatu bila tengok YouTube, bila hp bateri habis.. Dia akan mengamuk.. Tak boleh dipujuk.. Bangun waktu malam semata-mata mengigau nak tengok YouTube.. Itu dah dikira kritikal...

Adik raina ada ciri-ciri kat atas tu.. Umur 2tahun belum petah bercakap.. Cuma pandai sebut ma.. Yah.. Bu.. Na.. Kak.. Sebut yg Hujung2 jea... Sebelum keadaan jadi lebih parah.. Kami sekeluarga sedaya upaya pulihkan percakapan adik raina.. Selain tu.. Peranan pengasuh juga sgt penting... Alhamdulillah.. Pengasuhnya byk bagi ruang adik raina bermain dgn kengkawan.. Byk komunikasi.. Itu adalah salah satu cara utk latih adik raina bercakap..

Sue jenis yang suka kan rawatan alternatif dan moden.. Kedua2 rawatan ini biarlah seiring.. Doa shj tanpa mkn ubat belum tentu sembuh.. Mkn ubat shj tanpa doa pun belum tentu sembuh... Lebih afdhal.. Doa dan makan ubat.. Tawakal kpd Allah.. Doa yg byk dpt pahala.. Mkn ubat ikhtiar utk sembuh..

Ini rawatan Alternatif utk adik raina.. "Azan kat telinga adik raina"

Ketika umur 4bulan.. Adik raina dah pandai senyum.. Tiba2 1 hari tu.. Adik raina tak nak pandang sue.. Sue cuba bertentang mata.. Adik raina akan pandang ke bawah sambil senyum.. Sue cuba pandang ke bawah utk bertentang mata dgn adik raina.. Adik raina pandang atas sambil senyum... Pastu pandang kiri kanan sambil senyum.. Seolah2 tak nampak sue di depannya.. Hati dah gelabah.. Sue cakap kat Asben.. Adik raina mcm nampak "makhluk lain" laaa.. Asben cakap jgn pikir bukan2.. Sue keluar hantar kakak dan dekna ke sekolah.. Sue mintak Asben azan kan kat telinga adik raina.. Bila sue balik rumah.. Adik raina dah pandang dan senyum kat sue.. Alhamdulillah.. Sue bukanya suka pikir buka 2 atau pikir negatif... Tp biarlah beringat sblm terlambat...

Ciri-ciri autism

Tiada eye contact.

Bila panggil buat tak tahu .

Suka main sendiri.

Speech delay, sepatah perkataan tak pernah sebut, hanya aaaaa dan sangat bising mulutnya.

Tak pandai nak bersalam dengan orang mahupun kami Ummi dan Abah dia.

Tak berminat untuk bermain walaupun dengan kakak-kakaknya. Bila ajak main dia lari.

Tak pernah nak pedulikan orang disekeliling dia. Dia dengan dunia dia sendiri dan dia juga seolah-olah tidak mengenali kami.

Suka mengibas-ngibas tangan kalau dia gembira@ excited (flapping hands).

Alhamdulillah.  Adik raina tak ada ciri ciri autism.. Adik raina cuma lambat bercakap shj..

Sue tak bawak adik raina jumpa pakar kanak kanak.. Adik raina masih lagi ada eye contact... Masih dengar.. Masih bertentang mata... Cuma malas bercakap sebab seronok dgn hp... Sue dan Asben Perbaiki kesilapan.. Stop jual nasi kerabu.. Stop buat keje di waktu malam.. Stop tengok hp depan adik raina.. (Kitorang nak tengok hp pun sorok bawah bantal.. Kot2 ada benda penting kan..) masa yg ada Fokus utk bermain dgn anak2 lepas balik dari kerja...

Bila sampai jea rumah.. Ayahnya akan tanya adik raina..

"Adik makan ape kat rumah ibu?"
"booo..." maksudnya bubur..
"sape suap bubur kat adik?"
"bu.." maksudnya ibu...
"sedap tak ibu masak?"
"daapppp.." maksudnya sedap sambil angkat ibu jari nya...
"sape nama kawan adik?"
"dam.. Naaaa..." maksudnya  Adam dan Adrian..

Umur 2 tahun jawapan hanya setengah patah jea.. Hampir 3 bulan kitorang latih.. Sungguh terkejut beruk.. Bila adik raina ke dapur.. Menegur ayahnya..
"ayah macak ape?" maksudnya.. Ayah masak ape?  Tersentap ayahnya... Terus peluk adik raina..

Sue dan Asben byk bercakap.. Byk bertanya dgn adik raina.. Sampai kakak dan dekna jeles lah..

"ayah ni.. Asyik main dgn adik jea.. Tak main pun dgn kakak dan dekna.. "
"Adik kan kecik lagi.. Masa kakak kecik2 dulu.. Ayah main dgn kakak jugak.. Habis tu.. Takkan ayah nak dukung kakak yg umur 8thn ni?"

Hahahaha.. Kakak dan dekna tersengih2 malu...

Memandangkan adik raina tak pandai bercakap.. Suka menjerit bila tak puas hati dgn kakak2nya.. Bila adik raina menjerit.. Sue akan marah kakak2nya.. Last2 kakak2nya pulau kan adik raina.. Sebab kalau adik raina menjerit nanti diorang kena marah.. Sue perhati dan perbaiki.. Sue ajar kakak2nya bermain dgn adik raina.. Kalau adik raina menjerit... Kakak kena pujuk sambil cakap.. "sabar.. Jgn menjerit .. Cakap elok2... Adik nak ape"

Ini telatah #the_sufi_sisters bermain sama-sama 



Video ni dlm bentuk landskap.. Sesuai utk tengok guna hp.. Hehehe 

Sekarang diorang dah pandai main bersama..

Jgn kedekut dgn mainan yg ada dlm rumah... Bagi ruang diorang bermain.. Budak2 yg nak hp ni sebabnya bosan.. Nak main mainan ibubapa marah sebab bersepah... Cara mudah utk anak senyap dan diam.. Bg jea hp.. Itu kesilapan besar..
Sue bg ruang diorang bermain puas2.. Nak longgok bantal ke.. Nak baling Teddy bear ke.. Bila diorang dah siap main.. Sue akan jadi harimau.. Sape tak kemas.. Sue akan gigit sorang2.. Hahahaha.. Alhamdulillah.. Diorang akan kemas sambil dengar leteran Sue.  "amboi.. Syok main yea... Baling teddy bear sana sini.. Sepahkan bantal.. Ingat rumah ni ada bibik?? Semua kemassssss.. Yg kecik ke.. Yg besar keee... Semua kemassss!!!". Hahahha.. Berani diorang nak melawan..

Tv ada 2.. 1 kat ruang tamu.. 1 kat ruang permainan (ruang parking).. Kat ruang parking ni ada langgang kartun shj.. Sebab Nak elakkan  Diorang tengok kartun kat hp.. Cuma time nak suap nasi kat adik raina... Masih lagi kena bg YouTube.. Kalau tak bg YouTube.. Sebutir nasi pun adik raina tak nak telan.. Habis jea nasi.. Sue ambik hp.. Mula2 adik raina mengamuk terguling2... Sue biarkan dia mengamuk dulu dlm 2 minit.. Nampak mcm penat jea.. Sue akan peluk adik raina.. Pastu ajak bermain basikal atau bike (alat senaman basikal).. Alhamdulillah.. Skrg ni.. Adik raina dah faham.. Habis nasi semangkuk.  Habis lah YouTube.. Dah tak mengamuk.. Alhamdulillah...

Setiap pagi.. Adik raina nak ikut kakak2nya keluar awal dan bawak duit rm1 utk ke rumah ibu.. Sebabnya kakak2nya pegang duit.. Dia pun nak duit..

Pagi2 nak ikut ayah.. Tak nak rasa tertinggal.. Terpaksa lah hantar awal ke rumah ibu.. Plan nya sue nak hantar lambat sikit ke rumah pengasuh sebab nak bermain dgn adik raina waktu pagi sekejap.. Tapi lain Pulak jadinya... Adik raina akan mengamuk.. Menangis sambil niarap.. Sebab sedih sgt kena tinggal.... Satu hari tu... Ayahnya patah balik utk ambik hp yg tertinggal..

Ayahnya tanya..

"kenapa dgn adik raina tu?"
"gitu lah setiap pagi Kalu kena tinggal dgn ayah dan kakak2nya.."

"Adik nak ikut ayah ke?"
"nakkkk..." Sambil berlari utk dukung dgn ayahnya..

Skrg ni.. Setiap pagi.. Adik raina akan masuk kereta dulu sblm kakak2nya masuk kete.. Hahaha..


Okey.. Sekian saje perkongsian Sue tentang adik raina.. Tata.. Titi.. Tutu..

Wednesday, 13 February 2019

Resepi Putu Halba Kelantan Ori



Putu halba Kelantan.. 

Putu halba ni hanya ada di Kelantan ketika musim hujan.. Bulan 12.. 

Sekarang tak payah nak tunggu musim hujan... tak perlu nak balik klate utk makan putu halba... buat sendiri dapat makan panas2... aloh laaa... senang semesek weiiii...

Kat Sepang ni.. Bersepah ubi kayu.. Tak perlu tunggu hujan lah.. 



Bahan2nya :

Ubi kayu
Halba
Gula melaka klate/siam
Kelapa
Garam


Ubi kayu yg diparut.. pastu perah buang air ubi kayu guna kain yg bersih.
siap perah tu... taburkan halba... letak byk sikit... aroma halba tu memang bangkitkan selera.

guna apa2 acuan yg boleh bentukkan bulat leper.. letak gula melaka kat tengah2.. gula melaka kena letak byk sikit... sebab ubi kayu tawar.. manisnya bergantung pd gula melaka..

sue kukus guna periuk nasi jea... 

Time kukus tu.. Bungkus guna kain.. Towel good day ke.. Bungkus serabai jea.. Tak payah bungkus mcm kafan jenazah... Cukup berbalut jea.. 

Lebih kurang 20minit.. Cuba cucuk dgn garfu.. Tengok masak dlm ke tak... 

Kalu dah masak tu.. Makan dgn kelapa yg digaul dgn garam... Perghhhh... Sedap weiii.. Mkn panas2..


Selamat mencuba.  Tata.. Titi.. Tutu.. 



Monday, 11 February 2019

Urat simpul ketika hamil

Setiap kali mengandung.. Memang tak boleh lari dari urat simpul di belakang lutut .. Makin kerap hamil... Makin byk dan teruk urat simpul. Utk mengandung kali ke 7 anak ke empat ni.. Ya Allah.. Teruknya Sue kena urat simpul.. Biru tebal kat belakang lutut.. Pastu rasa sangat sakit untuk berdiri.

Punca urat simpul makin teruk kebiasanya berlaku pada ibu mengandung yg buat kerja2 melibatkan berdiri lama... Spt pekerja restoran... Pekerja pasaraya.. Terlalu byk berjalan dan kurang rehat (duduk). boleh terjadi jugak kpd wanita hamil yg kerja terlalu lama duduk dan kurang berdiri spt pekerja2 kaunter.

Mengandung kali ni.. Sue pulak uruskan restoran..  Aduhaii.. Memang penat betul.. Bangun pukul 5pagi tu.. Pukul 3pm pulak baru dpt rehat dan duduk kejap.. Itu pun kena sambung utk cuci restoran pulak.. Sedar2 urat tersimpul teruk dah..

Sue cuba urut sana sani.. Sesetengah tukang urut sgt percaya urat dan angin.. Byk angin dlm badan punca urat simpul.. Tukang urut akan urut urat simpul sampai lembutkan urat yg tegang... Alhamdulillah... kalau urat simpul yang tak teruk boleh sembuh dgn urut. kalau dah terlalu teruk... tak elok utk urut sebab takut urat pecah ketika tukang urut tekan di bahagian uarat bengkak.

Ada setengah tukang urut pulak.. Tengok urat bersimpul kebiruan tu.. Disangka kan ada SAKA dalam badan kita ni haaa... Hahahaha.. Itu sue tak nafikan lah.. Bab jin setan ni memang wujud.. Tp Sue ni jenis yg moden tp tak tinggalkan perubatan tradisional.. Sue akan berubat secara tradisional dan moden. Sue tak mudah percaya dan melatah dgn seorang pendapat shj.

ini sue petik darik artikal Baby Center

Apa itu urat simpul?

Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 

Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan

Selepas urut sana sini.. Lega sikit.. Tp masih sakit lagi.. Sue mula minta consultants dgn doc yg pakar dalam bidang perbidanan.

Doc pertama yg sue jumpa.. Klinik Najihah.. Doc terus bagi 2 jenis ubat ni.. Yg dlm kotak utk kecutkan urat.. Yg dlm botol utk kuatkan urat... Tak sangka jugak boleh mkn ubat2 ni time mengandung. Sambil makan tu risau lah jugak... Takut beri kesan negatif pada kandungan. Kalau tak ikhtiar dgn ubat.. Takut urat makin bengkak nanti kena bersalin secara pembedahan.. Huhuhuhu . Lagi sue takut.



Sue mintak consultants dgn prof kat kpcm pulak.. 

"Doc.. Urat simpul teruk.. Kena bersalin czer ke? Sebab kalau urat pecah ketika meneran... Risikonya pendarahan yg teruk.. Betul ke doc?" 

"urat simpul teruk tak perlu czer.. Kalau urat pecah.. Kena jahit lah bahagian urat yg pecah tu.. Tak perlu bersalin czer.." 

"sy ada jumpa sorang doc... Doc suggests ambik ubat daflon utk kecutkan urat.. Boleh ke ambik time pregnant " . 

"boleh.. Makan laaaa..." 

Fuhhhh.. Lega sikit... 

Alah balik kpmc tu.. Singgah ke klinik Siti pulak.. Sambil scan utk simpan kenangan muka baby dlm perut.. Sue bertanya pasal urat simpul jugak... 

"doc.. Kalu urat simpul teruk.. Makan daflon time pregnant ok ke?" 

"Kalau ikut team sy kat hospital dulu.. Doc tak bg Mkn apa2 ubat ketika pregnant.. Sebenarnya boleh jea makan apa2 ubat bila kandungan dah cecah 7, 8 dan 9 bulan... Sebab pembentukan janin dah lengkap.. Tulang dah kuat... Kalau mengandung bawah 7 bulan.. Tak boleh ambik sebarang ubat sebab masa tu pembentukan bayi belum sempurna"

Alhamdulillah.. Dah dpt consultants dari beberapa doc.. Rasa lega sikit... 

Kat sini sue nak simpulkan.. Kalau nak buat rawatan alternatif (urut cara tradisional) boleh.. Tak salah.. Yg penting rawatan hospital jgn di tinggal... 

Hebatnya bidan atau tukang urut zaman sekarang.. Bila berlaku kecederaan yg kritikal... Akan rujuk ke hospital jugak.. Bidan dan tukang urut tak mampu nak jahit luka luar dah luka dalaman. 


tata.. titi..tutu... bye!