Pages

Sunday 9 February 2020

15 Tahun Pengalaman dalam bidang Medical Supplier



8thn jadi kuli.. 7 tahun bisness sendiri...


Pinjam company... Mesti kena bayar sewa sekali pun nak pinjam alamat.. Itu adalah polisi syarikat Media Smart Healthcare Resources.

Kenapa sue mintak bayaran... Sue nak ada 2 office di tahap sekarang... Sue dah habis rm400k... Sue tak dpt percuma... Jadi bila korang dtg mengadap Sue utk bincang pasal bisness.. Jgn dtg dgn air liur... Sebab sue mulakan bisnes bukan dgn air liur... Sue mulakan dgn
Duit didalam tabung haji... ikat perut... Berjimat cermat... Sebab tu sue sgt hargai dan syukur apa yg ada pada hari ni..

Tiada percuma di zaman kini...
Andaikata sue bagi guna company secara percuma... Sudah pasti meja sue akan berada di kaki lima di depan pejabat sendiri... Sebab semua org guna ruang pejabat mengikut kepentingan diri sendiri tanpa memikir hak tuan punya pejabat.. Asyik2 dtg atas lesen "kawan" utk guna pejabat secara percuma. Cuba bayang...

Nak dapat lesen eperolehan bukan senang sekarang ni... Perlukan modal yg besar... Wajib ada pejabat.. Tak boleh buat dari rumah.. Nak sewa office... Kena register telekom.. Api.. Air... Suasana kena betul2 office.. Meja pejabat sebutir pun dah rm500.. Apatah lagi yg lain... Cuba pegi sewa kedai dgn agent.. 6+1 dan Rm1k deposit api air... Rasa nak Mati kan? Habis tu... Dtg kat sue utk mintak percuma? Nk Sewa opis space Rm300 sebulan pun tak boleh ke?

Utk berada di tahap ini... Berapa byk air mata sue menitis.. Dikhianati.. Dibenci... Difitnah... Cuba korang bayang kan... Hari ni kita duduk berbincang dgn supplier... Planning Sekian2... Setuju utk bekerjasama... Esoknya supplier call.. Ubah planning... Tiba2 nak bagi laluan kepada syarikat lain pulak... Yes.. Persaingan ada  di mana2 dalam apa jua bidang... Bagaimana kita kena hadapi dgn berlapang dada jika kita dikhianati... Cuma yg buat sue kecewa bila Kita bertemu dgn orang yg jenis... "Didepan peluk cium di belakang memfitnah...".. Sue kenal dgn Satu supplier.. Supplier bocorkan info pada si fulan... Si fulan Buruk2 kan sue... Fitnah sana sini... last2 Si fulan dpt sale.. Sue hilang sale... Jika sue letak rezeki sue di tangan manusia... Di tangan customer... Sudah pasti Sue akan bergaduh, tarik muka, bertikam lidah...  Tapi.. Bila kita malatih diri utk jadi org yg beriman... Hendak lah kita doa spy kita menjadi org yang berlapang dada dgn rezeki yg Allah sudah takdirkan... Apa yg berlaku adalah onak duri kehidupan sementara menunggu mati... Semoga Allah gantikan dgn rezeki yg lebih besar.. Amin3.

Sama jugak.. Kalau korang dtg dekat sue dgn air liur... Jgn marah sue, jika Sue rejek mentah2.. Korang bertafakur sekejap dan berdoa lah utk berlapang dada.. Korang pegi lah cari modal dulu.. Pastu baru bincang dgn sue pasal bisness... ini sahaja cara nak latih korang spy berdikari..

Kenapa sue tak tukar kereta mewah? tak siapa pun yang tahu...Setiap kali di awal tahun.. Sue akan termenung keluar ofis.. Berapa lah sale tahun ni... Awal tahun dah kena sailang... Tp.. Asben selalu bagi semangat.. "Allah dah bagi kita banyak.. Bersyukur lah... Kalau ada rezeki Alhamdulillah... Kalau tak de.. Kita makan apa yg ada.. Jgn jadikan perniagaan adalah punca penyakit hati"

Bisness Medical bisness yg sgt kejam bila melibatkan perbincangan 3 pihak... Nak2 bila kita berdepan dgn persaingan yg sgt tamak... Langgar semua projek org... Hari ni kita bincang dgn si A, si B, Dan Sue... Esok jea.. Dtg si D.. Buruk2 kan kita... Terus tendang kita dr projek tu... Semua benda ni sue dah lalui tanpa orang sekeliling nampak pun air mata sue mangalir... Orang cuma tahu cakap.. Sue lupa daratan... Kengkawan cuma tahu cakap.. "alaaa... Sue tak pe laaa... Makan sorang jea...".. Betapa perit nya Sue... Bila berdepan dgn org yg depan kita peluk cium.. Belakang kita memfitnah... Last2.. Sue ambik keputusan menyendiri... Jauhkan diri dr persaingan... Cari makan sekadar utk meneruskan kehidupan sementara menunggu mati... Sue lebih suka org cakap kera sumbang drp HATI disakiti...

Bila usia menghampiri 40 ni... Lupakan "aku mesti menang..ini projek aku.. Ini kerja aku.. Aku mesti dpt kan Projek.. Jika masih lagi keras hati utk hal spt itu.. Maka sampai ke mati lah kita cintakan dunia.. "

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Secara jujur nya.. Org yang dapat benda percuma tak pernah hargai pun... Sue pernah bagi orang guna company utk buat projek secara percuma... Tak kena sebarang charges.. Bila nota minta masuk kat ep... Sue ingat projek sue... Sebab sama sebijik... Sekali projek kawan sue.. Pagi2 call sound sue... "kenapa masuk harga kat projek saya?" aikkkk... Itu projek sayas  laaa... Hampir bertengkar... hospital yang sa,a... department yg berbeza... harga sue murah... harga nya mahal... sue kena marah sebab sue jual murah... meh sini sue nak cakap... sue jual kat agent lagi untung dari jual direct ke hospital... sebab? orang jumpa sue... confirm nak harga murah tauuu... sebab diorang ingat sue dah kaya... tak payah nak untung byk2 katanya... muahahaha...

Explain sana sini.. Ok lah.. Memandangkan benda percuma...korang tak hargai... sue keluarkan notis "Polisi Syarikat" "Stop guna company Media Smart Healthcare utk mana2 projek di kawasan hospital yang saya masuk"... Kalau saya bagi guna free... Tembak sy mcm ni... Tak payah guna lah... Bila tak bagi guna.. Kata kedekut.. tak boleh bekerja sama.... Fitnah sana sini... bila bagi guna... salah faham... terus melenting...

Asben sue selalu salah kan Sue.. Tak deal betul2 dgn supplier... Tak deal betul2 dgn customer... Pendek citer... Sue tak uruskan projek dgn baik lah... Okey.. Sue bagi Asben jd lead 1 tender... Asben pun deal kiri kanan hari tu... Esok supplier sailang... Hahahaha.. Asben pun cakap... Medical memang bidang yang sgt kejam... Hik3.. Asben Sue uruskan projek berjuta2.... Tp.. Nak uruskan projek yg puluhan ribu utk Medical punya... Ibarat ayam bertelur sebutir riuh sekampung... Punya lah berebut dan langgar jea projek org semata mata nak kejar Sale puluhan ribu jea..

Beza tau.. Sailang tak de rezeki dgn sailang khianat.
Contoh sailang tak de rezeki... Kita berniaga di simpang kiri dpt hasil rm100 sehari... Tiba2 ada orang baru berniaga di simpang kanan.. Dia tengok kita dpt hasil lumayan.. Dia pun niaga jugak... Rezeki kita drp rm100 jadi rm70.. ini dikatakan berkongsi rezeki... Si peniaga di simpang kiri kena belajar erti redha dan takdir. Sailang khianat pulak... Dia report kat majlis suruh angkat semua table si simpang A niaga ni sebab tak ada lesen... Terus si A ni tak boleh niaga... Pastu si B ambik tempat si A... Haaaa... Ini sailang khianat...

Sue sgt berhati2 dgn perangai si B.. Kalau boleh sue tak nak bertentang mata atau berselisih bahu dgn org yg perangai mcm si B ni... Sebab? Bila hatinya ada kepuasan bila khianat kita dgn 1 perkara... Dia akan seronok utk khianat lagi.. Dia akan seronok utk sailang lagi... Org yg perangai khianat sailang ni... Dia tak dapat kita tak dapat tak pe... Jgn kita dpt dia tak dpt... Waaa... Itu jd mcm cacing kepanasan... Perangai jenis yg suka sailang khianat ni.. Time dia tak de projek... Tak dpt payment... Dia akan menangis dan merayu2 utk dpt kan payment... Bila dia dah senang... Dia akan tertawa kan org yang tak ada duit...

Zaman skrg sgt limited nak niaga medical... Setiap kali kita nak supply product yg beli dgn pengimport Malaysia... Hospital akan minta surat pengimport Malaysia... Sekali jea sue tunjuk surat lantikan kat user.. Pembelian kedua... User akan direct dgn supplier Malaysia.. So.. Sue dpt order yg pertama shj... Kita sebagai org islam... Kita kena redha itu shj rezeki kita.. teruskan berusaha lagi...jangan marah... kerana Allah sudah ganti yang lebih baik untuk kita. iaitu sikap BERLAPANG DADA...

Org sekeliling tak pernah nampak kesusahan yg Sue lalui... Yg org nampak.. Sue melancong 1 family... Sue pegi umrah 1 family... Setiap kali sue sekeluarga keluar negara sebenarnya utk mengubati hati yg duka lara... setiap kali sue melancong... mesti ada kes yg buat sue dan asben sgt stress dan sedih dgn sikap org sekeliling...kami keluar bertenang... lupakan hal dunia yg penuh dgn menipuan... untuk mengelakkan hati sue disakiti dan kata-kata sue menyakitkan hati orang lain. biasanya kami undur diri dgn "menyendiri".. mengalah bukan erti penakut... tetapi mengalah utk mengelakkan dosa.

Sampai skrg sue tak berani nak ambik staff tetap... tak bermakna sue makan sorang.. Atau tak berkongsi rezeki.. Dalam rezeki rm10 tu.
Rm1 - rezeki pekerja travel agent umrah dan pelancongan...
Rm1 - rezeki penerima zakat...
Rm1 - utk penerima sedekah...
Rm1 - utk simpanan masa hadapan...
Rm 5 modal...
Rm1 utk makna hari ni dan expensess syarikat..

Kalau sue makan rm10 sekali gus... Confirm dpt penyakit weiiii... kalu Sue mkn lobster setiap hari.. Dpt penyakit gout tau tak?(nak eja tak reti la...)


tiada istilah rehat diwaktu keja... semua digunakan dengan penuh smart dan hikmah.

Jangan lah fikir... Kongsi rezeki ialah kongsi dgn staff tetap shj... Contoh lah.. Kalau kita kongsi rezeki dgn staff tetap 3 org... 2 orang pandai mengampu.. Asyik minta naik gaji jea... 1 org staff ni tak reti mintak naik gaji.. Tp buat sale berjuta2... Bos tak naikkan gaji atas alasan tak mintak... Giler ke ape penilaian bos tu... Confirm majikan itu akan berdosa kerana tidak adil kan? Sue tak nak terjebak dgn dosa yang tak adil dalam menguruskan staff... Tu sebab sue tak nak ambik staff tetapi... Sue open utk freelance... Percaya tak? Freelance dgn sue... Dia naik Mercedes... Sue naik grand livina... Dia naik flight first-class.. Sue naik flight bisness class (baru sekali jea pun...)... Nampak tak sape lagi untung sebenarnya? Freelance atau sue? Adakah Sue makan sorang?

Tapi... Tapi... Ingat satu perkara... Org yang asyik mintak harga dgn sue... Tp tak pernah promote product... Pastu ulang lagi mintak harga... Sue cakap... Rujuk jea harga lama... Dia cakap... Hilang entah ke mana harga lama... Itu bermakna.. Anda tak berminat utk jual product sue... Jadi tak perlu tunjuk baik hati utk kerjasama... Ok bye!!

Bila korang berniaga... Korang elakkan supplier kenal atau bersua muka dgn customer korang... Kalau korang bagi jumpa juga.. Itu bermakna korang bagi info dan rezeki percuma dan korang akan berputih mata dgn peluang tersebut.

Byk kali freelance sue... Minta sue jumpa client dia... Mintak sue buatkan quotation ke client dia... Sue cakap "u belajar buat quotation sendiri.. Close deal sendiri... Kalau sue turun jumpa client u.. Takut2 client u nak deal direct dgn sue... Lama kelamaan u akan terkeluar secara tak langsung dalam projek ni."


akaun 2019 tak tersentuh lagi... hadududdu
sue buat akaun sendiri... itu adalah penjimatan... sangat jimat.. tujuan??? bukan untuk makan sorang... tp untuk berkongsi rezeki dgn pekerja travel agent umrah..



peluk cium baby... terapi semangat dalam mencari rezeki...

No comments:

Post a Comment